CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

ALYIS MARINA BINTI HASSAN


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

93 comments:

profhalim said...

mengapa tak tulis lagi ?

Anonymous said...

assalamualaikum...
prof saya minta maaf sebab lambat anta report kat prof. saya baru je dapat bukak blog ni.. prof adakah tajuk report tu kualiti perkhidmatan yang prof bagi? atau saya kene wat tajuk lain tapi berkaitan dengan kualiti perkhidmatan? saya tak ada idea laaaa....
prof laporan harian saya dan siapkan bagi minggu lepas tapi saya akan anta pada prof setiap hujung minggu sebab kat ofis tak ada internet....
prof, segala latar belakang organisasi masuk dalam bab satu kan?

Anonymous said...

LAPORAN PRAKTIKAL
MINGGU PERTAMA
TARIKH : 1 JUN 2009
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PEJABAT TANAH BATU PAHAT

AKTIVITI:
saya melaporkan diri pada waktu yang telah ditetapkan. pada hari tersebut terdapat beberapa pelajar dari (uum). pada pagi melaporkan diri, kami terpaksa menunggu lama ketika sesi lapor diri. pada awalnya sesi melaporkan diri pada jam 8.00pagi, disebabkan kakitangan mempunyai aktiviti senaman pagi pada setiap bulan minggu pertama. maka 8.45pagi baru kami melaporkan diri dan dibawa ke bilik mesyuarat. ketika di bilik mesyuarat kami terpaksa menunggu lama kerana kakitangan yang terlibat menghadiri mesyuarat.

Encik Saiful telah menemubual kami bagi memastikan dari universiti mana serta program yang telah di ambil semasa pengajian. ini bagi memudahkan pihak jabatan menempatkan kami di jabatan atau bahagian yang sesuai. kesemua pelajar yang menjalani praktikal di bawa berjumpa dengan kakitangan di setiap jabatan seperti jabatan pembangunan, pelupusan, penempatan , pendaftaran dan teknikal.

selepas itu puan aisyah dan encik saiful telah memberi penerangan tentang etika pakaian, disiplin yang perlu dipatuhi. selepas itu kami di bawa berjumpa dengan pengarah Tuan Hj Rofiki B. Shamsudin. kami memperkenalkan diri masing-masing. kemudian kami ditempatkan di bilik mesyuarat semula. Encik saiful meminta kami menyerahkan segala dokumen yang perlu sebagai pengesahan.

kami diberika fail meja sebagai permulaan agar kami dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai organisasi tersebut. fail meja tersebut mengandungi latar belakang syarikat, carta organisasi, fungsi utama jabatan, objektif dan sebagainya untuk dijadikan panduan.

pada hari ini, macam perasaan saya rasa. walaubagaimanapun kakitangan begitu mesra dan peramah.

Anonymous said...

Tarikh : 2 jun 2009
Tempat : Bahagian Pembangunan Pelupusan Pejabat Tanah.

Aktiviti :
Pada awal pagi Pejabat Tanah akan mengadakan bacaan alquran bersama-sama kakitangan. saya juga turut melibatkan diri sebagai sebahagian kakitangan organisasi. Pada pagi ini, Puan Aisyah telah menempatkan saya dibahagian pembangunan dan pelupusan. Bahagian ini juga dikenali sebagai Bahagian Kurniaan. Cik Ramlah mengajar tentang kegunaan doket serta bagaimana untuk menggunakannya dan sebagai rujukan. Doket ini ianya dikenali sebagai perjalanan atau pergerakan setiap fail.

selain itu, Puan Ramlah menerangkan bidang tugas di bahagian ini. Bahagian ini menguruskan permohonan tanah. Permohonan ini ianya berkaitan penerimaan dan memproses tanah-tanah Pra KTN. bahagian ini juga memperbaharui dan melanjutkan tempoh pajakan. Bahagian ini juga terlibat dalam permohonan Lesen Pendudukan Sementara. Di mana iaya mendaftar dan meluluskan LPS, memproses permohonan pengeluaran lesen bahan batuan dan memproses permohonan lesen air. untuk membuat permohonan tersebut, pemohon perlu mempunyai syarat-syarat seperti berikut:
1) warganegara
2) umur melebihi 18 tahun
3) tidak muflis
4) siuman
5) tiada pemilikan tanh atau pemohon atau pasangan mempunyai tanah sedia ada tidak melebihi 8ekar sama ada bagi pembelian, pusaka atau kurniaan.
6) bukan peserta felda atau tanah rancangan.

saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang jenis tanah yang boleh dipohon seperti tanh kocek, tanah yang diumumkan,dan tanah milik kerajaan negeri selain tanh rizab.

selain itu aktiviti yang saya lakukan pada hari ini ialah mencari fail bagi permohonan lesen pendudukan sementara serta mencari doket bagi tanah pertanian. selepas itu Puan Bariah dan Encik Saiful menerangkan kepada saya mengenai Pecah Bahagian Dan Pecah sempadan. pecah sempadan ianya adalah satu tanah pertanian yang hendak ditukar untuk kegunaan yang lain. sebagai contoh tanah pertanian ditukar tanah bangunan. saya di pahamkan pemohon hanya ingin mengetahui sempadan masing-masing. pecah sempadan dalam satu geran mempunyai banyak nama dan geran dipegang oleh seorang sahaja.

Pada hari ini juga, saya ditugaskan untuk mencari fail permohonan-permohonan bagi pejabat tanah dan galian serta lesen pendudukan sementara. saya juga perlu mencari doket bagi tahun 20o6 dan 2007. ini bagi memastikan perjalanan fail tersebut. kadangkala fail yang dicari sukar untuk dijumpai maka doket sebagai rujukan. selepas itu, setiap permohonan fail juga perlu dinyatakan didalam doket. Ini juga adalah pengalaman baru buat saya kerana mencari fail yang banyak. keadaan fail yang ditempatkan adalah terlalu sempit. saya juga dapat mengetahui permohonan tanah kerajaan diluluskan atau tidak. fail menjadi rujukan kepada setiap pemohon dan juga kepada organisasi.

Anonymous said...

