CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

Nur Salwa Binti Abdul Ghani


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

35 comments:

Anonymous said...

5 Jun 2009

Pada hari pertama melapor diri,saya tiba seawal 7.45 pagi.Kemudian saya terus dibawa oleh seorang staf untuk bertemu dengan Encik Badrudin bin Baharom yang merupakan penyelia saya di Majlis Perbandaran Kangar.

Setibanya di pejabat beliau,saya menyerahkan semua borang2 yang berkenaan untuk disemak.Beliau memberi sedikit penerangan berkaitan MPK.

Saya ditempatkan di Jabatan Kejuruteraan dan Penilain.Saya diperkenalkan kepada semua staf2 di bahagian ini.Menurut En.Badrudin,saya ditempatkan di sini selama sebulan dan kemudian akan ditempatkan di jabatan-jabatan lain bagi menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman.

Sepanjang berada di jabatan ini,saya diberi tunjuk ajar oleh staf2 di sini mengenai cara2 mengemaskini fail sebelum disemak oleh Ketua Jabatan.Kemudian saya diajar untuk mengira jumlah2 cukai taksiran,cukai perkhidmatan dan sebagainya.

Melalui pendedahan diberikan,saya mengetahui bagaimana MPK mengendalikan cukai2 yang perlu dibayar oleh penduduk2 Negeri Perlis.

Sepanjang 5 hari berada di jabatan ini,saya ditugaskan untuk menyiapkan pengiraan cukai, mengemaskini fail2 cukai,serta menyenaraikan cukai2 yang belum dilunaskan oleh pembayar cukai.

profhalim said...

rajin rajin lah bercerita

Anonymous said...

8 JUN 2009

Pada jam 8 pagi,semua staf dari setiap jabatan sudah berada di dewan mesyuarat.Pada setiap 2 minggu,mesyuarat akan diadakan untuk menemukan semua staf2 dan pegawai2 atasan untuk membincangkan mengenai isu2 berbangkit berkenaan tugas dan isu2 semasa.

Semasa mesyuarat dijalankan, akauntan MPK telah memberi sedikit penerangan mengenai peruntukan pembayaran gaji pekerja MPK bagi bulan Mac sehingga bulan Mei.Selain itu, beliau menyatakan mengenai pendapatan MPK bagi tahun 2008.

Seorang pegawai MPK turut menjelaskan mengenai teknologi baru yg bakal dilaksanakan oleh JKR iaitu peletakan kamera di 12 buah lampu isyarat di sekitar Kangar dan memerlukan pemantauan MPK.

Setelah mesyuarat berakhir, saya menjalankan tugas seperti biasa iaitu membantu staf2 di Jab Penilaian mengemaskini fail2 cukai penduduk Perlis.Antara yg saya pelajari ialah cukai perkhidmatan yg perlu dibayar ialah sebanyak RM18 bagi separuh tahun pertama. Selain itu, cukai taksiran juga perlu dijelaskan setelah berlaku pindah milik bangunan.

9 JUN - 11 JUN 09

Setiap hari sepanjang minggu ini saya melakukan tugas yang sama iaitu menaip surat berkenaan pindah milik bangunan . Pindah milik bangunan berlaku kerana kematian pemilik lama atau perpindahan ke bangunan baru.

Saya perlu meneliti cukai2 perkhidmatan dan cukai taksiran yang perlu dibayar oleh mereka.Banyak fail yang perlu disiapkan sebelum Ketua Jabatan menyemak semua fail2 terbabit.Sehingga kini saya telah menyiapkan semua surat dari bulan Januari sehingga bulan Mac.Seterusnya selepas ini bulan April sehingga Jun.

12 Jun 2009

Pagi ini saya telah menghadiri satu ceramah agama yang diadakan di Dewan Mesyuarat MPK. Aktiviti ini sering diadakan di MPK khususnya pada Heri Jumaat.

