CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

UMIE NUR HIDAHYU BINTI JAMALUDDIN


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

104 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum dan selamat malam prof.Hari ini hari pertama saya memulakan sesi praktikum di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru (PTDJB).Saya sampai di pejabat tersebut pada pukul 7.30 pagi. Sewaktu sampai di sana, warga kerja pejabat sedang menjalani senaman j-robik selama sejam setengah. Setelah sesi senaman itu tamat, saya telah berjumpa dengan Encik Muhyin Bin Ridzwan di bahagian pentadbiran. Beliau telah menanyakan soalan kepada saya mengenai kursus yang saya ambil, dan beliau menempatkan saya di bahagian Pembangunan. Encik Muhyin, telah membawa saya berjumpa dengan pentadbir tanah N52 iaitu Tn. Hj. A. Rahim Bin Hj. Nin. Beliau berbesar hati menerima kehadiran saya yang menjalani di pejabat tersebut. Beliau memberi nasihat dan kerjasama.
Jam 10.30 pagi,
Saya dibawa oleh Puan Aida ke setiap bahagian untuk sesi perkenalan. (PTDJB) tersebut mempunyai lapan bahagian, iaitu Pentadbiran, Pendaftaran, Pembangunan Tanah, Pelupusan, Teknologi Maklumat, Perundangan, Penguatkuasaan dan Teknikal, dan Hasil. Saya telah ditempatkan di bahagian Pembanguan yang diselia oleh Penolong Pegawai Tanah NT22 iaitu Tn. Hj. Ishak Bin Hamzah.
Jam 11.00 pagi-1.00 tengahari
Penyelia saya, Tn Hj. Ishak Bin Hamzah telah memberi penerangan kepada saya tentang buku pelan strategik PTDJB 2009-2013 yang baru dilancarkan pada bulan Mei yang lepas, dengan motto 'Ke Arah Budaya Kerja Kelas Pertama'. Di dalam buku ini, terdapat carta organisasi (PTDJB), fungsi dan peranan, visi dan misi, analisis persekitaran, strategi dan pelan tindakan dan sebagainya.
Rehat tengahari pada jam 1.00-2.00 petang
Jam 2.00- 5.00 petang
Penyelia saya telah menyambung penerangannya mengenai 5 TERAS STRATEGI KISPP.
Berikut ialah 5 TERAS STRATEGI KISPP :
1. K : Kutipan hasil secara komprehensif untuk memaksimunkan sumber hasil bagi memakmurkan ekonomi negeri.
2. I : Integriti organisasi bagi mewujudkan ketelusan pentadbiran tanah.
3. S : Sistem penyampaian perkhidmatan melalui peningkatan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran modal insan organisasi.
4. P : Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tanah untuk kesejahteraan dan keadilan rakyat.
5. P : Pengurusan tanah bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.


Permasalahan yang dapat dikenal pasti dalam PTDJB adalah;
1. Kepimpinan yang sentiasa berubah,
2. Kakitangan yang kurang mahir,
3. Masih belum sepenuhnya menggunakan teknologi terkini dalam pentadbiran tanah,
4. Ruangan pejabat yang sempit serta terhad, dan
5. Peralatan kerja yang digunakan adalah terhad
Pada jam 5.00 petang, saya telah menamatkan sesi praktikum untuk hari pertama saya.

Anonymous said...

Assalamualaikum prof. Awal pagi hari kedua, pejabat tersebut membudayakan Al-Quran dengan membaca ayat-ayat Al-Quran secara beramai-ramai.saya diberi pendedahan tentang perbezaan antara pembangunan tanah dan pelupusan tanah, tanah kurniaan serta proses untuk memilikinya.Selain itu perkara-perkara yang terlibat dalam pembangunan tanah serta proses yang berkaitan pada setiap peringkat dalam pembangunan tanah.

Anonymous said...

Assalamualaikum prof.. selamat malam.
Hari ketiga saya di sini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dalam membudayakan Al-Quran.
Seterusnya saya belajar mengenai Proses Permohonan Tukar Syarat Tanah. Kes yang dikaji oleh saya adalah Permohonan UbahSyarat daripada Tiada kepada Peniagaan (Ruang Pameran)di Mukim Plentong.

Selain itu, saya mempelajari kaedah yang berkesan menggunakan buku Kanun Tanah Negara.Borang-borang yang berkaitan dengan permohonan ubahsyarat juga telah dapat dikenalpasti oleh saya.

Anonymous said...

Assalamualaikum prof. Pada hari ke empat ini, saya telah membuat lawatan ke tapak projek bersama Penolong Pembantu Tadbir, En. Mohd Nazri Bin Othman untuk menyiasat dan mengambil gambar berkaitan.

1. Permohonan lesen penduduk kawasan sementara di Jeti Mukim Tg. Kupang Daerah Johor Bahru (Pesuruhjaya Tanah Persekutuan).
2. Siasat aduan orang awam.
3. Aduan orang awam.
3.1. Nama lokasi : Jalan Kampung Bukit Kuching
3.2. Syarat nyata : Pertanian
3.3. Keluasan Kawasan : 0.4537 hektar
3.4. Dibina pada Ogos 2008
3.5. Pembinaan rumah di tanah bermilik
3.5.1. rumah 10 pintu
3.6 Buat laporan untuk dibentangkan

Anonymous said...

Selamat malam prof..
Pada hari jumaat, saya mengkaji kes tentang permohonan leaut secara SBKS di atas Lot 3268-3284 mukim Pulai. Saya mengkaji tentang proses permohonan yang terlibat serta jabatan -jabatan teknikal yang terlibat dalam proses tersebut

Anonymous said...

HARI SABTU CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG

Anonymous said...

Hari ahad merupakan hari pelepasan minggu

profhalim said...

ok bagus,teruskan menulis

Anonymous said...

Assalamualaikum prof.. selamat malam.
Pada 8 Jun 2009,hari isnin. Saya mengikut En Haji Abdul Aziz bin Juraimi, Penolong Pegawai Tanah NT17, serta Pekerja Awam R1, iaitu En Hassan Ghani Bin Shariff menjalani kerja luar bermula pukul 9 pagi-2.30 petang. Kerja melawat tapak projek adalah berkenaan dengan permohonan ubahsyarat yang dibuat oleh pemohon-pemohon. Sebanyak 4 kawasan tapak projek yang dilawati oleh kami. Antaranya di kawasan Plentong, Taman Seelong Jaya, Kempas dan Senai. Antara permohonan yang terlibat adalah permohonan ubahsyarat tanah dari tiada kepada perindustrian, dan juga permohonan ubahsyarat tanah dari pertanian kepada industri sederhana.
Pukul 3-5 petang, saya mempelajari membuat laporan tentang tempat-tempat yang dilawati.

Anonymous said...

9 Jun 2009
Assalamualaikum prof.

Hari ini saya mencari maklumat tambahan tentang sejarah dan latarbelakang, pencapaian Pejabat Tanah Johor Bahru.

Saya juga mempelajari tentang permohonan berkenaan Serahbalik Kurnia Semula (SBKS)yang mempunyai 2 peringkat.

Anonymous said...

10 JUN 2009
Assalamualaikum prof.
8.00 pagi-8.15pagi,hari ini dimulakan juga dengan budaya membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

8.30pagi-10.30pagi
saya mempelajari kaedah dalam memberi perkhidmatan di kaunter serta melihat cara pekerja di kaunter menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pemilik-pemilik tanah.

10.30pagi-1.00tengahari
saya mempelajari Program AUTOCAD supaya dapat mempelajari kaedah membuat pelan.

1.00 tengahari-2.00 petang
Rehat

2.00petang-5.00 petang
saya menyambung mempelajari kaedah dalam program AUTOCAD seperti membuat latihan iaitu membuat pelan ke rumah saya.

Anonymous said...

11 JUN 2009
Selamat malam prof.
8.00pagi-8.15 pagi,
Saya terlibat dalam aktiviti membudayakan Al-Quran dengan membaca ayat-ayat Al-Quran.

Sepanjang hari saya mempelajari teknik-teknik membuat pelan dan aplikasi AUTOCAD.Saya mempelajari melukis pelan kawasan Mukim Plentong.

Anonymous said...

12 JUN 2009
Assalamualaikum prof.
8.00 pagi
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara beramai-ramai.

8.30 pagi-10.30 pagi
Saya diarahkan oleh Penyelia saya, Haji Ishak bin Hamzah untuk mengira plot-plot rumah, kedai serta kawasan lapang yang terdapat dalam kawasan

1. Kampung Dato Haji Othman Saat di Mukim Plentong
Tapak rumah sebanyak 9 Plot
Tapak kedai sebanyak 244 plot
Kawasan lapang sebanyak 1 plot

2.Kampung Melayu Majidee
Tapak rumah sebanyak 1377 plot
Tapak kedai sebanyak 60 plot

10.40pagi-12.15 tengahari
Saya menyambung semula melukis pelan Mukim Plentong.

12.15 tengahari-2.45 petang
Rehat

2.45 petang - 5.00 petang
Saya mengkaji tentang Permohonan Ubahsyarat Tanah daripada Pertanian kepada Perindustrian di atas MLO 2456 di Mukim Tebrau.
Tujuan permohonan ubahsyarat tersebut untuk perusahaan sederhana iaitu Fabrikasi besi dan logam.
Syarikat yang memohon adalah Syarikat RB Project Resources Sdn. Bhd

5.00 petang
Tamat waktu bekerja

Anonymous said...

13 JUN 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

14 JUN 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

15 JUN 2009

Assalamualaikum prof.
Pada hari ini saya melukis pelan kawasan perumahan di kawasan Mukim tebrau.Sepanjang hari saya membuat pelan tersebut dengan menggunakan perisian AUTOCAD.

Anonymous said...

16 JUN 2009
Assalamualaikum prof
Hari ini dimulakan dengan pembacaan ayat-ayat Al-Quran secara beramai-ramai.
Saya menyambung membuat pelan di kawasan Mukim Tebrau.
Kemudian, saya diarahkan menaip dengan memasukkan nombor-nombor hakmilik yang terdapat di Kampung Dato Sulaiman Menteri dengan menggunakan program Microsoft Excel.

Anonymous said...

17 JUN 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah Johor Bahru

Aktiviti: Memasukkan data plot/PTD untuk Semakan Hakmilik bagi Kampung Dato Sulaiman Menteri menggunakan Microsoft Excel.
Membantu menampal dan mengemaskan pelan-pelan precomp untuk aktiviti 5s yang bakal dijalankan pada bulan hadapan.
Menyiapkan pelan di kawasan Mukim Tebrau dengan menggunakan Autocad.

Anonymous said...