TARIKH : 3 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN
AKTIVITI :

Seperti hari biasa saya akan mengikuti bacaan alquran bersama-sama kakitangan pada waktu 7.45pagi sehingga jam 8.00pagi. Pada hari ini Puan Aini mengarahkan saya untuk mencatat nombor fail bagi setiap permohonan tanah kerajaan. ini bagi memudahkan untuk pencarian kesemua fail yang diperlukan. fail-fail ini mengenai Permohonan Tanah Kerajaan bagi sesuatu projek seperti tapak pertanian, perumahan, pembinaan sekolah dan sebagainya. segala surat permohonan perlu difailkan di dalam fail yang telah ditetapkan.
saya juga diarahkan untuk merekod permohonan rumah murah Lorong Timah secara manual bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS)dan Bayaran Daftar bagi tahun-tahun yang belum dijelaskan. Bayaran LPS yang dikenakan adalah RM40 hingga RM50 bergantung pada kadar yang telah ditetapkan bagi setiap tahun. Manakala bayaran daftar pula diantara RM10 hingga RM30 mengikut tahun serta perlu menjumlahkan LPS dan daftar tersebut.

setelah selesai membuat perkiraan bagi Lorong Timah, saya juga perlu mencari fail untuk permohonan tapak perumahan, pajakan, pertanian dan lain-lain.

Anonymous said...

TARIKH : 4 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PEMBAGUNAN DAN PELUPUSAN
AKTIVITI :

1) Tadarus Al-quran bersama kaitangan Pejabat Tanah.
2) Memfailkan kesemua surat Permohonan Tanah Kerajaan ke dalam fail mengikut nombor fail yang telah ditetapkan.
3) mengira bayaran premium yang dikenakan kepada setiap permohon lot kediaman untuk dibayar kepada kerajaan. Perkiraan premium yang dilakukan adalah seperti:

-cukai tanah pertama
- Harga Tanah
- Harga Tanah Tambahan
- Belanja Mengukur
- Harga Batu Sempadan
- Harga Pelan
- Menyedia & Mendaftar
- Hakmilik Sementara
- Jumlah Keseluruhan

perkiraan premium ini ianya berpandukan kepada kadar-kadar tertentu. Bagi harta tanah bergantung kepada nialian pasaran yang munasabah dan berpatutan bagi harta tanah serta (nilaian x 15% & x 30% )mengikut bayaran dan syarat pengurniaan. manakal belanja mengukur mengikut jenis kategori kawasan sama ada kategori b, c atau pekan. Bagi harga batu sempadan mengikut setiap penjuru atau batu sempadan (mengikut pelan). setiap sempadan dikenakan RM5. manakala harga pelan(bayaran tapak), menyedia dan mendaftar dan hakmilik bayaran telah ditetapkan seperti diatas.

Perkiraan ini memberi saya ilmu pengetahuan yang baru. saya juga kene mengira pembayaran yang banyak mengikut permohonan yang dibuat. pada hari ini juga saya kene menyiapkan kesemua bayaran premium sebelum balik.

Anonymous said...

TARIKH : 5 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN.
AKTIVITI :

Setiap pagi kakitangan PTG di minta untuk membaca al-quran beramai-ramai sehinghga jam 8.00 pagi. selepas itu saya ditugaskan untuk menulis surat sonsongan kedua kepada beberapa jabatan seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, JKR, Jabatan Pengairan Dan Saliran. Surat-surat yang ditulis adalah bertujuan untuk mendapatkan ulasan dengan segera dari jabatan tersebut mengenai setiap permohonan tanah kerajaan. Permohonan tersebut seperti Permohonan Tanah Kerajaan Untuk Tapak Sek. Keb. Sri Bunut, Sek. Keb. Parit Ju Dan Permohonan Bagi Tapak Kediaman. Puan meminta saya menyiapkan surat tersebut dengan sempurna. beliau juga meminta saya menghantar surat tersebut kepada Tuan HJ Mohammad untuk ditandangani.

selepas waktu rehat saya di minta untuk merekod senarai nama bagi permohonan perumahan. Di Pejabat Tanah segala aktiviti merekod, mengira masih lagi menggunakan sistem manual. ini menyebabkan kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan senarai tersebut. sebelum balik saya di minta untuk mencari kesemua fail-fail permohonan, selepas itu memasukkan segala surat permohonan, slip pembayaran dan surat-surat yang berkaitan tanah yang dipohon.

Anonymous said...

MINGGU KEDUA
Tarikh : 8 jun 2009 ( isnin)
Tempat : Bahagian Pembangunan dan Pelupusan
Aktiviti :

assalamualaikum...prof...
pada hari ini seperti biasa kakitangan Pejabat Tanah dikehendaki tadarus alquran beramai-ramai sehingga jam 8.00pagi.
selepas itu saya dikehendaki menyemak segala surat sonsongan yang akan dihantar kepada setiap jabatan-jabatan yang terlibat. saya juga diminta untuk menyerahkan surat tersebut kepada Tuan Haji Mohammad.

selepas itu, saya melakukan kerja seperti menyusun fail serta memasukkan surat-surat permohonan perumahan. fail-fail ini, sebagai rujukan untuk merekod jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pemohon tanah kerajaan.
selepas itu, saya juga perlu menyenaraikan senarai nama dalam jumlah yang banyak. ini adalah nama yang dikenakan bayaran premium ke atas pemohon. permohonan ini berkaitan dengan permohonan tapak perumahan.

selepas itu saya mengecop bagi slip pembayaran premium. setelah itu, saya perlu menulis atau membuat notis kepada pemohon berkaitan Notis Genap Masa Hasil Tanah Dibayar. kadangkala sesuatu kerja tidak dapat dilakukan dengan kadar yang segera. hal ini kerana pejabat tanah batu pahat hampir keseluruhan masih menggunakan sistem manual. sistem Fail hanya berpandukan kepada fail yang hampir koyak dan buruk. Tidak mempunyai simpanan didalam komputer dan sebagainya. Encik Rizal selaku penyelia menyatakan bahawa semuanya masih lagi dalam proses. kadangkala sistem itu tidak sampai.

Anonymous said...

