CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

AFZAZURA BINTI TAHAR




Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

50 comments:

Anonymous said...

1 jun 2009
8-8.45 pagi- mula lapor diri pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). terdapat empat orang pelajar yang melapor diri di unit yang berlainan.

8.45-10 pagi- bergerak ke unit yang telag ditetapkan iaitu Unii Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Bertemu dengan Timbalan Pengarah di Unit tersebut iaitu Cik Sh.Intan Eriyatty bt Sy Mansor. saya menunjukkan segala borang yang telah di download dari UIL.selain itu, saya juga membincangkan tentang tajuk laporan yang diberikan.

10 pagi- 1 tengah hari- berkenalan dengan semua staf yang berada disitu. terdapat sebanyak 19-20 staf termasuk pelajar praktikum yang lain. saya juga telah mengenalpasti misi dan visi, piagam pelanggan yang terdapat dalam UPEN dan juga kod etika yang terdapat disitu.

1- 2 petang- rehat
2- 2.15 petang- membuat sebanyak 10 salinan proposal yang berkaitan dengan projek perikanan.

2.15-4 petang - meninjau kawasan persekitaran untuk menyesuaikan diri dengan persikitaran. melihat bidang tugas setiap staf disitu. UPEN adalan suatu unit yang agak sibuk dalam menguruskan sesuatu projek supaya dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

4-5 petang- menaip dengan menggunakan microsoft excell yang berkaitan dengan keluasan tanah dan sebagainya.

5-5.10-bersiap untuk pulang.

Anonymous said...

2 jun 2009
7.40 pagi- sampai ke pejabat
8-8.10 pagi-bacaan doa.semua staf berkumpul. sedikit taklimat dari pengarah UPEN.
8.10-11.00 pagi-membuat salinan yang berkaitan dengan prosedur pelaksanaan penswastaan.terdapat garis panduan yang tertentu di dalamnya.

11-12 tengah hari- membuat salinan yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi. juga membuat salinan buku yang bertajuk ekonomi malaysia sepintas lalu. dalam buku tersebut mengandungi data-data yang berkaitan dengan ekonomi dan perkembagannya.juga membuat salinan berkenaan kertas cadangan projek ternakan belut.
12-1 tengah hari- menaip formula pengiraan tanah.
2- 4.30 petang- membuat panggilan tentang penagguhan mesyuarat yang berkaitan dengan pengambaialihan chalet kurong tengar di perlis. banyak syarikat yang terlibat dalam taklimat antaranya ialah jabatan alam sekitar, jabatan pembangunan, jabatan perikanan dan sebagainya.ia juga melibatkan syarikat tandop hotel,tampak yakin holding, bourdem spectrum yang bertindaka sebagai pemberi taklimat.

4.30-5.20- membantu pegawai membuat kerja dan bersedia untuk pulang.

Anonymous said...

7.20 pagi- sampai ke pejabat. Kemas meja.
8-8.10 pagi- bacaan doa. Semua pekerja berkumpul.
8.10-12.30 pagi-belajar bagaimana untuk menghantar faks. Kemudian membuat borang kaji selidik mengenai prestasi dan kualiti pekerja yang berkaitan dengan prestasi di staf di UPEN. Terdapat lima kriteria yang dikaji iaiti bertanggungjawab, tepati masa, intergriti, hubungan sesama pekerja dan semangat dalam menjalankan tugas. Dengan adanya penilaian ini,ia memberi kebaikan kepada semua staf dimana penilaian ini dapat meningkatkan kualiti prestasi mereka dan dapat menggalakkan mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.
12.30-1.00 tengah hari- membantu staf membuat kerja
1.00-2.00 petang- rehat
2.00-5.00 petang- membuat panggilan telefon.menelefon semua jabatan yang terlibat dengan mesyuarat penilaian harta intelek dan memberitahu setiap jabatan yang terlibat tentang penangguhan mesyuarat. Dengan ini, saya dapat memepelajari bagaimana untuk berinteraksi dengan semua pelanggan.
5.00-5.15 petang- membantu pegawai menyemak dokumen.
5.15 petang- pulang

Anonymous said...

4 Jun 2009
7.30 pagi- tiba di pejabat.
8.00 - 8.15 pagi- bacaan doa sebelum memulakan tugas
8.15- 1.00 tengah hari- membuat minit mesyuarat yang berkaitan dengan maklumbalas majlis mesyuarat agung kerajaan MMK. Ia adalah berkaitan dengan tindakan-tindakan unit tertentu dalam membuat tindakan tertentu.unit yang terlibat dalam membuat tindakan ini ialah UPEN,Majlis Perbandaran Kangar, MPTN dan sebagainya.
1.00-2.00 petang-rehat
2.00-5.00 petang- meyambung tugas membuat minit mesyuarat dan kemudian mengumpul data berkaitan dengan organisasi untuk dijadikan rujukan dalam laporan praktikum.
5.20 petang- bersiap untuk pulang.

Anonymous said...

5 jun 2009
7.45 pagi saya sampai di pejabat
8-8.10 pagi- bacaan doa seperti biasa
8.10-12.00 tengah hari- mengikut pegawai ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis untuk perjanjian dan tandatangan kontrak antara syamille agro farm dan MBI.tandatangan perjanjian ini adalah berkaitan dengan projek ternakan pusat pembiak bakaan asas tani. ramai ahli dewan undangan daripada semua dun telah hadir untuk melihat tandatangan perjanjian ini.
12-2.45 petang-rehat
2.45-5.00- membantu staf membuat kerja dan perbaiki minit mesyuarat.
5 petang-bersiap untuk pulang

profhalim said...

Tak perlu tulis jam berapa dgn detail. Gambaran kerja dan suasana tugas perlu dicerita dengan panjang lebar

Anonymous said...

