CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

NAZUWA BINTI IBRAHIM


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

88 comments:

dr abd halim said...

Sila mulakan catatan anda pada hari pertama melapor diri sehinggalah tamat praktikum

profhalim said...

ke mana menghilang

Anonymous said...

LAPORAN HARIAN
MINGGU PERTAMA MEI 2009

1/6/2009,ISNIN

8.00am
Lapor diri di organisasi (Pejabat Daerah dan Tanah Slim River, Perak). Dibawa oleh pegawai keselamatan yang bertugas ke tingkat 2 iaitu bahagian Pejabat Daerah yang merupakan bahagian pentadbiran. Diperkenalkan dengan Pembantu Pentadbir Kanan iaitu Pn.Kaliammah a/p Kathiry.
Diberi tempat sementara kerana masih belum ditempatkan dimana-mana bahagian.
Cuba untuk menyesuaikan dengan persekitaran organisasi.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm
Masuk semula bertugas.Tiada tugasan diberikan.
Berkenalan dengan kakitangan yang terdapat di Pejabat Daerah. Dimana Pejabat daearh dan tanah mempunyai 53 kakitangan yang terdiri daripada 4 Bahagian utama iaitu
1. Unit Pendaftaran dan Pelupusan
2. Unit Hasil
3. Unit Pentadbiran daerah
4. Unit teknikal dan Pelan
5. Unit Pentadbiran Mukim

Bantu Pn.Saniah binti Jaludin (Pembantu Tadbir(p/o) menyediakan meja jamuan di bilik gerakan untuk mesyuarat yang akan diadakan esok.

5.00pm
balik

Anonymous said...

2/6/2009,SELASA

8.00am
Masuk bekerja. Menerima kad perakam waktu bekerja.Membantu Pn.Kaliammah a/p Kathiry menyediakan kalender/takwim yang mencatatkan setiap aktiviti bulanan yang disusun setiap bulan. Dimana setiap bulan pihak organisasi telah menetapkan hari-hari tertentu yang dikhaskan untuk menjalankan program seperti mesyuarat pagi yang biasa dijalankan pada setiap hari isnin dan mesyuarat kerja 2 kali sebulan.

Mesyuarat adalah penting dalam organisasi dimana ia adalah satu insrumen yang boleh digunakan dimana pihak yang terlibat untuk berkumpul dan seterusnya membincangkan permasalahan dan setiap program atau sesuatu isu.

1.00-2.00pm
Rehat(makan tengahari,solat)

2.00pm
Masuk semula menjalankan latihan.
Diberitahu oleh Pegawai Kanan Pn.Kaliammah a/p Kathiry(cc) bahawa akan terlibat dalam pertandingan bola sepak wanita mewakili organisasi ke Mini Stadium Tapah Perak.

5.00pm
Balik

5.30pm-6.45pm
Menjalani latihan pertama bola sepak wanita di padang rumah rehat pegawai.Dilatih oleh En.Che Rahim

Anonymous said...

3/6/2009,RABU

8.00am
Masuk bekerja dan mulakan latihan.

9.00am
Bertemu dengan majikan iaitu En. Mohammad Fariz bin. Mohammah Hanip (Ketua Penolong Pegawai Daerah Slim River) di bilik ketua pegawai dan diperkenalkan dengan penyelia (supervisor) iaitu Cik Azhana Binti Ariffin (Pembantu tadbir (P/0) Kerani Tanah 1(Pelupusan).

10.30am
Ditempatkan di paras 1 bahagian Pejabat Tanah.
Menjalankan tugas pertama mengkelaskan tanah yang dimiliki terdapat dalam buku log oleh :
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak(PKPN)
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak(SADC), Perbadanan Setiausaha Negeri Perak (SS1)
3. Majlis Agama Islam
4. Tanah Lapang

1.00-2.00pm
Rehat (Makan Tengahari& Solat)

2.00-5.00pm
Selesai mengkelaskan tanah yang terdapat dalam buku Log, diarahkan Supervisor (Cik Ana) untuk mencari semua fail tanah yang terdapat dalam senarai milikan tanah yang dipegang pekerja sama ada di Pejabat Tanah Unit Pendaftaran dan Pelupusan, Unit Teknikal dan Pelan mengikut senarai yang ditetapkan.

5.00pm
Balik

5.30-6.45pm
Aktiviti luar pejabat, Jalankan latihan bola sepak wanita.
Menjalani latihan kedua bola sepak wanita di padang rumah rehat pegawai.Dilatih oleh En.Azman Bin Hamdan (Penolong Pegawai tadbir [Hasil] )

Anonymous said...

4/6/2009,KHAMIS

8.00PM
Masuk bekerja dan mula menjalani latihan
-Diarahkan oleh Cik Azhana untuk mencari semua fail permohonan tanah yang telah disenaraikan dan dikelaskan mengikut permohonan daripada Perbadanan yang terlibat seperti PKPN,SADC,SSI,Majlis Agama Islam dan Tanah Lapang.Dimana setiap Fail tersebut mengandungi surat daripada PTG dan juga surat menyurat yang terlibat dalam proses permohonan tanah.

1.00pm-2.00
Rehat (Solat dan makan tengahari)

2.00pm-5.00pm
Mencari fail diUnit Teknikal dan Pelan dan mencatatkan dalam senarai No. Fail yang telah ditetapkan mengikut permohonan.

5.00pm
Balik dan bersiap untuk latihan kedua latihan bola sepak di rumah rehat pegawai.

5.30pm-6.45pm
Berkumpul dan menjalani latihan bola sepak bersama staff Pejabat daerah dan Tanah Slim River.

Anonymous said...

5/6/2009,JUMAAT

8.00am
Masuk bekerja dan mulakan latihan.
Memulakan tugas dengan merekod semua milikan tanah dan mencari fail di bilik simpanan fail Sedang Dalam Perhatian (SDP AM) dan merekod dengan menggunakan program Mikrosoft Exel 2007.

12.15pm
Balik rehat dan bersiap untuk ke Pertandingan Persahabatan bola sepak wanita di Tapah,Perak.

1.30pm
Bertolak ke Pejabat Daerah dan Tanah Tapah mengiringi Cik Azhana Binti Ariffin (Supervisor) dan rakan praktikum dari UNIMAS yang sama-sama menjalani latihan industri di organisasi.

3.00pm
Tiba di Tapah dan berkumpul di mini Stadium Tapah Perak

3.30-6.30
Bermula pertandingan di antara pasukan Pejabat daerah dan tanah Tapah lawan Majlis Tapah.
Pertandingan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Batang Padang Dato’ Haji Damiri Bin Haji Md. Sairi.
Pertandingan ini dimenangi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Tapah. Walaupun tidak menjadi juara dalam pertandingan ini namun melalui program ini dapat mengeratkan silaturahim antara semua kakitangan dan diantara jabatan lain. Selain daripada itu semangat berpasukan yang ditonjokan oleh setiap pasukan dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Slim River mencerminkan bahawa wujudnya ukhwah dan silaturahim yang erat dan padu.

P/s: Saya akan email ringkasan laporan harian bersama gambar semasa pertandingan berlangsung.

Anonymous said...

LAORAN HARIAN MINGGU KEDUA JUN 2009

8/6/2009,ISNIN

8.00am
-Masuk bekerja dan menjalankan latihan
-Cik Azhana menerangkan mengenai tugasan yang telah diberi di mana saya dan seorang lagi rakan yang sama-sama menjalani latihan industry di PDTSR iaitu kami diminta untuk pengumpulan data maklumat dan memfailkan permohonan tanah kedalam sistem komputer.
-Salin itu juga kami diterangkan mengenai proses permohonan milikan tanah yang dijalankan oleh unit Pendaftaran dan Pelupusan(Pejabat Tanah).

1.00-2.00pm
Rehat(Solat dan Makan Tengahari)

2.00PM
Merekod data yang telah dikumpul dalam bilik fail ke dalam komputer.

4.00-4.30pm
Ke bilik mesyuarat Pejabat Daerah,Tingkat 1,PDTSR untuk membincangkan Program Hari Bertemu Pelanggan Bersama Y.A.B Menteri Besar Perak Peringkat Daerah Batang Padang.
-Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai persiapan dan persediaan yang djalankan untuk menyambut kedatangan Y.A.B.
-Saya dan rakan praktikum yang lain diberi tugasan daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah Slim River En.Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip untuk menyediakan “Bad Drop” dan “Slide ucapan Selamat datang” untuk dipasang di khemah pameran bertempat di Tasik YDP Slim River.

4.30-5.00pm
Berbincang dengan Ketua Kerani Kanan dAN kakitangan yang terlibat untuk menyediakan persiapan yang berkaitan.

5.00pm Balik

Anonymous said...

9/6/2009,SELASA

8.00am
Masuk Kerja dan memulakan latihan

9.00pm
Dihantar dengan menggunakan kenderaan pejabat yang dipandu oleh En.Mohammad Bin Yamin(Pemandu) mengiringi Cik Mawarni Binti Othman(Pembantu Tadbir p/o) Unit Hasil ke Dewan Tan Sri Haji Ghazali Jawi, Slim River,Perak.

9.15am Tiba didewan disambut oleh penyambut tetamu ke meja yang telah disediakan.

9.15-1.000pm Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Isteri Pegawai daerah batang Padang Y.Bhg Datin Hajjah Maimon Binti Zainal Abidin. Dimana Y.Bhg datin menjelaskan secara ringkas tema Majlis Mesra Rakyat Bersama Isteri Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan iaitu:
“Mesra secukup-cukupnya,Memberi sumbangan kepada 20 warga emas yang terpilih di Daerah batang padang,Menimba Ilmu dan bertukar-tukar pandangan serta mengeratkan silatulrahim diantara Isteri-isteri menteri dan rakyat.”
10.00am Ucapan daripada Isteri Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Y.A.Bhg datin Seri Saripah Binti Zulkifli

Daripada ucapan yang disampaikan beliau member nasihat kepada wanita untuk berusaha menjadi seorang yang cemerlang walaupun memikul tanggungjawab sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Wanita juga perlu berdikari dan sanggup untuk bekorban masa dan tenaga untuk mengharmonikan keluarga dan menjadikan apa yang dikorbankan untuk memenuhi keinginan diri sendiri.

Selain itu, Beliau juga ada menyentuh mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh wanita untuk mengeluarkan keluarga daripada putaran ganas kemiskinan.Dimana wanita mampu mengubah nasib keluarga dengan mendidik anak-anak berkaitan peri pentingnya pendidikan.Hal ini kerana pendidikan adalah penting untuk mengubah keluarga dan mengeluarkan keluarga daripada putaran ganas kemiskinan.

Konsep satu Malaysia juga diberi penekanan oleh beliau dimana beliau menyarankan kepada semua persatuan dan pertubuhan yang hadir seperti Puspanita,Perkin dan Puteri UMNO untuk mengutamakan rakyat dalam menjalankan perkhidmatan.


10.30am
Penyampaian Bantuan kepada warga Emas Daerah Batang Padang yang dipilih secara rawak mengekut keutamaan iaitu daripada kampung-kampung di sekitar Daerah batang Padang seperti Kampung Kuala Slim dan Kampung Sungai Dara.
- Masa untuk beramah mesra antara Isteri Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Y.A.Bhg datin Seri Saripah Binti Zulkifli dan tetamu jemputan dan sesi bertukar-tukar pendapat.

11.30-1.00pm
jamuan dan sesi bergambar bersama isteri Y.A.B Perak.