Tarikh : 9 jun 2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan.
aktiviti:

selamat pagi prof..
seperti biasa pada hari ini saya akan mengikuti tadarus al-quran bersama-sama kakitangan. selepas itu saya diberikan tugas untuk menulis notis atau menyediakan notis kepada para pemohon bagi tanah kerajaan untuk tapak rumah (sambung pajakan).

saya juga dikehendaki menyenaraikan nama-nama pemohon seramai 208 orang bagi pembayaran premium untuk permohonan tanah kerajaan bagi tapak rumah di Mukim Sri Gading Batu Pahat.

saya perlu mengecop slip penyata premium, menyusun fail mengikut turutan nombor untuk permohonan Lesen Pendudukan Sementara Di Lorong Timah. saya Juga perlu menyusun borang-borang permohonan.

saya juga perlu berhadapan dengan pelanggan bagi sebarang pembayaran, di mana saya diminta untuk memberikan slip pembayaran kepada pelanggan dan meminta mereka menjelaskan pambayaran. sebelum balik, Puan Aini meminta saya untuk pergi ke kaunter bawah agar membuat pembayaran pelan tapak RM30 bagi Tuan Haji Awang. pelanggan ini, membuat permohonan tanah kerajaan.

Anonymous said...

tarikh : 10 jun 2009
tempat : bahagian pembagunan dan pelupusan.
aktiviti :

- membaca al-quran bersama kakitangan jabatan.
- mencari fail permohonan bagi tapak kediaman. segala surat jawapan atau surat daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Batu Pahat, perancang Bandar Dan Desa, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Majlis Pembadaran ianya perlu disimpan dalam fail mengikut nombor siri. surat-surat ini mengandungi nilaian harga tanah serta faktor-faktor bagi setiap nilaian.
contohnya seperti :

Permohonan Nilaian Untuk Tapak Rumah Kediaman. PTD 11950 (Lot ASAL 2336 ) Mukim Sri Medan Daerah Batu Pahat. Pejabat tanh batu Pahat berpendapat bahawa nilaian pasaran yang munasabah dan berpatutan bagi lot tersebut ialah RM 64000.00.

semua nilaian yang dibuat mengambil kira beberapa faktor seperti :
a. tarikh nilaian pada tarikh lawat periksa
b. kegunaan tanah, bangunan (tapak Rumah Kediaman).
c. tempoh pajakan bagi 99tahun
e. luar rezab melayu
f. tanah mempunyai sekatan hakmilik
g. luar tanah seperti yang dinyatakan di pelan yang disertakan iaitu 582 meter persegi.

surat ini juga adalah sebagai surat sonsongan daripada pejabat tanah untuk setiap permohonan sama ada diluluskan atau tidak.

menulis maklumat fail kedalam doket bagi memudahkan perjalanan fail.
saya juga perlu mengira jumlah lesen penempatan sementara dan daftar kerana mengambil hasil buah dikawasan Lam Lee And village. perkiraan yang dilakukan berdasarkan kepada tahun yang belum dibayar.

seterusnya, mengira harga tanah bagi kesemua permohonan tanah kerajaan untuk tapak kediaman di Ayer Hitam Di Mukim Sri Gading Batu Pahat Johor. Nilaian harga Tanah dikira mengikut luas tanah yang mendapat kelulusan.

mencari fail bagi nombor 1/8/1/2/11/2002. fail ini berkaitan dengan permohonan yang belum diluluskan oleh pihak Jabatan Pengarah Tanah Dan Galian Johor. Di mana pihak PTG Batu Pahat hanya memberikan sokongan. dan surat sokongan telah dihantar di Pejabat johor Baharu 2005 tetapi tidak masih lagi tidak mempunyai jawapan kepada pihak pemohon.

selepas itu, saya memberikan slip pembayaran kepada pelanggan . saya dapat melihat berbagai ragam pelanggan .

pada hari ini juga, saya perlu mengira harga tanah bagi permohonan nilaian pasaran bagi tanah jenis kegunaan bangunan ( Rumah Kediaman) di atas Lot Kampung Melayu Batu 9, Mukim Sri Gading Daerah Batu Pahat johor. nilaian setiap lot mengikut keluasan tanh yang dinyatakan dalam pelan oleh Pejabat Tanah Batu Pahat. pejabat Tanah berpendapat bahawa nialaian pasaran yang munasabah dan berpatutan bagi 207 lot yang berharga RM 948,900.

Anonymous said...

tarikh : 11 jun 2009
tempat : Bahagian pembangunan dan pelupusan
aktiviti :

Tadarus al-quran bersama-sama dengan kakitangan jabatan sehingga jam 8.00 pagi.
selepas itu saya perlu mengira batu sempadan bagi setiap lot berpandukan pelan kawasan perumahan bagi mukim Sri Gading untuk kesemua permohonan. setiap batu sempadan adalah bernilai RM5.Ini adalah bayaran yang perlu dibayar oleh pemohon-pemohon mengikut sempadan yang ada di kaeasan lot masing-masing.
contoh : 1 Lot RM5
4 Lot RM20 (5 x 4)di dalam pelan.

selepas itu saya telah merekod perjalanan fail ke dalam doket bagi permohonan pertanian. Kesemua permohonan tersebut, pelannya tealah pun diluluskan.


aktiviti seterusnya ialah mengira bayaran Lesen Pendudukan Sementara PTD 20470 Rumah Murah Kampung Kenangan Dato' Onn Batu Pahat Bagi Lorong Tembaga. Kiraan ini dilakukan untuk memberikan surat kepada setiap pemilik rumah agar membayar LeseN Pendudukan Sementara (LPS).

kemuadian, saya perlu menyemak senarai nama permohonan Tanah pertanian atau perumahan di kawasan Kampung Banjir Bersatu, Bukit Jintan (block c) Mukim TG. Sembrong Batu Pahat.

Bahagian ini selalunya akan didatangi pelanggan. saya diminta untuk menyerahkan dokumen, surat tau resit pembayaran kepada pelanggan. Pelanggan yang datang, mereka akan berurusan mengenai permohonan, pembayaran dan sebagainya.

Anonymous said...