8 Jun 2009
saya di beri tugas untuk menggantikan tugas setiausaha kerana beliau bercuti.antara tugas yang saya lakukan ialah membuat surat rasmi dibawah arahan pengarah UPEN. selain itu,saya juga membuat minit mesyuarat yang berkaitan dengan maklum balas daripada pihak tertentu untuk membuat sesuatu tindakan yang berkaitan dengan projek-projek yang terdapat di Perlis. Di samping itu,saya juga menjawab pelbagai panggilan telefon daripada jabatan tertentu, antaranya ialah panggilan daripada jabatan pembangunan, unit perumahan dan sebagainya. saya juga membantu staf yang lain membuat salinan untuk minit mesyuarat yang dibuat. Dengan itu,saya dapat menimba pengalaman dengan menjalankan tugas setiausaha.

Anonymous said...

9 Jun 2009
Seperti biasa permulaan tugas dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian semua pegawai dan staf memulakan tugas masing-masing. Pada hari ini saya membantu pegawai membuat persiapan tentang star rating. Unit ini baru sahaja memperkenalkan star rating dimana ia adalah untuk meningkatkan kualiti dan prestasi unit tersebut. Sebanyak enam folder yang dibuat untuk mengkelaskan setiap tugasan. Star rating dibuat adalah berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh MAMPU. Pada setiap hari segala tugasan yang dibuat akan diletakkan di dalam folder tersebut yang telah dikelaskan megikut pecahan. Folder tersebut ialah penggubalan dasar dan program,pemantau dasar dan program, perancangan sistem pengurusan dan pemantauan serta penilaian projek, pelaksanaan dasar, keberkesanan dasar dan penggunaan sisitem pemantuan. Pada setiap hari, semua staf akan digalakkan untuk pulang pada jam 6.30 dan ke atas. Dengan adanya budaya kerja seperti ini, unit ini mampu meningkatkan kualiti dan prestasi mereka. Selain itu, pada hari ini, satu kotak cadangan bakal diwujudkan dan akan diletakkan dibahagian hadapan unit. Hal ini akan membolehkan sesiapa yang ingin memberi komen dan cadangan boleh meletakkan cadangan mereka di dalam kotak itu.itu sj untuk hari ini.

Anonymous said...

10 Jun 2009
Pada hari ini saya telah menyambung semula tugasan semalam iaitu membantu pegawai membuat folder berkaitan dengan star rating. Kemuadian saya membantu pegawai membuat persiapan berkenaan dengan kunjungan hormat anak raja Thailand yang akan diadakan pada 11 Jun 2009.saya menyediakan bahan-bahan yang akan dibahaskan dalam mesyuarat tersebut iaitu berkenaan projek-projek yang terdapat di negeri Perlis. Saya juga membantu staf membuat catatan megenai surat keluar masuk yang diedarkan kepada unit ini. Selesai tugas tersebut,saya telah membuat panggilan di semua jabatan yang terlibat dengan kunjungan hormat tersebut. Ramai jabatan yang teerlibat antaranya ialah Jabatan Menteri Besar, Jabatab Pengangkutan Jalan, Jabatan Pembangunan, Jabatan Tourism dan sebagainya

Anonymous said...

11 jun 2009
Seperti kemarin,saya membantu pegawai membuat folder untuk persiapan star rating. Semua pegawai tiada di pejabat kerana terlibat dengan kunjungan hormat anak raja Thailand.dalam kunjungan hormat tersebut,pelbagai isu telah dibincangkan iaitu isu projek-projek pembangunan dan pelancongan yang terdapat di Negeri Perlis. Saya juga membantu staf membuat kerja dan membantu mereka membuat salinan untuk persiapan mesyuarat pada 12 Jun 2009. Itu sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

12 Jun 2009
Pada hari ini,saya telah mengikuti mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan 1 di Bangunan SUK iaitu berkenaan Taklimat Bagi Mengambil Alih Chalet Kurong Tengar yang terletak di Kuala Perlis. Sebanyak tiga syarikat yang terlibat dengan taklimat ini iaitu Syarikat Tandop Hotel, Syarikat Modern Spectrum dan Syarikat Tampak Jaya Holding.Walaubagaimana pun, Syarikat Tampak Jaya Holding menarik diri di saat-saat akhir. Oleh itu,hanya dua syarikat sahaja yang memberikan taklimat tersebut. Mesyuarat tersebut diketuai oleh Pengarah SUK iaitu YB Dato Mohd Zabidi Bin Zainal. Antara jabatan-jabatan yang terlibat dalam mesyuarat tersebut adalah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Tourism Negeri Perlis, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pembangunan, Jabatan Perbadanan, Pejabat Tanah dan sebagainya. Semua jabatan ini terlibat dalam membuat keputusan berkenaan pengambil alihan Chalet Kurong Tengar ini. Taklimat dimulakan dengan syarikat Tandop Hotel membentangkan kertas kerja mereka dimana mereka memperkenalkan hotel mereka. Kemudian diikuti dengan syarikat Modern Spectrum tetapi syarikat itu hanya sempat membentangkan separuh sahaja kerana Pengarah SUK tidak berpuas hati dengan penyampaian mereka kerana syarikat tersebut tidak mempunyai lesen untuk mengendalikan chalet tersebut. Oleh itu, keputusan tidak dapat dibuat kerana hanya satu syarikat sahaja dan mesyuarat akan dibuat pada satu tarikh yang akan ditetapkan semula. Majlis kemudiannya bersurai. Itu sahaja untuk 12 jun 2009.

Anonymous said...

15 Jun 2009
Pada awal pagi, saya membantu pegawai membuat persiapan berkenaan bahan-bahan yang akan digunakan dalam mesyuarat. Kemudian saya membantu staf membuat salinan Photostat yang berkenaan dengan pembaikpulihan taman rekreasi iaitu Tasik Melati yang terletak di Beseri Perlis. Pada sebelah petang pula, saya membuat panggilan telefon untuk mengesahkan sama ada faks yang dihantar untuk mesyuarat yang berkenaan proses penswastaan sisa pepejal di wilayah utara. Jabatan yang terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Jabatab Alam Sekitar di Kuala Lumpur yang bertindak sebagai pemberi taklimat, Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Perkhidmatan Awam Kuala Lumpur, Jabatan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kuala Lumpur dan sebagainya. Pengalaman membuat panggilan dengan jabatan yang luar daripada Perlis agak sukar kerana ia melibatkan jabatab yang besar. Walaubagaimana pun,saya berjaya menghubungi semua jabatan yang terlibat. Akhir sekali, pada saya telah membantu pegawai membuat pengiraan berkenaan jumlah pendapatan yang diperoleh di Gua Kelam Perlis dalam tempoh setahun. Itu saja untuk 15 jun 2009.

