CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

Siti Fatimah Binti Hamdan


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

30 comments:

tim said...

29 mei 2009
10 am :
- interview di syarikat Konsortium Usahawan Tekstil bersama pegawai HR, Pn.Hazura Yais. sesi interview sebagai penuhi protokol syarikat.
- pengenalan ringkas berkaitan syarikat

tim said...

1 jun 2009
9 am : belajar untuk fotostat dokumen (tender)
10.30 am : sesi penerangan bersama GM
syarikat, En.Adnan
- pengenalan diri dan latar belakang
syarikat
- suntikan semangat dan motivasi
12 pm : belajar untuk mencari tender melalui
akhbar dan menghantar faks
2-3 pm : belajar menguruskan penghantaran
dokumen melalui courier
5.30 pm : tugas selesai

tim said...

2 jun 2009
9 am : cari tender dalam akhbar
10 am : belajar untuk menulis cek dari pn.shahidah
11 am : menyusun invois syarikat dan pelajari sistem fail
2.20pm : mesyuarat pertama di KUSATEX
- bincang semula minit mesyuarat lepas
- sedikit teguran berkaitan cara kerja dan disiplin pekerja
- pengenalan ringkas pelajar praktikum
3 pm : belajar menyususn delivery order ( do )
- mengemas kini fail dan dokumen
5.30 : tugasan selesai

tim said...

3 jun 2009
9 am ; cari tender dalam akhbar
11 am : mesyuarat ringkas bersama pn.shahidah
- pengenalan serba ringkas setiap jabatan dalam syarikat
- ada 2 syarikat, KUSATEX dan ISBEC. tumpuan praktikum pada syarikat KUSATEX

profhalim said...

Tak perlu tulis jam berapa dengan detail,tapi huraian cerita suasana kerja anda lebih penting ditulis dengan panjang lebar

tim said...

4 jun 2009
mulakan tugas mencari tender dalam akhbar UTUSAN, BERITA HARIAN, THE STAR, THE NEW STRAITS TIMES mengikut kod bidang syarikat. selepas itu mencari serba sedikit maklumat syarikat untuk dijadikan bahan laporan.
pada pukul 10.30 pagi, pn.Shidah dari Jabatan Kewangan menunjukkan cara untuk menulis chek dan slip bank bagi urusan keluar masuk duit syarikat.selepas itu slip tersebut di fakskan ke pelanggan syarikat.
pada sebelah petang saya menguruskan fail-fail syarikat bagi tujuan laporan mingguan bagi setiap jabatan di bawah seliaan Pn.Hazura dari Jabatan Sumber Manusia.

tim said...

5 jun 2009
hari ini seperti biasa saya mulakan tugas dengan mencari tender syarikat mengikut kod bidang di dalam akhbar.
pada pukul 10.30 pagi saya bersama En.Azwan, ketua jabatan pemasaran di mana saya di tempatkan pergi ke syarikat Medilaund, salah sebuah pelanggan syarikat yang terletak di Teluk Panglima Garang, Banting Selangor. Tujuan kami ke sana adalah bagi menyerahkan invoice kepada Cik Jun, Pegawai Bahagian Kewangan Medilaund. Saya mempelajari cara berkomunikasi dengan pelanggan serta cara berdepan dengan permasalahan yang timbul. pukul 1 petang kami bergerak pulang semula ke pejabat.
pukul 3 petang saya ditugaskan untuk memasukkan data bagi purchase order ( PO ) yang mana ia diperoleh untuk membuat tempahan barangan. setiap minggu saya ditugaskan untuk memasukkan data bagi PO yang diterima.

tim said...

8 jun 2009
seperti biasa saya mencari tender syarikat melalui akhbar. saya menyambung semula kerja-kerja pemfailan dokumen-dokumen syarikat bagi memasukkan data-data terbaru setiap minggu bagi setiap jabatan dalam syarikat.
kemudian saya ditugaskan menguruskan fail-fail lama yang mana saya perlu mengasingkan dokumen-dokumen penting yang perlu disimpan dan data-data lama yang tidak lagi diperlukan bagi tujuan penghapusan.
pada pukul 4 petang saya menyediakan laporan mingguan sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan serta CEO syarikat dibawah seliaan Pn.Hazura. tugas ini perlu dilakukan pada setiap hari jumaat setiap minggu sebelum jam 4.30 petang. kemudian saya mengemaskini fail syarikat.

tim said...