Tarikh : 12 Jun 2009
Tempat : Bahagian pembangunan dan pelupusan.
Aktiviti :

tadarus al-qurqn sehingga jam 8.00 pagi. Selepas itu, semua kakitangan perlu menghadiri kelas agama. Adanya tazkirah mengenai kelebihan bulan rejab, zikir dan amalan-amalan yang baik diamalkan. seperti sedekah, puasa dan sebagainya. selepas majlis tersebut ada sedikit jamuan diadakan. apabila selesai majlis, saya dikehendaki mencari fail dan menulis perjalanan fail di dalam doket. saya juga perlu berjumpa kepada pelanggan dengan memberikan resit pembayaran.

Selepas waktu rehat, jam 12.45 petang saya dikehendaki untuk pergi ke Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Ini kerana saya terlibat dengan raptai bagi Majlis Kurniaan Bungkusan oleh Y.D.M.M Baginda Sultanah Johor Di Batu Pahat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan D.Y.M.M Baginda Sultan Johor Tahun 2009 pada sabtu 13 Jun 2009.

Anonymous said...

MINGGU KETIGA
TARIKH : 15 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN
AKTIVITI :

tadarus al-quran beramai-ramai. selepas itu menyemak nama bagi permohonan tanahdi kampung Parit haji Kamisan serta merekod nama-nama yang tidak terrsenarai. memastikan pemohon telah membayar cukai pada setiap tahun. selepas itu saya perlu mengira LPS bagi permohonan yang telah dibuat oleh pelanggan.

Anonymous said...

TARIKH : 16 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PELUPUSAN
AKTIVITI :

membaca alquran ayat 58.
selepas itu saya diminta untuk mengira cukai tanah mengikut keluasan yang telah diluluskan oleh Pejabat Tanah.
selepas itu, saya dikehendaki menyemak dan mengira harga tanah tambahan bagi kesemua permohonan tanah kerajaan untuk tapak rumah di Ayer Hitam. kemudian saya perlu mengira cukai tahun pertama dan harga tanah bagi permohonan tapak rumah

Anonymous said...

TARIKH : 17 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN
AKTIVITI :

Mengira cukai permohonan tanah kerajaan untuk tapak perumahan. Perkiraan ini, perlu dibuat dengan teliti agar jumlah yang dikira adalah tepat. perkra ini perlu disiapkan dengan segera kerana selepas ini saya dikenakan membuat notis kepada kesemua pemohon. saya perlu mengira dalam jumlah yang banyak. kadangkala memakan satu hari untuk menyiapkannya.
dalam masa yang sama saya juga perlu memphotostat bayaran syarat-syarat pengurniaan, surat permohonan bagi tapak rumah, tapak pertanian.

selepas itu, saya perlu mengira cukai bagi tahun pertama dan perlu menjumlahkan keseluruhan bayaran kepada pemohon tanah ceroboh untuk tapak rumah kediaman di kawasan rizab melayu, Desa Pahlawan Manong.

pada hari ini juga saya terlibat dalam raptai bagi urusetia Majlis Perujian Al-quran Peringkat Negeri Johor 143H/2009m di stadium Batu Pahat.

Setelah selesai,balik ke pejabat. saya telah menyenaraikan bilangan serta data bagi setiap permohonan tanah kerajaan Parit Haji Yusof. merekod dalam buku daftar borang permohonan.
sebelum balik, saya diminta untuk mengira jumlah premium untuk diberikan kepada pemohon sebagai bayaran 5a bagi tap

Anonymous said...

TARIKH :17 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PELUPUSAN
AKTIVITI :

Sebelum balik saya diminta untuk mengira jumlah premium untuk diberikan notis kepada pemohon sebagai bayaran 5a bagi tapak perumahan.

Anonymous said...

TARIKH : 18 JUN 2009
TEMPAT : BAHAGIAN PELUPUSAN
AKTIVITI :

pada hari ini saya hanya perlu membuat notis pembayaran bagi borang 5a. notis ini akan diberikan kepada setiap pemohon. permohonan yang diluluskan sahaja diminta untuk menjelaskan setiap pembayaran yang dinyatakan di dalam notis tersebut. notis-notis ini perlu disiapkan dalam minggu ini.setiap cukai dan perkiraan dalam notis ini perlu disemak semula bagi memastikan jumlah adalah tepat.

Anonymous said...

Tarikh : 19 jun 2009
Tempat : Bahagian pelupusan

Menyiapkan Notis Genap Hasil Masa Tanah di kawasan Kluang.

Pada hari ini, kakitangan setiap bahagian terlibat dengan Program Hari Keluarga Yang akan diadakan pada 21 jun hingga 22 jun di Melaka. mengemas barang-barang keperluan yang akan di bawa untuk program tersebut.

semua kakitangan dibenarkan untuk pulang awal bagi membuat persiapan.

Anonymous said...

Minggu Keempat
tarikh : 22-26 jun 2009
Tempat : bahagian pelupusan

pada minggu ini saya diminta untuk menyiapkan segala dokumen yang berkaitan dengan semua permohonan tanah ceroboh di mukim Sri Gading. Saya dan rakan diberi masa dalam tempoh seminggu untuk menyiapkannya. hal ini kerana pemohon tanah tersebut bagi lot rumah telah datang ke Pejabat Tanah dan meminta agar proses kelulusan disegerakan. mereka mahukan jawapan sama ada permohonan mereka telah diluluskan ataupun di tolak.

kami perlu menyemak senarai nama dan lot sama ada permohonan mereka telah diluluskan atau di tolak. ini bagi memudahkan perkiraan bayaran di buat. sebanyak 208 permohonan tapak rumah kediaman telah diluluskan. maka kami perlu mengira bayaran premium yang akan dikenakan keatas pemohon.

pemohon perlu membayar cukai tanah, harga tanah, harga tanah tambahan, bayaran ukur, batu sempadan, penyediaan pelan, penyediaan & pendaftaran, hak milik & penyediaan, dan hak milik sementara.

setelah selesai mengira kesemua cuakai, saya perlu membuat notis( borang 5a) untuk tiap-tiap satu permohonan. di dalam notis ini menyatakan tempoh yang perlu dibayar oleh pemohon kepada kerajaan. notis ini penting sebagai rukjukan kepada pemohon dan juga rujukan PTD. kami perlu menyemak tiap-tiap satu notis tersebut agar tidak berlaku kesilapan. apabila kesemua notis telah siap terdapat juga nombor lot yang tiada dalam pelan maka kami terpaksa menyemak semula kesemua permohonan. notis tersebut perlu di buat salinan bagi tiap-tiap notis. satu salinan bagi pemohon dan satu salinan bagi jabatan.