Anonymous said...

16 Jun 2009
Pada hari ini saya hanya merekod surat masuk dan mengecop surat sahaja. Antaranya merekod surat daripada Pejabat Tanah Negeri yang memohon untuk memecah lot. Terdapat juga surat daripada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan sebagainya. Pada hari ini juga, Pengarah tidak ada di pejabat kerana telah pergi mesyuarat di Kuala Lumpur. Suasana pejabat agak sibuk dengan banyak projek pembangunan yang masuk. Selain itu, saya juga menaip surat, membuat salinan fotostat. Itu sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

17 Jun 2009
Pada hari ini saya telah merekod surat yang masuk. Pelbagai surat diterima antaranya surat untuk mesyuarat, jemputan,permohonan dan sebagainya. Terdapat juga surat daripada Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu yang berkaitan mesyuarat lembaga pemilih projek perumahan awam kos rendah. Terdapat juga surat daripada Audit Negara yang berkaitan dengan kajian audit terhadap pengurusan kualiti air minum tahun 2008. Juga daripada Felcra Berhad yang berkaitan sebut harga bagi membekal alatan, hadiah saguhati dan kelengkapan daripada alatan sukan. Itu sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

18 Jun 2009
Pada hari ini suasana di pejabat agak sibuk. Pada pagi ini, Pengarah UPEN telah memperkenalkan suatu lagi kaedah star rating di mana pada setiap hari Jumaat semua kakitangan di sini akan berkongsi satu ilmu pengetahuan tidak kira dari segi apa pun agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan di UPEN. Saya juga diarahkan untuk membuat jadual yang berkenaan proses kerja bagi perkhidmatan teras Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan agensi-agensi dibawahnya. Antara agensi yang terlibat di bawahnya ialah UPEN, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) dan Unit Pentadbiran Daerah (UPD). Antara yang perlu diisi dalam jadual tersebut ialah proses kerja semasa, penambahbaikan dan sebagainya. Setiap unit akan memberi proses-proses tersebut kepada UPEN dan seterusnya akan dihantar kepada MAMPU. Kemudiannya saya menghantar faks kepada MAMPU untuk disemak. Kemudian saya telah membantu pegawai mengumpul maklumat berkenaan star rating dan seterusnya memasukkan ke dalam dalam folder yang telah ditetapkan, itu sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

19 Jun 2009
Merekod dan mengecop surat yang masuk. Antara surat yang diterima ialah surat daripada Jabatan Kerja Raya ( JKR) yang berkenaan dengan projek kerja-kerja membina dan menyiapkan bangunan di Masjid Seberang Ramai Kuala Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) iaitu yang berkaitan cadangan angaran belanjawan pembangunan Negeri Perlis 2010-2011. Selain iti, terdapat juga surat yang diterima daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang berkaitan dengan penyaluran baki peruntukan tahunan 2009 bagi projek peningkatan kemudahan pelancongan pusat rekreasi dan pendidikan flora kebun Jati Perlis. Terdapat pelbagao lagi surat yang diterima antaranya ialah daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (SUK) yang berkaitan dengan soalan dewan dan juga surat daripada Pejabat Tanah dan Galian dan sebagainya.

Anonymous said...

22 Jun 2009
Pada awal pagi, saya telah menghubungi jabatan-jabatan tertentu untuk memastikan kehadiran yang berkenaan dengan mesyuarat Sains dan Teknologi yang akan diadakan pada 23 Jun 2009 di Kompleks DUN, antara jabatan yang terlibat ialah Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP), Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Kangar, Perbadanan Kemajuan dan sebagainya. Kemudiannya, saya dan staf beserta dengan pegawai pergi ke Putra Palace untuk menjadi urusetia dalam majlis lawatan TYT Sabah selama lima hari ke negeri Perlis. Saya berada di sana sehingga petang. Dengan menjadi urusetia, saya dapat menambah pengalaman sepanjang tempoh praktikal saya di UPEN. Sekian sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

pada awal pagi, saya, staf dan pegawai telah pergi ke kompleks DUN untuk menjadi urusetia bagi menyambut ketibaan TYT Sabah iaitu Yang Terutama Tun Dato' Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah. beliau berkunjung ke situ adalah untuk mendengar taklimat tentang pembangunan negeri Perlis. Semua Yang Berhormat dinegeri Perlis dijemput untuk mendengar taklimat tersebut. pada sebelah petang pula, saya diarahkan oleh pegawai untuk membuat rumusan yang berkaita dengan cadangan cafeteria Ocean Glow yang bertempat di Kuala Perlis. Dalam proposal tersebut dinyatakan faedah-faedah terhadap kerajaan negeri, faedah terhadap orang awam, dan juga kepada pihak yang membinanya. Ocean Glow adalah satu tempat yang bakal membawa keuntungan kepada semua pihak di samping dapat meningkatkan taraf hidup dinegeri Perlis. itu sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

repot yang tersebut adalah repot untuk 23 Jun.saya lupa memasukkan tarikh.

Anonymous said...