9 jun 2009
mencari tender syarikat melalui akhbar mengikut kod bidang seperti biasa.
pada jam 10.45 pagi saya menghadiri mini mesyuarat bersama kakitangan Jabatan Pemasaran di pengerusikan oleh En.Azwan, Ketua Jabatan Pemasaran. saya ditugaskan untuk mencari senarai kementerian merangkumi alamat penuh, nombor telefon, nombor faks serta maklumat berkaiatan pegawai yang bertanggungjawab atas urusan tender di setiap kementerian terbabit.
tugas yang sama juga perlu saya lakukan terhadap senarai hospital swasta bagi seluruh negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
pada pukul 12 tengah hari saya memulakan tugas mendapatkan senarai 27 kementerian melalui internet. pada pukul 3 petang saya mula membuat panggilan ke kementerian-kementerian terbabit. tugasan ini perlu diserahkan pada hari jumaat kepada En.Azwan.

tim said...

10 jun 2009

MC.
tidak hadir ke tempat praktikum kerana demam.

tim said...

11 jun 2009
saya mencari tender melalui akhbar sebelum meneruskan tugas membuat panggilan ke kementerian-kementerian di Malaysia.
saya memebuat panggilan ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kementerian yang lain.
melalui tugasan ini sya mempelajari cara untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
di samping itu saya membantu kerja-kerja di jabatan HR dan Kewangan.

tim said...

12 jun 2009
mencari tender di akhbar seperti biasa. mencari dan kemaskini maklumat syarikat yang diperoleh.
pada pukul 11 pagi saya dan En.Azwan menjalankan tugasan luar di mana kami pergi ke syarikat Medilaund di Teluk Panglima Garang bagi menyerahkan invoice kepada Cik Jun. walau bagaimanapun Cik Jun tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di luar. invoice tersebut diserahkan kepada pembantu beliau.
sampai sahaja pejabat saya menyambung tugasan membuat panggilan ke kementerian yang masih belum dapat di hubungi. setelah semua maklumat lengkap saya memasukkan data-data tersebut ke dalam komputer untuk simpanan syarikat.
En.Azwan mengarahkan saya menguruskan maklumat berkenaan kementerian pada minggu ini sehingga selesai. maklumat hospital di uruskan pada minggu hadapan.

tim said...

15 jun 2009

seperti biasa mulakan tugas dengan cari tender melalui akhbar.
membuat kiraan pembayaran kepada pelanggan syarikat, Starlight Apparels untuk melihat adakah jumlah yang tertera adalah sama dengan jumlah sebenar yang perlu di bayar oleh syarikat. perkiraan bagi pakaian hospital. jika berlaku lebihan bayaran syarikat akan menanggung kerugian. oleh itu perkiraan perlu teliti.

tim said...

16 jun 2009

mulakan tugas dengan mencari tender, tiada tender yang dijiumpai. seterusnya membuat panggilan ke kem-kem PLKN seluruh negara bagi pastikan barangan ( tuala mandi ) telah sampai dan DO telah dicop dan dipulang semula ke syarikat. kemudian saya ditunjukkan dengan sijil-sijil syarikat yang perlu diteliti untuk mudahkan urusan pencarian dokumen. Sijil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia berada dalam Borang 9, segala dokumen berkaitan syarikat boleh didapati dalam fail KUSATEX NEW. kemudian saya meneruskan membuat panggilan ke hospital dan kementerian-kementerian untuk dapatkan maklumat berkaitan pegawai bahagian tender / perolehan.

tim said...

17 jun 2009

mencari tender di akhbar tapi taiada tender diperoleh. En.Azwan meminta saya mencari spesifikasi bagi pakaian-pakaian uniform keluaran syarikat seperti uniform celoreng bomba, PLKN, Penjara dan Angkatan Tentera Malaysia. keperluan teknikal pakaian ini penting bagi pastikan pakaian yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi yang ditetapakan oleh pelanggan.
kemudian menyambung kembali kerja-kerja membuat pangilan ke haospital dan kementerian.

tim said...