18 JUN 2009
Assalamualaikum prof

Tempat: Kaunter Bahagian Pembanngunan dan Teknikal, Pejabat Tanah Johor Bahru

Aktiviti: Di kaunter ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat 3 permohonan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Antaranya, permohonan untuk mendapatkan maklumat permohonan tanah, permohonan untuk semakan daftar Lot, PTD, dan juga PTB. Selain itu, permohonan untuk membeli pelan dan juga menyemak pelan.

Pelanggan pada hari ini agak ramai dan keadaan di kaunter agak sesak kerana masing-masing mempunyai masalah-masalah yang berbeza.
Saya mengendalikan pelanggan yang memohon untuk membuat carian lot di kawasan Mutiara Rini, perkara yang perlu dicari untuk proses carian lot adalah menggunakan syit piawai iaitu untuk mengetahui lokasi lot tersebut. Seterusnya, mencari buku fahrasat yang terkandung nombor lot yang dimohon untuk carian mengikut mukim yang tertentu. Seterusnya, mencari buku PTD yang berkaitan dengan lot kawasan tersebut. Dan Akhir sekali, pelanggan akan mengisi borang 5A untuk proses pembayaran berkaitan permohonan yang dibuat.

Didalam borang tersebut, terkandung perkara-perkara penting yang perlu disi oleh pelanggan iaitu :
1. Nama
2. Nombor Kad Pengenalan
3. Alamat
4. Syarikat
5.Jenis Pembayaran
6. Nombor Rujukan
7. Jumlah yang dikenakan
Bagi proses permohonan tersebut, setiap lot yang dimohon dibuat carian akan dikenakan bayaran sebanyak RM 5, manakala untuk semakan pelan dikenakan sebanyak RM 10 dan untuk pembelian pelan akan dikenakan RM 20. Tetapi untuk pembelian pelan perlu diluluskan permohonan tersebut oleh Pelukis Pelan.

Saya juga membantu menyiapkan kerja-kerja menampal kod –kod yang perlu ditampal di pelan-pelan Precomp mengikut Mukim-mukim yang ditetapkan.

Selain Itu, saya juga mempelajari bahawa permohonan tanah yang boleh ditolak awal permohonannya adalah disebabkan beberapa keadaan iaitu:
1.Tanah yang mempunyai hakmilik
2.Tanah rizab iaitu tanah yang diperlukan oleh penjaganya,
3.Tanah yang telah dipohon iaitu dalam proses perakuan,
4.Tanah yang milik kerajaan iaitu hasil daripada Pengambilan Balik Tanah.

Anonymous said...

19 June 2009
Assalamualaikum prof.
Tempat : Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah Johor Bahru
Pada awal pagi, saya bersama-sama membudayakan Al-Quran dengan membaca ayat-ayat dari Surah Yunus secara beramai-ramai.
Saya ditugaskan untuk menampal kod pada Pelan Surihan mengikut mukim-mukim yang ditadbir oleh Pejabat Tanah Johor Bahru (PTJB) untuk Program 5 S yang bakal diaudit oleh juruaudit dalaman pada bulan hadapan.
Pelan-pelan tersebut terletak di bahagian Bilik Kebal Di Bahagian Teknikal.
Mukim-mukim yang terlibat ialah :
1. Bandar (BD)
2. Jelutong ( JL )
3. Pulai ( PL )
4. Plentong ( PT )
5. Tebrau ( TB )
6. Sungai Tiram ( ST )
7. Tanjung Kupang (TK)
5 S terdiri daripada Prinsip Seiri ( Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam), dan Shisuke (Sentiasa Amal) dilancarkan adalah bertujuan untuk pembaharuan dan penambahbaikkan yang cemerlang.
Seterusnya pada sebelah petang, saya mengkaji tentang Permohonan Ubah Syarat Daripada Pertanian Kepada Perusahaan Ringan ( Garment Manufacturing Industry ) di atas Lot 175 GM, 942 Mukim Plentong oleh Syarikat Melati Sdn. Bhd.
Nombor Rujukan Fail : PTDJB 3/1/1.2/25/07
Nama Pemohon : Tetuan Fesyen Melati Sdn. Bhd.
No 2 dan 4, Jalan Tampoi 2/2, Tampoi Industrial Estate, 81200 Johor Bahru
Tarikh Pemohonan : 31 Oktober 2007
Butiran Tanah : Lot 175 GM, 942 Mukim Plentong ,
Keluasan : 4.363 hektar, Mukim: Plentong, Syarat Nyata : Getah dan Nanas
Zon : Perumahan mengikut Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru
Modal yang dibenarkan : RM 10, 000.00
Keadaan Atas Tanah : Semak, tiada bangunan yang di dirikan.
Ulasan Dari Jabatan-jabatan :
1. Jabatan Kesihatan : Tiada Halangan
2. Tenaga Nasional Berhad : Tiada Halangan Dengan Syarat
3. Jabatan Kerja Raya : Tiada Halangan Dengan Syarat
4. Jabatan Pengaliran Dan Saliran : Tiada Halangan Dengan Syarat
5. Syarikat Air Johor : Tiada Halangan Dengan Syarat
6. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa : Tidak Menyokong Kerana Kawasan Tersebut Merupakan Zon Perumahan
7. Jabatan Alam Sekitar : Tidak Menyokong Kerana Zon Penampan Tidak Mencukupi
8. MPJBT : Majlis Pembandaran Tersebut Tidak Menyokong Kerana Kawasan Tersebut Merupakan Zon Perumahan

Perakuan daripada Pentadbir Tanah ialah : Pemohonan disyorkan untuk ditolak.

Sekian, aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

20 JUN 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

21 JUN 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

22 JUN 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan

Aktiviti: Menyiapkan kerja menampal kod-kod yang terdapat pada pelan surihan untuk aktiviti 5s.

Saya juga menaip menggunakan Microsoft Excel mengikut abjad bagi Mukim-mukim seperti Bandar, Jelutong, Plentong, Sungai Tiram, Pulai, Tebrau, Tanjung Kupang.

Anonymous said...

23 JUN 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan
Saya memulakan kerja pada pagi ini dengan menaip kod-kod untuk dicetak dan ditampalkan di pelan-pelan surihan.Tujuan dilakukan pengekodan mengikut kod adalah untuk memudahkan pencarian pelan-pelan.Kaedah tersebut dapat memastikan sistem pencarian pelan lebih sistematik.

Tempat: Lawatan Tapak di kawasan Mukim Pulai..

Pukul 10 pagi, saya pergi melawat tapak dengan Penolong Pegawai Tadbir , NT17, iaitu Encik Ahmad Hairuddin dan Pekerja Awam, R1 iaitu Encik Hassan Ghani. Lawatan tapak dilakukan disebabkan 3 permohonan :

1. Permohonan Melanjutkan Tempoh Pajakan bagi Tapak Rumah Kediaman Lot 3997.

2. Permohonan Tanah Kerajaan bagi tujuan Tapak Surau dan Kebajikan Am Taman D'Utama Lot 87741 iaitu PTD 118580,

3. Permohonan Memperbaharui Tempoh pajakan di Lot 3905.

Ketiga-tiga permohonan tersebut merupakan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Bagi permohonan rumah kediaman rumah, rumah-rumah tersebut adalah jenis separuh kekal bermaksud rumah tersebut dibina separuh batu dan separuh kayu. Kedua-dua rumah tersebut telah dibina lebih kurang 20 tahun.

Saya bersama-sama pegawai yang bertugas mengukur kediaman rumah yang dipohon tersebut menggunakan pita ukur.

Apabila kembali ke pejabat, saya diajar cara membuat laporan dan pelan yang diperlukan untuk proses seterusnya.

Laporan yang dibuat berkenaan keadaan rumah yang
dilawati tadi dan juga keadaan fizikal yang terdapat di sekitar rumah kediaman tersebut.

Anonymous said...

24 JUN 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan, Pentadbiran, Teknikal

Saya membantu kakitangan di unit Teknologi untuk mengumpul maklumat tentang peralatan automasi yang terdapat di organisasi ini. Di dalam borang yang perlu dilengkapkan mengandungi butiran seperti nama, jenis-jenis automasi yang digunakan dan sebagainya. Antara yang perlu dilengkapkan adalah:
1.Nama
2.Model PC dan nombor siri
3.Tetikus
4.Keyboard
5.Antivirus yang digunakan
6.Lesen
7.Nama Penuh Komputer
8.Perisian yang digunakan

Tujuan dikumpulkan maklumat tentang peralatan automasi ini disebabkan aktiviti 5s yang bakal di audit oleh audit dalaman pada bulan hadapan.
Di bahagian pembangunan, terdapat 11 buah computer yang berfungsi untuk digunakan untuk membuat kerja-kerja harian kakitangan. Tujuan peralatan tersebut digunakan untuk memantapkan lagi system pentadbiran PTJB.

Selain itu, saya mengkaji tentang penyelesaian yang dijalankan oleh PTJB untuk permasalahan setinggan di daerah Johor Bahru. Lokasi yang terlibat di ambil fotonya, menyenaraikan mukim yang terlibat, serta keluasan kawasan setinggan yang terlibat. Contoh kawasan yang terlibat iaitu Kampung Baru Rumah 10, di Mukim Plentong.

Anonymous said...

25 JUN 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada pagi hari, saya menyambung tugasan yang diberikan oleh kakitangan Unit Teknologi untuk mendapatkan maklumat tentang peralatan komputer yang kakitangan di PTJB gunakan untuk kerja-kerja harian mereka. Saya mencari nama model dan nombor siri di setiap komputer yang terdapat di bahagian pentadbiran. Saya dapat menyiapkan 12 borang maklumat tentang maklumat computer tersebut.
Selain itu, saya menaip maklumat tentang hakmilik, nombor lot, keadaan tanah di Mukim Tebrau menggunakan perisian Microsoft Word. Berikut adalah contoh maklumat yang ditaip oleh saya.
Nom Bil Nom Lot Nom Hakmilik Keadaan/ Maklumat Tanah
1
2
3
4
5

Anonymous said...

26 JUN 2009
Tempat: Hadapan Kaunter Pendaftaran
Aktiviti: Pada hari ini, saya terlibat dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersempena meraikan kelahiran kakitangan pejabat ini yang lahir pada bulan April, Mei dan Jun. Selepas bacaan Yassin, tahlil serta doa kesyukuran, ucapan oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru iaitu, Haji A. Rahim bin Haji Nin.Di dalam ucapannya terkandung tentang ucapan tahniah kepada semua kakitangan yang menyambung kelahiran serta penyampaian cenderahati kepada mereka. Selain itu, beliau juga menekankan kepada semua kakitangan supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Sesi pemotongan kek juga dilakukan. Selepas itu, majlis bersurai
Tempat: Bahagian Pembangunan Tanah
Aktiviti: Saya mempelajari tentang nilai pasaran bagi tujuan membaharui lease untuk tapak-tapak permohonan perumahan dalam kawasan kampung-kampung baru. Contoh kawasan kampung yang terlibat adalah Kampung Baru Pandan, keluasan tapak rumah iaitu 4.00 s.k.p dan manakala tapak kedai iaitu, 10.00 s.k.p
Selain itu, saya mempelajari tentang kod-kod sistem maklumat tanah iaitu
Kod Mukim Mukim
01 Mukim Jelutong
02 Mukim Plentong
03 Mukim Pulai
06 Mukim Sungai Tiram
07 Mukim Tanjung Kupang
08 Mukim Tebrau
40 Mukim Bandar

Anonymous said...