saya juga perlu membuat surat bagi kesemua pemohonan tanah lot berkenaan. surat tersebut perlu mengikut nombor rujukan yang telah ditetapkan mengikut lot masing-masing. dalam surat tersebut menyatakan bahawa permohonan mereka telah diluluskan. setelah selesai, kedua-dua surat perlu disertakan bersama-sama notis tersebut dan perlu di cop bagi tiap-tiap satu sebelum di hantar kepada pentadbir tanah untuk di tandatangani.

selain itu juga, saya diminta untuk merekod kesemua nama, bilangan, nombor PTD, jumlah bayaran di dalam buku NOTIS berbayar Borang 5a.


saya juga telah menyemak luas lot di pohon mengikut pelan yang diberikan. bagi Permohonan Tanah Kerajaan untuk tapak pertanian Kg Banjir Bersatu Bukit Jintan (Blok c) Mukim TG, TG Sembrong Batu Pahat. sebanyak 302 Lot perlu di semak bagi setiap permohonan. ini bagi memastikan jumlah dan nombor lot itu betul untuk di hantar ke PTGJB.

Anonymous said...

tarikh : 29 jun 2009

Cuti Hol Almarhum Sultan Ismail

profhalim said...

Tak ada apa apa masalah dgn laman blog ini. teruskan menulis

Anonymous said...

tarikh 30.06.2009
tempat: bahagian pembangunan dan pelupusan

1.merekod data didalam buku Notis berbayar borang 5a bagi setiap permohonan tanah kerajaan di mukim sri gading.

2. memberikan slip bayaran kepada pelanggan dikaunter dan meminta membuat pembayaran dikaunter hasil.

3. mencari fail bagi permohonan tanah kerajaan bagi tapak pertanian

Anonymous said...

tarikh : 01.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. mencari fail bagi tapak pertanian
2. menyemak lot tanah didalam pelan bagi permohonan tanah kerajaan
3. membuat salinan surat bagi permohonan yang telah dijelaskan

Anonymous said...

tarikh : 01.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. mencari fail bagi tapak pertanian
2. menyemak lot tanah didalam pelan bagi permohonan tanah kerajaan
3. membuat salinan surat bagi permohonan yang telah dijelaskan

Anonymous said...

tarikh: 2.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. menulis surat permohonan tanah kerajaan untuk tapak perumahan di mukim TG. Sembrong Daerah Batu Pahat.

2. mengisi data permohonan pemohon untuk slip bayaran bagi permohonan tanah kg.bukit Bertaling (tanah Pertanian ) secara Online.

3. mengisi dan mengemaskini borang 5a bagi permohonan tapak rumah kediaman di kawasan rizab melayu kampung desa pahlawan manong.

Anonymous said...

tarikh : 3.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. mengecop tarikh disetiap surat dan pelan yang telah mendapat kelulusan mengikut fail yang diberikan.

2. mencari fail bagi PTG untuk dibuat notis 5a kepada pemohon bagi permohonan tapak kediaman.

3. merekod data di dalam buku notis 5a berbayar bagi permohonan tapak kediaman.

4. memberikan slip bayaran kepada pelanggan agar membuat pembayaran serta meminta salinan kad pengenalan untuk di simpan didalam fail

Anonymous said...

tarikh : 6.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan kurniaan

mengikuti Majlis Bacaan Al-quran bersama-sama kakitangan PTDBP.

mengikuti Majlis Kembara Mahkota Johor Di Kampung orang Asli Pt Sulong

Anonymous said...

tarikh : 7.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

tadarus alquran.

1. mengisi data yang berkaitan permohonan papan ikhlan didalam doket. ini bagi memudahkan pergerakkan fail.

2. menyemak nama/permohonan yang tidak lengkap dan perlu mengasingkan bagi permohonan tanah yang lebih daripada 5 ekar ( pemohonan tanah dikampung sejagung blok A di mukim Cha'ah Bahru Sri Medan ).

3. memberikan slip bayaran kepada pemohon di kauntersupaya membuat bayaran dikaunter hasil.

Anonymous said...

tarikh : 8.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1.menulis nombor resit bayaran didalam buku notis berbayar 5a bagi tanah ceroboh yang telah di bayar oleh pemohon. mengira bilangan permohon yang belum membuat pembayaran.

2. membuat salinan kad pengenalan pemohon dan meminta membuat pembayaran di kaunter. kemudian mengambil salinan resit bayaran untuk di simpan di dalam fail jabatan sebagai rujukan.

Anonymous said...

tarikh : 9.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. merekod notis 5a serta bayaran premium didalam buku notis 5a berbayar bagi permohonan tapak rumah murah di mukim simpang kanan daerah Batu Pahat.
2. mengemaskini fail serta memasukkan surat permohonan kemasukkan tanah simpanan melayu ke dalam fail.surat sumpah akan diberikan kepada permohonan yang telah diluluskan

Anonymous said...

tarikh : 10.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. mencari doket bagi tahun 1991, 2001, 2007 bagi mengetahui pergerakkan fail. Ini keranan surat-surat perlu disimpan di dalam fail masing-masing.

2. menyemak senarai nama bagi permohonan tanah kerajaan tanah ceroboh untuk tapak pertanian.

3. menyediakan senarai nama permohonan bagi notis 5a yang diserahkan pada bulan ini julai untuk permohonan kg Bertaling Mukim Sri Gading.

Anonymous said...

tarikh : 10.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. mencari doket bagi tahun 1991, 2001, 2007 bagi mengetahui pergerakkan fail. Ini keranan surat-surat perlu disimpan di dalam fail masing-masing.

2. menyemak senarai nama bagi permohonan tanah kerajaan tanah ceroboh untuk tapak pertanian.

3. menyediakan senarai nama permohonan bagi notis 5a yang diserahkan pada bulan ini julai untuk permohonan kg Bertaling Mukim Sri Gading.