Setelah itu, saya dan seorang staf MPK,Puan Zabaniyah telah diarahkan oleh YDP MPK untuk melawat Jabatan Taman dan Rekreasi MPK yang terletak di Sungai Batu Pahat, PErlis. Lokasi ini dikenali sebagai kawasan rekreasi di negeri Perlis.

YDP mengarahkan kami melawat tapak semaian yang juga merupakan tapak jualan pokok serta aktiviti landskap. Pekerja-pekerja sedang menjalankan tugas masing2 ketika kami tiba di sana.

Pada pemerhatian saya terdapat tempat2 menarik di Sungai Batu Pahat, namun kurangnya pengawasan dan pemantauan daripada PBT dan JKR menyebabkan kawasan2 di situ terbiar dan tidak beroperasi.Sungai2 juga kotor dan rumput2 tumbuh meliar telah mencacatkan pemandangan di situ.

Seterusnya kami melawat Eaggle Park Resort yang terletak berhampiran. Lawatan kami disambut oleh Pengurus resort berkenaan. Kami meninjau operasi resort berkenaan berkenaan yang baru dibuka selama 2 minggu.Resort masih dalam proses pembersihan dan renovation sedang dijalankan namun tempahan resort telah penuh bagi beberapa minggu.

Melalui perbincangan yang dijalankan, pengurus berkenaan mengatakan bahawa resort berkenaan mempunyai prospek yang baik untuk dibangunkan namun kekurangan kemudahan2 serta peruntukan untuk membangunkannya menyebabkan kesukaran untuk mmenarik pelancong dan penduduk setempat.

Staf MPK turut memberi sokongan kpd pemilik resort untuk meneruskan operasi dan berjanji untuk memberikan kerjasama.

Setelah pulang ke pejabat, saya meneruskan tugas menyiapkan surat2 pindah milik dan cukai.

Anonymous said...

15 - 19 JUN 2009

Sepanjang minggu ini, saya melakukan tugas yang sama iaitu menyiapkan surat-surat pindah hak milik yang sangat banyak iaitu bermula dari bulan Januari sehingga Jun. Walaupun saya hanya melakukan satu tugas ini sahaja tetapi bilangan fail yang sangat banyak membuatkan ianya memakan masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Mula2 saya perlu memastikan alamat yang ditaip tepat. setelah itu, perlu menaip alamat bangunan yang dipindah milik itu. seterusnya no akaun pemilik, nama pemilik baru,no geran, alamat peguam yg membuat pengesahan dan sebagainya. Semua ini memerlukan penelitian yg sangat rapi agar tidak berlaku kesalahan yg akan menyusahkan byk pihak.

Selain drpd itu, Apa yang saya pelajari ialah, cukai yang dikenakan dikira berdasarkan keluasan sesuatu bangunan dan didarab dengan harga semeter persegi. kemudian kutipan cukai akn dikira berdasarkan 8% drpd jumlah itu.

Mungkin disebabkan proses2 ini yg rumit dan banyak menyebabkan berlakunya karenah birokrasi. Sekarang barulah saya faham kenapa ianya sering berlaku di pejabat2 kerajaan.

Daripada apa yg telah ditugaskan kepada saya, saya sedang mencari perkaitannya dengan tajuk report iaitu kualiti penyampaian perkhidmatan.namun saya belum pasti tajuknya. saya akan berbincang dengan penyelia saya dan pembantunya. disebabkan kesibukannya bertugas di luar menyebabkan masa untuk bertemu beliau utk berbincang mengenainya agk terbatas. tapi saya akn cuba membuat report yg terbaik.

Anonymous said...

22 JUN - 26 JUN 2009

Pada minggu ini saya hampir selesai menyelesaikan semua surat-surat pindah milik bangunan. Sebelum dihantar kepada Ketua Jabatan untuk disemak, saya perlu memfailkan semua surat-surat tersebut beserta cop terlebih dahulu.

Seterusnya pada hari-hari berikutnya saya ditugaskan membuat pendaftaran penerimaan pelan bangunan2 tambahan dan bangunan2 baru. Setiap pelan2 yang diterima perlu diteliti struktur binaannya terlebih dahulu oleh pihak MPK.