27 JUN 2009
HARI SABTU CUTI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

28 JUN 2009
HARI AHAD HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

30 JUN 2009
HARI ISNIN MERUPAKAN CUTI UMUM BAGI NEGERI JOHOR BERSEMPENA HARI HOL SULTAN ISMAIL

Anonymous said...

Prof, Ada pembetulan tentang cuti umum.
29 JUN 2009 ialah pada hari Isnin.

Anonymous said...

30 JUN 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru.
Aktiviti:
Pada hari ini, saya mempelajari cara membuat resit untuk permohonan menyemak nombor Lot,PTD, PTB dan sebagainya menggunakan sistem SHTJ iaitu Sistem Hasil Tanah Johor.

Maklumat yang perlu diisi adalah seperti nama, kad pengenalan, nama syarikat, alamat dan sebagainya.
Pada sebelah petang, saya melihat Rancangan Tempatan bagi daerah Johor Bahru.

Anonymous said...

1 JULAI 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru

Aktiviti:
Pada hari ini, dimulakan dengan aktiviti membaca ayat-ayat Al-Quran dan perkongsian minda yang melibatkan seorang kakitangan organisasi pada setiap awal bulan .
Perkongsian yang dibacakan adalah mengenai kelebihan membaca ayat-ayat Al-Quran.

Pada sebelah petang, saya memyemak buku Anugerah Kualiti yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di dalam setiap urusan yang dijalankan sama ada berkenaan dengan pelaanggan atau pihak-pihak yang berkepentingan lain.

Anonymous said...

2 JULAI 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:
Pada awal pagi, dimulakan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan perkongsian minda yang dibaca oleh kakitangan bahagian hasil.
Perkongsian minda yang disampaikan adalah "20 nasihat Imam Syafie"

Tempat: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Pejabat Tanah Johor Bahru.
Aktiviti:
Menyiapkan borang berkenaan peralatan komputer yang diperlukan oleh unit Teknologi bahagian Pendaftaran.
Perkara yang perlu dicatatkan dalam borang tersebut adalah
1. Sistem
2. Nama Pendaftaran
3. Lesen
4. Komputer
5. Nama Penuh Komputer
6. Drive
7. Nama Perkasasan
-pc, monitor, keyboard,mouse, printer
8. Alamat IP
9. Subnet
10.Antivirus

Anonymous said...

3 JULAI 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini dimulakann dengan budaya membaca Al-Quran beramai-ramai berserta terjemahannya. Surah yang dibaca adalah Surah Yunus.
Seterusnya saya menyemak tentang Permohonan Pecah Sempadan di atas Lot 93506 Mukim Plentong oleh Petronas Gas Berhad. Di dalam proses permohonan bagi syarikat, memerlukan :
2 salinan memorandum and Artikel of Association yang telah disahkan,
2 salinan borang 24/32 A yang telah disahkan
borang 49 yang disahkan serta resolusi syarikat.
Borang 9A
Pelan sebanyak 15 salinan
Salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah sebanyak 2 salinan
Salinan resit Cukai Tanah tahun semasa sebanyak 2 salinan
Salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah
Surat kebenaran orang yang berkepentingan sebanyak 2 salinan
Resit bayaran permohonan – RM 100.00 seplot
Borang butir-butir diri pemohon sebanyak 2 salinan

Ulasan dari Jabatan-jabatan Teknikal seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa Johor, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Johor dan Pejabat Jurutera Daerah.
Bagi ulasan Pejabat Jurutera Daerah adalah:
Pejabat tersebut tidak dapat memberi ulasan kerana pihak pemaju tidak mengemukakan
Borang tertentu iaitu borang ATJ. Borang tersebut perlu diisi dan dihantar kepada JKR melalui Pejabat Tanah atau Jawatankuasa OSC.

Ulasan dari Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) adalah:
SAJH mendapati bahawa tiada apa-apa halangan terhadap permohonan yang dibuat kerana berdasarkan syarat-syarat berikut iaitu perlu memastikan semua pemasangan SAJH yang sediada di kawasan pembangunan tersebut merujuk kepada SAJH daerah berkenaan. Syarat seterusnya adalah pihak pemaju perlu memastikan bahawa tiada sebarang kerja tanah dibenar dilakukan dalam Rizab Paip Air SAJH.

Ulasan dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa adalah mengikut Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru , zon perancangan tapak adalah untuk rizab talian gas. Permohonan yang dikemukakan selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah

Keputusan permohonan masih dalam proses.



































SENARAI SEMAK

PROSES PERMOHONAN
PECAH SEMPADAN



Dokumen-dokumen yang perlu disertakan apabila mengemukakan permohonan Pecah Sempadan seperti berikut :-

BIL. BUTIRAN JUMLAH ADA TIADA

1. BAGI PERMOHONAN PERSEORANGAN :-

1.1 Borang 9A
1.2 Pelan
1.3 Salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah
1.4 Salinan resit Cukai Tanah tahun semasa
1.5 Salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada
Lembaga Jurukur Tanah *
1.6 Surat kebenaran orang yang berkepentingan *

1.7 Resit bayaran permohonan – RM 100.00 seplot

1.8 Borang butir-butir diri pemohon

1.9 Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah




2. BAGI PERMOHONAN SYARIKAT :-

2.1 Kesemua dokumen dalam para (1) kecuali 1.9


2.2 Resolusi Syarikat


2.3 Memorandum and Articles’ Syarikat


2.4 Senarai Lembaga Pengarah Resolusi Syarikat
oleh Pendafatar Syarikat/Setiausaha Syarikat

2.5 Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau
Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan
oleh Setiausaha Syarikat





3. PERMOHONAN OLEH PEMEGANG SURAT WAKIL KUASA :-


3.1 Surat Wakil Kuasa yang didaftarkan di Pejabat
Tanah/PTG

Anonymous said...

Pembetulan
Senarai Semak di atas adalah untuk Proses Pecah Sempadan dan Contoh borang pecah sempadan

Anonymous said...

4 JULAI 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

5 JULAI 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

6 JULAI 2009
Tempat: Dataran Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru
Aktiviti:
Pada awal pagi, saya terlibat dengan perhimpunan bulanan, bacaan doa, serta nyanyian lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam bersama-sama kumpulan koir Pejabat Tanah Johor Bahru.Selain itu, saya mendengar perkongsian minda yang dibacakan oleh seorang kakitangan dari bahagian hasil yang bertajuk “ciri-ciri orang beriman menurut Rasullulah S.A.W. Selepas itu saya dan kakitangan lain mendengar ucapan dan amanat dari Pentadbir Tanah Iaitu Tn Hj A. Rahim bin Hj Nin . Di dalam ucapan beliau, beliau menekankan tentang tindakan untuk Memperkasa KISPP di dalam pentadbiran tanah di organisasi ini.
“Jom Perkasa KISPP” adalah satu tindakan yang disarankan oleh Pentadbir Tanah untuk memastika setiap kakitangan berusaha merealisasikan Budaya Kerja Kelas Pertama dalam perkhidmatan yang dijalankan terutama di perkhidmatan kaunter.
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Pada sebelah petang, saya menyemak fail-fail berkaitan proses permohonan tanah seperti pecah sempadan, pecah bahagian dan sebagainya sehingga tamat waktu bekerja.

Anonymous said...

7 JULAI 2009
Assalamualaikum prof..
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Di pagi hari dimulakan dengan amalan membudayakan Al-Quran bersama terjemahannya secara bersama-sama.
Sepanjang hari ini, saya membantu kakitangan melipat pelan mengikut ukuran tertentu dan seterusnya mencari maklumat untuk laporan kedua iaitu ulasan karya.

Anonymous said...

8 JULAI 2009
Assalamualaikum prof
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:
Pada hari ini seperti biasa dimulakan dengan budaya membaca ayat-ayat Al-Quran beramai-ramai beserta terjemahannya. Selepas itu, diperdengarkan dengan perkongsian minda yang dibacakan oleh seorang kakitangan dari bahagian hasil. Perkongsian minda yang dibacanya adalah tentang “Perbezaan antara orang bodoh dan orang pandai”
Selepas itu, saya menyiapkan mengisi 5 borang maklumat peralatan komputer yang diperlukan oleh Unit Teknologi.
Pada sebelah petang, saya menyemak fail berkenaan permohonan ubahsyarat tanah daripada Pertanian kepada Perindustrian yang saya akan gunakan maklumat berkenaan permohonan tersebut untuk dijadikan bahan laporan kedua saya.
Saya mengetahui bahawa ubahsyarat tanah terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, ubahsyarat pertanian kepada pertanian, ubahsyarat pertanian kepada industri, ubahsyarat pertanian kepada bangunan, ubahsyarat bangunan kepada bangunan, dan juga pelbagai permohonan ubahsyarat.
Sekian laporan saya pada hari ini.

Anonymous said...

9 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini saya menaip borang yang diperlukan oleh bilik fail untuk merekodkan keluar dan masuk sesebuah fail. Borang tersebut dikenali kad petak. Disamping itu, saya membantu kakitangan disini menjawab panggilan telefon, antara panggilan telefon yang dijawab adalah mengenai persoalan tentang tanah-tanah pemilik. Kebanyakan panggilan menanyakan tentang permasalahan tanah yang dihadapi oleh mereka.Tindakan yang dibuat oleh saya adalah saya mencatat pesanan mereka kemudiannya merujuk kepada kakitangan yang berkaitan dengan permasalahan pelanggan tersebut.
Pada sebelah petang, saya mencari maklumat untuk laporan kedua saya dan saya melihat fail-fail yang terkandung permohonan yang terdapat di bahagian pembangunan ini antaranya permohonan pecah sempadan, permohonan pelan bangunan dan sebagainya.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

10 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:
Pembacaan ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya secara beramai-ramai dengan kakitangan pejabat.Sepanjang hari ini, saya menyambung kerja yang saya lakukan semalam, iaitu mencari bahan untuk laporan kedua saya. Saya juga melihat laporan berkenaan penambahbaikan yang dilakukan oleh organisasi ini untuk penambahbaikan dalam sistem penyampaian. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah menerusi Perancangan Strategik iaitu memperkasa KISPP. KISPP adalah singkatan daripada :
1. K: Kutipan hasil secara komprehensif untuk memaksimumkan sumber hasil bagi memakmurkan ekonomi negeri.
2. I : Integriti organisasi bagi mewujudkan ketelusan pentadbiran tanah.
3. S :Sistem penyampaian perkhidmatan melalui peningkatan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran modal insane organisasi.
4. P : Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tanah untuk kesejahteraan dan keadilan rakyat.
5. P : Pengurusan tanah bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.
Apa yang dapat saya rumuskan adalah, Pejabat Tanah ini melihat setiap aspek dan setiap bahagian untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada pelanggan. Hal ini kerana, pelanggan merupakan individu yang terpenting serta membantu meningkatkan ekonomi negeri melalui pembayaran cukai yang dibuat oleh pelanggan.

