CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

GOH YAN SHIN


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

36 comments:

GOH YAN SHIN said...

Selamat prof, saya menjalankan praktikum di sebuah organisasi perabot. Hari pertama ini, saya berperkenalan dengan rakan sekerja saya. Selepas itu, saya diletakkan dalam bahagian pentadbiran untuk menguruskan hal-ehwal sumber manusia. Hari ini saya telah dibahagi kerja seperti menyemak EPF pekerja dan mengira jumlah hari bekerja bagi semua pekerja pada bulan Mei. Jumlah pekerja organisasi ini adalah 4-50 orang termasuk pekerja pejabat.

GOH YAN SHIN said...

Minta maaf Prof, saya tersalah tulis jumlah pekerja dalam organisasi ini. Iaitu 45-50 orang pekerja di seluruh organisasi termasuk 11 orang pekerja pejabat.

YAN SHIN said...

2 Jun 2009
Salam sejahtera kepada prof, hari ini saya telah diberi tugas untuk mengira pendapatan pekerja pada bulan Mei. Selepas itu, saya belajar memasukkan data-data pendapatan pekerja ke dalam komputer dengan menggunakan User Business System (UBS) Payroll. Selain itu, saya juga kena menyemak semula data-data yang dimasukkan supaya tidak terdapat kesalahan barulah mencetak slip pendapatan berkenaan.

YAN SHIN said...

3 Jun 2009
Selamat sejahtera prof, 7.50am saya sampai pejabat, selepas itu, saya menyambung kerja semalam yang belum lengkap. Kemudian, saya dipesan fotostat passport pekerja asing untuk kegunaan pembukaan akaun baru di Maybank.

Yan Shi n said...

4 Jun 2009
Hari ini saya juga menjalankan tugas saya seperti biasa. Selain itu, saya juga menulis dua buah surat kepada pekerja yang selalu mengambil cuti tanpa memberi borang cuti dan menaipkan sebuah surat kepada pihak bank untuk memohon pembukaan akaun baru bagi pekerja. Pada sebelah petang, saya menolong rakan sekerja saya mengemaskan dokumen-dokumen dalam bilik supaya ia lebih tersusun.

YAN SHIN said...

5 Jun 2009
Hari ini saya seperti masa biasa sampai ke pejabat, pada pukul 8.00am saya meneruskan kerja saya iaitu membuat pembetulan gaji pekerja dan mencetak slip pendapatan yang baru. Seterusnya majikan memberi kerja baru kepada saya iaitu mengira keuntungan pada bulan April iaitu mengambil kira kos pengeluaran produk dan kos bahan mentah yang telah digunakan. Pada sebelah petang saya telah mengikut rakan sekerja saya membahagikan pendapatan bulan Mei kepada pekerja tempatan masing-masing.

profhalim said...

teruskan menulis begini

YAN SHIN said...

8 Jun 2009
Selamat sejahtera prof,
Pada pukul 7.50am saya telah sampai di pejabat, perkara pertama yang saya lakukan dalam bilik pejabat saya adalah mengemaskan dokumen-dokumen yang ada di atas meja saya. Selepas itu, saya menaip surat rasmi dan mencetak keluar untuk ditandatangan oleh majikan. Pada sebelah petang saya membuka surat yang baru dapat, dan seterusnya menyusunnya mengikut kategori seperti surat dari bank, invois dari pembekal syarikat dan lain-lain. Kemudian, saya mengkira jumlah masa tambahan kerja bagi pekerja asing pada setiap hari dalam bulan Mei iaitu kira-kira 40 orang pekerja asing, mereka dari Myanmar, Vietnam, Nipel dan Bangladesh.
Sekian, terima kasih.

YAN SHIN said...