Pelan2 terbabit perlu diteliti bagi memastikan pembinaannya nnt mengikut piawaian yang ditetapkan. Antaranya, terdapat had2 tertentu dalam membuat binaan agar tidak melepasi tapak binaan, tidak boleh mengganggu kawasan dan ketenteraman pihak lain, menggunakan bahan binaan yg diluluskan dan lain-lain lagi syarat2 yg ditentukan.

Setelah pelan2 diluluskan, pihak MPK akan melawat tapak binaan bagi memeriksa keselamatan dan pembinaan seperti dalam pelan.Mungkin minggu hdpn saya akn mengikut pihak MPK ke tapak binaan untuk melihat sendiri kerja2 mereka.

P/S: Prof,saya tak dapat akses blog ni di pejabat, sebab tu la saya tak dapat tulis blog ni tiap2 hari. Saya hanya dapat tulis seminggu sekali merangkumi semua kerja2 yang saya buat dalam seminggu. Saya tulis blog ni setiap Jumaat time rehat kat cyber cafe. Saya harap Prof faham.

Anonymous said...

29 Jun 2009

Setelah selesai menyiapkan surat pindah milik sehingga bulan Jun, saya diberi tugas untuk mendaftar penerimaan syrat dan pelan-pelan bangunan baru. Saya perlu mencatitkan penerimaan surat dan pelan-pelan tersebut ke dalam buku catatan pendaftaran yang bertujuan untuk merekod nama pemilik/pemaju serta cadangan pembinaan bangunan baru.

Anonymous said...

30 Jun 2009

Saya diberi tugas untuk merekod penerimaan pelan bangunan-bangunan tambahan. Selain merekod penerimaan pelan-pelan tersebut ke dalam buku pendaftaran, saya turut meneliti proses-proses penilaian bagi bangunan baru dan bangunan tambahan.

Anonymous said...

1 Julai 2009

Saya membantu seorang staf Jabatan Penilaian menyiapkan surat-surat rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia(cawangan Perlis). Surat-surat yang disiapkan memberi maklum balas kepada Jabatan Insolvensi tentang penyemakan dan penelitian MPK terhadap harta-harta pertubuhan tertentu dalam sistem percukaian MPK. Contohnya Pertubuhan Khairat Kematian Kg.Nesam, Perlis.

Anonymous said...

2 Julai 2009

Pada pagi ini saya telah mengikut seorang pegawai MPK untuk melakukan tugasan luar.Tugasanluar yang dilakukan oleh beliau melibatkan permohonan 2 buah premis yang terletak di Jejawi dan Jalan Kaki Bukit, Perlis yang memohon pengecualian cukai kerana premis mereka yang dinilai oleh MPK tidak menjalankan sebarang operasi perniagaan atau didiami.

Oleh itu, pihak MPK perlu meneliti permohonan itu untuk dipertimbangkan denganmelawat 2buah premis berkenaan. Selepas melawat 2 buahpremis berkenaan, pegawai MPK akan menyediakan laporan berkenaan kes-kes tersebut untuk diteliti oleh ahli mesyuarat MPK dan dibincangkan keputusannya sama ada untuk menerima rayuan cukai itu atau menolak permohonan itu.

Anonymous said...

3 Julai 2009

Pada jam 8 pagi, staf-staf telah memenuhi Dewan Mesra untuk mendengar tazkirah mingguan yang bertajuk "Penghayatan Islam Dalam Kerjaya". Selesai slot tazkirah, semuastaf kembali bertugas seperti biasa.

Saya membantu staf-staf yang lain mengemaskini fail-fail cukai yang baru sampai ke Jabatan Penilaian. Fail-fail ini perlu disemaksatu persatu bagi memastikan kadarcukai yang dicetak tepat dan meminimumkankesalahan-kesalahan yang lain seperti typing error dan lain2.

Anonymous said...