Anonymous said...

11 JULAI 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

12 JULAI 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

13 JULAI 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada pagi hari, saya bersama kakitangan pejabat ini membaca ayat-ayat Al-Quran iaitu surah Yunus berserta terjemahannya. Selepas itu, saya mendengar perkongsian minda yang dibaca oleh seorang kakitangan daripada bahagian hasil. Seterusnya, saya memulakan kerja dengan membaca serta menyemak Fail Meja bahagian Teknikal untuk melihat permohonan-permohonan yang berkaitan dengan bahagian teknikal. Secara umumnya, di bahagian teknikal menjalankan fungsi seperti penyediaan laporan tanah, menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah serta melukis pelan. Di samping itu, bahagian ini juga terlibat dalam proses permohonan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian, proses permohonan sambung lis serta permohonan ubah syarat pertanian.
Apa yang dapat saya lihat di bahagian teknikal adalah, untuk setiap proses permohonan perlu merekodkan semua fail permohonan dalam buku yang dikenali buku daftar pergerakan fail.
Di dalam proses permohonan sambung lis yang dibuat oleh pemohon, tugas yang perlu dilakukan oleh Penolong Pegawai Tanah NT 17 adalah menyemak permohonan tersebut yang melibatkan perkara-perkara seperti tarikh tamat tempoh LIS, menyemak pemilik asal atau pemohon baru serta mencari zon tanah yang dipohon. Perkara yang dapat saya pelajari adalah untuk permohonan sambung lis hanya melibatkan 2 tempoh iaitu tempoh selama 60 tahun atau 99 tahun. Saya juga melihat contoh laporan yang dibuat oleh Penolong Pegawai Tanah untuk proses permohonan tersebut.
Sekian laporan saya untuk hari ini.

Anonymous said...

14 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Sepanjang hari saya membantu penyelia saya mendapatkan maklumat tentang aset alih di bahagian Teknikal dan Pembangunan. Saya mempelajari tentang aset pejabat. Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan yang dibawah kawalan kerajaan yang dibeli dengan wang kerajaan. Selain itu, saya mengetahui bahawa terdapat beberapa jenis asset kerajaan seperti tanah, bangunan, utiliti, harta modal,inventori, bekalan pejabat, barang setor dan sebagainya. Tetapi saya mengira asset pejabat di bawah kategori inventori iaitu, peralatan dan kelengkapan pejabat serta perabot pejabat. Saya ditugaskan mendapatkan maklumat mengenai perkakasan computer, printer, scanner,mesin fotostat, kerusi,meja, rak dan sebagainya. Di samping itu, saya perlu mendapatkan maklumat tambahan seperti model, jenama, nombor siri,siri pembuat dan sebagainya.
Sekian,terima kasih untuk aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

15 JULAI 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini saya menyambung tugasan semalam iaitu mendapatkan maklumat tentang aset-aset pejabat yang terdapt di bahagian Pembangunan dan Teknikal. Tujuan pengumpulan maklumat aset adalah bersempena aktiviti 5S yang bakal dipantau oleh audit dalaman dari MAMPU pada hujung bulan ini.Saya perlu mengira kesemua asset yang terdapat di kedua-dua bahagian.Jumlah perkakasan komputer yang terdapat di kedua-dua bahagian ini berjumlah 22 unit, sebuah mesin fotostat,16 buah mesin printer, 4 buah kipas dinding, sebuah kipas berdiri dan 30 buah kerusi pelbagai jenis dan sebagainya. Berikut adalah peralatan di pejabat yang perlu dikira oleh saya serta saya perlu mendapatkan nombor siri, jenama, model dan siri pembuat bagi setiap peralatan pejabat tersebut.
Sekian sahaja aktiviti saya pada hari ini

Anonymous said...

16 JULAI 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:
Sepanjang hari ini, saya membantu kakitangan di bahagian ini menaip serta memperbaiki fail meja untuk disemak oleh agensi MAMPU untuk aktiviti 5S pada akhir bulan ini. Antara perkara yang dilakukan oleh saya adalah, memasukkan carta organisasi yang penstrukturan semula, memperbaiki carta aliran dan sebagainya.
Sekian,laporan saya pada hari ini.

Anonymous said...

17 JULAI 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:
Pada awal pagi dimulakan dengan budaya membaca ayat-ayat Al-Quran beserta terjemahannya. Kenudian,saya membantu menaip senarai nama penduduk yang terlibat dalam bancian di Bukit Tempurung.
Pada sebelah petang, saya bersama-sama kakitangan terlibat dengan aktiviti gotong-royong membersihkan bahagian masing-masing. Antara aktiviti yang dilakukan oleh saya adalah, menyusun fail-fail, membuat senarai tentang perkakasan yang tidak digunakan lagi.
Sekian laporan saya pada hari ini.

Anonymous said...

18 JULAI 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI KELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

19 JULAI 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

20 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini, saya membantu kakitangan di bahagian pembangunan ini dengan menaip tentang keluasan pelan lantai bagi pejabat ini menggunakan Microsoft Word.Keluasan pelan lantai tersebut bertujuan untuk mengetahui keluasan sebenar pejabat ini. Selain itu,saya menyambung membuat laporan kedua
Sekian,laporan saya pada hari ini.

Anonymous said...

21 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti :
Pada hari ini saya memulakan tugasan saya dengan menaip menggunakan satu program yang dikenali sebagai sistem Perekodan Data yang mengandungi data-data bagi fail pembangunan. Perkara-perkara yang terdapat dalam sistem tersebut adalah nama fail, seperti PTJB/3/1.3/9/03, Tajuk Fail seperti Permohonan Ubahsyarat Mengenakan Syarat Tanah daripada Dusun kepada kelapa sawit. Mukim yang terlibat. Terdapat 7 Mukim yang ditadbir oleh Pejabat Tanah seperti Mukim Bandar, Pulai, Plentong, Tanjung Kupang, Sungai Tiram, Tebrau, dan Jelutong. Sebanyak 63 fail pembangunan yang dapat saya masukkan ke dalam sistem tersebut. Sepanjang hari saya memasukkan maklumat fail-fail berkenaan ke dalam sistem tersebut. Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

22 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti :
Pada awal pagi, saya bersama-sama kakitangan pejabat ini membaca ayat-ayat dari surah Hud berserta terjemahannya. Selepas itu, saya ditugaskan menaip maklumat yang diperlukan untuk Fail Meja di Bahagian Teknikal. Berikut adalah contoh yang saya taip :
No Lot, Luas, No Hakmilik, Nama Tuanpunya dan Alamat, No PTD Diambil, Luas Diambil, No PTD Baki ,Luas Baki, Kedudukan Tanah,Taksiran tanah dan taksiran tanah terlibat ,Bangunan atau binaan terlibat dan taksiran, Jumlah taksiran Kenyataan. Berikut adalah perkara yang perlu ditaip oleh saya.

Seterusnya, saya menyambung kerja saya yang semalam iaitu memasukkan data ke dalam sistem. Pada hari ini jumlah keseluruhan yang telah berjaya saya masukkan adalah berjumlah 115 fail. Contoh fail yang dicatat adalah Permohonan Ubahsyarat Nyata Tanah daripada Pertanian kepada rumah sesebuah atas hakmilik dan juga Permohonan pecah bahagian, pecah sempadan secara SBKS.Di samping itu, Fail Pembangunan mempunyai kod-kod tertentu seperti BI –Binaan,US-Ubahsyarat dan sebagainya.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

23 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti :
Pada hari ini, saya ditugaskan menyambung kerja memasukkan data ke dalam sistem perekodan data. Fail-fail adalah seperti Permohonan Ubahsyarat Mengenakan Syarat Tanah Daripada Dusun kepada Kelapa Sawit dan Permohonan Ubahsyarat jenis penggunaan tanah daripada pertanian kepada ternakan ayam, itik. Jumlah keseluruhan fail yang berjaya saya masukkan adalah sebanyak 143 fail.
Di samping itu, saya membantu kakitangan di bahagian untuk menaip semula kriteria yang diperlukan di dalam Fail Meja seperti norma kerja, senarai tugas dan sebagainya.

Anonymous said...

24 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti :
Sepanjang hari ini, tugas saya adalah menaip serta membantu kakitangan di bahagian ini untuk aktiviti 5S yang bakal dijalankan pada 30 Julai ini. Antara contoh yang perlu ditaip adalah kandungan FM yang terdiri daripada
1. Objektif Jabatan
2. Objektif Bahagian/Unit
3. Carta Organisasi
4. Senarai Tugas
5. Proses Kerja
6. Carta Aliran Kerja
7. Senarai Semak.
Berikut adalah senarai kandungan dalam Fail Meja yang ditugaskan untuk saya taip.

25 JULAI 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGUAN

26 JULAI 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGUAN

Anonymous said...

27 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti : Pada awal pagi,saya bersama-sama kakitangan lain membca ayat-ayat Al-Quran berserta terjemahanya. Selepas itu, kami diperdengarkan perkongsian minda yang dibacakan oleh salah seorang kakitangan.
Seterusnya, saya memulakan kerja dengan membantu kakitangan di bahagian Teknikal untuk menyiapkan Fail Meja sebanyak 11 buah untuk jawatan NT 17. Tugas yang dilakukan oleh saya adalah membuat salinan bagi senarai tugas dan proses kerja yang terlibat bagi jawatan tersebut menggunakan mesin fotostat.
Di samping itu, saya ditugaskan menaip semula perkongsian minda yang dibacakan oleh kakitangan pejabat ini bagi bulan Julai ini untuk dimasukkan ke dalam buku buletin mereka. Sebanyak 19 perkongsian minda yang ditaip oleh saya menggunakan program Microsoft Word. Antara contoh perkongsian minda adalah nasihat-nasihat Imam Syafie.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

28 JULAI 2009
CUTI SAKIT KERANA DEMAM
Saya lampirkan surat mc saya.


29 JULAI 2009
CUTI SAKIT KERANA DEMAM
Saya lampirkan surat mc saya.

Anonymous said...