24 Jun 2009
Pada hari ini saya telah mencatat soalan yang berkaitan maklumbalas daripada pihak imegresen. Maklumbalas tersebut adalah berkaitan dengan Cadangan Pembinaan Rumah Kediaman Imegresen Kangar diatas tapak No.Lot 106, Mukim Sena, Kangar. Cadangan kedua ialah menaiktaraf Komlpeks Imegersen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar. Seterusnya Cadangan pembangunan Kompleks Imegresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian dan Cadangan Pembangunan Pusat Pemeriksaan Imegresen dan Kediaman Bukit Batu Putih. Kemudiannya saya membuat faks ke Kompleks Dewan. Faks tersebut adalah soalah dewan yang ditanya berkaitan dengan projek-projek yang bakal dijalankan. Kemudiannya saya diberi tugas untuk membuat senarai semak Rancangan Malaysia ke 10 (RMk10). Antara jabatan yang terlibat dalam senarai semak ini ialah Jabatan Pengairan dan Saliran, Unit Pentadbiran Daerah, Jabatab Bomba, Jabatan Pelajaran, Perbadanan Negeri, MADA, FAMA, RISDA, FELCRA dan sebagainya. Sebanyak 53 jabatan yang terlibat dan hanya 10 jabatan sahaja yang baru menghantar senarai projek yang akan dilaksanakan. Antara jabatan tersebut ialah Jabatan Polis, Majlis Sukan Negeri, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya. Itu sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

rekod surat yang diterima.antaranya dari UiTM, Jabatan Pertahanan dan sebagainya.
pergi ke perasmian hari peladang peringkat negeri perlis. dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis iaitu YB Dato Seri Dr Md Isa Bin Sabu. pelbagai jualan ada dijual hasil daripada pertanian, penternakan di negeri Perlis.
menghantar faks dan membuat panggilan untuk memastikan faks yang dihantar sampai.

Anonymous said...

26 Jun 2009

merekod surat yang diterima

membuat salinan fotostat

memasukkan surat ke dalam fail dan merekodnya

Anonymous said...

29 Jun 2009
● Pada hari ini saya memasukkan memo dalam ke dalam fail dan mencari fail tersebut di bilik fail. Dengan itu,saya dapat mempelajari bagaimana hendak memasukkan sesuatu surat ke dalam fail dan merekodnya.
● Kemudiannya saya telah diarahkan oleh pegawai untuk membuat salinan fotostat sebanyak 20 salinan yang berkaitan dengan minit mesyuarat pembangunan negeri Perlis untuk diedarkan dan ia dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Perlis iaitu Dato Seri Md Isa B Sabu.
● menghantar faks berkenaan Perbincangan Konsep Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka.Antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Perlis, Pejabat FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis.
● Pada sebelah petang pula, saya diarahkan untuk membaca data sosioekonomi yang melibatkan keseluruhan di Negeri Perlis. Itu sahaja untuk hari ini.

Anonymous said...

30 Jun 2009
● Pada hari ini saya telah membuat panggilan untuk memastikan bahawa surat-surat yang difaks kepada semua jabatan yang terlibat sampai dan diterima oleh mereka.
● Kemudiannya,apabila selesai tugas tersebut, saya telah memasukkan surat ke dalam fail iaitu surat yang berkaitan pandangan dan ulasan ke atas Majlis Mesyuarat Kuala Perlis oleh Persatuan Nelayan Negeri Perlis. Saya juga membuat salinan fotostat dan merekod surat yang diterima oleh UPEN.

Anonymous said...

1 Julai 2009
● Pada hari ini saya telah menghantar faks ke Universiti Sains Malaysia (USM). Faks tersebut adalah berkaitan dengan permohonan geran dan kemudiannya saya memasukkan surat tersebut ke dalam fail dan merekodnya.
● Pada sebelah petang pula, saya juga tekah membuat faks kepada semua jabatan yang terlibat iaitu MARDI, FAMA, RISDA, Jabatan pertanian, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perikanan dan sebagainya.
● Saya juga telah memasukkan surat ke dalam fail.
● saya juga telah menghantar faks berkenaan dengan taklimat pembesaran jambatan Dato Wan Ahmad yang terletak di Pengkalan Asam. Kemudian saya menyimpan fail di bilik fail dan kemudian menghantar faks berkaitan mesyuarat harta intelek.

Anonymous said...

2 Julai 2009
● Merekod surat yang diterima.
● Kemudian memasukkan surat ke dalam fail iaitu fail 02/106 dan merekodnya.
● membuat salinan fotostat surat yang hendak diberikan kepada penolong pengarah.
● rekod surat yang keluar dari bilik pengarah dan edarkan ke bilik pegawai.

Anonymous said...

3 Julai 2009
● Pada hari ini knowledge sharing dibentang oleh En Anuar iaitu beliau menerangkan berkenaan cara-cara membuat belanjawan. Terdapat empat peringkat membuat belanjawan.
● Selepas itu,saya menghantar faks yang berkaitan dengan mesyuarat jawatankuasa induk hari peladang,nelayan dan penternak peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di negeri Melaka. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 9 Julai 20009 pada jan 9.30 pagi di Bilik Gerakan Negeri Kompleks Dewan Undangan Negeri.
● Saya juga menghantar faks berkenaan borang senarai petugas pada hari peladang tersebut dan sebanyak 12 jabatan terlibat. Jabatan tersebut ialah MADA, FAMA, MARDI, Jabatan Perikanan. Jabatan Perhutanan dan sebagainya.

Anonymous said...

6 Julai 2009
● Faks surat dan mengira jumlah perbelanjaan mengurus di negeri Perlis.
● Kemudian membuat panggilan untu memastikan faks yang dihantar sampai kepada jabatan tersebut.
● Saya juga menyemak data sosioekonomi tahun 2009. Jika ada kesalahan saya akan perbetulkan mengikut tunjuk ajar pegawai. Kemudian saya memotong keratan akhbar yang terdahulu yang berkaitan dengan ekonomi untuk disimpan dalam fail koleksi keratan akhbar.

Anonymous said...

7 Julai 2009
● Menyemak data sosioekonomi yang tidak lengkap dan kemudian menghubungi jabatan yang maklumatnya tidak lengkap untuk melengkapkan data tersebut. Antara jabatan yang tidak mempunyai data yang lengkap ialah MADA, RISDA, Matrikulasi Perlis dan sebagainya.
● Kemudian pada sebelah petang pula, saya menghantar faks yang berkaitan dengan lawatan pegawai kerajaan Perlis ke Negeri Melaka. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis iaitu Yang Amat Berhormat Dato Mohd Zabidi Bin Zainal. Kemudian saya menghubungi jabatan yang berkaitan untuk memastikan surat yang difaks sampai dan mereka memberi maklumbalas terhadap surat yang difaks tersebut.