6 Julai 2009

Perjumpaan pagi telah berlangsung pada jam 8 pagi. Sebagai pembuka bicara, seorang pegawai MPK telah membaca sebuah artikel yang bertajuk Nilai & Etika dalam Perkhidmatan Awam. Antara kandungan artikel berkenaan ialah mengenai Nilai2 dalam Perkhidmatan Pelanggan, Nilai2 Kepimpinan, Nilai2 Profesional, Nilai2 Kualiti, dan Nilai2 Agama.Kesemua nilai2 ini perlu diterapkan dalam diri setiap penjawat awam bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian.

Setiausaha MPK turut membangkitkan mengenai kejadian lori MPK yang mengalami kemalangan. Hal ini dikaitkan dengan akauntabiliti dan integriti staf2 MPK yang cuai dalam mengendalikan kenderaan sehingga dicuri oleh pihak luar.

Selesai perjumpaan pagi, semua staf kembali bertugas seperti biasa. Saya meneruskan tugas menyiapkan surat2 pindah milik pelanggan yang hadir terus ke Jabatan.

Anonymous said...

7 Julai 2009

Seperti biasa saya menyiapkan surat-surat pindah milik. Setelah selesai saya menghantarnya ke bilik Ketua Jabatan. Selepas itu, saya meneruskan tugas2 mengemaskini fail2 yang mana masih berterabur dan tidak disusun secara sistematik.

Pada sebelah petang, Ketua Jabatan meminta saya memperbetulkan kesalahan2 yang telah saya lakukan dalamsurat2 pindahmilik yang telah disemak oleh beliau. Antara kesalahan yang saya lakukan ialah saya tidak meletakkan kesemua nama pemilik yang baru. Contohnya terdapat 2atau 3 orang pemilik baru bagi harta yang dipindah milik. Oleh itu, kesemua nama perlu dimasukkan sekali.

Anonymous said...

8 Julai 2009

Semua jabatan sibuk meningkatkan kualiti kerja masing2 kerana pegawai daripada ISO akan datang untuk meneliti sama ada MPK layak untuk menerima sijil ISO. Slogan "MPK Ke Arah MS ISO 9001: 2008 digantung di setiap jabatan. Mereka berusaha untuk memastikan fail2 telah dikemaskini dan diletakkan di tempat yang betul. Sistem rekod juga sedang di"upgrade" agar piawaian yang ditetapkan dapat dilaksanakan.Sepanjang minggu ini,saya sibuk membantu staf2 menyusun fail2 agar susunannya sistematik dan mengikut arahan2 yang ditetapkan ISO.

Anonymous said...

9 Julai 2009

Saya ditugaskan merekod pendaftaran penerimaan pelan bangunan2 tambahan dan bangunan2 baru. Menurut seorang staf di Jabatan Penilaian, beliau akan meneliti pelan2 yang telah ddisiapkan berkenaan struktur bangunan2 baru dan tambahan.

Setiap bangunan baru atau bangunan tambahan dibinan, ianya perlu diambil kira dalam proses penilaian cukai taksiran. Selain itu, pihak MPK akan membuat lawatan ke tapak bangunan baru/tambahan utk memastikan kerja2 pembinaan dibuat berdasarkan piawaian ditetapkan.

Contoh bangunan tambahan: awning, tembok pagar, tambahan blok dll.

Anonymous said...

10 Julai 2009

Saya diminta mengemaskini fail2 pindah milik penduduk daripada Taman Bukit Kubu, Taman Padang Nyu, Taman Sri Wang, Taman Utara Fasa 2, Taman Desa Repoh dan Jalan Kangar-Alor Setar.

Semua data2 dalam fail2 tersebut bercampur adu menyebabkan ia susah dirujuk ketika diperlukan. Saya menyusun setiap satunya mengikut fail masing2 dan meletakkannya di dalam laci yang ditandai nama taman perumahan masing2 supaya lebih sistematik.

Anonymous said...