18 jun 2009
hari ini saya membantu En.Azwan menyiapakan sampel pakaian celoreng tentera darat untuk dihantar ke Kementerian Pertahanan bagi tujuan pembelian tender. saya diarahkan oleh GM untuk mengikut pegawai pemasaran menghantar tender tersebut ke bangunan TH Selborn dimana letaknya Kementerian Pertahanan tersebut.
pada pukul 10 pagi saya bergerak ke TH Selborn bersama-sama Cik Zuria dan Cik Norlida. proses penghantaran tender kali ini memerlukan kami untuk menunggu sehingga proses semakan dokumen tender dilakukan ke atas ke semua petender yang hadir. kesemua jumlah petender yang bersiang adalah sebanyak 43 syarikat. kebiasaannya selepas penyerahan dokumen tender kepada pegawai bertugas kami akan pulang ke syarikat dan tidak perlu menunggu seperti hari ini.
saya dapat melihat proses semakan tender dilakukan oleh pegawai-pegawai terbabit. juga dapat melihat dan berkenal-kenalan dengan petender dari syarikat lain. sampel pakaian pula di hantar ke jabatan kimia untuk diteliti oleh pakar-pakar yang berkenaan bagi melihat kualiti menepati kehendak yang ditetapkan atau tidak.
pada pukul 5 petang, pegawai bertugas mengumumkan harga yang ditawarkan oleh petender-petender yang bersaing untuk memdapatkan tender tersebut. keputusan penuh siapa yang berjaya mendapatkan tender terbabit akan diumumkan dalam tempoh 1-2 bulan lagi.
pukul 6 bergerak pulang.

tim said...

19 jun 2009

melakukan tugas mencari tender di akhbar. En.Adnan meminta saya membuat pembentangan berkenaan proses tender seperti yang telah saya lakukan pada hari semalam. sya perlu menerangkan bagaimana proses penyediaan tender dilakukan sehingga proses penghantaran dokumen tender tersebut. saya perlu membuat pembentangan pada hari khamis, 25 jun 2009 dihadapan seluruh warga pejabat KUSATEX.

mula mencari bahan-bahan untuk pembentangan dan mendapatkan bantuan dari pegawai-pegawai syarikat.

tim said...

22 jun 2009

pukul 9 pagi mulakan tugas dengan mencari tender di dalam akhbar.
pukul 10 pagi keluar ke Maybank bersama Cik Norli untuk membuat pengesahan bagi pembayaran.
pukul 2 petang keluar ke TNB Jalan Bangsar dan TM untuk membuat pengesahan vendor bersama Cik Norli. bagi pendaftaran di TNB terdapat tambahan maklumat yang diperoleh. perlu menyertakan surat pengesahan syarikat dari suruhanjaya syarikat malaysia. di TM pula kami pergi ke TM Points untuk membuat pembayaran dan menyerahkan dokumen lengkap pendaftaran vendor kepada pegawaiu terbabit.
pukul 5.30 kami bergerak pulang.

tim said...

23 jun 2009

mencari tender di akhbar. membuat panggilan ke kem PLKN Semberong bagi pastikan Tuala mandi sudah sampai dan meminta pihak kem faks kan DO ke syarikat. melakukan tugas-tugas mengemaskini dokumen syarikat.

tim said...

24 jun 2009

meneruskan kerja mencari tender melalui akhbar. membantu Cik Norli membuat renew pendaftaran syarikat secara online di eperolehan. perlyu menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk mudahkan proses renew pendaftaran tersebut.

tim said...

25 jun 2009

mencari tender melalui akhbar. melakukan tugas-tugas kemaskini dokumen dan fail-fail syarikat. membantu memasukkan data-data keluar masuk barangan ke dalam sistem komputer.

tim said...

25 jun 2009

saya membuat pembentangan berkaitan tender di hadapan GM serta pegawai-pegawai syarikat. pembentangan berjalan lancar dan mendapat pandangan dari semua pihak.

tim said...