30 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti :
Pada hari ini, Pejabat Tanah Johor Bahru (PTJB) menerima kunjungan dari pihak MAMPU, kerana pada tahun lalu, PTJB telah memasuki pertandingan Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah dan Tanah iaitu AKPDT. Di samping itu, pihak MAMPU tiba seramai 9 orang. Pihak mereka menilai, memberi komen serta maklum balas berkenaan sistem pentadbiran yang telah dilaksanakan oleh PTJB. Penilaian juga diberi merangkumi seperti sistem 5S yang dijalankan di setiap bahagian di pejabat ini. Bagi bahagian ini, pihak MAMPU menilai sistem fail, sistem perekodan maklumat secara berkomputer dan sebagainya. Penilaian dijalankan selama 2 jam dan selama tempoh tersebut saya mendengar dan melihat aktiviti pemantauan yang dijalankan oleh pihak MAMPU.
Pada waktu rehat tengahari, semua staf PTJB dibawa ke Teluk Danga untuk menikmati jamuan tengahari di atas kapal. Semasa menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan dari staf PTJB seperti sketsa, koir,dan juga nyanyian.
Pada sebelah petang, saya menyemak serta menyalin Manual Prosedur Kerja bagi bahagian Pembangunan. Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

31 JULAI 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti :
Sepanjang hari ini, saya melihat Manual Prosedur Kerja ( MPK) di setiap bahagian yang terdapat PTJB ini. Selain itu, saya mengenal pasti proses kerja yang terdapat di bahagian Pembangunan serta senarai tugas bagi jawatan yang terdapat di bahagian ini.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

1 OGOS 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

2 OGOS 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

3 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada sebelah pagi, saya bersama-sama staf pejabat ini membaca ayat-ayat dari Surah Hud berserta terjemahannya. Selepas itu, diperdengarkan dengan perkongsian minda oleh salah seorang staf pejabat ini. Selepas itu, saya memulakan tugasan saya dengan melihat serta meneliti “ Pekeliling dari Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan berkenaan tatacara penggunaan tanah pertanian bagi tujuan yang tiada kaitan dengan pertanian. Sebagaimana yang saya maklum, terdapat 3 kategori penggunaan tanah iaitu bangunan, pertanian dan perusahaan. Perkara yang timbul bagi penggunaan tanah berkenaan adalah tanah yang sepatutnya telah disyaratkan berkategori pertanian telah digunakan untuk selain dari tujuan pertanian.
Namun begitu, untuk tujuan tersebut permohonan boleh dibuat dengan menyertakan perkara-perkara berikut seperti pelan tapak, pelan pembinaan dan anggaran kos pembinaan, fee permohonan, persetujuan bertulis dari setiap orang atau badan yang berkepentingan dan juga dokumen yang berkaitan dengan surat wakil kuasa.
Apa yang dapat saya pelajari adalah walaupun tanah tersebut tanah pertanian,namun terdapat beberapa binaan yang boleh dibuat seperti menara pemancar komunikasi, permit khas penggunaan sementara untuk tempoh tak lebih dari setahun dan sebagainya.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

4 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini, saya meneliti 2 carta aliran mengenai proses permohonan menara telekomunikasi di tanah bermilik dan juga tanah kerajaan. Bagi tanah bermilik, bayaran permohonan yang dikenakan adalah RM 30 iaitu tanah dalam Bandar ataupun pekan, manakala RM 10 untuk tanah desa. Borang permohonan yang perlu diisi adalah borang Jadual 19 B , Kaedah Tanah Johor 1966 ( Pindaan 2004).Tempoh kelulusan adalah dalam tempoh 10 tahun iaitu untuk bayaran permit khas dari setahu ke setahun tetapi tertakluk pada pembaharuan setiap tahun.
Apabila permohonan telah diluluskan, maka 1 memorial akan dimasukkan ke dalam hak milik yang berkenaan contoh Lampiran D yang saya lampirkan.Bagi Pentadbir Tanah Daerah pula akan mendapatkan ulasan mengikut keperluan bergantung kepada permohonan dan lokasi permohonan dari Jabatan-jabatan Teknikal. Contoh Jabatan Teknikal yang berkaitan adalah Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Pertahanan Negara, Pemegang Rizab dan juga Suruhan jaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
Bagi permohonan menara telekomunikasi di tanah kerajaan, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 30 untuk tanah dalam Bandar dan pekan. RM 10 untuk tanah desa. Jenis pegangan bagi permohonan ini adalah Lesen Pendudukan Sementara (LPS).Tempoh kelulusan seperti permohonan tanah bermilik dan kadar bayaran adalah RM 1000.00 adalah untuk setiap 100 meter persegi atau sebahagian daripada untuk tempoh setahun.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

5 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti : Sepanjang hari ini, saya melihat Pekeliling berkenaan warta kerajaan dan juga tatacara dalam menangkap serta mendakwa bagi lori-lori yang mengangkut bahan-bahan batu tanpa permit.Terdapat bayaran royalty yang dikira berdasarkan kepada muatan meter padu iaitu 1 ela padu bersamaan 0.765 meter padu.
Dalam aktiviti menahan lori-lori, antara perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan bagi staf pejabat tanah adalah satu permit dikeluarkan bagi beberapa buah kenderaan, melanjutkan tempoh mengeluarkan bahan batuan lebih dari sekali, membenarkan pengecualian permit kepadaa swasta dan juga tulisan yang tidak jelas pada permit yang dikeluarkan yang membolehkan berlakunya pindaan-pindaan dibuat.
Selain itu, saya dapat mempelajari bahawa untuk menahan lori-lori yang mengangkut bahan batuan, perlu mengikut prosedur tertentu.

Anonymous said...

6 OGOS 2009
Tempat : Bilik Fail Bahagian Pembangunan- Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti : Di waktu pagi, saya bersam-sama staf PTJB ini membaca ayat-ayat Al-Quran beserta terjemahannya. Selepas itu, kami diperdengarkan dengan perkongsian minda yang dibaca oleh salah seorang staf. Kemudian, saya membuat kerja iaitu kerja charting iaitu mencatat nombor PTD yang telah mempunyai hakmilik bagi Mukim Pulai. Kerja charting ini dengan merujuk kepada pelan layout yang telah mempunyai pindaan. Saya mencatat di dalam buku daftar plot bagi Mukim Pulai. Kawasan yang terlibat adalah Taman Nusajaya dan juga perumahan di Taman Bukit Indah. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh saya adalah merekodkan keluasan, nombor Pelan Ukur,jenis kegunaan tanah yang terlibat,dan juga kenyataan lain berkaitan tanah yang terlibat.Pelan yang dirujuk oleh saya merupakan pelan pra hitungan hakmilik blok dan bagi hakmilik individu bagi permohonan pelan pindaan secara Serah Balik Kurnia Semula ( SBKS) bagi tujuan pembangunan di atas lot PTD 154884-154938.
Saya melakukan kerja tersebut sehingga tamat waktu bekerja.

Anonymous said...

7 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini, pejabat ini mengadakan Majlis Tahlil Arwah bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi selama sejam.
Selepas majlis tersebut, saya meneliti laporan Mesyuarat Penyelarasan Lesen Pendudukan Sementara ( LPS) Papan Iklan dengan Pengusaha-pengusaha papan iklan dearah Johor Bahru. Berikut adalah perkara yang terkandung dalam laporan mesyuarat tersebut iaitu, tatacara dan langkah –langkah untuk memohon LPS untuk dirikan papan iklan. Prosedur untuk permohonan adalah membuat semakan atau carian status tanah, dengan mengisi borang carian tanah. Selepas itu, permohonan tersebut perlulah mendapat ulasan dari pelukis pelan ataupun Penolong Pegawai Tanah. Untuk permohonan LPS ini, dikenakan bayaran sebanyak RM 10 untuk setiap carian.
Selain itu,terdapat syarat-syarat yang dikenakan untuk memohon ataupun membaharui LPS iaitu perlu mendapatkan sokongan dari Jabatan Teknikal. Hal ini bermaksud, pembinaan papan iklan yang dipohon perlu terletak di lokasi yang tidak membahayakan keselamatan awam.
Syarat seterusnya adalah pembinaan papan iklan perlulah didirikan untuk 1 unit sahaja di kawasan yang dibenarkan. Jenis-jenis papan iklan yang dibenarkan adalah banting, sepanduk, iklan atau bumbung, free standing, billboard dan juga unipole.
Selain itu, pembinaan papan iklan perlulah di kawasan yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya serta mempunyai aliran kenderaan yang meningkat dan juga memiliki ruang yang mencukupi untuk mendirikan papan iklan.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

8 OGOS 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

9 OGOS 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

10 OGOS 2009
Tempat : Kampung Pasir Gudang Baru, Mukim Plentong
Aktiviti: Pada hari ini saya mengikut kakitangan pejabat ini seramai 19 orang yang terdiri daripada 6 orang Penolong Pegawai Tanah dan selebihnya Pekerja Rendah Awam untuk membanci kawasan Setinggan di Kampung Pasir Gudang Baru, Plentong. Perjalanan kami ke sana menggunakan 2 kenderaan pejabat dan juga sebuah kereta. Kami sampai di sana pada pukul 9.30 pagi dan berkumpul di Balai Raya Kampung Pasir Gudang Baru dan melihat pelan serta mengira bilangan rumah yang terdapat di kawasan tersebut. Di dalam pelan, rumah yang terdapat di situ adalah sebanyak 107 buah rumah. Selepas berbincang dan mencapai persetujuan dengan wakil JKKK, maka operasi membanci bermula. Namun begitu, sebelum operasi bancian dimulakan, kami disajikan dengan juadah sarapan pagi yang ditaja oleh wakil penduduk kampung disitu. Operasi bancian dimulakan dengan diketuai oleh Encik Fakhrul Farisan iaitu Penolong Pegawai Tanah yang dibantu oleh Encik Abd Aziz bin Juraimi juga Penolong Pegawai Tanah. Encik Fakhrul memulakan bancian dengan menggunakan strategi menampal nombor bancian di pintu rumah penduduk dan kemudian kakitangan PTJB yang lain akan mendapatkan maklumat tentang penghuni rumah tersebut dan mencatatkan ke dalam borang banci. Maklumat yang perlu pihak PTJB peroleh dari penduduk di kaasan tersebut seperti maklumat peribadi penduduk yang merangkumi nama, nombor kad pengenalan, warganegara, pekerjaan, tarikh lahir, dan juga pendapatan. Selain itu, maklumat seperti butir-butir rumah yang diduduki penduduk juga perlu dicatatkan seperti jenis kediaman tersebut, jumlah pintu, tarikh diduduki, cara milikan dan juga keadaan kediaman. Saya sempat membuat aktiviti banci terhadap salah seorang penduduk di situ.Aktiviti banci di kawasan kampung tersebut berlangsung selama 4 jam. Selepas itu, kami kembali ke pejabat. Berikut adalah contoh borang banci yang saya lampirkan. Dengan menyertai aktiviti luar seperti aktiviti banci, dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada saya sepanjang tempoh saya menjalani praktikum di PTJB ini.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

11 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti : Pada hari ini, saya membantu Penolong Pegawai Tanah, Encik Fakhrul Farisan, memasukkan data bancian penduduk di Kampung Pasir Gudang Baru. Sebanyak 107 borang bancian diedarkan. Data ini penting untuk menyiapkan laporan dan proses permohonan bagi hakmilik tanah untuk penduduk di kawasan tersebut.Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

12 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Saya menyambung tugas semalam dengan menaip data tentang bancian yang merangkumi maklumat tentang nama penduduk, nombor kad pengenalan, umur penduduk, dan keadaan kediaman, dengan menggunakan program Microsoft Excel sehingga pukul 5 petang.