14 Julai 2009

Saya telah mengikut seorang pegawai MPK melakukan tugasan luar. 3 buah rumah telah memohon pengecualian cukai perkhidmatan kerana lori sampah MPK tidak melalui kawasan kediaman mereka utk mengutip samapah. Mereka menguruskan sampah2 dengan sendiri selama ini iaitu dgn membakar, menimbus dan membuang terus ke tempat pelupusan sampah.

Kami telah mengunjungi sendiri kawasan2 berkenaan yang terletak di Kuala Perlis, Simpang Empat dan Kangar. Pegawai MPK telah mengambil keterangan dari penduduk sendiri dan akan membuat laporan. Laporan ini akan dibincang dengan YDP dan Ahli Majlis untuk diputuskan sama ada rayuan cukai diterima atau ditolak.

Anonymous said...

15 JULAi 2009

Saya diminta menyambung membuat surat pindah milik bagi bulan Julai yang baru diterima daripada Jabatan Kewangan.

Pada sebelah petang, saya diminta membantu staf2 di Jabatan Kejuruteraan mengenai urusan jualbeli tender. Tender yang dikeluarkan berkenaan dengan pembinaan bazaar 4 tingkat di Jalan Jejawi membabitkan kontraktor kelas c.Setiap tender dijual dgn harga RM100.

Anonymous said...

16 JULAI 2009

Saya diminta mengemaskini fail2 yang mengandungi data2 penduduk beberapa buah taman perumahan di Perlis. Antaranya ialah Taman Sri Pulai, Taman Seri Wang, Taman Masmuda, Taman Repoh Jaya, Taman Harmoni dan Taman Kubu Jaya. Setelah sipa dikemaskini, saya meletakkannya di dalam laci masing2 bagi membolehkan pegawai2 ISO yang bakal datang membuat lawatan dapat memeriksanya satu persatu.

Anonymous said...

17 Julai 2009

Saya menyertai Gotong Royong Perdana di Jabatan Penilaian. Setiap staf diwajibkan untuk menyertai gotong royong ini yang diadakan bagi mebersihkan pejabat serta menyusun dan mengemaskini fail-fail dan peralatan pejabat secara lebih tersusun dan sistematik. Ini merupakan salah satu usaha semua pegawai dan staf-staf jabatan ini dalam mematuhi kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh ISO iaitu kekemasan.

21 Julai 2009

Saya meneruskan kerja menyiapkan surat –surat pindah milik bulan Julai.

22 Julai 2009

Saya diminta untuk menyemak semula semua fail-fail pindah milik yang ditempatkan di laci mengikut bulan bermula Jun 2008 sehingga Julai 2009. Semua fail-fail ini perlu disusun mengikut sistem numbering seperti yang dikehendaki pegawai-pegawai SIRIM yang akan membuat penilaian ISO. Saya juga dikehendaki meneliti setiap fail agar tiada boring atau data yang tertinggal atau tidak dikepilkan bersama. Hal ini bagi memastikqan semua fail sempurna dan lengkap dengan maklumat yang diperlukan.

23 Julai 2009

Hari ini semua pegawai-pegawai di Jabatan Penilaian dan jabatan-jabatan lain sibuk membuat persediaan terakhir sementara menunggu kedatangan pegawai SIRIM. Hal ini bagi memastikan keadaan jabatan kemas dan semua fail telah lengkap dikemaskini. Saya turut membantu seorang pegawai mengecop boring-borang pindah milik yang merupakan salah satu piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM.

24 Julai 2009

Saya menyambung tugas merekod pendaftaran penerimaan pelan-pelan bagi membina bangunan baru dan bangunan tambahan. Setelah menerima pelan-pelan tersebut, pihak MPK akan mengukur periksa bangunan-bangunan terbabit bagi tujuan penilaian dan penilaian semula bagi menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.

27 Julai 2009

Hari ini saya telah diberi pendedahan tentang penggunaan sistem e-PBT. Saya telah diajar untuk menggunakan e-PBT bagi menyemak data-data pelanggan yang tersimpan di dalamnya sebagai rekod MPK. Sistem ini telah memberi banyak kemudahan kepada staf-staf di sini untuk menyimpan dan menyemak data dengan cepat dan mudah. Namun begitu, sistem ini juga terdapat kelemahan-kelemahan tertentu. Antaranya ialah kaedah pengisian data yang berbeza antara jabatan menyebabkan kesukaran untuk mengakses data.