9 Jun 2009
Salam sejahtera,
Pada waktu pagi, saya telah mengisikan borang KWSP dan SOSSO pekerja pada bulan Mei untuk kegunaan Jabatan berkenaan. Selepas itu, saya memasukkan invois yang didapati dari pembekal mengikut fail yang sedia ada supaya lebih senang dirujuk balik. Pada sebelah petang saya telah mengambirl gambar syarikat dan operasi kilang syarikat.
Sekian, terima kasih.

YAN SHIN said...

Hari ini, saya membuat kerja sambungan seperti biasa dan memasukkan invois ke dalam fail masing-masing. Selepas itu, saya perlu mengenalpastikan invois yang didapati pada bulan Mei dan April adalah betul dari segi harga per unit supaya tidak membuka cek yang salah nilai.

YAN SHIN said...

13 June 2009
Hari ini saya telah menyemakkan cek yang lama dibuka dan tarikh atas cek telah sampai masa iaitu melebihi enam bulan cek tersebut akan dibatalkan secara automatik. Oleh itu, cek tersebut kena diambil keluar dan dibuangkan. Dengan itu, kami akan membuka cek yang baru untuk pemiutang. Selain itu, saya juga mengemaskan fail-fail yang mengumpulkan terlalu banyak dokumen, saya mengeluarkan sebahagian dokumen daripada fail tersebut dan dimasukkan ke dalam fail yang baru mengikut tarihknya.

YAN SHIN said...

17 Jun 2009
Hari ini saya telah menyemak harga per unit bagi semua invois yang terdapat daripada pembekal. Dengan ini, saya terdapat sedikit masalah tentang harga per unit bagi sesetengah barangan yang dibeli. Oleh itu, saya pergi ke Bahagian Pembelian untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang sebutharga dan saya telah belajar bagaimana mengira harga per unit bagi barangan yang tiada harga tetap.
18 June 2009
Hari ini saya telah melakukan kerja mengasingkan invois yang sudah buat pembayaran dan invois yang belum bayar ke dalam fail masing-masing. Selepas itu, saya telah menaip dua buah surat rasmi kepada pembekal, isi kandungan adalah tentang dua pembekal akan membuat perniagaan tetapi salah sebelah tidak mempercayai kepada satu pembekal yang lain, dengan itu majikan saya akan menjadi penjamin bagi kedua-dua pihak tersebut, jika salah sebelah tidak membayar hutang kepadanya, majikan saya akan bertanggungjawab ke atas kes-kes yang berlaku.

Yan Shi n said...

20 Jun 2009
Hari ini, saya diberi tugas untuk mengira semua kos bahan mentah yang digunakan pada bulan April dan Mei. Saya perlu menyemak dokumen pesanan berkenaan pada bulan tersebut. Selain itu, saya kena mengambil kira bil elektrik, bil air dan gaji pekerja bahagian produksi.
Selepas itu, saya perlu membuat pengiraan tambahan bagi semua kos berkenaan dengan berulang kali supaya tiada dapat kesilapan.
Sekian, terima kasih.

YAN SHIN said...

22 Jun 2009
Salam sejahtera, Prof. Hari ini, saya juga meneruskan kerja saya yang belum siap iaitu mengira kos bahan mentah yang digunakan pada bulan April dan Mei. Selepas itu, saya menghantarkan hasil kerja saya kepada pihak pengurus pembelian untuk disemak semula kerana terdapat sesetengah pesanan perabot oleh klien tidak mempunyai harga yang tetap. Oleh itu, harga perabot tersebut perlu ditentukan oleh pengurus pembelian dengan mengambil kira kos bahan mentah. Kemudian, saya juga kena membuat pembetulan pada sebut harga perabot tersebut. Sekian, terima kasih.

YAN SHIN said...