13 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Sepanjang hari ini, saya meneliti fail permohonan Lesen Pendudukan Sementara ( LPS) papan iklan di Jalan Tun Rzak di bawah persimpangan bertingkat berdekatan Tropical Inn oleh syarikat Seni Jaya Sdn. Bhd. Jenis papan iklan yang digunakan adalah jenis unipole.
Bayaran amanah untuk LPS , iaitu permohonan TOL, sekiranya kerajaan mengambil semula tanah, maka bayaran amanah dipulangkan kepada pemohon. Bayaran amanah mengikut jenis permohonan, iaitu papan iklan sebanyak RM 500.00. Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

14 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:Di waktu pagi, saya bersama-sama warga kerja Pejabat Tanah Johor Bahru membanca ayat-ayat Al-Quran beserta terjemahannya. Selepaa itu, kami diperdengarkan dengan perkongsian minda yang dibacakan oleh salah seorang warga kerja pejabat ini. Selain itu, saya meneliti bahan untuk merangka sorotan kajian lepas sehingga tamat waktu pukul 5 petang.

Anonymous said...

15 OGOS 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

16 OGOS 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

17 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini,dimulakan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran beserta terjemahannya. Selepas itu, kami diperdengarkan perkongsian minda yang terkandung nasihat-nasihat dari cendekiawan Islam yang dibacakan oleh salah seorang warga pejabat ini. Seterusnya, saya membuat kerja iaitu aktiviti menaip dan memasukkan data berkenaan permohonan pegeluaran pasir di kawasan Sungai Tiram, mukim Sungai Tiram. Sebanyak 11 permohonan yang terlibat dan terdapatnya juga permohonan yang bertindih dengan permohonan sebelumnya. Sekian,aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

18 OGOS 2009
Tempat : Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Saya melaporkan diri pada pukul 7.45 pagi di pejabat ini, menggunakan rekod kehadiran jenis ’thumb print’ yang merekodkan kehadiran dan waktu pulang setiap warga kerja di organisasi ini. Selepas itu, saya dan dua rakan praktikal dihantar oleh pemandu pejabat ini dengan menaiki kenderaan pejabat menuju ke Majlis Bandaraya Johor Bahru
(MBJB) untuk menemui penyelia praktikal dari UUM. Di MBJB, kami menemui penyelia kami dan dua pelajar praktikal yang sama universiti dengan kami. Seterusnya, sesi perbincangan diadakan.Topik perbincangan kami adalah mengenai budaya kerja di setiap organisasi. Selain itu, Dr Kamal memberitahu supaya melihat prosedur dan merekodkan setiap proses yang terlibat di bahagian masing-masing. Gelagat pelanggan perlu dicatakan dan dibuat pemerhatian.Penyelia lawatan iaitu Dr Kamal bin Ab Hamid meneliti setiap buku log harian. Di samping itu, berkenaan laporan akhir, Dr Kamal mencadangkan supaya kami melampirkan carta yang berkaitan, melihat perhubungan di dalam organisasi dan juga sistem fail yang diguna pakai serta pengurusan pejabat yang terdapat di organisasi massi-masing. Dr Kamal juga mencadangkan kami supaya menganalisis berkenaan isu-isu yang terdapat di organisasi di mana kami ditempatkan.
Pada sebelah petang, saya melihat perbezaan di antara hakmilik yang terdapat di pejabat ini.

Anonymous said...

19 OGOS 2009
Tempat : Ruang Meletak Kenderaan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Enforcement di Jalan Masai Lama. Pada pagi ini, saya mengikuti warga kerja yang terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Tanah (NT 22) iaitu Encik Ahmad Ehwan Bin Ahmad dan 5 orang Penolong Pegawai Tanah ( NT 17) serta 13 orang Pekerja Awam dalam aktiviti penguatkuasaan untuk meruntuhkan bangunan yang terdapat di Jalan Masai Lama. Sebelum bertolak ke kawasan tersebut, satu taklimat diberikan oleh Penolong Pentadbir Tanah (N41) Bahagian Pelupusan, Teknikal,dan Kuatkuasa mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.
Tempat: Jalan Masai Lama.
Aktiviti:
Selepas itu, kami bertolak ke sana menaiki 3 buah pajero kenderaan pejabat pada pukul 9 pagi. Apabila tiba disana, satu taklimat diberikan oleh wakil dari Pihak Berkuasa Pasir Gudang kepada semua anggota yang terlibat mengenai aktiviti yang perlu diilakukan pada hari ini.Ramai anggota dari Jabatan kerajaan seperti Pihak Berkuasa Pasir Gudang (PBTPG), Telekom Malaysia, Ketua Pengarah Tanah dan Galian ( KPTG), Polis, RELA dan juga Pejabat Tanah Johor Bahru. Tanah tersebut milik Pesuruhjaya Persekutuan Malaysia iaitu tanah rizab milik Telekom. Saya menemuramah wakil dari PBT Pasir Gudang untuk mengetahui maklumat berkenaan aktiviti meruntuhkan premis tersebut.
Sebanyak 10 buah syarikat yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di tanah tersebut. Perniagaan-perniagaan tersebut tidak dibenarkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Syarikat-syarikat yang terlibat adalah Yasawa Trading Sdn. Bhd, SK Commercial Service, Hiap Soon Hong Sdn. Bhd, Wijaya ( Masai) Sdn.Bhd, J& C Disposal Sdn Bhd, Garudah Trading dan Fajar Sidiq Enterprise Sdn Bhd, Syarikat San Hup Huat, Syarikat Uthaya Workshop, Syarikat Senthanusa Logistic. Perniagaan yang dijalankan seperti perniagaan besi buruk, kitar semula, an juga workshop.Tanah tersebut mempunyai keluasan sebanyak 25 ekar,Lot 49193,Geran HSD 13378 di Mukim Plentong.Kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan pentadbiran PBTPG.Mengikut kronologi,pihak Telekom telah bersetuju menyewakan tanah tersebut kepada PPKA Sdn Bhd, dan tempoh sewaan tamat pada 30 September 2008, namun syarikat terbut masih lagi menjalankan perniagaan walaupun tempoh telah tamat. Sepanjang perniagaan tersebut beroperasi, terdapat banyak aduan yang diterima dari penduduk sekitar Taman Bukit Dahlia dan juga Taman Cendana.Aduan penduduk adalah berkaitan dengan pencemaran yang berlaku dan juga pembakaran terbuka yang dijalankan oleh premis-premis berkenaan.Sepanjang operasi meruntuhkan premis-premis berkenaan, terdapat 8 orang warga asing di tahan dan selepas dokumen perjalanan mereka disemak oleh wakil Imigresen, maka kesemua warga asing tersebut dilepaskan kerana mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Sepanjang pemerhatian saya,kawasan tersebut sememangnya kotor dan terdapat banyak anjing liar yang dipelihara oleh pemilik-pemilik premis tersebut.
Seksyen yang terlibat dalam aktiviti tersebut adalah Seksyen 425 KTN, Iaitu meruntuhkan bangunan.Aktiviti itu berlangsung sehingga pukul 3 petang. Selepas itu kami pulang ke pejabat.Setibanya di pejabat, saya merangka laporan saya untuk hari ini. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Tempat :Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini, saya mencari maklumat pelanggan di dalam buku daftar Lesen Pendudukan Sementara ( LPS) Rumah Murah Lima Kedai pada tahun 1986 dan juga 1987 untuk proses pembayaran yang dibuat oleh pelanggan. Kawasan yang di cari adalah di dalam mukim Pulai. Pembayaran bertujuan untuk pembayaran tol bari rumah murah kerajaan yang berjumlah Rm 40 setahun. Sekian Aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

21 OGOS 2009
Tempat : Ruang legar di Bahagian Pendaftaran
Aktiviti:Pada hari ini, diadakan Majlis membaca ayat-ayat Al-Quran, surah Hud secara beramai-ramai. Selepas itu, tahlil ringkas diketuai oleh Encik Mohd Khalid Bin Mustapa selaku Biro Agama Pejabat Tanah Johor Bahru. Seterusnya, diadakan ceramah bersempena bulan Ramadhan, ceramah disampaikan oleh bekas warga Pejabat Agama Johor Bahru. Ceramah bertajuk membina Ramadhan di dalam diri setiap umat Islam. Di dalam ceramah tersebut mengandungi nasihat-nasihat seperti memperbanyakkan kebaikan,kebajikan dari segala aspek, serta memulakan melakukan kebaikan dari bulan Rejab seperti menjaga fizikal diri. Kemudian di bulan Syaban, digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis serta memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran. Selain itu, nasihat wakil tersebut adalah pada bulan Ramadhan dijadikan bulan ekonomi dengan berbelanja kecil dan menjadikan amalan berjimat cermat berpanjangan. Disampaikan juga amanat berkenaan malam LailatulQadar iaitu pada malam-malam yang ganjil dan perlu memperbanyakkan ibadah di waktu malam. Pemakanan juga perlu dijaga dan elakkan dari memakan makanan syubhat.
Selepas ceramah berakhir, sambutan pemberian cenderahi diberikan kepada warga kerja yang menyambut hari lahir pada bulan Julai dan Ogos.
Sekian Aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

22 OGOS 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU


23 OGOS 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

24 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini saya meneliti laporan pemilikan tanah oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd ( KPRJ) bagi daerah Johor Bahru.Antara mukim yang terlibat dalam pemilikan tanah KPRJ adalah di mukim Bandar, Pulai, Jelutong, Tebrau dan juga Sungai Tiram.Maklumat yang diambil kira dalam laporan tersebut adalah pelan bagi kawasan yang terlibat, nombor hakmilik, nombor PTD/LOT, keluasan kawasan tersebut, jumlah premium notis 5A yang telah dibayar, syarat-syarat kegunaan tanah tersebut, nombor rujukan fail dan juga status bagi permohonan tanah tersebut. Selain itu, saya melihat gambar bagi kawasan tersebut. Bagi mukim Bandar, kawasan yang terlibat adalah kawasan Danga dan juga Metro Larkin. Untuk mukim Pulai, kawasan yang terlibat adalah Bukit Resam, dan juga Tanah Pendas. Bagi Mukim Jelutong,kawasan yang terlibat adalah Bukit Tempurung.

Anonymous said...