Anonymous said...

8 Julai 2009
● Pada hari ini saya menyambung menyemak data sosioekonomi dan menghubungi jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap.data tersebut adalah merangkumi kegunaan guna tanah di negeri perlis bagi setiap mukim, jumlah penduduk, pertanian, demografi,pelancongan dan sebagainya.
● Kemudian saya menghantar faks kepada jabatan yang terlibat. Faks tersebut adalah berkaitan dengan jadual belanjawan. Antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan Air, dan sebagainya.
● Kemudian saya merekod surat yang diterima dan merekodnya.
● membuat salinan fotostat.

Anonymous said...

9 Julai 2009
● Merekod surat yang diterima
● Membuat panggilan untuk menyemak data sosioekonomi yang tidak lengkap. Antaranya ialah MADA, Matrikulasi, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sebagainya.
● Mengumpul data berkenaan pengurusan organisasi
● Memasukkan surat ke dalam fail dan menyimpan fail di bilik fail

Anonymous said...

10 Julai 2009
● Pergi ke Kompleks Dewan Undangan Negeri untuk mesyuarat berkenaan dengan produk- produk negeri Perlis untuk senarai harta intelek. Mencatat minit mesyuarat untuk dibuat laporan. Dipengerusikan oleh Pengarah UPEN iaitu Puan Fauziah Bt Hashim.
● menyemak data sosioekonomi yang tidak lengkap dan membuat panggilan kepada jabatan yang tidak lengkap.
● merekod surat, menghantar faks berkenaan dengan maklum balas minit mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) yang ke 5.

Anonymous said...

13 Julai 2009
● Perhimpunan pagi di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Ia dilakukan pada setiap bulan kedua. Semua kakitangan di Bangunan Mahmud Mat akan pergi ke sana.
● menyambung tugasan menyemak data sosioekonomi Negeri Perlis
dan perbaiki mana yang salah.
● pergi ke pejabat pembangunan dan berjumpa dengan Cik Azrina dan mengambil data kemiskinan tegar di Negeri Perlis.
● Mengisi data yang baru diambil supaya dapat dilengkapkan.
● membuat salinan fotostat.
● masukkan surat dalam fail iaitu yang berkaitan dengan buku yang diperoleh daripada jabatan lain dan memasukkannya ke dalam perpustakaan di UPEN.

Anonymous said...

14 JULAI 2009
● Bacaan doa
● Membuat isi kandungan data. Mengandungi tujuh bahagian. Iaitu demografi, struktur ekonomi, infrastruktur, pelancongan, pemilikan kekayaan direktori penting dan industri.
● Faks surat berkenaan soalan lisan, mesyuarat jawatankuasa teknikal.
● menyambung buat isi kandungan data sosioekonomi
● Fotostat surat dan edarkan mengikut senarai edaran

Anonymous said...

15 JULAI 2009
● Bacaan doa
● Sambung tugasan buat tugasan isi kandungan data dan memasukkan page number
● Membuat salinan fotostat mengenai etika kerja dalam perkhidamatan awam.
● Edar kepada semua pegawai dan staf
● Bantu pegawai untuk membuat pegawai membuat mesyuarat yang berkaitan dengan belanjawan 2010.
● Merekod surat yang diterima
● Mengedit isi kandungan data sosioekonomi
● Membuat panggilan kepada jabatan berkenaan tarikh pindaan hari peladang

Anonymous said...

16 JULAI 2009

●Bacaan doa

● Merekod surat

● Semak data sosioekonomi

● Mencatat minit mesyuarat berkenaan dengan hari peladang, penternak dan nelayan peringkat

kebangsaan.

Anonymous said...

17 JULAI 2009

● Faks surat berkenaan dengan perbincangan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri

Perlis.

● Merekod surat yang diterima

● Memasukkan surat ke dalam fail

● Membuat pos laju

Anonymous said...

20 JULAI

CUTI ISRAK DAN MIKRAJ

Anonymous said...

22 JULAI 2009
● Menyediakan bahan untuk mesyuarat jawatankuasa perancang bilangan 2 2009 untuk diedarkan kepada semua jabatan yang terlibat dalam mesyuarat tersebut dan kepada ahli exco. Semua pegawai di UPEN Ps terlibat dalam mesyuarat tersebut.
● Faks surat
● Semak data.jika ada yang tidak lengkap akan dilengkapkan.

Anonymous said...

23 JULAI 2009
●Faks surat
●Membuat salinan fotostat sebanyak 30 salinan untuk diedarkan dalam mesyuarat jawatankuasa perancang bilangan 2 2009.
●Merekod dan memasukkan surat ke dalam fail
●Merekod buku yang diterima dan memasukkannya ke dalam perpustakaan UPEN Ps.
●Membuat salinan fotostat laporan status pelaksanaan projek pembangunan sebanyak 30 salinan.

Anonymous said...

24 JULAI 2009
●Bacaan doa
● Knowledge sharing. Dikongsi oleh En Zulkifli B Jusoh. Beliau menerangkan berkenaaan tarikh luput tayar.
● Faks surat berkenaan dengan bengkel pelancongan yang akan diadakan di Timah Tasoh.
● Memasukkan surat ke dalam sampul untuk dihantar.
● Faks surat berkenaan dengan mesyuarat pegawai pembangunan. Sebanyak tiga jabatan terlibat iaitu

Anonymous said...

25 JULAI 2009
● Pada hari ini semua pekerja diarahkan untuk datang ke pejabat dan menyiapkan kerja-kerja tertunggak.

Anonymous said...