1.00-2.00
Rehat

2.00-5.00
Mencari Fail permohonan tanah di dalam bilik Fail(Sdp Am) dan mencatatkan dalam senarai No.Fail yang telah disenaraikan.
-Mencari maklumat mengenai latar belakang organisasi(PDTSR)

Hari ini adalah hari yang paling sibuk.Pengalaman menjadi sebahagian daripada tetamu undangan ke majlis ini adalah kenagan yang tidak dapat dilupakan.

Anonymous said...

10/6/2009,RABU

8.00am
Masuk bertugasdan menjalankan latihan
-mencari fail permohonan tanah dibilik fail dengan mendapatkan bentuan daripada En.Baharin Bin Mohd Sharif (Pembantu tadbir Rendah) yang bertanggungjawab mengawal selia perjalanan dan pergerakan fail pejabat Tanah, membukafail baru,memperbaiki fail-fail rosak,membersihkan bilik fail dan mengemaskini fail-fail dibilik fail. Dimana dipejabat Tanah mempunyai seorang PAP yang bertugas sebagai pencari fail.

9.30am-10.30
Diminta oleh Cik Azhana untuk menyampaikan pesanan kepada semua yang terlibat sebagai urusetia Sukan Super yang berlangsung di UPSI pada 14/06/09,Ahad dimana satu perjumpaan akan diadakan pada pukul 2.00pm di pejabat En.Abd.Rahman Bin Abd Razak(Penolong Pegawai Daerah Slim River)

10.30-1.00pm
Merekod hasil caria dan maklumat yang terdapat dalam fail permohonan tanah yang terlibat dalam computer.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-2.30
Taklimat di Bilik En. Abd.Rahman (Pn.Pegawai Daerah) berkaitan dengan program yang bakal berlangsung dan membincangkan persiapan peralatan dan keperluan untuk majlis tersebut.

2.30-5.00pm
Mencari fail di Bilik fail dimana fail yang di rekod sebagai (F) merupakan fail permohonan tanah yang telah mendapat mendapat keputusan samada permohonan tanah tersebut LULUS/DITOLAK.

5.00PM balik

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof....

11 JUN 2009,KHAMIS
8.00am
masuk kerja dan menjalani latihan.
Pagi yang ceria dan semangat yang baru..Setelah hampir 2 minggu menjalani latihan baru saya dapat memahami dengan jelas mengenai perjalanan dan proses kerja yang dijalani oleh jabatan.
-Saya memulakan tugas dengan mencari fail di dalam bilik fail yang diselia oleh seorang kerani Am.Cukup meletihkan apabila fail yang telah disenaraikan untuk dicari tidak dapat ditemui.Hal ini adalah kerana terdapat fail yang telah lama dan tidak dapat diproses.Saya cuba untuk mencari punca dan permasalah yang berlaku dalam proses permohanan tersebut dan memahami kekangan yang wujud.Mengapa proses permohonan pemilikan tanah tersebut tidak dapat dijalani dengan cekap dan berkesan.
-Saya juga mencuri masa yang ada dengan mencari maklumat berkaitan dengan organisasi, tugas dan prosedur kerja di Pejabat daerah dan Tanah Slim River.
-Mendapatkan Manual Prosedur Kerja PDTSR di bahagian pentadbiran dengan bantuan rakan Praktikum lain(daripada UNIMAS)
-Hai ini saya cuba untuk mengumpul sebanyak mana maklumat organisasi disamping menjalani tugas yang telah diberi.

Anonymous said...

12/6/2009,JUMAAT

Assalamualaikum Prof...

Pagi nie macam biasa masuk kerja dan mula menjalankan latihan 8.00am.Hari ini saya cuba untuk memahami Proses kerja yang dijalankan di bahagian Unit Pendaftaran dan Pelupusan(Pejabat Tanah)berkaiatan dengan Proses kerja yang terlibat dalam :
1)Rancangan Pertanian Berkelompok
2)Rancangan Perkampungan Tersususn

Anonymous said...

LAPORAN HARIAN
MINGGU KETIGA JUN 2009

8.00am
-masuk bertugas dan memulakan latihan
-mencari malkumat mengenai latar belakang Pejabat Daerah dan Tanah Slim River dengan melayari laman web rasmi PTDSR.
-Membantu Cik Haslinda Binti Mohd Jaid (Pen.Pegawai Tadbir (E?O) mengemaskini senarai fail permohonan Tabah dengan merekod mengikut senarai yang telah disediakan.

10.00am-1.00pm
-Berbincang dengan supervisor Cik Azhana Binti Ariffin (Pen.Tadbir (P/O) mengenai tajuk laporan akhir yang sesuai untuk dijalankan di pajabat tanah bersesuaian dengan tema kajian telah diberikan oleh Penyalia Laporan UUM Prof.Madyan Dr.Abd Halim B. Ahmad berkaitan dengan latar belakang organisasi (PDTSR) dan Jabatan ditempatkan (Pejabat Tanah) dengan bantuan Cik Azhana iaitu MIsi,visi,matlamat,peranan,sejarah,kakitangan dan sebagainya yang berkaitan.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Menyambung tugasan dengan membincangkan tentang permasalahan yang wujud di Pejabat tanah yang melibatkan peringkat tertentu iaitu proses pendaftaran,pelupusan,pemberimilikan sehingga proses pendaftaran Hak Milik Tetap.Dimana setiap proses mengandungu peringkat-peringkat tertentu,melibatkan pegawai yang terlibat,masa kitaran tertentu dan terikat dengan undang-undang(KTN)

Anonymous said...

17 JUN 2009,SELASA

8.00am
Masuk bertugas dan menjalakan latihan.
-Mencari maklumat berkaitan latar belakang Organisasi dengan merujuk kepada manual prosuder kerja Pejabat Daerah dan Tanah Slim River.
-Melawat ke unit Hasil dimana ia merupakan sebahagian daripada Pejabat tanah.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
-Membantu supervisor Cik Azhana Binti Ariffin memasukkan data pemohon tanah baru ke dalam komputer dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007.Dimana terdapat 69orang pemohon baru yang perlu difaikan permohonannya dan dimasukkan ke dalam fail meja.

Anonymous said...

18/06/2009,RABU

8.00am
-Masuk bertugas dan memulakan latihan
-Membantu Cik Azhana(Supervisor) merekod senarai nama pemonon Rancangan Pertanian berkelompok dimana pemonon memohon tanah kerajaan untuk menjalankan pertanian.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
-Membantu menfailkan dokumen permohonan tanah pemohon yang mengandungi Perakuan Jawatankuasa Perancangan Tanah Daerah Bil.2/2008,Surat tawaran,salinan kad Pengenalan pemohon,Borang jadual 1 dan mencatatkan senarai kandungan dokumen dengan menggunakan pen berwarna merah di kertas minit di setiap fail pemohon.

Anonymous said...

19/06/09 khamis
8.00am seperti biasa masuk beertugas dan memulakan latihan.
-mencari maklumat berkaitan latar belakang organisasi berkaitan setiap unit yang terdapat di Pejabat tanah slim River.

10.00am-1.00pm
Bantu En Azman(Penolong Pegawai Tadbir,E/o) membuat persiapan pertandingan anugerah hasil di Unit Hasilmenaip jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan kualiti pengurusan dan prosuder kerja di Unit Hasil yang perlu dibuat perbentangan dihadapan juri.

1.00pm-2.00pm
rehat

2.00-5.00pm
Menyambung tugasan yang diberi oleh En.Azman dimana terdapat soalan yang tidak dapat dijawab ekoran terdapat prosuder kerja yang tidak dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.Antaranya ialah pertukaran kakitangan lama dengan baru,dimana tunggakan kerja-kerja lama tidak dapat diselesaikan dalam masa yang ditentukan ekoran daripa bebanan tugas semasa dan faktor sumber manusia itu sendiri.Kekurangan kakitangan di Unit hasil dan bebanan kerja yang banyak adalah tidak seimbang meneybebkan banyak kerja yang berkaiatan dengan merekod data dan maklumat tidak dapat dijalankan.hal ini menyebebkan terdapat laporan-laporan yang berkiatan prosuder kerja tidaka dapat dihantar dan dikemaskini dengan baik.

Anonymous said...

20/06/2009,JUMAAT

8.00am
masuk bertugasan menjalankan latihan.
mencari maklumat berkaiatn latar belakang Jabatan
-membantu Encik Abd.Rahim Bin Abd Razak(Penolong Pegawai Daerah S.River/Penolong Pentadbiran tanah 2)mencari maklumat berkaitan tempat perlancongan dan rekresi yang terdapat di daerah Slim dengan melhat Rancangan Tempatan. Dimana pihak UPEN telah meminta cadangan pembangunan yang ingin pihak pentadbiran daerah Slim River cadangakan di tempat pelancongan yang terdapat di daerah untuk peruntukan kewangan bagi projek-projek menaiktaraf Pelancongan dibawah RMKe9.

12.15-2.45pm
Rehat

2.45pm-5.00pm
-Bantu Cik Azhana(Supervisor) merekod data pemohon tanah Pertanian berkelompok Fecra hala cara baru untuk laporan.
-Membantu En.Rahim Membuat surat rasmi untuk dihantar kepada penghulu Mukim (Mukim Slim dan Mukin Ulu Behrang) untuk mengemukan cadangan berkaitan Projek Menaiktaraf Pelancongan di bawah RMKe9. Disini buat kali pertama saya belajar bagaimana untuk menghantar surat rasmi jabatan,terdapat format tertentu yang perlu diikuti.

Anonymous said...

20/06/2009,JUMAAT

8.00am
masuk bertugasan menjalankan latihan.
mencari maklumat berkaiatn latar belakang Jabatan
-membantu Encik Abd.Rahim Bin Abd Razak(Penolong Pegawai Daerah S.River/Penolong Pentadbiran tanah 2)mencari maklumat berkaitan tempat perlancongan dan rekresi yang terdapat di daerah Slim dengan melhat Rancangan Tempatan. Dimana pihak UPEN telah meminta cadangan pembangunan yang ingin pihak pentadbiran daerah Slim River cadangakan di tempat pelancongan yang terdapat di daerah untuk peruntukan kewangan bagi projek-projek menaiktaraf Pelancongan dibawah RMKe9.

12.15-2.45pm
Rehat

2.45pm-5.00pm
-Bantu Cik Azhana(Supervisor) merekod data pemohon tanah Pertanian berkelompok Fecra hala cara baru untuk laporan.
-Membantu En.Rahim Membuat surat rasmi untuk dihantar kepada penghulu Mukim (Mukim Slim dan Mukin Ulu Bernam) untuk mengemukan cadangan berkaitan Projek Menaiktaraf Pelancongan di bawah RMKe9.Disini saya belajar bagaimana untuk menulis surat rasmi jabatan dimana terdapat format tertentu yang perlu diikuti.

Anonymous said...

22/06/2009,ISNIN
8.00AM-1.00pm
-Masuk bertugas dan memulakan tugas
-Membetulkan kesalahan kandungan surat Cadangan menaiktaraf Pelancongan di Bawah RMKe9.
-Membantu En.Azman menaip jawapan bagi soalan Pertandingan Anugarah Hasil.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
-Mengemaskini dan "prin" rekod perjalanan Fail bagi permohonan tanah PKNP,SADC dan SSI untuk laporan.
-Mencari maklumat untuk laporan akhir Praktikum.

Anonymous said...

23/06/2009,SELASA

Seperti biasa masuk bertugas dan memulakan latihan pada 8.00am.Membantu Cik Azhana(supervisor)merekod permohonan tanah kerajaan di kawasan Rancangan Pertanian bersepadu di kawasan Kampung Pasir dalam Mukim Slim Daerah batang Padang untuk Tujuan Pertanian(Kelapa Sawit) di bawah Seksyen 42(1)(a) Kanun Tanah Negara (Akta56/1965). Dimana maklumat seperti nama,alamat,nombor kad pengenalan,tarikh mohon,premium,mukim dan maklumat berkaitan permohonan perlu direkod untuk laporan.