28 Julai 2009

Saya diminta untuk menyemak data-data pemilik bangunan yang terdapat dalam sistem e-PBT. Data-data tersebut berkaitan tuntutan pembayaran rumah teres satu tingkat bagi Taman Singgahsana yang terletak di Padang Besar, Perlis. Saya ditugaskan untuk menyemak nombor akaun pembeli serta nama-nama pembeli mengikut nombor lot bagi memastikan ianya tepat untuk dikemaskini semula.

29 Julai 2009

Saya membantu beberapa orang pegawai di Jabatan Urusetia untuk menguruskan borang-borang permohonan jawatan kosong. Saya diminta untuk mencari calon yang menepati semua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh MKP. Kebanyakan pemohon tidak memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan mempunyai peluang yang amat tipis untuk disenaraikan sebagai calon temuduga.

30 Julai 2009

Saya diminta untuk menyemak semula no akaun serta bil cukai bagi pemilik-pemilik rumah Taman Pertiwi dan Taman Singgahsana. Sesetengah daripada bil cukai tidak dapat dicetak kerana pengisian data yang salah.

Anonymous said...

31 Julai 2009

Hari ini saya telah menyiapkan tugas penyemakan bil penyata cukai bagi 2 buah taman perumahan iaitu Taman Pertiwi dan Taman Seri Pulai Fasa 4. Data-data cukai bagi taman-taman perumahan berkenaan pada asalnya tiada dalam sistem dan tidak dapat dicetak. Atas bantuan pegawai-pegawai penilaian, data-data berkenaan dapat disemak. Hal ini berikutan kaedah pengisian dan rekod data yang berbeza antara jabatan-jabatan lain menyukarkan proses penyemakan.

3 Ogos 2009

Saya telah merekod butir-butir pemilk baru yang melakukan pindah milik. Butir-butir yang direkd seperti nama, alamat dan tarikh pindah milik dilakukan adalah penting untuk direkodkan supaya proses penyemakan di masa akan datang akan lebih senang dan teratur.

4 Ogos 2009

Saya telah mengikut seorang pegawai melawat beberapa premis yang memohon pengecualian cukai perkhidmatan. Antaranya ialah Kilang Beras Abidin Abu Bakar yang mendakwa lori MPK tidak mealui dan mengangkut sampah di laluan kilang mereka. Selain itu, beberapa buah bangunan kedai turut membuat permohonan yang sama kerana kedai-kedai tersebut tidak lagi beroperasi setelah ditutup beberapa bulan yang lalu.

Setelah melawat premis-premis berkenaan, kami terus ke Pejabat Tanah dan Galian Perlis untuk mendapatkan salinan geran beberapa kes pindah milik yang belum selesai. Proses mendapatkan salinan geran tidak memakan masa yang lama kerana data-data telah terkandung dalam rekod PTG dan kami Cuma perlu memaklumkan no lot bagi tanah berkenaan.

5 Ogos 2009

Saya menyambung tugas menyiapkan surat-surat pindah milik cukai bagi bulan Julai. selain itu, saya turut merekod bilangan surat-urat pindah milik cukai yang telah siap ke dalam buku pendaftaran sbagi tujuan perekodan.

6 Ogos 2009

Saya telah diminta mencetak bil penyata cukai bagi 2 buah taman perumahan yang telah diduduki iaitu Taman Utara Indah dan Taman Singgahsana. Bil-bil yang dicetak akan disemak dan dimasukkan ke dalam fail bagi menyimpan rekod pembanyaran cukai yang telah dibuat oleh pemilik bangunan/rumah. Bil-bil tersebut juga akan diedar kepada setiap rumah untuk makluman kadar cukai mereka.

Anonymous said...