27 JULAI 2007
● bacaan doa
● taklimat ringkas dari Pengarah UPEN.
● Merekod surat yang diterima.
● Menghantar surat berkaitan dengan mesyuarat
● Binding buku yang berkaitan dengan seminar pembangunan daerah 2009 untuk diberi kepada Unit Pentadbiran Daerah (UPD)
● Memasukkan surat berkenaan dengan jalur lebar ke dalam fail 02/388
● Membuat fotostat
● Menaip surat berkenaan dengan akuan penerimaan cadangan pemasangan wireless synchonized clock system yang dijamin sentiasa tepat. Ditandatangani oleh En Zulhilmi penolong pengarah iii di UPEN Perlis.

Anonymous said...

28 JULAI 2009
● Pada hari ini semua kakitangan diwajibkan untuk pergi ke dewan warisan untuk menyaksikan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja ( KMK) yang di sertai banyak jabatan. Antara jabatan yang terlibat ialah Pejabat SUK, pejabat Kastam, Hospital Tengku Fauziah, dan sebagainya. Ia dimenanagi oleh Pejabat Kastam. Acara ini berakhir pada jam 5.15 petang. Senarai atur cara akan saya lekatkan dalam buku log.

Anonymous said...

29 Julai 2009 (Rabu)
● Bacaan doa oleh En.Mohd Azad Bin Ibrahim.
● Merekod surat yang diterima
● Memasukkan surat ke dalam fail 20/388 dan kemudian menghantar surat tersebut kepada jabatan yang berkaitan
●Menghantar surat berkenaan dengan mesyuarat jawatankuasa teknikal keretapi berkembar. Ramai jabatan dan agensi yang terlibat antaranya ialah MMC Gamuda, keretapi tanah melayu berhad, unit perumahan dan kerjaan tempatan dan sebagainya.
● Membuat senarai projek pembangunan persekutuan dalam bentuk jadual.

Anonymous said...

30 JULAI 2009 (Khamis)
● faks surat berkenaan dengan mesyuarat jawatankuasa teknikal landasan keretapi berkembar
● menaip senarai nama jabatan dalam data sosioekonomi dalam bentuk jadual. Antaranya ialah jabatan persekutuan, badan berkanun dan sebagainya.


31 Julai 2009 (Jumaat)
● Bacaan doa
● Faks surat
● Masukkan surat ke dalam fail yang berkaitan
● merekod surat yang diterima dan merekod surat yang diminitkan oleh Pengarah dan edarkan kepada pegawai.


3 Ogos 2009 (Isnin)
● Bacaan doa
● Membuat faks untuk mesyuarat jawatankuasa teknikal projek pembangunan negeri Perlis Bil 2/2009.
● Membuat salinan minit mesyuarat
● Merekod dan memasukkan buku ke dalam perpustakaan UPEN.

Anonymous said...

4 Ogos 2009 (Selasa)
● Bacaan doa.
● Taklimat daripada Puan Fauziah.
● Mencari fail yang perlu dikemaskini dan membuat cetakan semula.
● Merekod surat yang baru d hantar ke dalam buku laporan
● Memasukkan surat ke dalam fail
● Membuat minit mesyuarat pemantauan.
● Merekod surat yang diterima.

5 Ogos 2009 (Rabu)
● Bacaan doa
● Taklimat ringkas daripada puan pengarah
● Membuat cetakan semula surat-surat yang perlu dikemaskini.
● Mencari fail untuk dikemaskini dan membuat cetakan semula
● Menghantar faks berkenaan perbincangan penginapan hari penternak, peladang dan nelayan.
● Membuat panggilan telefon untuk memastikan surat yang difaks diterima setiap jabatan.
● Memasukkan surat ke dalam fail 02/106
● Membuat salinan fotostat berkenaan dengan garis panduan etika kerja dan edar kepada semua pegawai.


6 Ogos 2009 (Khamis)
● Bacaan doa
● Memasukkan surat ke dalam fail yang berkaitan dengan surat yang ingin dihantar.
● Membuat faks berkenaan dengan penempahan bilik untuk Hari Penternak, Peladang dan Nelayan di Melaka.
● Memnghantar surat berkenaan dengan perbincangan projek cadangan Rancangan Malaysia Ke 10 Majlis Mesyuarat Kerajaan Pelancongan.
● faks surat berkenaan kepada packet one berkenaan dengan cadangan pembangunan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi mesyuarat yang akan diadakan pada 11 Ogos bertempat di bilik mesyuarat UPEN Perlis.
● Mengambil fail 02/054 berkaitan dengan Manual Prosedur Kerja di UPEN Perlis.

7 Ogos 2009 (Jumaat)
● Bacaan doa
● Faks surat
● Membuat penilaian rakan sejawat dengan menggunakan Microsoft excel.
● Membuat surat berkenaan dengan menggunakan Microsoft word


8 Ogos 2009 (Sabtu)
● Semua kakitangan UPEN dan pelajar praktikum diberi memo untuk datang bekerja pada hari sabtu.
●Kami diarahkan untuk membantu pegawai menyiapkan kerja tertunggak dan pulang pada pukul 1 petang.

10 Ogos 2009 (Isnin)
● Seperti setiap bulan, terdapat perhimpunan pagi di Kompleks Dewan Undangan Negeri.
● Membuat faks berkenaan bengkel pengesahan nama geografi.
● Membuat catakan semula surat-surat.
● Merekod surat yang baru diterima.
● Merekod buku untuk dimasukkan ke dalam perpustakaan.


11 Ogos 2009 (Selasa)
● Bacaan doa
● Merekod surat dan edar kepada pegawai yang berkenaan
● Membinding buku.
● Membuat lapiran berkenaan dengan taklimat mengambilalih chalet Kurong Tengar dan di semak oleh Pengarah UPEN.
● Menaip senarai jabatan dan nombor telefon dengan menagunakan Microsoft words.
● Hadir ke mesyuarat perbincangan kumpulan sasaran untuk pemantauan cadangan awal bagi sektor pengangkutan dan pengurusan lalulintas serta infrastruktur dan uitliti. Hadir bersama Puan Azliyurni.