1.00-2.00pm
Rehad

2.00-5.00pm
Menyambung tugasan yang telah diberikan.

Anonymous said...

24/06/09,RABU
Masu bertugas dan menjalani latihan
-Membantu En.Rahim bin Abd Razak (penolong Pentadbir Tanah II) mendapatkan no.fail sebagai nombor rujukan yang perlu dicatatkan dikepala surat menyurat yang akan dihantar kepada pihak tertentu.Dimana fail RMKe9 digunakan untuk surat berkaitan dengan program menaiktaraf pelancongan di bawah RMKe9.
-kemuadian mendapatkan tandatangan daripada En.rahim sebelum surat tersebut diserahkan kepada En.Kamarul Hawadis Bin Shaari(Pembantua Am Pejabat) untuk proses penghantaran kepada pihak yang terlibat(Penghulu Mukim) dengan menggunakan khidmat pos malaysia.

Anonymous said...

25/06/09,KHAMIS
Membantu En.Azman di Unit Hasil menyusun fail senarai hakmilik tanah yang mengikut mukim.Dimana setiap senarai tersebut mencatatkan bayaran cukai hasil yang dibayar oleh pihak tersebut.

Anonymous said...

26/06/2009,JUMAAT
Membantu En.Rahim(Penolong Pentadbir tanah 2) mengecop setiap bahagian yang telah ditandatanganii oleh beliau di geran mukim sebagai pengesahan.Tujuan cop menterai hak milik yang telah dikeluarkan ini sebagai pengesahan bahawa geran yang dikelurkan tersebuat adalah sah dan tulen.

Anonymous said...

29/06/09,ISNIN
Membantu En.Azman membuat persediaan untuk majlis perbentangan pertandingan Anugerah hasil terbaik di Unit Hasil.
-Merekod jawapan bagi soal selidik berkaitan pengurusan di Unit hasil yang akan dinilai dan dijuri oleh panel juri daripada PTG Ipoh (Pejabat Tanah dan Galian Ipoh)

Anonymous said...

30/06/09,SELASA

Masuk bertugas dan menjalankan latihan seperti biasa.Hari ini saya telah menghadiri Majlis Perbentangan Anugerah hasil Terbaik Pejabat Tanah Negeri Perak.Majlis dihadiri oleh barisan juri daripada Bahagian Audit PTG,Audit Pengurusan PTG,Teknologi Maklumat PTG dan Pejabat Kewangan Negeri.Majlis didahului oleh ucapan daripada Pengerusi Majlis kemudian perbentangan awal daripada Penolong Pegawai Daerah (T) En.Abd Rahim berkaitan latar belakang Unit Hasil(Misi dan visi,objektif,fungsi dan sebagainya) dan perbentangan berkaiatan pencapaian Unit Hasil sehingga 26 Jun 2009(Kutipan Hasil).
Majlis disambung pula dengan soal jawab antara wakil unit Hasil dengan juri yang hadir berkaitan soalan selidik yang telah diberikan tentang prosuder kerja amalan kerja.Penilaian terbaik yang dinilai oleh juriu ialah ketepatan dan pemahaman menjawab soalan yang diberikan dan bagaimana cara pengurusan kutipan hasil yang dijalankan oleh pegawai dan kakitangan di Unit Hasil.

Anonymous said...

1/07/09,RABU
Merekod dan mengemaskini kertas keselamatan yang telah didaftarkan oleh PPT2(Penolong Pegawai Daerah).Dimana Dokumen Hakmilik Daftar Komputer(DHDK) disimpan didalam bilik kebal dan Dokumen hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) diserahkan kembali setelah selesai proses pendaftran.DHDK hendaklah disimpan semula di dalam bilik kebal dimana ia adalah satu prosedur yang perlu dipatuhi untuk keselamatan.Disamping itu,dokumen-dokumen ini boleh dibeli mengikut bayaran tertakluk di dalam Peraturan Tanah Perak yang semasa.

Anonymous said...

2/07/09,KHAMIS
Masuk bertugas dan memulakan latihan
Membantu Puan Santhy a/p Krishnan merekod maklumat Borang G notis pengambilan balik tanah (nombor hakmilik dan lot tanah) bagi projek Tol Lebuhraya Ipoh-Tanjong Malim Mukim Slim.Tujuan merekod meklumat ini adalah untuk pelupusan geran hakmilik setelah pampasan atas pengambilan tanah diberi oleh pihak kerajaan/pihak terlibat kepada individu/pemilik tanah.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Membantu Cik Azhana Binti menyediakan resit bayaran Cukai Tahun Pertama (kod9,RM59.00,Premium(kod53,RM200.00),Ukur dan Pelan (Kod91,RM205.00),Tanda Sempadan (Kod 92,RM20.00) dan Penyediaan Hakmilik sementara dan kekal,perenggan dan notis(Kod30,RM210.00) sebagai simpanan pemilik tanah dan salinan resit untuk simpanan Pejabat Tanah Slim River.Resit ini adalah pecahan bayaran yang terkandung di dalam Notis 5A [Seksyen 81 dan 82,KTN 56/1965].

Anonymous said...

3/07/2009,JUMAAT
Masuk bertugas dan menjalai latihan.
Membantu Puan Santhy a/p Krishnan(Pembantu Tadbir,Kerani Pendaftaran 1)merekod nombor hakmilik dan lot tanah yang terdapat di dalam notis pengambilan balik tanah di bawah Projek Tol Lebuhraya Ipoh-Tanjung Malim Mukim Ulu Bernam.

12.15-2.45pm
Rehat

2.45-4.00pm
Menyambung tugasan yang diberi oleh Puan Santhy

4.00-5.00pm
Menghadiri Majlis Jamuan Perpisahan dan Penghargaan rakan praktikal daripada UNIMAS yang telah selamat menamatkan latihan selama 8minggu di PDTSR.

Anonymous said...

6/07/2009,ISNIN
8.00-8.30am
Masuk bertugas dan memulakan latihan
Menyelesaikan tugasan yang telah diberi oleh Puan Santhy.

8.30-11.30pm
Menghadiri Mesyuarat pagi dimana semua kakitangan berkumpul di Bilik Gerakan Aras 2,PDTSR.
-majlis dimulakan daripada ucapan daripada pengerusi majlis,Bacaan doa,Nyanyian Lagu Negaraku.
-Ucapan Daripada KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH ( SLIM RIVER )Encik Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip.Antara kandungan ucapan dan taklimat daripada En.Faris adalah seperti berikut:

(1)Penekanan YB Negeri Perak dan Setiausaha Negara berkaiatan tentang penekanan baru iaitu "Rakyat adalah keutamaan" diumumkan rakyat adalah "bos" diutamakan 1 Malaysia rakyat didahului dimana beliau menasihati semua kakitangan supaya memberi perkhidmatan selaras dengan Undang-undang,sebaik mungkin memberi layanan yang sempurna kepada pelanggan,semua kakitangan idak digalak berdolak-dalih/beralasan yang tidak releven dengan rakyat.
(2)Penggunaan tanda nama bagi setiap kakitanga.
(3)Kaunter di Pejabat tanah dan Daerah,diminta supaya sentiasa ada staff yang jaga.
(4)Aduan pengguna terhadap mutu perrkhidmatan PDTSR.
(5)Peruntukan kewangan kritikal dimana berlaku masalah dalam menyelurkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri apabila Kelab PDTSR telah dibubarkan sementara dimana tiada transaksi kewangan boleh dijalankan.membincangan punca permasalah dan cara untuk mengatasi.
(6)Masalah Perakam waktu pejabat.Teguran daripada beliau kepada kakitangan yang lewat masuk pejabat.
(7)Pekeliling dikeluarkan berkait dengan arahan menutup pintu kecuali pintu utama pejabat di waktu pejabat.
(8)Penambahbaikan pengubahsuaian dan penyesuaian kerja untuk mewujudkan gerak kerja akan dikuatkuasakan mulai 7/07/2009,Selasa.
(9)Berkaiatan resit pembelanjaan yang memerlukan pengesahan dan tandatangan daripada Penolong Pegawai di setiap Unit yang terlibat.Terdapat lagi resit yang masih belum dijelaskan.
(10)Berkaiatan peralatan dan fesiliti yang terdapat diPDTSR yang perlu diperbaiki dan ditambah.

Majlis disambung dengan ucapan daripada PENOLONG PEGAWAI DAERAH ( SLIM RIVER )
Encik Abd. Rahim bin Abd. Razak berkaiatan dengan pengubahsuaian dan penyesuaikan kerja.dimana beliau memberi taklimat berkait dengan perubahan skop tugas dan tanggungjawab yang berlaku kepada sesetengah kakitangan yang terlibat.Perubahan ini adalah untuk mengatasi kekangan tenaga kerja dan beban kerja yang berlaku diunit yan terlibat.Dimana tedapat pertukaran kakitangan di antara unit.

11.30-1.00pm
Menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan Santhy

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Membantu Cik Azhana menyediakan resit pembayaran yang terdapat di Notis 5A di setiap permohonan.

Anonymous said...

7/07/2009,SELASA
Seperti biasa masuk bertugas dan menjalani latihan.Hari ini saya menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cik Azhana (Supervisor)iaitu melengkapkan pecahan resit daripada Notis 5A disetiap fail permohonan tanah.

Anonymous said...

8/07/08,RABU
Membantu Cik Haslinda binti Mohd Jaid (Pendaftar Hakmilik Tanah/Pentadbir Tanah)melengkapkan Borang 5F(Seksyen 90)Notis supaya mengambil suratan hakmilik yang dikeluarkan,Borang 5EK dan borang B1 dengan mengecop cop meterai hakmilk disetiap bahagian yang telah ditandatangani oleh Pendaftar Hakmilik Tanah/Pentadbir Tanah.Dimana kandungan borang 5F ini menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 90 KTN mengkehendaki hadir di Pejabat Tanah pada bila-bila masa dalam tempoh 3 bulan dari tarikh notis ini disampaikan:
(1)Menerima penyerahan suratan hakmilik yang dikeluarkan bagi tanah
(2)Membayar segala hasil tanah yang belum dijelaskan

Anonymous said...

9/7/2009,KHAMIS

masuk bertugas dan memulakan latihan
Pada hari ini saya diberi tugasan dan belajar daripada Cik Haslinda Binti Mohd Jaid(Pendaftar Hakmilik Tanah/Pentadbir tanah) menyusun dan mengemaskini dokumen bagi penyediaan pengeluaran hakmilik yang baru didaftarkan bagi permohonan Tanah kawasan Petempatan Berkelompok 1986.Antara dokumen penting tersebut adalah terdiri daripada:

1)Borang A
2)Dikumen Hakmilik daftar Komputer(DHKK) yang terdiri daripada Borang 5EK(Pajakan Mukim) dan Borang B1(Pelan Tanah) yang akan disimpan di bilik kebal PDTSR.
3)Dokumen Hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) yang terdiri daripada Borang 5F iaitu notis supaya mengambil suratan hakmilik yang dikeluarkan),Borang 5EK Geran Pajakan Mukim dan Borang B1(pelan Tanah).

dimana saya ditugaskan untuk memastikan semua dokumen lengkap dan telah disahkan serta ditandatangani oleh Pendaftar hakmilik Tanah/Pndaftar tanah dan lengkap.

Anonymous said...