7 Ogos 2009

Saya menyelesaikan semua surat2 pindah ilik bulan Julai sebelum menyambung tugas menyiapkan pindah milk bulan Ogos. Menurut pegawai penilaian, lebih banyak tugas menanti berkenaan urusan pindah milik pada bulan Ogos.

10 Ogos 2009

Mencetak surat2 pindah milik cukai yang telah selesai dan diailkan. Seterusnya mendapatkan tandatangan Ketua Jabatan untuk pengesahan sebelum diedarkan kepada pemilik bangunan. Salinan surat2 berkenaan juga dicetak untuk simpanan MPK.

12 Ogos 2009

Saya telah mula diberikan tugas menyiapkan beberapa surat pindah milik bagi bulan Ogos. Sementara itu, saya turut menyemak senarai nilaian semula bangunan tambahan bagi bulan Julai. Seterusnya saya diberi tugas mencetak bil penyata cukai bagi Taman Singgahsana bagi menyemak pembayaran yang telah dilakukan.

13 Ogos 2009

Saya kurang diberikan tugas hari ini kerana ramai staf yang bercuti. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mencari bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan report praktikum saya berkenaan integriti dan kualiti sistem penyampaian.

Anonymous said...

14 Ogos 2009

Menghadiri ceramah agama mingguan bertajuk Ramadhan Al Mubarak. Saya berpendapat ceramah agama mingguan yang diadakan di sini amatlah berguna untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga MPK. Namun begitu, tidak semua warga MPK menyedari manfaatnya kerana hanya segelintir sahaja yang menghadirinya.

Selepas itu, saya menyiapkan surat2 pindah milik cukai bagi bulan Ogos.

Anonymous said...

17 Ogos 2009

Menyiapkan surat pindah milik bulan Ogos. Hampir kesemua surat-surat pindah milik telah saya siapkan walaupun jumlahnya sangat banyak. Namun begitu, saya masih kurang arif tentang urusan pindah milik sekiranya ada pelanggan yang datang membuat urusan.Saya masih mempelajari mengenai geran2 tanah dan sebagainya yang perlu ada semasa proses pindah milik.

Anonymous said...

18 Ogos 2009

Saya telah mengikuti Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Hasil. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan keputusan kepada beberapa kes rayuan pengecualian cukai yang diminta oleh pemohon. Kes-kes itu telah dilawat periksa oleh saya dan pegawai penilaian sebelum ini.

Keputusan yang dibuat diputuskan oleh YDP, Ahli2 Majlis yang dilantik, serta akauntan dan urusetia. Ada permohonan yang diterima oleh semua ahli dewan dan ada pula yang ditolak kerana permohonan yang tidak munasabah dan tidak mengikut syarat pengecualian yang ditetapkan.

Saya berasa bangga kerana dapat mengikuti kes-kes ini sehingga selesai yang mana bermula dari melawat periksa premis sehingga Mesyuarat Rayuan Hasil diputuskan. Dengan ini, saya dapat memahami operasi Jabatan Penilaian dengan berkesan.

Anonymous said...

19 Ogos 2009

Saya telah diminta menyemak senarai pemilik baru bangunan dalam buku rekod bagi memastikan segala proses pindah milik telah selesai dibuat oleh pegawai yang berkenaan. Hal ini bagi memastikan tiada kes yang tertinggal atau terlewat diproses dan menyebabkan rungutan pelanggan. Kebanyakan proses pindah milik telah diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan tiada sebarang masalah kelewatan timbul.

Anonymous said...

20 Ogos 2009

Hari ini saya hanya diminta untuk mengemaskini fail-fail pindah milik yang telah selesai disiapkan. Tugasan ini termasuklah memasukkan nombor fail, meletakkan tarikh dan sebagianya mengikut piawaian yang ditetapkan. Hal ini bagi memastikan setiap fail yang telah disiapkan akan disimpan mengikut turutan bagi memudahkan pencarian sekiranya diperlukan.

Anonymous said...