Anonymous said...

tarikh : 13.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. membuat 110 salnan surat permohonan tanah kampung bukit bertaling mukim sri medan.
2. memasukkan surat sumpah bersama-sama surat permohonan dan notis 5a.
3. menyemak senarai nama bagi permohonan bukit bertaling.
4. merekod kedalam buku rekod setiap permohonan tanah yang telah diluluskan.

Anonymous said...

tarikh : 14.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. menyemak senarai permohonan tanah bagi Kg Sejagung seramai 300 pemohon dan memastikan sama ada butir-butir dokumen lengkap.

2. photostat surat permohonan bagi bayaran dan syarat-syarat pengurnian.

3. merekod fail didalam doket bagi pergerakan fail pada 13.07.2007. Ianya bagi memudahkan untuk rujukan bahagian pelupusan.

4. membuat surat permohonan tapak sekolah kebangsaan di mukim peserai daerah Batu Pahat. surat ini telah pun diluluskan oleh Y.A.B Menteri Besar Johor. Maka Permohon perlu membayar notis 5a.

Anonymous said...

tarikh : 15.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. menyemak nombor kad pengenalan dan surat serahandi kembaran D di Mukim 18 Sri Medan.

2. mengasingkan surat permohonan bagi tapak perumahan dan surat sumpah.

3. melayan pelanggan di kaunter dan meminta mereka membuat bayaran cukai.

Anonymous said...

tarikh : 16.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan kurniaan.

1. mengira jumlah premium yang perlu dibayar oleh pemohon bagi permohonan tanah kerajaan untuk tapak rumah kediaman di Mukim Simpang Kanan dan permohonan tanah kerajaan untuk tapak pertanian di Mukim Sri Gading.
2. membuat notis 5a dan surat bagi kedua-dua permohonan.
3. mencari fail bagi permohonan tanah kerajaan bagi pertanian, kediaman, sekolah dan bangunan.
4. menyemak didalam doket bagi 10fail untuk mengetahui pergerakkan fail tersebut.
5. menyemak nombor lot didalam pelan mengikut senarai permohonan.
6. membuat surat permohonan waris bagi tanah yang dirampas sera menyediakan 3 salinan bagi setiap permohonan.

Anonymous said...

tarikh : 17.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. mengira bayaran premium bagi permohonan tanah kerajaan bagi pertanian.

2. mencari fail bagi permohonan yang telah diluluskan untuk dibuat notis 5a.

Anonymous said...

tarikh : 20.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. mengira jumlah bayaran cukai yang dikenakan kepada pemohon di Mukim Sri Gading ( vii) Daerah Batu Pahat bagi tapak pertanian kelapa sawit.
2. membuat slip bayaran notis 5a kepada kesemua pelanggan.

Anonymous said...

tarikh : 21.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Anonymous said...

tarikh : 22.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. menyemak lot mengikut pelan yang diberikan bagi permohonan tanah kerajaan bagi tapak pertanian kelapa sawit.
2. merekod kesemua perjalanan fail didalam doket mengikut tahun dengan berpandukan nombor fail.
3. membuat slip pembayaran kepada pelanggan yang akan membuat pembayaran.

Anonymous said...

tarikh : 23.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

1. menguruskan pembayaran notis 5a bagi setiap pembayaran yang ingin dibuat oleh pelanggan melalui sistem hasil tanah johor.
2. membuat semakan bagi 160 surat permohonan yang telah diluluskan untuk diserahkan kepada pemohon-pemohon tanah mukim Parit Raja Batu Pahat.
3. membuat notis yang dikenakan keatas pemohon.
4. menyediakan 180 salinan notis dan surat kepada setiap pemohon.

Anonymous said...

tarikh : 24.07.2009
tempat : bahagian pembangunan dan pelupusan

menghadiri Majlis Kelas Agama.

membuat Statistik permohonan pajakan dikampung-kampung baru Daerah Batu Pahat sehingga mei 2009

Anonymous said...

tarikh : 27.07.2009
tempat : bahagian hasil

1. mengecop penyata laporan maklumat hasil dan bayaran.

2. menyemak senarai bayaran yang telah dibayar oleh pemilik tanah melalui Sistem Hasil Tanah Johor.

Anonymous said...

tarikh : 28.07.2009
tempat : bahagian hasil

membuat semakan bagi bayaran hasil terhutang sama ada ianya telah dijelaskan atau tidak. semakan dibuat melalui sistem SHTJ

Anonymous said...

tarikh : 29.07.2009
tempat : bahagian hasil

1. tadarus al-quran

2. memasukkan resit bayaran kedalam penyata pemungut bagi Januari sehingga mei 2008.

Anonymous said...

tarikh : 30.07.2009
tempat : bahagian hasil

1.merekod senarai hakmilik yang telah menjelaskan bayaran cukai.

2. menyemak mukim tau alamat melalui SHTJ

Anonymous said...

tarikh : 31.07.2009
tempat : bahagian hasil

1. merekod senarai nama bagi mukim simpang kanan.

2. PTDBP mengadakan Gotong Royong Perdana.

Anonymous said...

tarikh : 03.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. menghadiri perhimpunan pagi

2. merekod senarai nama bagi notis tuntutan hasil terhutang bagi mukim simpang kanan Notis 6a

Anonymous said...

tarikh : 04.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. tadarus al-quran
2. menyemak bayaran cukai sama ada pemilik tanah telah menjelaskan atau tidak.

Anonymous said...

tarikh : 05.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. tadarus al-quran

2. mengikut Puan Raminah Ke Bank untuk menyimpan wang bagi kutipan yang diperolehi ( bayaran Hasil )

3. membuat jadual bagi maklumat asas kampung-kampung dalam JPMM Dun Sri Medan

Anonymous said...

tarihk : 06.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. mengira jumlah hasil bayaran yang telah dijelaskan bagi Mukim Simpang Kanan.

2. menyenaraikan senarai pemilik di dalam rekod menyemak endosan dalam daftar hakmilik.

Anonymous said...

tarihk : 06.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. mengira jumlah hasil bayaran yang telah dijelaskan bagi Mukim Simpang Kanan.

2. menyenaraikan senarai pemilik di dalam rekod menyemak endosan dalam daftar hakmilik.