10/07/2009,JUMAAT

Masuk bertugas dan memulakan latihan seperti biasa.
Pada hari ini saya menyambung tugasan yang telah diberi oleh Cik Haslinda Binti mohd jaid(Pandaftar Hakmilik Tanah/Pantadbir tanah)menyusun dokumen DHKK dan DHDK.Dimana dokumen setelah siap mengasingkan dokumen DHKK dan DHDK yang terdapat di dalam fail permohanan tanah saya ditugaskan untuk menyusun pula dokumen Dokumen hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) mengikut jenis dan nombor hakmilik (PM).

Anonymous said...

13/07/2009,ISNIN

8.00am-5.00pm
Masuk bertugas dan memulakan latihan seperti biasa.Pada hari ini saya membantu Puan Nurmaliza Binti Malek(Pembantu Tadbir p/o,Kerani Pendaftaran 2)mengemaskini dan memastikan semua dokumen DHDK dan DHKK yang terkandung di dalam Permohonan Tanah bagi Kawasan Penempatan Berkelompok 1986 lengkap dan telah ditandatangi.

Anonymous said...

14/07/2009,SELASA
8.00am-5.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.
Pada hari ini saya membantu Puan Nurmaliza Binti Malek(kerani Pendaftaran 2) mengasingkan Dokumen Hakmilik Daftar Komputer(DHDK) dan Dokumen Hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) bagi Hakmilik Felda Trolak Timur,Mukim Slim daerah batang Padang,Perak.
Dokumen ini merupakan dokumen bagi permohonan Tanah berkelompok,Penempatan desa bagi katogeri penggunaan bangunan dan pertanian.Dimana tanah bagi kawasan tersebut(Felda trolak timur) telah diisytiharkan melalui Nombor Pemberitahuan warta 616 bertarikh 23 Mei 1991,tanah tersebut adalah dipegang di bawah Pajakan Mukim selama tempoh 99 Tahun dimana tempoh terakhir adalah pada 7 Julai 2109 dengan perintah Pihak Berkuasa Negeri(Perak)

Anonymous said...

15/07/2009,RABU
8.00AM-5.00PM
Masuk bertugas dan memulakan latihan seperti biasa.Pada hari ini saya ditugaskan oleh Puan Nurmaliza Binti Malek(Kerani Pendaftaran 2) mengasingkan Dokumen Hakmilik daftar Komputer(DHDK) dan Dokumen hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) bagi Felda Trolak Timur,Mukim Slim.

Anonymous said...

16/07/2009,KHAMIS

8.00am-5.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan menjalani latihan.Pada hari ini saya membantu Cik Haslinda Binti Mohd Jaid (Pendaftar hakmilik Tanah/pentadbir Tanah Pejabat Tanah Slim River,batang Padang) mengemaskini dan mengasingkan dokumen DHKK dan DHDK bagi permohonan tanah berkelompok,Penempatan Desa dalam kawasan Felda Trolak Timur yang telah didaftarkan oleh Beliau selaku pendaftar hakmilik Tanah.

Anonymous said...

17/07/2009,JUMAAT

8.00AM-5.00PM
Masuk bertugas dan memulakan latihan seperti biasa.Pada hari ini saya membantu Puan Santhy a/p Krishnan(pembantu Tadbir,kerani Pendaftaran) menyemak pembetulan (Endorsan) di Borang 5DK (jadual 14)geran Mukim dalam kawasan Rizab Melayu. Pembetulan ini dibuat di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara.
Pada hari ini juga saya mempelajari daripada Puan santhy mengenai proses pemberimilikan pemilikan baru di bawah kawasan petempatan Berkelompok(FELDA).

Anonymous said...

20/07/2009,ISNIN

8.00am-5.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan di Pejabat Tanah Slim River.Pada hari ini saya membantu dan belajar mengasingkan serta menyusun dokumen Hakmilik daftar Komputer(DHKK) mengikut Jenis/nombor hakmilik untuk direkod di dalam komputer. Dokumen ini adalah penting dan akan diserahan kepada pemilik tanah Rancangan tanah Berkelompok,Petempatan Desa dalam kawasan Felda Trolak Timur(FELDA). Antara dokumen yang terlibat ialah Borang 5F(seksyen 90 Notis supaya mengambil suratan hakmilik yang dikeluarkan),Borang 5EK(Geran Pajakan Mukim) dan Borang B1(Pelan Tanah).

Anonymous said...

21/07/2009,SELASA

8.00am-5.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada hari ini saya ditugaskan oleh Cik Azhana Binti ariffin(Kerani Tanah 1,Pelupusan) merekodkan pendaftaran Permohonan Tanah Rancangan bagi Felda hala cara baru ke dalam buku RA Rancangan berwarna Hijau yang telah diluluskan oleh jawatankuasa Pengurusan tanah Daerah pada 16 Disember 2008.Antara maklumat yang direkodkan di dalam buku RA rancangan (Pendaftaran permohonan Rancangan) adalah seperti nama,alamat,tempat,Nombor fail,Bil Resit(No.resit,jumlah bayaran dan tarikh bayaran), mukim dan ain-lain maklumat.Tujuan permohonan ini adalah untuk aktiviti pertanian di bawah permohonan tanah persendirian.Menurut Jadual 2 Peraturan 4 Kanun Tanah Negara dimana setiap permohonan yang telah lulus perlu didaftarkan di bawah senarai nama peserta dan direkodkan di dalam buku RA Rancangan sebagai pengesahan bahawa pendaftaran tersebut telah di luluskan.

Anonymous said...

22/07/2009,RABU
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan laihan pada 8.00am.Pada hari ini saya membantu Puan Nurmaliza Binti Malek(Pembantu Tadbir (P/O)/Kerani Pendaftaran 2(pebdaftran) merekodkan maklumat senarai hakmilik Felda Trolak Timur, Mukim Slim dengan menggunakan Microsoft excel 2007.Antara maklumat penting yang direkodkan adalah sepeti MukimNo.hakmilik,No Lot/PT,luas,Cukai(RM),kegunaan,Nombor Rujukan LTSR,Tarikh Daftar,Pajakan Tarikh Luput,nama dan alamat serta tarikh No.jernal.Semua maklumat ini akan direkod di bawah senarai hakmilik sebelum proses penyerahan hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) dilakukan.

Anonymous said...

23/07/2009,KHAMIS
Masuk bertugas dan memulakan latihan seperti hari biasa.Pada hari ini saya menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan Nurmaliza Binti malek (pembantu Tadbir p/o,Kerani Pendaftran 2 (pendaftaran) merekodkan maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik Keluaran komputer(DHKK)

Anonymous said...

24/07/2009,JUMAAT
8.00AM-5.00PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada hari ini saya menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan NurMaliza Binti Malek(Pembantu Tadbir p/o,Kerani Pendaftaran 2) merekodkan maklumat yang terdapat di dalam Dokumen Hakmilik Keluaran Komputer (DHKK)untuk senarai semakan dan tujuan untuk memudahkan carian.Pada hari ini juga saya secara tidak langsung mempelajari proses pemberimilikan tanah secara pajakan di bawah Permohonan tanah berkelompok(FELDA) di kawasan Feldav Trolak Timur.Daripada Borang 5EK Pajakan Mukim menunjukkan bahawa terdapat Syarat nyata dan sekatan kepentingan yang perlu dipatuhi oleh pemohon setelah memperoleh geran pajakan mukim tersebut.

Anonymous said...

27/07/2009,ISNIN
8.00am-1.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.
Pada hari ini saya menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan Nurmaliza Binti Malek(Pembantu Tadbir P/O,Kerani Pendaftran 2) merekod maklumat yang terdapat di dalam Dokumen Hakmilik Komputer(DHKK).

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Saya mencari maklumat mengenai operasi pengurusan dan pentadbiran di Unit pelupusan dimana saya ditempatkan. Di samping mencari maklumat saya telah memahami operasi yang dijalankan di Unit pelupusan. Dimana terdapat 3 kaedah dan proses yang dijalankan di Pejabat Tanah Slim River untuk melupuskan tanah milik kerajaan negeri. Antara 3 tersebut ialah
1.Pemberimilikan (Kekal atau pajakan)
2.Pengeluaran lesen Tumpangan sementara
3.Perizapan

Anonymous said...

28/07/2009,SELASA
8.00AM-1.00PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan Nurmaliza Binti Malek(Pembantu Tadbir P/O,Kerani Pendaftaran 2) merekodkan maklumat yang terdapat di dalam Dokumen Hakmilik Keluaran Komputer(DHKK).

1.00-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Mengumpul maklumat mengenai pentadbiran di unit Pelupusan. Dimana secara tidak langsung saya mempelajari dan memahami faktor-faktor yang mempengruhi sistem tanah dan startegi yang telah digariskan oleh PTG dalam menyelesaikan tunggakan urusan tanah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan system tanah pada masa kini sangat-sangat bergantung kepada kepcekapan mendaftarkan hakmilik-hakmilik tanah. Selain itu,ia juga bergantung kepada kecekapan Jabatan Ukur dan Pejabat tanah. Jika pengukuran tanah tidak dilakukan dengan tepat dan secepatnya dan sekiranya Pejabat Tanah mengambil masa yang panjang untuk menulis dan mendaftarkan hakmilik,maka sistem ini tidak akan Berjaya. Berkenaan urusan mengenai tanah,untuk memastikan kejayan sistem ini,maka tidak spatutnya berlaku kelambatan dan kesilapan dalam pendaftarannya. Kesemua ini menunjukkan betapa perlu pengawasan yang amat tegas daripada pihak pegawai kanan di Pejabat tanah ke atas kakitngan bawahan mereka. Adalah tidak mungkin bagi mereka untuk membuat demikian tanpa pengetahuan dan kemahiran yang perlu,masa yang cukup dan dorongan yang sepatutnya.

Anonymous said...

29/07/2009,RABU
8.00AM-1.00PM
Masuk seperti biasa dan memulakan latihan seperti biasa. Pada pagi ini saya mencari maklumat mengenai pentadbiran di Unit Pelupusan untuk melengkapkan laporan Bulan Julai 2009 tugasan yang telah diberi oleh Penyelia Laporan UUM.Disamping mencari dan mengumpul maklumat saya secara tidak langsung mempelajari dan memahami bidang tudas Pegawai Atasan yang terlibat di Unit Pelupusan yan terdiri daripada
1) Pentadbir Tanah (Pegawai Tanah)
2) Penolong Pentadbir Tanah (ketua Pen.Pegawai Daerah,Slim River)
3) Penolog Pentadbir Tanah (Penolong Pegawai Tanah Daerah(T))
4) Penolong Pentadbir Tanah(Ketua Pen.Pegawai Tanah,Unit Teknikal/Penguatkuasaan)
5)Ketua Unit (Pelupusan/Pembangunan) Kerani tanah 1

Anonymous said...

30/07/2009,KHAMIS
8.00am-1.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada hari ini saya mempelajari daripada En.Baharuddin B.Mohd Som (Penolong Pentadbir Tanah 3/Ketua Penolong Pegawai Tanah Pegawai Tanah Unit Teknikal/Penguatkuasaan) mengenai operasi pengurusan dan pentadbiran di Unit Pelupusan,Pejabat Tanah. Dimana di bawah Unit Pelupusan menjalankan proses pemberimilikan tanah,Pengeluaran Lesen Tumpangan Sementara dan penrizapan.
-Menurut beliau terdapat 2 kaedah atau cara pelupusan tanah kerajaan melalui pemberimilukan iaitu pemberimilikam selamanya(kekal) dan secara pajakan.Pajakan adalah pengeluaran hakmilik secara bertempoh iaitu 30tahun,60tahun atau 99tahun.
-Manakala Pengeluaran Lesen Tumpangan Sementara adalah melibatkan pengeluaran permit paksi(permit memindahkan bahan batuan).Tujuan pengeluaran permit ini adalah untuk mengelakkan daripada aktiviti penerokaan tanah kerajaan secara haram dan tujuan pungutan hasil kepada kerajaan.
-Penrizapan adalah satu proses pelupusan tanah kerajaan dengan tidak dikeluarkan hakmilik.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan NurMaliza Binti Malek iaitu merekod maklumat dokumen Hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) dalam sistem komputer.