12 Ogos 2009 (Rabu)
● Bacaan doa
● Membuat salinan fotostat
● Merekod surat yang diterima
● mencari fail di bilik fail
● merekod buku yang diterima untuk dimasukkan ke dalam perpustakaan dan memasukkan surat ke dalam fail


13 Ogos 2009 (Khamis)
● Menyiapkan minit mesyuarat berkaitan dengan MMK Pelancongan. Sebanyak 20 jabatan yang terlibat.
● Membuat buku telefon menggunakan Microsoft Word
● faks surat mengenai RMK-10
● membuat jadual mengenai RMK-10 dengan menggunakan microsft excel.


14 Ogos 2009 (Jumaat)
● Bacaan doa
● Knowledge sharing oleh oleh En Azad. Beliau menerangkan berkenaan denga teras perpaduan.
● Faks surat berkenaan dengan penghantaran projek brief untuk RMK- 10
● Membuat panggilan ke jabatan-jabatan yang terlibat untuk memastikan surat yang difaks diterima.
● Membuat salinan fotostat dan membinding agreement untuk dihantar ke pejabat penasihat undang-undang.

Anonymous said...

17 OGOS 2009 (Isnin)
● Merekod surat yang diterima
● Taip berkenaan dengan aset yang terdapat di UPEN Perlis. Sampai petang saya menaip senarai aset yang terdapat di UPEN Ps.


18 OGOS 2009
● Masukkan surat dalam fail 01/007 berkenaan dengan penerimaan laporan dan majalah.
● Merekod dam memasukkan buku dalam perpustakaan yang berkaitan dengan ekonomi Malaysia sepintas lalu, buku bulletin perangkaan bulanan Malaysia, buku penerbitan petunjuk ekonomi Malaysia indeks pelopor dan sebagainya.
● Perbaiki laporan taklimat chalet Kurong Tengar dan di semak oleh Puan Pengarah.


19 Ogos 2009
● bacaan doa
● Perbaiki minit mesyuarat.
● Menghantar surat dan memasukkannya ke dalam fail 02/403
● Surat tersebut adalah berkenaan dengan show case satu daerah satu industri 2009
● Menghantar surat berkenaan dengan mesyuarat yang membincangkan draf perjanjian bagi kaedah pemindahan asset air.
● Faks surat berkenaan dengan sesi percambahan minda bagi program minda bagi program RMK-10.


20 Ogos 2009
● Bacaan doa
● Bersiap sedia untuk pergi ke Hotel Mawarni Inn untuk program sesi percambahan minda bagi projek untuk RMK-10.
● Menjadi urusetia untuk sesi percambahan minda tesebut dan pendaftaran peserta pada jam 8.30 pagi. Kami berada di situ sehingga jam 5.30 petang.


21 Ogos 2009
● Bacaan doa
● Merekod surat yang diterima
● Faks surat berkenaan dengan mesyuarat bagi projek development & production of anti-cancer herbal.
● Fotostat garis panduan baru perolehan hartanah.
● Menaip asset yang terdapat di UPEN Ps.
● Mencari fail yang diminta oleh pegawai.
● merekod surat yang diterima


24 Ogos 2009
● Bacaan doa
● Fotostat surat
● Merekod surat
●faks surat berkaitan dengan mesyuarat dan membuan panggilan kepada semua jabatan yang terlibat untuk memastikan faks tersebut diterima.


25 Ogos 2009
● Bacaan doa
● Taip untuk RMK-9 dengan menggunakan microsft word.
● Faks surat mengenai mesyuarat membincangkan draf perjanjian bagi kaedah pemindahan asset air bahagian bekalan air jabatan kerja raya.
● Menelefon semua jabatan tersebut untuk memastikan surat yang difaks diterima.
● Merekod surat yang diterima
●Buat senarai asset dengan menggunakan Microsoft words.
●Membuat ringkasan rumusan mengenai dengan holistik Negeri Perlis dan diserahkan kepada En Herwadey.


26 Ogos 2009
● Bacaan doa
● Sambung menaip rancangan negeri perlis ke Sembilan
● memasukkan surat ke dalam sampul untuk dihantar.
● menyambung menaip rancangan negeri Perlis Ke Sembilan


27 Ogos 2009
● Bacaan doa
● Fotostat minit mesyuarat kurong tengar dan edarkannya kepada jabatan terlibat
● membuat draf teks ucapan Yang Berhormat Menteri Besar Perlis untuk ucapan pada hari Kemerdekaan. Di semak oleh En Herwadey.
● Merekod surat yang diterima


28 Ogos 2009 (Jumaat)
● Bacaan doa
● Menghadiri program penghayatan al Quran.
● merekod surat yang diterima
● Membuat panggilan untuk memastikan siapa yang akan hadir ke mesyuarat landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar.


29 Ogos 2009 (Sabtu)
● Datang ke pejabat untuk membantu pegawai menyiapkan tugas yang tertunggak. Arahan daripada Puan Pengarah UPEN. Semua diwajibkan hadir. Pulag pada jam 2 petang.
● Fotostat surat berkenaan dengan mesyuarat jawatankuasa perancang pembangunan negeri Perlis Bil 3/ 2009


31 Ogos (Isnin)
Cuti Hari Kemerdekaan

Anonymous said...

1 September 2009 (Selasa)
Bacaan doa
Menaip rancangan Negeri Perlis ke-9
Merekod surat masuk
Memasukkan surat ke dalam fail serta merekod surat yang diminit oleh pengarah untuk diedar kepada pegawai.
Menyambung menaip rancangan Negeri Perlis ke-9

2 September 2009 (Rabu)
● Bacaan doa
● Membuat salinan fotostat
● Menaip rancangan Negeri Perlis ke 9
● Memasukkan surat ke dalam fail
● Membuat design kad raya bersama pelajar praktikum yang lain

3 September 2009 (Khamis)
● Bacaan doa
● Membuat salinan fotostat berkenaan dengan pindah peruntukan
● Merekod surat yang diterima
● Faks surat berkenaan dengan pengumpulan data pelaburan dan membuat panggilan semula setiap jabatan yang terlibat untuk memastikan faks tersebut diterima.
● Membuat data berkenaan dengan perangkaan ketibaan dan pemergian ke negeri Perlis pada tahun 2008. Arahan Penolong Pengarah I iaitu Puan Sh.Intan.