23 Jun 2009
Hari ini saya membuat pembetulan lagi bagi kerja semalam saya iaitu mengira kos bahan mentah dan pesanan perabot oleh klien pada bulan April dan Mei.
Selepas itu, saya diberikan tugas untuk menyemak bil telefon bimbit yang digunakan oleh pekerja tertentu, telefon bimbit tersebut adalah disediakan oleh organisasi akan membayarkan bil tersebut. Oleh itu, majikan hendaklah memastikan mereka tidak menggunakannya dengan sesuka hati, selain perkara yang berkenaan dengan pekerjaan.

25 Jun 2009
Hari ini saya sudah menaipkan dua buah surat untuk memohon akaun simpanan di Maybank untuk pekerja asing yang belum memohonnya. Selepas itu, saya perlu mengira wang tunai gaji pekerja asing yang akan dikeluarkan pada hari ini iaitu melebihi RM20,000. Oleh itu, saya perlu mengira dengan berhati-hati dan memastikan gaji mereka adalah betul. Kemudian, saya mengikut rakan sekerja saya pergi bahagian produksi untuk memberi gaji kepada semua pekerja asing.

YAN SHIN said...

29 Jun 2009
Saya melakukkan kerja pengiraan gaji pekerja dari Vietnam yang akan tamat permit kerja mereka pada bulan Jun ini. Mereka akan balik Vietnam pada 2 Julai oleh itu, saya perlu mengira gaji kepada mereka lebih awal dari tarikh tersebut.
Selepas itu, saya mengubahsuaikan maklumat pembekal yang telah ditaipkan sebelum ini dan menambahkan pembekal yang baru dalam maklumat tersebut. Kemudian saya membuat kerja seperti biasa iaitu memasukkan invois ke dalam fail masing-masing.


30 Jun 2009
Hari ini, saya telah membuat kerja seperti memasukkan invois ke dalam fail. Selepas itu, saya menuliskan nama pekerja di atas “ punch card” yang baru untuk kegunaan pada esok pagi. Kemudian, saya mengumpulkan “punch card” pekerja yang tidak bekerja pada hari ini dan pekerja yang telah meletakkan jawatan pada tengah bulan Jun ini. Saya membuat demikian adalah untuk mengira gaji mereka pada Jun terlebih dahulu.
Pada waktu petang, saya memasukkan cek yang telah ditandatangan oleh majikan ke dalam fail tertentu. Kegunaan cek tersebut adalah untuk membayar hutang kepada pembekal-pembekal.

YAN SHIN said...

1 Julai 2009
Hari ini saya menyemakkan semua “punch card” pekerja tempatan dan membuat catatan kehadiran dan pertambahan masa kerja mereka pada setiap hari. Selain daripada itu, saya juga mengisikan borang pendaftaran dan perhentian SOCSO pekerja bagi pekerja yang baru masuk dan pekerja yang berhenti kerja. Dengan itu, saya perlu mencari maklumat-maklumat pekerja yang telah berhenti untuk mengisi maklumat peribadi dan tarikh perhentian mereka. Hari ini semua rakan sekerja sangat sibuk oleh itu, saya juga membantu mereka menjawab telefon.

YAN SHIN said...

6 Julai 2009
Pada hari ini, saya memasukkan data pesanan pembelian pada bulan Jun. Saya perlu mengira harga kerusi dan meja serta quantity setiap barang supaya mendapat jumlah harga yang betul. Dengan itu, saya perlu membuat satu jadual dengan memasukkan maklumat-maklumat yang diberikan ke dalam jadual yang dilukis tersebut.
Selepas itu, saya membuat kerja masukkan invois ke dalam fail yang sedia ada.

YAN SHIN said...

7 Julai 2009
Pada waktu pagi, saya membuat kerja fotostat beberapa bahan cetakkan yang diperlukan oleh pekerja pemasaran. Kemudian saya mengasingkan bahan cetakkan tersebut kepada pekerja masing-masing. Selepas itu, saya perlu mencari slip pembayaran yang lama dan fotostat slip itu bagi pembekal berkenaan untuk membuktikan syarikat kami telah membayar hutang tersebut kepadanya kerana syarikat kami menerima sebuah surat tuntutan daripada peguamnya bahawa syarikat kami tidak menjelaskan tersebut.