Anonymous said...

31/07/2009,JUMAAT
8.00AM-10.30m
masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini PDTSR mengadakan Majlis Bacaan Yassin.Dimana semua kakitangan yang beragama Islam berkumpul memulakan bacaan yassin dengan diketuai oleh Ustaz Kamarul Hawadis Bin Shaari.

10.30am-11.30am
Selepas bacaan yassin majlis diteruskan dengan majlis perpisahan seorang kakitangan di Unit Pelupusan iaitu Cik Sazaliyana Binti Ahmad Diah (Pembantu Tadbir(P/o)/Kerani Tanah 3 Pelupusan) yang akan bertukar bertugas di tempat dimana beliau ditugaskan sebelum ini.

11.30-1.00pm
Menyambung tugasan yang telah diberi.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Menyambung tugasan yang diberi oleh Puan NurMaliza merekod DHKK ke dalam sistem komputer untuk senarai semakan sebelum dokumen tersebut diserahkan kepada pemohon.

Anonymous said...

1/08/2009,ISNIN
8.00M-1.00PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya membantu menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh Puan NurMaliza Binti Malek merekod maklumat di Dokumen hakmilik Keluaran Komputer (DHKK) di dalam sistem komputer untuk senarai semakan.

1.00PM-2.00PM
Rehat

2.00PM-5.00PM
Membantu En Abd Rahim B. Abd Razak (Pentadbir Hakmilik Tanah/Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Slim River mengecop disetiap bahagian yang telah ditandatangan oleh Beliau disetiap dokumen Hakmilik Keluaran Komputer(DHKK) dan Dokumen Hakmilik Daftar Komputer(DHDK) bagi permohonan hakmilik tanah pajakan mukim bagi permohonan tanah Berkelompok dalam kawasan Felda Trolak Timur.

Anonymous said...

03/08/2009,SELASA

8.00-9.00AM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya menbantu En.Baharuddin Bin Mohd Som (Penolong Pegawai Tanah 3) merekod senarai fail untuk tindakan bagi pemohonan pemberimilikan tanah,permohonan penrizapan tanah dan permihonan ukur. Tujuan menyediakan dan merekod senarai fail permohonan ini adalah untuk melengkapkan Nota Serahan Tugas,daripada tugasan yang diberi saya mempelajari bagaimana untuk menyediakan Nota Serahan Tugas. Dimana setiap penjawat awam yang akan menjalani proses pertukaran daripada satu jabatan ke jabatan yang lain perlu menyediakan Nota serahan Tugas untuk memastikan setiap tunggakan tugas dapat diselesaikan dan dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada kakitangan baru yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.

9.00-12.45pm
Membantu Encik Abd Rahim Bin Abd.Raak(Penolong Pegawai Daerah(T)/Penolong Pentadbir Tanah 2) mencatat dan merekod piagam pelanggan di setiap unit Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang,Tapah. Dimana saya mengiringi Cik Azhana Binti Ariffin (Kerani Tanah 1 Pelupusan) ke Pejabat Daerah dan Tanah batang Padang untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberi.

12.45-1.45pm
Menyelesaikan tugasan yang telah diberi dan berhenti rehat dan makan tengahari sebelum pulang ke pejabat.

2.30-5.00pm
Tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Slim River,solat, mengemaskini maklumat yang diperolehi dan naik ke Unit Teknikal dan Penguatkuasaan membantu En.Baharuddin Bin Mohd Som menyambung tugasan merekod senarai fail untuk tindakan yang berkaitan untuk melengkapkan Nota Serahan Tugas.
Dimana pada hari ini saya belajar untuk berurusan dengan jabatan lain disamping pengalaman berkerja dengan Pegawai Atasan.

Anonymous said...

Maaf prof Pembetulan Tarikh dan haribulan
3/08/2009,ISNIN
4/08/2009,SELASA

5/09/2009,RABU
8.00-1.00pm
Masuk bertugas dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya ditugaskan oleh En.Rahim Bin Abd Razak(Penolong Pegawai Daerah (T),Penolong Pentadbir Tanah 2)untuk merekod piagam pelanggan setiap unit di Pejabat Daerah dan tanah Batang Padang,tapah.Antara unit tersebut ialah Unit Pelupusan dan Pembangunan,Unit Pendaftaran,Unit Hasil dan Unit Teknikal dan Penguatkuasaan.Selain itu terdapat juga bahagian khidmat pengurusan,bahagian pembangunan luar bandar dan bahagian pengurusan tanah.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Menyambung tugasan yang telah diberi oleh En. Abd Rahim Bin Abd Razak

Anonymous said...

6/09/2009,KHAMIS

8.00-9.30am
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan
Pada awal pagi ini saya membantu Cik Haslinda Binti Mohd Jaid(Pendaftar Hakmilik tanah /Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Slim River) merekod maklumat yang terdapat di dalam Dokumen Hakmilik Keluaran Komputer (DHKK) bagi permohonan Tanah berkelompok dalam kawasan Felda Trolak Timur mengikut susunan nombor geran Pajakan Mukim (PM) dan lot dalam computer untuk tujuan senarai semakan dan memudahkan carian.


9.30-1.30pm
Saya ditugaskan ke Pejabat Daerah dan Tanah batang Padang,Tapah oleh Encik Abd Rahim Bin Abd Razak (Penolong Pegawai Daerah (T) /Penolong Pentadbir Tanah 2) untuk mendapatkan maklumat berkaiatan dengan senarai fail dan Pelan yang melibatkan 3 mukim di bawah Pentadbiran Pejabat Tanah Slim River iaitu Mukim Slim,Mukim Hulu Bernam dan Mukim Hulu Timur yang telah disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan,Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak untuk disimpan dalan CD.Setelah selesai tugasan yang diberi saya menyelesaikan tugasan kedua iaitu menghantar kiriman surat/dokumen ke bahagian Kewangan Pejabat daerah dan Tanah Batang Padang,Tapah dank e Bahagian Pembangunan Luar Bandar.Setelah selesai tugasan tersebut saya menyambung tugasan dengan pergi ke setiap unit di Pejabat daerah dan tanah batang padang,Tapah untuk mengmbil gambar kaunter,piagam pelanggan,carta organisasi dan yang berkaitan.

1.30-2.30pm
Pulang ke Pejabat Daerah dan Tanah Slim River (tempat menjalani latihan) mengiringi En.Baharuddin Bin Mohd Som (Penolong Pentadbir tanah 3) dan rehat serta solat

2.30-3.30pm
Mengemaskini maklumat yang telah dkumpul di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang,Tapah dan menyerahkannya kepada En.Abd Rahim Bin Abd Razak(penolong Pegawai Daerah (T).

3.30-5.00pm
Membantu En.Baharuddin Bin Mohd Som menyediakan tuntutan elaun perjalanan bulan Julai untuk diserahkan kepada En.Hasnul Ariffin Bin Mohd Subrum (Kerani Kewangan) dan secara tidak langsung saya mempelajari bagaimana untuk menyediakan tuntutan alaun perjalanan(format).

Anonymous said...

7/08/2009,JUMAAT

8.00am-12.15am
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan
Pada awal pagi ini saya menyelesaikan tugasan yang telah diberi oleh Encik Abd Rahim Bin Abd Razak (Penolong Pegawai Daerah (T)/Penolong Pentadbir Tanah 2) mengemaskini rekod dan membuat salinan senarai piagam pelanggan bagi setiap unit dan bahagian Pejabat Tanah dan Daerah Batang Padang.

12.15-2.45pm
Rehat

2.45pm-5.00pm
Ditugaskan oleh Encik Rahim ke bahagian Unit Pelan menemui Encik Mohd Aidil Bin Mustafa Kamal (pelukis Pelan) bertanya mengenai kawasan Rizab Melayu bagi kawasan yang telah dipohon bagi permohonan pelulusan pengeluaran permit pengeluaran bahan batuan dan pasir sungai. Hal ini adalah untuk memastikan kawasan tersebut tidak melanggar peraturan. Menurut beliau kawasan permohonan bagi aktiviti pengeluaran pasir sungai perlulah berada 5km jauh daripada kawasan rizab Melayu.

Setelah selesai tugasan yang diberi saya menyambung tugasan saya dengan melengkapkan Buku Log Praktikum.

Anonymous said...

10/08/2009,ISNIN

Pada hari ini saya tidak hadir ke Pejabat dan mendapat CUTI SAKIT (M.C) setelah mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan,Perak.

Anonymous said...

11/08/2009,SELASA

8.00-1.00PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada awal pagi ini saya membantu En.Baharuddin Bin Mohd Som(Penolong Pegawai Tanah 3) merekod senarai fail untuk tindakan yang melibatkan penambahan 14 fail bagi permohonan pemberimilikan Tanah untuk tindakan perakuan kepada PPT2 (Penolong Pentadbir Tanah 2) iaitu Encik Abd Rahim Bin Abd Razak dan penambahan 18 buah fail bagi senarai permohonan untuk tujuan perusahaan tindakan rahan kepada Penolong Pegawai Tanah.Setelah selesai merekod saya membuat salinan nota serahan tersebut(draf) untuk membuat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Mengumpul maklumat untuk menyelesaikan laporan praktikum bulan Ogos

Anonymous said...

12/08/2009,RABU

8.00-1.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan mamulakan latihan.Pada hari ini saya mencari maklumat berkaitan dengan proses kerja di Unit Pelupuan,Pejabat Tanah Slim River untuk melengkpkan laporan pada bulan Julai 2009.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Menghantar catatan harian ke Blog Praktikum A082 Prof Dr.Abd Halim dan bertanya mengenai laporan Bulan Ogos 2009.Kemudian saya mencari rujukan untuk melengkapkan laporan bulan Ogos 2009 mengenai tugasan menjalankan temuduga pegawai PDTSR dan menjalankan soal selidek.

Anonymous said...

13/08/2009,KHAMIS

8.00-9.30AM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya membantu En.Baharuddin Bin Mohd Som (Penolong Pegawai Tanah 3) melengkapkan Nota Serahan Tugas dan membuat salinan(3 salinan) untuk mengesahkan serahan tugas antara En.Baharuddin Bin Mohd Som yang akan bertukar bertugas ke Pejabat Daerah dan Tanah Kampar dan En.Azizi Bin Mohd Bakri (Penolong Pegawai Tanah/Pegawai Petempatan/OSC) yang akan mengambil alih tugas beliau.Dimana hari ini adalah hari terakhir En.baharuddin B.Mohd Som bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Slim River.

9.30-10.00am
Minum pagi

10/00am-1.00pm
Membantu En.Abd Rahim B.Abd Razak(Penolong Pentadbir Tanah 2) membuta salinan dokumen.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Bertemu dengan En.Abd Rahim Bin Abd Razak bertanya dan memohon kebenaran untuk membuat temu ramah dan mengedarkan soal selidek berkaitan tema kajian iaitu "kualiti Penyampaian Perkhidmatan" dimana saya memberi penekanan kepada persepsi pelanggan terhadap pengurusan kualiti perkhidmatan di pejabat daerah dan tanah Slim River dan Budaya Kerja cemerlang

Anonymous said...