Anonymous said...

tarikh : 7.8.2009
tempat : bahagian hasil

1.merekod sistem hasil tanah johor bagi laporan prestasi terimaan hasil.

2.gotong royong perdana.

Anonymous said...

Tarikh : 10.08.2009
Tempat : Bahagian Hasil

1. Tadarus Al-quran bersama sama kakitangan PTDBP.

2. Menyemak cukai tanah permohonan mlalui Sistem Hasil Tanah Johor.

3. Merekod Laporan Kewangan bagi bulai julai.

marina said...

Tarikh : 11.08.2009
Tempat : Bahagian Hasil

1.tadrus al-quran

2.menyemak cukai tanah bagi pemilik tanah di mukim simpang kanan.

3.merekod cukai yang telah dibayar oleh pemilik tanah di dalam sistem SHTJ.

marina said...

Tarikh : 13.08.2009
Tempat : Bahagian Hsil

1.tadarus al-quran

2.mengecop, menyediakan fail bagi satu-satu hakmilik tanah yang terkandung didalam setiap notis 6a.notis tersebut akan disimpan di dalam fail tersebut sebagai rujukan bahagian hasil untuk membuat semakan.

marina said...

Tarikh : 12.08.2009
Tempat : bahagian hasil

1.tadarus al-quran

2. menyusun penyata kewangan laporan meklumat hasil dan bayaran. ianya untuk disimpan sebagai rujukan di bahagian audit.

3.menulis surat notis rampasan sebagai penyata didalam fail untuk pemberitahuan.

marina said...

tarikh : 14.08.2009
tempat : bahagian hasil

1.tadarus al-qurqn

2.menghadiri kelas agama ( tazkirah )

3.menghadiri mesyuarat mengenai proses penguatkuasaan kolam katak di Bekok. mesyuarat ini terdiri daripada pegawai bahagian hasil serta kakitangan, polis dan JPS.

marina said...

tarikh : 17.08.2009
tempat : bahagian hasil

1.tadarus al-quran

2.menyemak rekod kewangan mengikut jumlah pungutan hasil.

3.memfailkan semua notis 6a mengikut fail masing-masing.

4.menulis penyataan meminta pihak yang terlibat membuat endostmen 6a dalam daftar halmilik mengikut mukim simpang kiri sebagaimana dalam rujukan dan lampiran di dalam fail juga sebagai rujukan.

marina said...

tarikh : 18.08.2009
tempat : bahagian hasil

1.membuat surat bagi mesyuarat jawatankuasa kecil perbarisan perhimpunan, persembahan padang, istiadat dan protokol sempena sambutan kemerdekaan Batu Pahat tahun 2009.

2.membuat agenda.

3.membuat kertas cadangan acara perbarisan perhimpunan,persembahan padang,istiadat dan protokol.Aturcara perbarisan lintas hormat pada 31 ogos 2009 bermula di jalan Tun Dr Ismail dan aturcara perhimpunan.

marina said...

tarikh : 19.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. membuat surat mesyuarat jawatankuasa pertandingan perarakan dan sepanduk perbarisan dan pakaian tercantik sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah Batu pahat bagi tahun 2009.surat tersebut diberikan kepada ketua polis daerah batu pahat, pegawai bomba daerah,penyelia kemas,pejabat kebajikan masyarakat batu pahat.

marina said...

tarikh : 20.08.2009
tempat ; bahgian hasil

1. bacaan al-quran

2. lawatan ke sri medan bagi perasmian EM baja organik yang boleh menyuburkan tanaman serta boleh menjernihkan air sungai.

3. mengikuti lawatan ke Lam Lee Yong Peng melihat empangan bekok.

4. membuat surat pertandingan sepabduk bagi sambutan Hari Kebangsaan ke 52 peringkat daerah batu pahat.

5. membuat susunan kontinjen lintas hormat bagi Hari Kebangsaan.

marina said...

tarikh : 21.08.2009
tempat : bahagian hasil

menghadiri mesyuarat peribgkat daerah sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di dataran penggaram.

membuat semakan cukai hasil tanah.

marina said...

tarikh : 24.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. tadarus al-quran

2. menyusun borang bayaran didalam penyata pemungut 2009 bagi bulan mac,jun,julai.

3. menyemak cukai tanah melalui sistem hasil tanah johor.

marina said...

tarikh : 25.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. menyemak cukai tanah melalui sistem hasil tanah johor.
2. mengasingkan notis 6a. satu salinan sebagai rujukan dan satu salinan untuk pemilik tanah.
3. mencari senarai nama pemilik yang belum membuat bayaran cukai hasil.

marina said...

tarikh : 26.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. menulis warta di setiap notis6a.

2. menyemak cukai pelbagai mukim melalui sistem SHTJ.

3. mengira jumlah cek yang dibayar oleh pemilik tanah daerah Batu Pahat bagi membayar cukai.

Anonymous said...

tarikh : 27.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. tadarus al-quran

2. menyemak cukai pelbagai mukim melalui sistem SHTH
-lokasi
-luas
-mukim
-kegunaan tanah
-jenis kegunaan

3. memasukkan surat dan notis 6a untuk dihantar ke Pejabat Tanah mersing,Wilayah Persekutuan, Pontian dan Johor Bahru.

Anonymous said...

tarikh :28.08.2009
tempat : bahagian hasil

1. tadarus al-quran

2. menghadiri raptai di Dataran Pengggaram Batu Pahat bagi Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan 31 ogos 2009 pada hari isnin.

Anonymous said...

tarikh : 31.08.2009
tempat : Dataran Penggaram

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 52 di dataran penggaranBatu pahat bersama-sama jabatan kerajaan dan swata.ianya dirasmikan oleh Menteri Besar Johor.

Anonymous said...

tarikh : 1.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. membuat salinan borang-borang masuk hasil pelbagai jawatan setiap hari dan setiap bulan.

2. merekod laporan kewangan 249 melalui Sitem

3. mengeluarkan notis 6a. notis ini dikeluarkan kepada pemilik yang tidak membayar cukai tanah tahunan.

Anonymous said...

tarikh ; 02.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. membuat carian hakmilik.

2. merekod perjalanan fail di dalam doket bagi penyampaian ganti mukim simpang kanan.

Anonymous said...

tarikh ; 02.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. membuat carian hakmilik.