YAN SHIN said...

9 Julai 2009
Saya menyemak “punch card” dan mengira gaji pekerja asing. Kerja ini bukan senang sahaja kerana saya perlu menyemak masa masuk , masa keluar setiap pekerja pada setiap hari. Jika terdapat pekerja yang lambat masuk masuk kilang, kami akan menolak gajinya.
Selain itu, saya juga perlu mengira masa tambahan kerja dan masa bekerja pada hari Ahad. Di samping itu, jika terdapat pekerja yang mengambil cuti tanpa memberi alas an juga perlu menolak gajinya.

10 Julai 2009
Hari ini, saya mengisikan boring 8A KWSP dan SOCSO untuk pekerja tempatan pada bulan Jun. saya perlu mengisikan boring ini dengan berhati-hati supaya tidak memasukkan nilai yang salah.
Kemudian, saya menaipkan beberapa surat untuk kegunaan bank. Saya perlu menelefon kepada pembekal memberitahu mereka bahawa cek pembayaran untuk mereka sudah disediakan , oleh itu mereka boleh dating ambil pada bila-bila masa.

YAN SHIN said...

13 Julai 2009
Pada waktu pagi, saya membuat kerja memasukkan invois dan slip pembayaran ke dalam fail masing-masing.
Selepas itu, saya menyemak slip gaji pada tahun 2008 supaya semua slip gaji pekerja adalah lengkap untuk senang disemak oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) yang akan datang membuat memeriksaan pada masa yang ditetapkan.

16 Julai 2009
Hari ini saya membuat kerja mencetak dokumen yang untuk kegunaan di Jabatan Kastam. Selepas itu, saya memasukkan invois dan slip pembayaran ke dalam fail masing-masing.
Kemudian, saya juga membuat kerja faks dokumen-dokumen ke syarikat lain.

YAN SHIN said...

20 Julai 2009
Saya menyemak dan menyenarai cukai jualan yang belumisi. Kemudian saya menyediakan dokumenlesen syarikat dan slip pembayaran KWSP untuk kegunaan tetentu.
Pada waktu petang, saya memasukkan data gaji bulan Jun pekerja asing di dalam system payroll dan membuat perubahan gaji kepada pekerja yang telah menaikkan gaji. Saya perlu memasukkan data yang baru ini ke dalam system payroll tersebut.

21 Julai 2009
Saya memberi slip gaji yang saya telah mengira dan mencetak untuk disemak semula oleh rakan sekerja saya supaya tidak mendapat kesilapan.
Jika terdapat kesilapan saya akan memasukkan data yang baru dengan betul. Selepas itu, saya perlu menyediakan surat pertukaran United States Dollar kepada Ringgit Malaysia.

24 Julai 2009
Hari, saya mengira pendapatan pekerja pada bulan Jun. saya perlu mencatat debit dan kredit dalam akaun gaji supaya kedua-dua belah ini mendapatkan nilai yang seimbang.

YAN SHIN said...

1 Ogos 2009
Hari ini, saya mengira gaji pekerja pada bulan Julai. Saya perlu mengira bilangan hari mereka yang datang , kerja tambahan masa, masa lewat masuk pejabat, cuti sakit, cuti tahunan dan sebagainya.
Selepas menyiapkan pengiraan itu, saya menyemak semula data pengiraan saya dengan ‘punch card’ barulah saya memasukkan data-data berkenaan ke dalam System Payroll.

YAN SHIN said...

4 Ogos 2009
Saya menyambungkan kerja saya pada 1 Ogos iaitu mencetak slip gaji pekerja. Selepas itu, saya perlu membuka cek gaji pekerja untuk ditandatangani majikan.

YAN SHIN said...