14/08/2009,JUMAAT

8.00-12.15pm
masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada hari ini mengumpul maklumat untuk rujukan laporan bulan ogos 2009 dimana pada bulan ini saya perlu membuat analisis masalah ,cadangan dan komen mengenai berkesannya operasi pengurusan dan pentadbirab di Pejabat Daerah dan Tanah Slim River dimana saya ditempatkan untuk menjalankan latihan industri(Praktikum)

12.15-2.45pm
Rehat

2.45pm-5.00pm
saya merangka soalan soal selidek yang sesuai untuk ditujukan kepada pelanggan PDTRS berkaitan dengan persepsi pelanggan terhadap pengurusan kualiti perkhidmatan di PDTSR.

Anonymous said...

17/08/2009,ISNIN
8.00-1.00PM
Masuk bertugas dan memulakan latihan
Pada pagi ini saya membantu Puan Santhy a/p Krishnan merekod senarai fail Talian naiktaraf 132KV dari PMU Bukit Gantang ke PMU Slim River-Bahagian c.Dimana terdapat 8 buah fail dengan nombor rujukan PTSR(A)33/79(SK.1-SK.8) yang perlu direkodkan No.Lot dan Jenis hakmilik,Nama pemilik,Tanaman di Atas Tanah,Jumlah pampasan dan catitan dengan menggunakan Microsoft Excel 2007.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Mengumpul maklumat untuk melengkapkan set soal selidek dan soalam untuk tujuan menemuramah pegawai PDTSR berkaitan dengan masalah dan ketidakpuasan hati pelanggan terhadap operasi dan pengurusan PDTSR.

Anonymous said...

18/08/2009,SELASA

8.00am-1.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada awal pagi ini saya ditugaskan untuk membantu Penghulu Mukim Slim(Pejabat Daerah) En.Sariee Bin Bakar merekod senarai nama untuk undangan ke Majlis sambutan bulan Ramadhan (Ehya'Ramadhan) anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Slim River yang akan diadakan pada 19 Ogos 2009(Rabu) jam 7.00pm bertempat di Bilik Jamuan,Aras 2,PDTSR.
Antara pengisian daripada program yang diadakan adalah:
1)Solat maghrib dan Isyak berjamaah
2)Tazkirah daripada tetamu jembutan Drs.Haji Tengku Mudawali Bin Haji Tengku Ariffin
3)Jamuan makan

Setelah selesai merekod senarai nama jembutan ke Majlis Ehya'Ramadhan pada kad jembutan yang telah disediakan saya ditugaskan pula untuk menghantar kad undangan tersebut kepada para jembutan.Para jembutan tersebut adalah terdiri daripada kakitanagn pejabat PDTSR,Penghulu Mukim Slim dan Mukim Ulu Bernam,Pelajar daripada politeknik dan IPTA yang sedang menjalani latihan industri dan tetamu-tetamu daripada jabatan lain.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Membantu En.Abd Rahman bin Abd Razak menghantar fail kepada Pn.Siti Hajar Binti Darus (Pembantu tadbir,cc Hasil) dan kepada En.hasnul Affandi Bin Mohamad Subrum(Pembantu tadbir,Kerani kewangan) di Pejabat Daerah.Kemudian saya membantu Pnghulu Mukim Slim En.Sariee Bin Bakar mengundang jemputan luar organisasi dengan menggunakan fax.

Anonymous said...

19/08/2009,RABU

8.00-9.30am
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada awal pagi ini saya membantu En.Sariee Bin Bakar(Penghulu Mukim Slim,Pejabat Daerah) menyenaraikan nama pelajar yang sedang menjalani latihan industri di PDTSR untuk undangan ke Majlis hari ini.Kemudian saya ditugaskan untuk menghantar kad jemputan kepada pelajar praktikum tersebut.

9.30-9.45am
Rehat/minum pagi

9.45am-10.30am
Saya ditugaskan untuk membantu Pn.Kaliammah a/p Kathiry(Pembantu Tadbir Kanan,cc daerah) draf sijil penghargaan anugerah daripada Pejabat Daerah dan Tanah Slim River kepada kakitangan di Unit Hasil di atas daya usaha dan komitmen menjalankan/tanggungjawab sehingga mencapai kutipan hasil tunggakan cukai yang memberangsangkan pada suku tahun pertama 2009.

10.30-12.30pm
Diminta naik ke Pejabat daerah oleh Pn.Kaliammah a/p Kathiry dan ditugaskan mencetak sijil penghargaan yang telah lengkap dengan dibantu oleh Cik Irmanisah Binti Gimen(Juruteknik Komputer)

12.30-1.00pm
Melengkapkan catatan harian di Buku log Praktikum

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Membantu Puan Santhy a/p Krishnan merekod maklumat mengenai no.ruj,No Lot dan Jenis Hakmilik,Nama Pemilik,Tanaman di atas Tanah,jumlah pampasan dan catitan.Tujuan merekod maklumat ini adalah untuk mengemaskini data laluan TNB bagi permohonan naiktaraf 132KV dari PMU Bukit Beruntung ke PMU Slim River.Pada petang ini saya juga berbincang dan belajar daripada Puan Santhy mengenai pusaka dan proses bicara kuasa yang dijalankan di bawah Unit Pendaftaran.Dimana terdapat kerani yang bertanggungjawab mwnguruskan proses kerja bagi aktiviti bicara kuasa tersebut.

Anonymous said...

20/08/2009,KHAMIS
8.00
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan

8.15-10.00am
Pada pagi ini saya menghadiri mesyuarat Pengurusan bertempat di Bilik gerakan,Tingkat 2,PDTSR.Majlis didahului dengan bacaan doa yang diketuai oleh En.Hasnul Ariffin Bin Mahamod Subrun(Pembantu Tadbir,Kerani Kewangan).Majlis didahului dengan ucapan daripada ketua Penolong Pegawai Tanjung Malim/Slim River dimana pada awal ucapan Beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang bertanggungjawab menjayakan program Ehya'Ramadhan yang berlangsung semalam.
Ucapan diteruskan dengan menyampaikan amanat daripada Pegawai Daerah Batang Padang Dato'Haji Md Damiri Bin Haji Md.sairi.Antara perkara yang disentuh oleh Dato' ialah:

1)Nasihat supaya semua kakitangan sentiasa menjaga kesihatan ekoran daripada merebaknya penyakit N1H1
2)Aspek Keselamatan fail
-Dimana semua fail sulit,perperingkat,pertukaran Penolong Pegawai tanah tidak didedahkan atas meja
-Tindakan susulan-dimana En.Fariz(Penolong Pegawai Daerah) menyarankan kepada semua kakitangan yang memerlukan meja/kabinet fail berkunci boleh memohon kepada Katua Kerani ( CC Daerah)
-Penambahbaikan terhadap elemen-elemen "Security Failing" mesti terpelihara.

3)Pemantauan daripada SPRM/Risikan Putrajaya,Audit/Ketua Audit Negara Bahagian Sumber manusia/SUK Perak
-Kerjasama dengan pihak tersebut,kakitangan perlu memastikan semua fail dijaga.

4)Sistem Penyampaian perkhidmatan
-Mengagihkan tugas terhadap setiap aduan
-Menerangkan prosuder maklumbalas setiap aduan(mesti selesai dalam tempoh 14hari)

5)Free Out Pejabat
-Dengan izin perlu merekod dibuku rekod
-Percubaan 6Bulan

6)Tindakan Tatatertib
-Tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menyalahi peraturan

Seterusnya Beliau membincangkan berkaitan tindakan untuk mengukur kepuasan pelanggan di kaunter PDTSR dimana beliau mencadangkankan untuk meletakkan satu sudut maklum balas pelanggan terhadap perkhidmatan PDTSR dan membuat laporan bulanan daripada keputuan yang diterima

Pemeriksaan keselamatan juga menjadi topik yang membincangkan dimana beliau telah melantik Penghulu Mukim Slim dan Ketua Kerani Pejabat daerah untuk memeriksa setiap unit dan memastikan fail-fail berada dalam selamat.selain itu,dari segi keselamatan beliau juga menekankan tentang tundakan untuk merekod di dalam buku daftar masuk pada waktu malam.

Ucapan penghargaan kepada:
1)Semua kakitangan di Unit teknikal yang naik gre daripada NT17 kepada NT27
2)En.Azizi yang telah dilantik menjadi S/O Kanan
3)Mengalu-alukan En.Syamsuddin naik pangkat menjadi S/o kanan dan mula menjalankan tugas di PDTSR
4)Penghargaan kepada En.baharuddin Bin Mohd Som atas khidmat bakti dan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah kampar
5)Ucapan Syabas kepada Unit Hasil atas kutipan hasil tunggakan tertinggi memebihi 50% pada suku tahun 2009.
6)Ucapan takziah kepada En.shafie Bin Husain(Pelukis Pelan) atas pemergian ibu dan abang ipar beliau.

Majlis diteruskan dengan pelantikan AJK bagi;
1)jawatankuasa peningkatan 5s
2)jawatankuasa keindahan/keceriaan pejabat
3)Jawatankuasa pemprosesan pengeluaran geran
4)jawatankuasa pentadbiran
5)jawatankuasa kenderaan

Menggalakkan kakitangan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan membincangkan program berbuka puasa.Majlis ditutup dengan penyampaian kepada unit Hasil atas pencapaian terbaik kutipan tunggakan hasil bagi suku tahun pertama 2009 dan semua kakitangan dijemput minum pagi.

10.00-1.00pm
Membantu Puan Santhy a/p Krishnan(Kerai Pendaftaran) menyambung tugasan merekod dan mengemaskini fail permohonan Tanah naik taraf 132KV dari PMU Bukit Bukit ke PMU Slim River.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00-5.00pm
Menyambung tugasan yang diberi oleh Puan Santhy a/p Krishnan

Anonymous said...

21/08/2009,JUMAAT

8.00-12.45pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada awal pagi ini saya menyelesaikan satu tugasan yang telah diberi oleh Cik Azhana Binti Ariffin (Kerani Tanah 1,Pelupusan) mngemaskini fail permohonan tanah kerajaan di kawasan Rancangan felcra Hala cara baru Mukim Slim untuk tujuan pertanian. Dimana saya ditugaskan untuk merekod tajuk fail dana nama berserta alamat pemohon.

12.15-2.45pm
Rehat

2.45-5.00pm
Saya mnyambung tugasan dengan mengecop cop rasmi Pejabat Tanah Slim River dan mengecop Jawatankuasa pengurusan Tanah daerah(JKPTD) memluluskan permohonan di bawah satu senarai nama peserta Felcra Hala Cara baru Bil2/2008 pada 16 Disember 2008

Anonymous said...

24/08/2008,ISNIN

8.00AM-1.30PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya berada di kaunter Khidmat Pelanggan.Tujuan adalah untuk belajar berurusan dengan pelanggan di samping memahami tugas dan tanggu gjawab Cik Yusnita Binti Mohter(Peg.Khidmat Pelaggan) dimana beliau mempunyai tugas sebagai operator telefon di samping bersemuka dan membantu pelanggan yang datang dan ditugaskan mengedar borang-borang yang terlibat dalam segala urusan di Pejabat Tanah dan Daerah mengikut keperluan pelanggan secara percuma,

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm]
Pada hari ini PDTSR menerima surat daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan berkaiatan dengan perubahan waktu pejabat pada Bulan ramadhan.Dimana masa rehat 1.00-2.00pm disingkatkan kepada 1.30pm-2.00pm manakala masa pulang diawalkan pada pukul 4.30pm.Berubahan ini adalah berkuatkuasa sepanjang bulan Ramadhan sahaja.