4 September 2009 (Jumaat)
● Bacaan doa
● Knowledge sharing oleh En Abd Hamid iaitu berkenaan dengan Tayar.
● Menyambung menaip perangkaan ketibaan dan pemergian ke negeri Perlis pada tahun 2008 dan diserahkan kepada PPI.
● Merekod surat yang diterima
● Memasukkan surat ke dalam fail 01/007 dan merekod buku yang diterima untuk dimasukkan ke dalam perpustakaan UPEN.



7 September 2009 (Isnin)
CUTI NUZUL AL-QURAN


8 September 2009 (Selasa)
● Bacaan doa
● Merekod surat yang diterima
● memasukkan surat ke dalam fail

9 September 2009 (Rabu)
● Bacaan doa
● Merekod surat yang diterima
● Merekod surat yang diminit oleh Pengarah dan edarkan kepada pegawai
● Fotostat minit mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Landasan Keretapi Berkembar antara Ipoh dan Padang Besar
● Masukkan surat ke dalam sampul dan lekatkan alamat untuk dihantar kepada jabatan yang terlibat
● Memasukkan satu salinan surat tersebut ke dalam fail


10 September 2009 (Khamis)
● Merekod surat yang diterima
● Memasukkan surat ke dalam fail
● Membuat design kad ucapan hari raya bersama pelajar praktikal yang lain


11 September 2009 (Jumaat)
● Bacaan doa
● Merekod surat yang diminitkan oleh Pengarah
● Edarkan surat tersebut kepada pegawai berkenaan
● Membuat salinan fotostat mengenai dengan perbincangan anggaran belanjawan pembangunan 2010.
● Membuat panggilan telefon untuk memastikan surat yang difaks diterima.

14 September 2009 (Isnin)
● Bacaan doa
● Merekod surat yang diterima
● Mesyuarat perbincangan anggaran belanjawan pembangunan 2010 bersama Penolong Pengarah di Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
● Mengambil fail Upen Ps (s) 01/050 Jld.5 (18)
● Membuat salinan fotostat permohonan pindah peruntukan pembangunan kepada p09/09901.
● Menghantar surat kepada Y.B Pegawai Kewangan Negeri

15 September 2009 (Selasa)
● Bacaan doa
● Menyambung membuat design kad ucapan hari raya untuk diedarkan kepada semua jabatan.
● Merekod surat yang diterima dan merekkod surat yang direkodkan Pengarah untuk diedarkan kepada pegawai.

Anonymous said...

16 September 2009 (Rabu)
● bacaan doa
● Merekod surat yang diminitkan Pengarah dan edarkan kepada pegawai
● mengemas bilik fail dan menyusun fail mengikut susunan yang betul seperti yang ditetapkan.


17 September 2009 (Khamis)
● Bacaan doa dan ucapan ringkas daripada Pengarah
● Merekod surat yang diterima
● Merekod surat yang diminitkan Pengarah dan edarkan kepada pegawai
● Membuat salinan fotostat surat memohon kelulusan bagi pembelian instumen kajina menggunakan vot p04406
● Mengambil fail 02/282 untuk menghantar surat berkenaan dengan projek landasan keretapi berkembar.
● Membuat salinan fotostat projek lendasan keretapi berkembar elektrik Padang Besar dan dihantar kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis
● Membuat salinan fotostat permohonan pelan kebenaran merancang dan pelan sistem perparitan negeri perlis.
● Membuat design kad raya bersama pelajar praktikum yang lain.


18 September 2009 (Jumaat)
● Bacaan doa
● Menyambung membuat design kad raya dan pergi ke pusat computer untuk di print dan diperiksa oleh Puan Pengarah
● Memasukkan kad raya tersebut ke dalam sampul dan hantar kepada semua jabatan kerajaan di negeri Perlis.



21 September 2009 (Isnin)
CUTI HARI RAYA



22 September 2009 (Selasa)
CUTI HARI RAYA


23 September 2009 (Rabu)
Semua staf masih bercuti. Saya dan pelajar praktikum lain datang ke pejabat dan membuat kerja masing-masing. Tiada kerja yang dibuat kerana pegawai dan kakitangan masih bercuti. Kami hanya menjawab panaggilan telefon sahaja.

24 September 2009
(Khamis) Semua staf masih bercuti. Saya dan pelajar praktikum lain datang ke pejabat dan membuat kerja masing-masing. Tiada kerja yang dibuat kerana pegawai dan kakitangan masih bercuti. Kami hanya menjawab panaggilan telefon sahaja.


25 September 2009 (Jumaat)
● Semua staf masih bercuti. Saya dan pelajar praktikum lain datang ke pejabat dan membuat kerja masing-masing. Tiada kerja yang dibuat kerana pegawai dan kakitangan masih bercuti. Kami hanya menjawab panaggilan telefon sahaja.


28 September 2009 (Isnin)
● Bacaan doa
● Merekod surat yang diterima
● Membuat salinan fotostat buku untuk diserahkan kepada Penolong Pengarah I.

29 September 2009 (Selasa)
● Jamuan hari raya. Diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri. Dihadiri oleh Tuanku Raja Syed Sirajudin, YAB Dato Dr Md Isa Bin Sabu selaku Menteri Besar Perlis. Pelbagai acara diadakan antaranya ialah pertandingan gerai tercantik. UPEN diarahkan unuk menyediakan cendol, roti jala dan buah-buahan. Kerjasama antara semua membuatkan semuanya berjalan dengan lancar dan kami pulang pada jam 7 petang.

30 September 2009 (Rabu)
● Bacaan doa
● Memperbaiki kertas majlis mesyuarat kerajaan negeri yang berkaitan dengan pengambilalihan Chalet Kurong Tengar dan disemak oleh Penolong Pengarah.
● Membuat senarai kehadiran berkenaan mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Pembangunan Bil 3/2009.
●Membuat sampul kecil untuk menghantar kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan dengan pembangunan untuk membangunkan TESCO di Negeri Perlis. Kertas tersebut dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.