7 Ogos 2009
Saya menyediakan ringkasan laporan gaji pada bulan Julai ini. Selepas saya menyemak jumlah nilainya adalah sama dengan jumlah wang yang dikeluarkan kepada pekerja tempatan barulah saya mencetakkannya.

YAN SHIN said...

8 Ogos 2009
Hari ini, saya menyemak invios bagi beberapa syarikat pembekal yang hendak memohon kelulusan eksport barangan di Janatan Kastam. Invois yang diperluykan adalah pada Ogos 2008 hingga Julai 2009. Semua invois perlu ada dalam rekod. Jika terdapat satu invois yang tiada dalam rekod, saya perlu mencetak invois tersebut untuk semak kemudian.

YAN SHIN said...

11 Ogos 2009
Saya membuat kerja seperti biasa iaitu membuat jadual jumlah produk yang dikeluarkan oleh Bahagian Produksi pada bulan Julai ini.
Saya perlu menyemak harga barangan yang dikeluarkan itu mengikut model. Kemudian saya perlu mendapatkan kuantitinya untuk mendapat jumlah harga yang betul.

YAN SHIN said...

13 Ogos 2009
Saya menyemak harga per unit pada invois yang dihantarkan daripada pembekal. Jika terdapat kesilapan pada invois, saya perlu menghantar invois tersebut kepada Bahagian Pembelian untuk menyemak harga tersebut dan membuat pembetulan.

Yan Shi n said...

15 OGOS 2009
Hari ini saya menyediakan dokumen untuk memohon pendaftaran SOSCO bagi pekerja yang baru masuk syarikat ini. Di samping itu, saya juga perlu mengisi borang perhentian pekerja yang tidak bekerja lagi. Pendaftaran pekerja baru hanya tiga orang sahaja. Manakala, perhentian kerja pekerja adalah sepuluh orang.

Yan Shi n said...

19 Ogos 2009

Hari ini saya menyediakan cek dan slip pembayaran gaji pekerja asing. Saya perlu mengisi nama pekerja, nilai gaji mereka, nombor akaun simpanan dan sebagainya. Selepas itu, saya perlu menyemak semula supaya tidak tersilap.

Yan Shi n said...

20 Ogos 2009
Saya menyemaK senarai nilai penjualan eksport dengan pembayaran pembeli. Saya perlu mengira syarikat kami untung atau rugi dalam perniagaan tersebut melalui pertukaran USD dengan Ringgit Malaysia.

Yan Shi n said...

22 Ogos 2009
Saya menyemak senarai 'other creditor' yang bermula dari 1 Julai 2008 ke 30 Jun 2009. Ini adalah kerana akaun syarikat kami akan tamat pada 30 Jun 2009 dan ini adalah untuk hantar kepada juruaudit syarikat tersebut.

Yan Shi n said...

24 Ogos 2009
Hari ini saya menyambung kerja saya pada sebelum itu. Semasa saya mendapati ada kesalahan pada senarai penjualan eksport, saya perlu membuat tanda pada tarikh tersebut untuk sisemak semula oleh pihak perakaunan.

Yan Shi n said...

25 Ogos 2009
Pada waktu pagi, saya menyemak harga dan kuantiti bagi invios pada bulan Julai dan Ogos. Selepas itu, saya perlu mengira wang tunai gaji pekerja dan memberi gaji kepada mereka pada waktu petang.

YAN SHIN said...

29 September 2009
Hari ini saya menyediakan dokumen yang perlu untuk menuntut PERKESO kerana terdapat dua orang pekerja telah tercedera semasa menjalankan kerja. Dokumen yang diperlukan adalah fotokopi kad pengenalan, slip gaji, dan lain-lain.

YAN SHIN said...

30 September 2009
Hari ini ialah hari terakhir bagi praktikum saya. Oleh itu, saya perlu menghabiskan semua kerja yang sedia ada dan saya perlu menyediakan 'punch card' yang baru untuk bulan Oktober.