25 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Sepanjang hari ini saya membantu warga kerja PTJB ini menyiapkan banner ataupun sepanduk untuk meyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini. Saya mewarnakan 1 Malaysia dan tema kemerdekaan Negara pada tahun ini iaitu, Rakyat Didahulukan,pencapaian diutamakan. Sebanyak dua banner yang perlu disiapkan untuk majlis pembukaan kemerdekaan pada hari kemerdekaan ini.

26 OGOS 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini saya menyambung menyiapkan banner sempena kemerdekaan sehingga pukul 5 petang.

27 OGOS 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:Pada hari ini,saya mengemaskini buku laporan harian saya serta mencari artikel surat khabar untuk dijadikan bahan tambahan untuk laporan praktikal saya.

Anonymous said...

28 OGOS 2009
Tempat: Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Sepanjang hari ini, saya mempelajari peranan organisasi ini dalam keputusan kebenaran merancang untuk sesuatu projek pembangunan tanah. Peranan Pejabat Tanah di dalam proses kebenaran merancang adalah memberi ulasan dan juga pandangan sebelum sesebuah projek pembangunan dapat diluluskan dan dilaksanakan. Ulasan dan pandangan dari pejabat tanah perlu diambil kira bagi memastikan projek pembangunan yang dirancang adalah bersesuaian dengan keadaan alam sekeliling.


29 OGOS 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

30 OGOS 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

31 OGOS 2009
HARI ISNIN MERUPAKAN CUTI UMUM BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52

Anonymous said...

1 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini, saya meneliti fail berkenaan hakmilik rumah teres Mara Tampoi. Pemohon bernama Puan Saudah Bte Shafiee. Pemohon mempunyai Lesen Pendudukan Sementara di MLO 5139 di Mukim Tebrau iaitu rumah kos awam kos rendah Kerajaan Johor.
Terdapat panduan untuk mereka membeli rumah murah kerajaan. Bayaran yang dikenakan untuk proses di pejabat tanah pada peringkat permulaan sebanyak RM 30.00. Kawasan tersebut terletak di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Tanah tersebut adalah tanah hakmilik pajakan negeri dan tempoh pajakan iaitu selama 99 tahun. Terdapat syarat nyata bagi tanah tersebut iaitu tanah yang digunakan adalah untuk rumah kediaman yang jenis kekal mengikut pelan yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Anonymous said...

2 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini, saya ditugaskan meneliti fail berkenaan penyerahan tanah bagi projek pelebaran jalan di Lot 1536 di Mukim Tebrau oleh Syarikat Dyson Enteprise Sdn. Bhd. Mengikut permohonan, kawasan tersebut adalah cadangan untuk mendirikan kilang satu tingkat termasuk ruang untuk pejabat.
Mengikut ulasan Jabatan-jabatan Teknikal yang terlibat iaitu Syarikat Air, Syarikat Tenaga Nasional Berhad membuat ulasan bahawa pihak-pihak mereka tiada halangan dalam pembinaan kilang tersebut. Namun begitu, Syarikat Tenaga Nasional Berhad menjelaskan supaya dibina pintu pencawang yang dibuat dari alum louvers fixed with anti vermin wore netting. Pembinaan pintu tersebut bertujuan untuk langkah-langkah keselamatan.

Terdapat wang amanah yang berjumlah RM 30,000.00 yang perlu dijelaskan sebelum pelan kerja tanah diluluskan adalah bertujuan untuk digunakan membina infrastruktur di sekitar kawasan yang terlibat.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

3 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini saya meneliti fail pembangunan yang melibatkan permohonan bagi tapak sekolah agama di PTD 124221 di kawasan Taman Daya di Mukim Tebrau dimohon oleh Majlis Agama Islam Johor Bahru. Kedudukan tapak yang dipohon itu di dalam kawasan perumahan dan berdekatan dengan balai polis dan masjid. Lokasi tapak yang dipohon sesuai kerana mempunyai kemudahan infrastruktur disekelilingnya
Namun begitu, permohonan masih lagi dalam proses permohonan dan masih menunggu ulasan dari Jabatan-jabatan Teknikal yang terlibat.

Anonymous said...

4 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Saya meneliti dan memahami proses yang terlibat dalam Serah Balik Kurnia Semula (SBKS). Fail yang diteliti oleh saya merupakan fail cantuman dan pecah sempadan di Mukim Bandar di Jalan Padi Huma 1,Bandar Baru Uda.
Dalam permohonan ini, terdapat dua proses yang terlibat iaitu proses pecah sempadan dan juga penyatuan tanah.
Pecah sempadan tanah bermaksud satu proses di mana tanah yang dipegang di bawah hakmilik muktamad atau hakmilik sementara sambungan dari hakmilik muktamad dipecah sempadankan kepada dua atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh pemunya yang sama atau oleh pemunya-pemunya bersama yang sama.
Manakala, penyatuan tanah pula bermaksud dua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang di bawah hakmilik berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik dengan syarat :
a)Hakmilik-hakmilik tersebut adalah hakmilik tetap
b)Lot-lot terletak dalam Mukim/Bandar/Pekan yang sama
c)Lot-lot tersebut berdampingan iaitu sekurang-kurangnya berkongsi satu sempadan.
Pada peringkat ini, pemohon telah mengisi borang 12 A iaitu Borang Menyerah Semua Tanah dan juga borang 11A untuk permohonan hakmilik sementara.
Perkara yang saya pelajari menerusi fail permohonan ini adalah Penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah atau lebih dikenali di negeri sebagai SBKS boleh didefinisikan sebagai pemulangan semula tanah, samada keseluruhan atau hakmilik sementara oleh tuanpunya tanah berimilik kepada PBN untuk sesuatu tujuan tertentu yang mana tanah ini kemudiannya akan dikembalikan semula oleh PBN kepada tuan punya tanah berkenaan. Perkara ini diperuntukkan dalam KTN di bawah Bahagian 12, Seksyen 165 hingga Seksyen 204H.Johor
Negeri Johor mengamalkan sistem proses permohonan pembangunan tanah secara SBKS. Permohonan ini membolehkan proses pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman dan ubahsyarat dilakukan serentak dengan cara serah hakmilik tanah kepada kerajaan dan kerajaan akan kurniakan semula mengikut pecahan-pecahan sebagaimana layout yang dikemukakan semasa permohonan. Amalan proses dan prosedur ini mula diperkenalkan seawal tahun 1973 seperti dalam Pekeliling PTG Johor bil. 2/73.
Sekian aktiviti saya pada hari ini

Anonymous said...

5 SEPTEMBER 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

6 SEPTEMBER 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

7 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:
Pada hari ini, diadakan majlis perpisahan bagi Pentadbir Tanah Daerah, Tuan Haji A.Rahim bin Hj Nin. Majlis diadakan di ruang legar bahagian Pendaftaran. Antara amanat yang dipesan oleh beliau adalah supaya setiap kakitangan bekerja dengan penuh dedikasi dan sentiasa mengamalkan visi PTDJB ini iaitu menjadi pejabat tanah terunggul berteraskan budaya kerja kelas pertama menjelang tahun 2013. Majlis tersebut berjalan selama setengah jam.
Selepas itu,saya membantu Penolong Pegawai Tanah membuat carian untuk banyak lot-lot perumahan di dalam pelan-pelan di kawasan mukim Tebrau sehingga waktu petang.

Anonymous said...

8 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Saya meneliti fail permohonan ubahsyarat daripada pertanian kepada bangunan untuk aktiviti keagamaan. Tanah tersebut terletak di Lot 1413, mukim Plentong. Syit piawai yang digunakan adalah syit 66 B. Permohonan tersebut tiada terdapat syarat nyata bagi tanah tersebut.
Ulasan-ulasan bagi Jabatan-jabatan Teknikal adalah:
a) Tenaga Nasional Berhad
Tiada halangan bagi permohonan tersebut.
Namun perlu dibina pencawang berhadapan dengan jalan besar
b) Syarikat Air Johor
Syarikat air tidak menyokong kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan tadahan air kategori 1 yang bermaksud apa-apa bentuk pembangunan tiadak dibenarkan beroperasi dan perlu dikekalkan seperti sedia ada.
c) Pejabat Jurutera Daerah
Tiada halangan bagi permohonan tersebut
Namun begitu, kawasan tersebut perlu dizonkan untuk bangunan aktiviti keagamaan dan perlu diwujudkan rizab jalan keluar masuk di kawasan permohonan tersebut.
Selain itu,tempat meletak kenderaan perlu disediakan secukupnya dan pemohon perlu menyelenggara jalan sedia ada dengan sebaiknya.

Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

9 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Saya membantu membuat carian nombor PTD 67750 iaitu rizab sekolah di kawasan Taman Mount Austin. Carian tersebut dicari di pelan leaut mukim Tebrau. Kemudian saya membantu mencari nombor PTD di buku PTD mukim Tebrau di bilik data maklumat yang terdapat di Bahagian Teknikal.


10 SEPTEMBER 2009
Tempat : Kaunter Bahagian Teknikal Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti:
Pada hari ini, keadaan di kaunter bahagian Teknikal agak sesak kerana ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan maklumat berkaitan tanah yang ingin dipohon. Saya membantu pegawai yang bertugas menjaga kaunter melayani pelanggan yang membuat carian bagi lot tanah di kawasan Desa Cemerlang. Namun begitu, wujud permasalahan ketika mengendalikan kaunter kerana,pelanggan mengadu yang tanah milik mereka telah dijual oleh individu tertentu tanpa pengetahuannya. Tanahnya di kawasan mukim Tanjung Kupang. Oleh itu, pelanggan tersebut mendapatkan maklum balas dari Penolong Pegawai Tanah yang bertugas untuk penjelasan selanjutnya. Saya mendengar permasalahan tersebut dan pegawai tersebut menasihatkan supaya pengadu tersebut membawa dokumen berkaitan tanah tersebut dan berjanji akan menyiasat tentang masalah tersebut.

Anonymous said...

11 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru
Aktiviti: Pada hari ini, saya meneliti fail permohonan berkenaan pecah bahagian di atas MLO 19 di mukim Tanjung Kupang oleh pemohon yang bernama Encik Mohd Baharuddin bin Kasmadi. Plot tersebut bersebelahan dan pemohon bercadang untuk memecahkan bahagian tanah tersebut.
Syif piawai di kawasan tersebut adalah 70 C i.
Bayaran yang dikenakan RM 30.00
Nombor Pelan yang digunakan (PA) 40983
Berikut adalah pembahagian plot tanah bagi tuan-tuan punya tanah tersebut

a)MOHD BAHARUDDIN BIN KASMADI Bahagian ½
Keluasan 1.4939 ekar

b)SARIMAN BIN WANGSO
Bahagian 1/10
Keluasan 1.4939 ekar

c)JAMAT BIN WANGSOH
Bahagian 1/10
Keluasan 1.4939 ekar

d)TALIB BIN WANGSOH TRONOH Bahagian 1/10
Keluasan 1.4939 ekar

e)MUNAH BTE WANGSOH TRONOH Bahagian 1/10
Keluasan 1.4939 ekar

f)NARRISH BTE WANGSOH TRONOH
Bahagian 1/10
Keluasan 1.4939 ekar

Sekian terima kasih

Anonymous said...