21 Ogos 2009

Saya membantu pegawai penilaian menyemak 'control file' Taman Desa Putra. Ha ini berkenaan bil penyata cukai yang tidak dapat dicetak kerana rumah belum diduduki atau belum siap sepenuhnya. Demngan membuat penyemakan tersebut, status rumah yang terkini dapat dikenalpasti.

Anonymous said...

24 Ogos 2009

Saya diminta menyemak status premis-premis milik MPK yang sedang dalam pemajuan. Penyemakan status premis-premis ini penting kerana laporan akan dibuat berhubung bilangan terkini premis baru yang dibina serta nama-nama baru yang diberikan. Saya turut menyiapkan cetakan penyata bil Taman Bukit Kubu dan Taman Desa Putra yang baru diduduki.

Anonymous said...

25 & 26 Ogos 2009

Saya meneruskan tugasan saya seperti biasa iaitu menyiapkan surat-surat pindah milik. Namun begitu, disebabkan kecuaian, saya telah tersilap memasukkan alamat rumah baru bagi seorang pemilik yang baru melakukan pindah milik. Hal ini menyebabkan pemilik tersebut membuat aduan kepada saya. Saya terus membetulkan kesalahan tersebut dan mengedarkan kembali surat itu. Selepas ini, saya akan lebih berhati2 ketika melakukan tugasan yang diberikan agar kesalahan ini tidak berulang.

Anonymous said...

27 Ogos 2009

Seperti biasa saya menyambung tugasan menyapkan surat2 pindah milik. Semua surat2 ini perlu disiapkan segera agar tidak berlaku kelewatan yang mengundang kemarahan pelanggan yang mahu perkhidmatan segera.Selesai menyiapkan pindah milik saya menyapkan report praktikum saya.

Anonymous said...

28 Ogos 2009

Saya mengikuti ceramah SPRM berkaitan Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang mana digunapakai sekiranya penjawat-penjawat awam mahupun swasta melakukan perbuatan tidak bermoral seperti rasuah, suapan dan sebagainya. Penceramah turut menerangkan mengenai kepentingan integriti dan ianya sedikit sebanyak memberi maklumat untuk penyempurnaan report saya.Pegawai SPRM juga turut bersoal jawab bersama warga2 MPK tentang perkara2 berkaitan.

Anonymous said...

1 September 2009

Saya berjumpa dengan penyelia saya serta Pegawai Unit Latihan dan Kualiti bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung integriti sepertimana yang telah disampaikan oleh pegawai SPRM.

Pegawai tersebut, Puan Balqish memberi saya maklumat-maklumat yang dikehendaki bagi menyempurnakan report saya.Namun begitu sukar untuk saya mencari bahan-bahan rujukan tambahan kerana perpustakaan awam berdekatan tidak beroperasi pada hari minggu.

Anonymous said...

2 September 2009

Saya diminta pegawai di Jabatan Penilaian untuk menyemak setiap fail pindah milik dengan teliti sebelum surat-surat yang telah disiapkan diedar kepada pemilik rumah.

Saya menyemak surat-surat serta fail berkenaan satu persatu tetapi tidak sempat menghabiskan tugas ini pada hari ini. Saya akan menyambung tugasan penyemakan pada hari berikutnya.

Anonymous said...

3 September 2009

Saya menyambung tugasan semalam yang tidak sempat dihabiskan. Ternyata banyak kesalahan yang tidak dsengajakan telah dilakukan. Terdapat surat2 yg belum dicop sebagai tanda penyemakan.

Selain itu, terdapat juga typing error dan kesalahan2 maklumat yang mnyebabkan kekeliruan. Saya perlu memperbetulkannya semula sebelum diedarkan semula.

prof madya dr abd halim ahmad said...

ELOK JUGA ANDA MENULIS BAGAIMANA UNSUR INTEGRITI DIAMALKAN,DILAKSANAKAN DI JBT PENILAIAN

TULIS JUGA APA PERATURAN DAN POLISI SERTA PROSES PENTADBIRAN YG DIAMALKAN UNTUK MENJAGA INTEGRITI