2. merekod perjalanan fail di dalam doket bagi penyampaian ganti mukim simpang kanan.

Anonymous said...

tarikh: 03.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. notis 6a diserahkan melalui penyampaian ganti kepada pemilik.membuat semakan keatas semua penyampaian ganti.

2. menyemak cukai pelbagai mukim melalui sistem SHTJ.

3. memasukkan transaksi bulanan Pejabat Tanah Batu Pahat didalam Sistem berkomputer SHTJ

Anonymous said...

tarikh : 04.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. merekod pergerakan fail didalam doket.

2. membuat carian hakmilik melalui SHTJ untuk permohonan tanah melalui kurniaan.

Anonymous said...

tarikh : 07.09.2009
tempat ; bahagian hasil

1. membuat carian hakmilik untuk permohonan tanah kurniaan.

2. merekod pergerakan fail didalam doket bagi kesemua fail bahagian hasil.

Anonymous said...

tarikh : 08.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. mengeluarkan notis 8a ( notis rampasan tanah serta merta) melakukan rampasan tanah daripada pemilik yang tidak membayar cukai 5 tahun.

2. menyusun permit-permit bahan batu untuk diberi kepada bendahari negeri untuk semakan.

Anonymous said...

tarikh: 9.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. membuat carian hakmilik tanah atau butir peribadi bagi 80 penama. permohonan ini berkaitan permohonan untuk mendapatkan butiran pemilik lot tanah dibawah Seksyen 37(1) amlatfa 2001.

2. membuat salinan maklumat pemilik lot tanah secara terperinci keatas penama-penama dan syarikat-syarikat seperti dilampiran 1 dan 2. lampiran ini terkandung 80 penama. carian ini adalah carian sulit yang di minta oleh pihak berkuasa ( polis ).

Anonymous said...

tarihk : 10.09.2009
tempat : bahagian hasil

merekod fail mengikut jenis hakmilik sementara ( HSM ), geran mukim ( GM ), hakmilik sementara daftar ( HSD )berdasarkan nombor PTD,LOT,LO dan MLO

Anonymous said...

tarikh: 11.09.2009
tempat : bahagian hasil

menulis laporan kepada penolong pegawai tanah.

menerima draf laporan daripada EXCO untuk ditaip.

menaip laporan yang telah di didrafkan.

mengeluarkan 3 salinan laporan.

Anonymous said...

tarikh : 14.09.2009
tempat : bahagian hasil

menyemak fail hakmilik sama ada telah mambuat bayaran notis 5a.

menghadiri majlis hatam quran bersama-sama kakitangan jabatan yang diketuai oleh Pentadbir Tanah Batu Pahat.

Anonymous said...

tarikh : 15.09.2009
tempat : bahagian hasil

menyusun borang bayaran atau slip bank mengikut kod transaksi

membuat salinan borang bayaran masuk

mengecop kesemua salinan borang bayaran untuk disahkan oleh pembantu tadbir kewangan.

Anonymous said...

tarikh: 16.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. merekod jumlah terimaan hasil permit bulanan.

2. mencariu lokasi tanah penama yang dikehendaki oleh pihak berkuasa.

3. menyemak senarai permit mengambil bahan-bahan batu.

Anonymous said...

tarikh: 16.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. merekod jumlah terimaan hasil permit bulanan.

2. mencariu lokasi tanah penama yang dikehendaki oleh pihak berkuasa.

3. menyemak senarai permit mengambil bahan-bahan batu.

Anonymous said...

tarikh: 17.09.2009
tempat : bahagian hasil

1. mengira kesemua jumlah bulanan untuk menutup akaun tahunan.

2. menyusun salinan Audit.

3. menyemak senarai permit mengambil bahan batu ( KTN 4C (seksyen 72) ).

Anonymous said...

tarikh : 18.09.2009
tempat : bahagian hasil

menyemak senaarai permohonan sama ada ianya mendapat kelulusan atau tidak.

mencatat "LULUS" buku PTD mengikut nombor lot yang telah diluluskan.

menulis minit.
cth : Pn. PPT/telah dicatatkan LULUS. Pada 1098 Mukim Tg. sembrong.

Anonymous said...

tarikh : 21.09.2009


CUTI HARI RAYA

Anonymous said...

TARIKH : 22.09.2009


CUTI HARI RAYA

Anonymous said...

TARIKH :23.09.2009
TEMPAT : BAHAGIAN HASIL

menyemak nombor P.U didalam buku permohonan P.U

meneliti surat yang diterima mengenai masalah penukaran nombor kad pengenalan.

Anonymous said...

tarikh : 24.09.2009

CUTI YANG DIBERI OLEH JABATAN

Anonymous said...

TARIKH : 25.09.2009
TEMPAT : BAHAGIAN HASIL

1. menyusun permit-permit bahan batu untuk diberikan kepada bendahari Negeri Johor untuk di buat semakan.

2. mengira jumlah cek yang dibayar oleh pemilik tanah Daerah batu Pahat.( membayar cukai tahunan )

Anonymous said...

tarikh : 28.09.2009
tempat : bahagian hasil

merekod penyata kewangan.

merekod transaksi bulanan hasil pejabat tanah batu pahat di dalam sistem berkomputer.

menyampul borang untuk dihantar kepada bendahari KPTG.

Anonymous said...

tarikh : 29.09.2009
tempat : Bahagian Hasil

1. menyusun borang bayaran masuk hasil pelbagai jabatan mengikut nombor penyata pemungut.

2. membuat surat penyerahan dan akuan terima nota serahan tugas. ini dimana srahan tugas akan diberikan kepada pegawai baru bagi bahagian hasil dan kuatkuasa.

Anonymous said...

tarikh : 30.09.2009
tempat : Bahagian Hasil

1. tadarus al-quran

2. menyusun penyata kewangan 249,laporan maklumat hasil dan bayaran bagi bulan mei hingga sept.

3. membuat kad jemputan majlis hari raya bagi 14.10.2009. kad ini bagi jemputan jabatan kerajaan.

4. menghadiri majlis jamuan perpisahan dan sambutan bagi kemasukan pegawai baru dan pelajar praktikal bagi bahagian hasil dan kuatkuasa.