12 SEPTEMBER 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

13 SEPTEMBER 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

14 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Johor Bahru

Aktiviti: Membantu Penolong Pegawai Tanah,membahagikan pelan-pelan tangki air yang terdapat di mukim-mukim di daerah Johor Bahru iaitu:
1. Mukim Tebrau
2. Mukim Plentong
3. Mukim Pulai
4. Mukim Sungai Tiram
5. Mukim Jelutong
6. Mukim Tanjung Kupang

Pembahagian pelan-pelan tersebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Tanah mukim masing-masing untuk dibuat laporan seterusnya.

Pada sebelah petang, saya ditugaskan oleh Pelukis Pelan,Cik Salia Bte Hairuddin untuk menyemak data-data yang terdapat dalam sistem e-fahrasat. Semakan tersebut bertujuan untuk melihat perbandingan yang terdapat di dalam buku daftar lot bagi mukim Bandar. Sebanyak 340 data berjaya disemak oleh saya pada hari ini. Sistem yang diperkenalkan adalah sistem e-fahrasat yang bertujuan untuk memasukkan semua data-data yang terdapat dalam buku daftar lot ataupun PTD. Hal ini kerana, selama ini, pentadbiran dan pengurusan tanah menggunakan buku untuk merekodkan data-data berkenaan lot tanah. Wujudnya sistem e-fahrasat ini sebagai salah satu langkah yang diambil oleh Pejabat Tanah Johor Bahru untuk memastikan data-data berkenaan daftar LOT/PTD sentiasa terpelihara.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

15 SEPTEMBER 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan, PTDJB
Aktiviti:
Pada hari ini, saya mempelajari tentang nombor-nombor LOT dan juga nombor-nombor PTD.
Nombor LOT dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia,manakala nombor PTD dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
Saya juga mempelajari bahawa tanah GSA merupakan 'tanah berkelompok'. Contoh tanah berkelompok adalah FELDA.

Tempat : Bahagian Teknikal,PTDJB
Selepas itu, saya ditugaskan menjaga kaunter pertanyaan di bahagian Teknikal.Saya mendapati pelanggan pada hari ini tidak begitu ramai, dan kebanyakan pelanggan yang datang, ingin membuat carian Hakmilik, membeli pelan dan juga memohon tanah.
Sekian aktiviti saya pada hari ini.

Anonymous said...

16 SEPTEMBER 2009
Tempat :Ruang Legar Bahagian Pendaftaran,PTDJB
Aktiviti:
Pada hari ini, organisasi ini menerima Pentadbir Tanah yang baru iaitu Tn. Hj Adib Azhari,oleh itu diadakan perhimpunan dan semua kakitangan wajib menghadirinya. Tn Hj Adib menekankan beberapa perkara penting yang difikirkan beliau perlu untuk mentadbir dan mengurus organisasi ini. Antara perkara tersebut adalah beliau menyarankan agar setiap kakitangan supaya bekerja dengan tekun dan bekerja dengan berorientasikan visi dan misi organisasi ini.

Tempat: Bahagian Teknikal,PTDJB
Aktiviti:
Selepas sesi perhimpunan dengan tuan PTD,saya mempelajari setiap satu borang yang terdapat di kaunter pertanyaan bahagian Teknikal.

Anonymous said...

17 SEPTEMBER 2009
Tempat: Bahagian Teknikal PTDJB
Aktiviti:
Menyemak senarai nombor Lot di buku Fahrasat.
Pada hari ini, saya membantu En Nasir bin Mohd Noor menyemak senarai nombor Lot untuk senarai kawasan lapang milik Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kawasan-kawasan lapang yang tersenarai telah diwartakan oleh Pejabat Tanah sehingga tahun 2009.

Terdapat 138 permohonan yang telah disenaraikan dari pelbagai mukim,oleh itu saya menggunakan buku fahrasat dengan mencari lot-lot yang berkenaan dan menyemak maklumat yang terdapat di senarai tersebut dan juga di buku fahrasat. Tujuan menyemak senarai lot-lot berkenaan bertujuan untuk melihat sekiranya wujud perbandingan dari segi
a) nombor fail,
b) plot,
c) keluasan,
d) nombor Pelan Ukur(P.U),
e) lokasi,
f) mukim yang terlibat,
g) pemohon dan
h) jenis kegunaan

Sekian aktiviti saya pada hari ini

Anonymous said...

18 SEPTEMBER 2009
Tempat:Bahagian Teknikal,PTDJB
Aktiviti:
Pada hari ini, saya membantu Penolong Pegawai Tanah N17, Encik Saiful Nazmi bin Mohd Zain mencari maklumat di buku-buku Fahrasat bagi mukim Tebrau untuk permohonan tangki air milik Syarikat Air Johor.
Antara maklumat yang dicari adalah seperti nama pemohon, nama fail permohonan, nombor hakmilik, dan juga kenyataan lain berkenaan nombor lot-lot tanah tersebut.

Saya mendapatkan maklumat tersebut di bilik Maklumat yang mengandungi buku-buku Fahrasat untuk pelbagai mukim

Anonymous said...

19 SEPTEMBER 2009
HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

20 SEPTEMBER 2009
HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU DAN JUGA CUTI UMUM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

21 SEPTEMBER 2009
HARI ISNIN MERUPAKAN CUTI UMUM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

22 SEPTEMBER 2009
HARI SELASA MERUPAKAN CUTI UMUM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Anonymous said...

23 SEPTEMBER 2009
Tempat: Kaunter Pertanyaan Bahagian Teknikal PTDJB

Aktiviti:
Pada hari ini saya ditugaskan membantu kakitangan di bahagian ini menjaga kaunter yang menanyakan apa-apa persoalan berkaitan carian tanah menggunakan LOT dan PTD.
Terdapat seorang pelanggan yang menanyakan soalan dan meminta dicarikan nombor Lot yang dikehendaki oleh mereka.
Saya bertindak dengan mendapatkan nombor Lot tersebut dan mukim yang berkaitan seperti mukim Tebrau.

Selepas itu, terdapat seorang pelanggan yang datang mengadukan masalah yang dialaminya. Pelanggan
ini mengadu tanah yang dimilikinya menghadapi masalah dari segi perletakan batu sempadan oleh pihak JUPEM iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Jumlah pelanggan yang datang ke kaunter pada hari ini seramai 10 orang

Anonymous said...

24 SEPTEMBER 2009
Tempat : Kaunter Pertanyaan Bahagian Teknikal Pejabat Tanah

Aktiviti:
Menjaga kaunter sambil membantu Pelukis Pelan,J17, Cik Salia bte Hairuddin mengendalikan kaunter untuk melayani pelanggan.Pada hari ini,seramai 15 orang pelanggan menanyakan persoalan berkenaan tanah.Antaranya:
1) carian nombor Lot, di Kampung Baru Masai, iaitu di Mukim Plentong.Lebih 10 Lot untuk dibuat carian. Tujuan carian lot-lot tersebut mempunyai permohonan bertindih ataupun tidak.

2) Selain itu, saya juga mengetahui bahawa terdapat perkara-perkara yang tidak boleh diberitahu pelanggan iaitu kenyataan mengenai permohonan tertentu.

Cik Salia telah menerangkan kepada pelanggan tersebut dan saya mendengar penjelasan tersebut.

Anonymous said...

25 SEPTEMBER 2009

Tempat: Kaunter Pertanyaan Bahagian Teknikal PTDJB.

Aktiviti:
Pada hari ini, saya ditugaskan menjaga kaunter sambil dibantu oleh Pekerja Awam,R1,Encik Rizal Bin Talib Terdapat seorang pelanggan yang meminta saya menyemak hakmilik di Taman Universiti di Mukim Pulai,untuk carian PTD 46618.
Pelanggan tersebut meminta saya nombor hakmilik bagi Lot tanah beliau.
Saya menggunakan Buku Fahrasat Mukim Pulai untuk carian PTD. Permintaan pelanggan tersebut telah dapat saya selesaikan.

Selain itu,saya diminta membuat carian di Lot baru,kawasan Mukim Plentong iaitu CT 202.
Kaedah sama digunakan oleh saya untuk mencari carian tersebut iaitu menggunakan Buku Fahrasat di Mukim Plentong

Anonymous said...

26 SEPTEMBER 2009

HARI SABTU MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU.

27 SEPTEMBER 2009

HARI AHAD MERUPAKAN HARI PELEPASAN MINGGU

Anonymous said...

28 SEPTEMBER 2009

Tempat: Bahagian Teknikal, PTDJB

Aktiviti:
Pada hari ini, saya meneliti tentang proses kerja yang dilakukan oleh Pelukis Pelan serta meneliti proses penyemakan awal bagi permohonan tanah.
Antara perkara yang perlu disemak terlebih dahulu seperti:
Memberi atau menyemak maklumat yang dikehendaki,
Menyemak pelan sekiranya jika ada,
Membuat resit bayaran menggunakan resit dalam sistem yang sedia ada di PTDJB,
Memberi komen atau membuat catatan laporan awal,
Mengembalikan resi salinan bayaran kepada pelanggan,
Mengembalikan borang permohonan awal tanah kepada pelanggan untuk dimajukan kepada PTD

Anonymous said...

29 SEPTEMBER 2009

Tempat :Bahagian Teknikal PTDJB

Aktiviti:
Hari ini, saya melihat perbandingan menggunakan cara manual dan cara baru dalam membuat semakan maklumat tanah.
Terdapat beberapa kelemahan menggunakan cara manual iaitu,penggunaan Buku Fahrasat, risiko kehilangan maklumat adalah tinggi kerana buku mudah terkoyak serta tulisan lama sukar dibaca,
Berbanding sistem baru, iaitu sistem berkomputer, e-fahrasat mampu menyimpan data dan lebih terjamin kerahsiaannya.

Anonymous said...

30 SEPTEMBER 2009

Tempat: Bahagian Teknikal PTDJB

Aktiviti:
Pada hari ini, saya meneliti proses permohonan bagi harta pusaka kecil. Saya melihat carta aliran daripada permulaan pemohon memohon sehingga
tamat.

Selain itu, diadakan majlis perpisahan untuk saya dan rakan saya yang tamat praktikal pada hari ini.
Majlis perpisahan diketuai oleh Encik Muhyin bin Ridzwan.Saya juga berkesempatan memohon maaf kepada semua kakitangan dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir diatas segala kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh 4 bulan ini. Sesi penerimaan cenderahati,mengambil gambar dan menjamu selera diadakan juga.
Sekian aktiviti saya pada hari ini