26 jun 2009

sebahagian besar warga syarikat tiada kerana menjalankan tugas di kilang milik syarikat yang terletak di kedah. kami pelajar-pelajar praktikum di selia oleh Cik Norli serta En.Sallehudin. kami menjalankan tugas-tugas seperti biasa. mengemaskini dokumen syarikat serta menyediakan report mingguan untuk GM dan CEO.

tim said...

27 jun 2009

mencari tender syarikat dan mencari bahan untuk membuat laporan. hari ini hanya bekerja separuh hari sahaja.

tim said...

29 jun 2009

selepas mencari tender saya diminta membantu En.Azwan menyediakan laporan mingguan bagi setiap produk keluaran syarikat. saya dikehendaki memasukkan semula data-data invoice ke dalam sistem komputer supaya lebih tersusun bagi mudahkan kerja-kerja semakan dan seliaan oleh pegawai atasan. invoice yang diperlukan adalah invoice dari kementerian pertahanan.

tim said...

30 jun 2009

mencari tender di akhbar. membantu Cik Zuria menyediakan dokumen-dokumen bagi tujuan penyerahan tender kain hijau banduan yang akan diserahkan pada hari esok.

tim said...

1 julai 2009

pukul 9 pagi, saya bersama Cik Zuria pergi ke Penjara Kajang untuk menghantar kain banduan berwarna hijau. pukul 10 setibanya di penjara, lori kain juga baru sahaja tiba. setelah berjumpa dengan pegawai bahagian stor, kami melihat proses pemindahan kain-kain dari dalam lori ke dalam stor. proses ini mengambil masa dalam 2 jam untuk diselesaikan. terdapat 1 gulung kain yang kurang, masalah ini berjaya di atasi dan kain tersebut akan diserahkan dalam minggu ini juga. pukul 2 petang setibanya di pejabat, melakukan kerja-kerja menyusun atur dokumen-dokumen PLKN.
membuat panggilan ke kem PLKN meminta pihak kem faks DO yang di cop dengan tarikh 4hb jun 2009 untuk semakan syarikat.

tim said...

2 julai 2009

mencari tender di akhbar. terdapat 1 tender di bawah Kementerian Dalam Negeri ( KDN ). tender tersebut adalah bagi tujuan pembekalan Net Mosquito White Single ( kelambu Polyester Putih Bujang ) kepada Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) di bawah kod bidang 050299 serta tender bagi membekalkan pakaian celoreng Hijau untuk Pasukan Gerakan Am ( PGA ) dan Pasukan Gerak Khas ( PGK ) PDRM dibawah kod bidang 220900.
meneruskan kerja-kerja penyeliaan dokumen syarikat dan kemas kini fail. membantu En.Azwan memasukkan data-data bagi tujuan penyediaan laporan syarikat.

tim said...

3 julai 2009

pukul 9 pagi saya menyemak tender di akhbar. tiada tender dikenal pasti untuk hari ini. pukul 10 pagi saya bersama Cik Norli bergerak ke pejabat pos untuk membuat kiriman wang pos bagi tujuan pembelian dokumen tender yang berharga RM50 bagi setiap satu dokumen tersebut.kemudian kami ke Putrajaya bagi tujuan membeli dokumen tender di Bahagian Perolehan KDN, yang terletak di Kompleks D Pusat Pentadbiran Putrajaya. pukul 2 petang kami bergerak ke bangunan TH Selborn di Kuala Lumpur bagi mendapatkan lampiran B bagi pakaian PKN. selesai tugas tersebut kami pulang semula ke pejabat. kemudian menyusun DO beserta Lampiran B hbersam-sama. mudahkan proses penyusunan maklumat.

tim said...

6 julai 2009

mencari tender melalui akhbar. terdapat tender di bawah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( JPM )merujuk kod bidang 050101 bagi membekal, menghantar 3 jenis material 100% polyester Hi Sofy untuk pakaian seragam 4A dan 4B bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
membantu pegawai bahagian operasi untuk mengumpul dan menyusun dokumen DO, Lampiran B PLKN bagi tujuan menngeluarkan invoice untuk membuat pembayaran.