Anonymous said...

25/08/2009,SELASA

8.00am-1.30pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya membantu Puan Santhy a/p Krishnan (Kerani Pendaftaran 1) mengemaskini dan merekod maklumat daripada fail permohonan Talian naitaraf 132KV dari PMU Bukit Beruntung ke PMU Slim River-Bahagian C.(Dibawah seksyen 16(1) Akta Bekalan Elektrik 1990) dimana di dala fail tersebut terkadung salinan surat daripada Penolong Pegawai daerah Tanjung malim/Slim River kepada penerima untuk mengadiri perbicaraan pampasan 132Kv dari PMU Bukit Beruntung ke PMU Slim River,Bahagian c yang mana meminta penerima membawa berasama-sama dokumen seperti Geran /Surat Hakmilik Sementara,Kad Pengenalan,Surat Akuan dan surat-surat yang terlibat.
Selain itu,fail tersebut juga mengandungi:
1)Borang kiraan bersama dan taksiran Harta benda yang terlibat dengan talian penghantaran 132KV dari PMU Bukit Beruntung ke PMU Slim River.
2)Catatan Carian Persendirian
3)Surat daripada Tenaga Nasional Berhad kepada Penerima
4)Pelan Kawasan/lot yang terlibat
5)Salinan Nota Perbicaraan
6)Dokumen Jadual Ketiga Seksyen 16(1) Akta bekalan Elektrik 1980,Penaksiran arahan daripada Pentadbir Tanah Daerah yang menyatakan julah pampasan yang kena dibayar oleh pemegang lesen kepada pemunya tanah.

1.30pm-2.00pm]
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan santhy a/p Krishnan

Anonymous said...

26/08/2009,RABU

8.00AM-1.30PM
Masuk bertugas dan memulakan latihan
Pada pagi ini saya membantu Puan Santhy a/p Krishnan (Kerani Pendaftaran 1) menyusun dan mengemaskini dokumen Hakmilik Keluaran Komputer (DHKK) mengikut nombor Hakmilik.Saya juga ditugaskan untuk mengira bilangan DHKK untuk tujuan memastikan DHKK yang ada cukup mengikut bilangan yang telah didaftarkan dan membuat tindakan susulan sekiranya terdapat DHKK yang hilang dalam simpanan dan belum didaftarkan.

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menyambung tugasan yang telah diberi

Anonymous said...

27/08/2009,khamis
8.30am-1.30pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.
Pada pagi ini saya membantu Puan Santhy a/p Krishnan (Kerani Pendaftaran 1) merekod senarai fail bagi permohonan Tanah Felda Trolak Timur mengikut nombor rujukan fail (P.T.S.R(T)59/1-6) dalam satu senarai.Tujuan merekod senarai fail tersebut adalah untuk memastikan fail yang terlibat ada dalam simpanan dn telah dikemaskini untuk memudahkan proses semakan dan carian.

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menyambung tugasan yang telah diberi oleh Puan Santhy a/p Krishnan.Dimana saya ditugaskan untuk mengecop di Kertas Minit yang terdapat di dalam setiap fail pengesahan nahawa No.Hakmilik dan lot talah didaftarkan. Kemudian saya merekod disetiap kertas minit yang telah dicop itu No.hakmilik,No.lot dan tarikh daftar DHKK tersebut.

Anonymous said...

28/08/2009,JUMAAT

8.00AM-9.00AM
Masuk bertugas dan memulakan latihan.
Pada pagi ini saya menghadiri majlis bacaan yassin yang diadakan di Aras 2,Bilik Gerakan PDTSR. Majlis dihadiri oleh semua kakitangan di setiap unit PDTSR dan bacaan Yassin tersebut diketuai oleh En.kamarul Hawadis Bin Shaari(Pembantu Am Pejabat)

9.00am-9.30am
Membantu Puan Santhy a/p Krishnan (Kerani Pendaftaran 1) menyambung tugasan yang telah diberi semalam iaitu megecop pengesahan bagi fail permohonan Felda Trolak Timur disamping merekod Nombor Hakmilik,No.lot dan Tarikh daftar DHKK.

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menyambung tugasan yang telah diberi.

Anonymous said...

1/09/2009,SELASA
CUTI SAKIT (M.C)
Mendapatkan rawatan di Poliklinik Komuniti Slim River.

Anonymous said...

2/09/2009,RABU
8.00AM-10.30AM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya membantu Puan Santhy a/p Krishnan(Kerani Pendaftaran 1) merekod senarai kod tetuan yang berurusan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Slim River. Dimana terdapat 9 tetuan yang terlibat.

10.30am-1.30m
Merekod tajuk fail(perkara) dan perkara yang terkandung dalam fail di dalam komputer.Dimana saya ditugaskan untuk mengemaskini kanungan fail yang terlibat dokumen-dokumen seperti pengesahan Penerimaan Hakmilik baru dan pengeluaran hakmilik baru.

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menampal senarai tajuk/perkara fail dan menfailkan dokumen yang terlibat untuk tujuan simpanan/rujukan.

Anonymous said...

3/09/2009,KHAMIS

8.00am-1.30pm
Masuk bertugas dan memulakan latihan.Pagi ini saya membantu Puan Santhy a/p Krishnan (Kerani Pendaftaran 1) mengemaskini dan merekod senarai permohonan Talian Naiktaraf 132KV dari PMU Kulit Beruntung ke PMU Slim River-Bahagian c. Dimana terdapat 47 fail terlibat dengan nombor rujukan yang telah ditetapkan (NO.RUJ). Antara maklumat yang direkod dalam senarai permohonan tersebut ialah Bilangan, Nombor Rujukan, No.Lot dan Jenis, Nama Pemilik, Tanaman atas tanah, jumlah pampasan san caratan. Tujuan mengemaskini rekod ini adalah kerana Puan Santhy ingin memastikan semua dokumen tersebut telah direkod dengan lengkap dan fail yang terlibat masih dalam simpanan.

1.30pm-2.00pm
Rehad

2.00pm-4.45pm
Membantu Cik Azhana Bt Ariffin(Kerani Tanah 1,Pelupusan) merekod sama ada kakitangan yang di undang ke majlis berbuka puasa pada 8/9/2009 hadir/tidak ke majlis tersebut(rekod kehadiran)

Anonymous said...

4/09/2009,JUMAAT

8.00am-10.30am
Masuk bertugas dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya menbantu En.Abd Rahim B. Abd Razak (PPT2) mancari alamat bagi senarai nama yang telah diberi dan kemudian membantu beliau memasukkan dukumen yang terlibat(CD) ke dalam sampul surat yang telah lengkap dengan nama dan alamat penerima.setelah selesai tugas saya diarahkan untuk menyerahkan dokumen tersebut kepada En.A.Saifuddin B.Abu Mat Saud(Pembantu Am Pejabat) untuk proses penghantaran.

10.30am-12.45pm
Membantu Puan Santhy a/p Krishnan (KP-1) mengemaskini senarai permohonan Talian Naiktaraf 132KV dari PMU Bukit Beruntung ke PMU Slim River dan membuat salinan laporan.

12.45-2.45pm
Rehad

Anonymous said...

2.45pm-4.30pm
Petang ini saya menbantu Puan Santhy mengemaskini fail permohonan Felda Trolak Timur. Antara nombor rujukan yang terlibat adalah daripada P.T.S.R(T)59/1-6 s.k201 hingga P.T.S.R(T)59/1-6 s.k250. Dimana terdapat 50 buah fail yang telah saya kemaskini.Dalam menjalankan tugasan yang diberi ini saya diberi tugasan untuk mengecop pengesahan bahawa no.lot dan no.geran telah didaftar oleh Pendaftar Tanah mengikut tarikh yang terlibat di kertas minit yang terkandung di dalam fail yang terlibat.

Anonymous said...

7/09/200,ISNIN-CUTI UMUM

8/09/2009 SELASA

8.00am-1.30pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya membantu Puan santhy menyelesaikan tugasan yang diberi oleh beliau mengecop pengesahan dikertas minit (permohonan felda Trolak Timur) yang terkandung di dalam fail permohonan Felda trolak Selatan daripada nombor rujukan fail P.T.S.R(T)59/1-6 s.k313 hingga fail P.T.S.R(T)59/1-6 s.k350

1.30pm-2.00pm
rehat

2.00pm-4.30pm
Merekod nombor hakmilik, no.lot dan tarikh pengesahan bahawa maklumat yang telah didaftarkan oleh Pentadbir(PPT2) dikertas minit yang terkandung di dalam fail permohonan Felda trolak Selatan (mukim Slim). Tujuan merekod adalah sebagai tanda pengesahan bahawa nombor hakmilik yang telah didaftar dan tujuan semakan semasa proses penyerahan DHKK nanti.

Anonymous said...

9/09/2009,RABU

8.00am-1.30pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.pada hari ini saya memperoleh pengetahuan mengenai pegurusan tanah.Pengurusan tanah adalah tertakluk /mengikut dasar-dasar negeri dan persekutuan, iaitu berasaskan kepada peraturan-peraturan tanah dan kepentingan rakyat. Pengurusan tanah perlu dilakukan berdasarkan kepadav perancangan teratur, berkala dan memerlukan pemantauan yang berterusan. Selain itu, pengurusan tanah juga berasaskan kepada suasana dan keberkesanan perkembangan ekonomi semasa kerana suasana itu akan menentukan urusan tanah seperti permohonan tanah,urusniaga tanah, pembayaran hasil-hasil tanah lain dan lain-lain akan bertambah atau berkurang/menurun.
Pembangunan tanah melibatkan projek-projek seperti:
1)Rancangan Pertanian Berkelompok(RTB)
2)Rancangan Perkampungan Tersusun(PRT)
3)Pembangunan hartanah Kerajaan
4)Pengurusan masa Pengambilan balik Tanah

1.30-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menyambung tugasan yang diberi

Anonymous said...

10/09/2009,KHAMIS

8.00am-9.30am
Masuk bertugas dan memulakan latihan.Pada awal pagi ini saya membantu Puan santhy mengemaskini fail permohonan dan merekod dalam komputer.

9.30am-1.00pm
Pada pagi ini satu majlis/program ceramah kesihatan berkaitan dengan penyakit yang sedang melanda negara iaitu H1N1 telah diadakan di Perkarangan Aras 1 PDTSR. Dimana ceramah tersebut dihadiri oleh penceramah kakitangan daripada Hospital Slim River. Program ini diadakan sebagai tanda keperihatinan Ketua Penolong Pegawai Daerah En.Mohammad fariz Bin Nohamad Hanip terhadap isu peningkatan kes Peyakit H1N1 di kawasan Perak. selain daripada ceramah kesihatan pegawai kesihatan yang datang juga mengadakan rawatan kesihatan secara percuma kepada kakitangan.Dimana saya juga terlibat dan sama-sama menjalani rawatan

1.00pm-1.30pm
Menyambung tugasan yang diberi

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Masuk bertugas dan menyambung aktiviti.

Rehat

Anonymous said...

11/09/2009,JUMAAT
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan. Hari ini saya membantu Puan santhy mengemaskini fai permohonan. Dimana saya diberi tugasan unruk menyemak semula rekod yang telah dibuat sebelum ini untuk memastikan semua maklumat lengkap. Kemudian saya menyambung tugasan dengan merekod pula semua maklumat di dalam buku rekod daftar.

12.45pm-2.45pm
Rehat

2.45pm-4.30pm
Masuk semula ke Pejabat tanah Slim River dan menyambung tugasan yang diberi. Membantu Puan santhy merekod fai permohonan yang melibatkan mengikut no siri untuk memudahkan proses semakan.

Anonymous said...

14/09/2009,ISNIN

8.00am-1.30pm
Masuk bertugas dan memulakan latihan. Pada pagi ini saya membantu Puan santhy merekod dan mengemaskini maklumat yang berkaitan dengan permohonan Talian Naiktaraf 132KV dari PMU Bukit Beruntung ke PMU Slim River. Diman terdapat penambahan fail permohonan dan saya ditugaskan untuk merekod maklumat tersebut ke dalam Buku rekod yang disediakan.

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Pada hari ini pihak pengurusan pentadbiran telah membuat satu inisiatif memasang pinti keselamatan di bilik kebal Pejabat Tanah dengan kawalan mesin cap jari.aktiviti pemasangan menyebabkan urusan kerja kakitngan terpaksa dihentikan,pelanggan menunggu lama dan ada yang pulang.Kakitangan tidak dimaklumkan terlebih dahulu dan ini menimbulkan rungutan .Kakitangan yang biasa menggunakan bilik kebal dihadkan dan senarai nama secara tidak formal telah diberi diman hanya senarai nama tersebut dibenarkan masuk.

Anonymous said...

15/09.2009,SELASA
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada awal pagi ini saya ditugaskan oleh En.Abd Rahim Bin Abd razak(PPT2) mencari maklumat berkaitan dengan E-Desa.E-Desa ialah satu sistem yang dibangunkan oleh jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak. Matlamat E-Desa ialah untuk meletakkan Seluruh kampung negeri Perak dalam satu peta dunia tanpa sempadan serta mengurangkan jurang digital antara kawasan Bandar dan Luar bandar bagi membantu merealisasikan Perak sebagai sebuah K.State menjelang 2020.
Tujuan pembangunan E.Desa ini ialah untuk mendokumenkan profil-profil kampung di seluruh negeri Perak dalam bentuk spatial dan artibut. Pada masa kini sebanyak 1,662 buah kampung telah dikenalpasti.Memaparkan maklumat-maklumat di dalam laman portal e-Desa bagi membantu perkongsian maklumat-maklumat serta ilmu pengetahuan di kalangan JKKK.selain itu, dengan adanya E.Desa ini dapat mempromosikan hasil pengeluaran produk-produk kampung

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menyambung Tugasan mencari maklumat mengenai E.Desa.

Anonymous said...

16/09/2009,RABU

8.00am-9.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada pagi ini saya membantu En.Abd Rahim Bin Abd Razak mengumpul maklumat yang telah diperolehi mengenai E-desa dan membuat salinan untuk rujukan Beliau dalam menyuarat yang akan diadakan pada hari ini di PTG Ipoh.

9.00am-1.30pm
Kemudian saya menyambung tugasan dan mengumpul maklumat berkaitan dengan pentadbiran dan operasi kerja Pejabat Tanah Slim River untuk melengkapkan laporan akhir latihan praktikum ini.

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm
Menyambung tugasan. Mendengar rungutan daripada kakitangan akan kesukaran untuk melakukan tugasan harian lantaran tidak dibenarkan masuk ke bilik kebal untuk mengambil dokumen seperti tugasan harian sebelum ini.

Anonymous said...

17/09/2009,KHAMIS

8.00AM-1.30PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada hari ini saya membantu Puan santhy membuat salinan dokumen berkaitan dengan pengambilan balik tanah.Dimana Puan Santhy secara tidak langsung menjelaska kepada saya kepentingan Borang H. Borang H ialah satu notis Award dan tawaran pampasan yang perlu diberi kepada pemilik tanah di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 sekyen 16. Dimana melalui notis /Borang H ini pemilik tanah diberitahu untuk hadir ke Pejabat Tanah seperti tarikh yang telah ditetapkan untuk menerima pampasan seperti yang telah ditetapkan jumlahnya di dalam notis tersebut. Kehadiran pemilik tanah ke Pejabat Tanah ini juga penting sebagai satu pengesahan sama ada penerima atau ingin membuat bantahan terhadap tawaran tersebut.

1.30pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.30pm]
Menyambung tugasan yang diberi dan mengumpul maklumat untuk melengkapkan laporan akhir latihan praktikum ini.

Anonymous said...

18/09/2009,JUMAAT

8.00am-12.45pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Hari ini hari terakhir bertugas sebelum semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanha slim River mula bercuti bermula 19/09/2009 hingga 22/09/2009 menyambut hari Raya Aidilfitri yang akan tiba pada 20/09/2009. Dimana pada hari ini semua kakitangan yang beragama Islam diberi kerja 1/2 hari(pelepasan) pulang ke kampung dan membuat persiapan yang terakhir sebelum hari raya oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah En.Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip.
Operasi kerja Pejabat Daerah dan Tanah Slim River bagaimanapun berjalan seperti biasa. Pelanggan yang datang untuk mendapakan perkhidmatan dan urusan adalah kurang. Sebelum pulan semua kakitangan berkumpul dan bersalam-salaman tanda bermaaf-maafan.

Anonymous said...

21/09/2009,ISNIN
22/09/2009 SELASA

CUTI UMUM-HARI RAYA AIDILFITRI

23/09/2009,RABU

8.00am-1.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada hari ini saya mempelajari apakah kepentingan Borang N. Borang N ialah untuk melepaskan gadaian. Selain itu saya juga mempelajari keperntingan Borang H. Borang H digunakan untuk membatakan kepentingan yang terikat oleh Kaveat persendirian pada bila-bila masa.Selain itu, saya juga mendapat penjelasan mengenai pengukuran tanah.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Menyambung tugasan yang diberi. Pada petang ini saya mempelajari istilah "JOPA" yang sering digunakan dalam urusan tanah. Diman hanya kakitangan yang terlibat sahaja pada masa kini dibenarkan masuk ke dalam bilik kebal untuk menyusun geran tanha dan pelan ke dalam Buku tebal yang dipanggil "JOPA". Dimana saya juga mempelajari kepentingan Borang 12B iaitu digunakan untuk membuat permohonan penyerahan balik tanah.

Anonymous said...

24/09/2009,KHAMIS
8.00am-1.00pm
masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan. Pada hari ini saya mempelajari proses permohonan permit bahan batu. Diman terdapat prosuder kerja yang perlu dilakukan dan melibatkan satu proses. Selain itu, saya juga mempelajari kepentingan Borang 7D. Dimana Borang 7D digunakan untuk membuat permohonan mengubah syarat, sekatan dan kategori yang berkenaan dengan bahagian-bahagian tumpuan pecah sempadan yang dicadangkan.

1.00pm-2.00pm
masuk bertugas semula membantu membuat salinan kad pengenalan dan geran pelanggan. Mengumpul maklumat mengenai permasalahan pejabat Daerah dan Tanah dan memberi cadangan yang berkaitan di dalam laporan akhir.

Anonymous said...

25/09/2009,JUMAAT

8.00am-1.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan. Hari ini saya belajar dan memahami aoakah itu borang 19A.,seksyen yang berkaitan dengannya dan bilakah perlu menggunakan borang 19A ini. Borang 19A ialah notis mengenai kemasukan kaveat dan seksyen yang berkaitan dengannya ialah seksyen 321KTN. Dimana seksyen 321KTN menjelaskan bahawa satu kaveat Pendaftar hendaklah atas borang 19A dan kemasukkan kaveat berdaftar di atas mana-mana dokumen hakmilik hendaklah dikuatkuasakan oleh Pendaftar dengan perkataan-perkataan "Kaveat Penfaftar di masukkan"
Secepat mungkin selepas kemasukan mana-mana kaveat sedemikian dibuat,Pendaftar hendaklah menyampaikan kepada tuanpunya tanah yang terlibat satu pemberitahuan di atas borang 19A.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Membuat analisis mengenai permasalahan organisasi.

Anonymous said...

26/09/2009,ISNIN

8.00am-1.00pm
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Pada hari ini saya membantu Puan santhy membuat salinan dokumen Pengistiharan Jualan. Dimana kandungan dokumen menunjukkan bahawa menurut seksyen 256 dan seksyen 257 KTN 1965 dan dalam perkara gadaian,bil Perserahan No.293/1997 Jilid No.6,Folio No.56 bertarikh daftar pada 20/08/1997 dalam perkara tanah dikenal sebagai No.lot 4252 GM1257 Mukim Hulu Bernam timur behrang Ulu, daerah batang Padang dan dalam perkara aturan 83 kaedah-kaedah mahkamat tinggi 1980. Dimana menurut perintah Mahkamat Tinggi Malaya di ipoh dibuat pada 14/08/2009 dan pada 13/8/2009 mengisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi ipoh di dalam pengawasan Penolong kanan pendaftar di bantu oleh Pelelong akan menjual secara lelongan awam butiran hakmilik yang terlibat pada hari rabu 28/oktober 2009 jam 10.30am di Perkarangan Mahkamah Tinggi Ipoh,Perak. Diman tugas kerani tanah Pendaftaran untuk menfailkan notis tersebut dan membuat tindakan susulan.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Membuat analisis mengenai permasalaha organisasi.

Anonymous said...

29/09/2009,SELASA

8.00AM-1.00PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan. Pada hari ini saya membantu Puan Santhy merekod dan mengemaskini maklumat mengenai permohonan talian Naiktaraf 132KV dari PMU Bukit Beruntung ke PMU Slim River. Kemudian saya ke kaunter Perkhidmatan bertemu dengan cik Aznita untuk mendapatkan borang-borang yang terlibat dalam urusan pentadbiran Tanah di Pejabat tanah Slim River. Dimana menurut pegawai yang bertugas semua borang-borang tersebut diberi secara percuma kepada pelanggan yang datang untuk membuat sebarang urusan.

1.00pm-2.00pm
Rehat

2.00pm-5.00pm
Masuk bertugas semula dan memulakan latihan.Petang ini saya mengumpul maklumat mengenai urusan pentadbiran tanah yang melibatkan proses tertentu.

Anonymous said...

30/09/2009 RABU

8.00AM-1.00PM
Masuk bertugas seperti biasa dan memulakan latihan.Hari ini adalah hari terakhir saya menjalani latihan praktikum di Pejabat Daerah dan Tanah Slim River,Perak.membantu En Abd Rahim Bin Abd razak menyerahkan dokumen kepada pihak pentadbiran daerah dimana saya mengambil peluang memaklumkan kepada Ketua Kerani Puan kaliammah a/p Kathiry (pembantu Tadbir Kanan,CC) berkenaan hari hari ini adalah hari terakhir saya menjalani latihan.
Dimana tiada tugasan baru diberi lantaran hari ini adalah hari terakhir saya menjalani latihan dalam organkisasi. walaubagaimanapun saya mengambil peluang dengan masa yang ada melihat dan mempelajari bagaimana untuk mendaftarkan draf hakmilik dengan menggunakan sistem SPTB(Sistem Pendaftaran Tanah berkomputer)bersama Cik Asyikin.

1.00-2.00pm
Rehat

2.00pm-4.00pm
Masuk semula bertugas seperti biasa.

4.00pm-5.00pm
Menghadiri majlis perpisahan yang diadakan oleh pihak pentadbiran yang dihadiri oleh semua kakitangan dan majlis ditutup dengan majlis penyampaian sijil pengesahan menjalani latihan dan cenderahati daripada kakitangan.
Terlalu banyak kenangan tercoret sepanjang saya menjalani latihan. Semua Pengalaman dan tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan amatlah saya hargai dan saya ucapkan dengan ucapan jutaan terima kasih.