CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

Mohd Hafiz Bin Abdullah


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

58 comments:

Unknown said...

1 JUN 2009

Ditugaskan di unit pendaftaran.
- ditugaskan dalam bilik kebal iaiti bilik menyimpan geran tanah dan maklumat hakmilik tanah bagi jajahan kota bharu.

- pada sebelah petang pula, ditugaskan di bahagian kaunter hadapan yang mengendalikan pembayaran cukai hasil dan pembelian cabutan hakmilik tanah.

- banyak perkara dapat dipelajari.

hafiz said...

2 JUN 2009

- Menjalankan tugas seperti hari pertama iaitu berada dalam bilik kebal. Mempelajari tentang penyusunan fail mengikut kod kawasan yang telah ditetapkan.

-selain itu, mempelajari tentang carian rasmi geran tanah dalam bilik fail secara manual.. Perkara ini amat rumit, tetapi dapat dipelajari dengan baik.

hafiz said...

3 JUN 2009

-Bertugas di bahagian kaunter pembayaran untuk melayan pelanggan yang ingin membeli cabutan hakmilik yang berharga RM20 setiap satu cabutan.

-selain menguruskan pembelian cabutan hakmilik, saya juga mempelajari tentang carian rasmi berkomputer yang dikenakan RM80 kepada setiap pelanggan yang ingin membuat carian rasmi.

- banyak perkara baru yang dapat dipelajari di bahagian kauter pembayaran dalam unit pendaftaran.

hafiz said...

4 JUN 2009

- Terlibat dalam mesyuarat unit pendaftaran yang membincangkan prestasi unit pendaftaran.

- selepas mesyuarat unit, didedahkan kepada sistem pengurusan geran tanah. Geran tanah yang lama ditukarkan kepada geran yang baru. Terdapat beberapa kod yang digunakan seperti HE untuk geran yang lama, GM geran mukim dan H.S.M untuk hakmilik sementara. Kod-kod ini digunakan untuk menyusun fail mengikut kawasan dalam bilik kebal. Pelanggan akan memberitahu mukim kawasan dan akan dicari mengikut mukim.

-Sistem pencarian geran tanah amat mencabar kerana ini merupakan perkara baru bagi saya dan dapat dipelajari semasa menjalani praktikum ini.

-hari-hari yang seronok dalam menjalankan tugas di pejabat tanah dan jajahan kota bharu ini.

profhalim said...

OK bagus,teruskan menulis

hafiz said...

7 JUN 2009

CUTI UMUM -
CUTI GANTI HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG

hafiz said...

8 JUN 2009

- Pelanggan begitu ramai datang untuk menguruskan tentang hakmilik tanah mereka dan hal-hal lain selepas 3 hari bercuti.

- Saya menjalan kan tugas seperti biasa iaitu menguruskan masalah pelanggan di kaunter seperti membantu pelanggan mendapatkan geran tanah yang baru dan penukaran hak milik tanah.

- selain itu, saya juga turut mengemaskini fail-fail yang menempatkan geran dan surat-suratyang berkaitan dengan hakmilik tanah.

hafiz said...

9 JUN 2009

-Menjalankan tugas seperti biasa dalam bilik kebal dan dapat membantu staf PTJKB untuk menyusun geran-geran lama untuk dijilid dan disimpan dalam bilik kebal dan bilik fail. Ini dapat dijadikan rujukan bagi pelanggan yang kehilangan geran asal.

- Selain itu, selepas membantu dalam bilik kebal, saya juga turut membantu dikaunter untuk membantu pelanggan membuat permohonan cabutan hakmilik. Saya juga dapat mempelajari tentang cabutan dengan lebih lanjut seperti cabutan persendirian hakmilik yang diminta oleh pelanggan untuk urusan pindahmilik tanah mereka. Perkara ini penting untuk dipelajari kerana amat berguna pada masa akan datang dalam urusan hakmilik tanah.

hafiz said...

10 JUN 2009

- Bertugas di bahagian kaunter seperti biasa. Melayan pelanggan untuk mendapatkan cabutan hakmilik.

- Terlibat sebagai pemerhati dalam perbicaraan pemilikan tanah antara pemilik tanah dan pegawai tanah. Perbicaraan untuk memberi hak kepada orang yang berhak terhadap tanah tersebut.

- Menyambung kerja di bahagian kaunter

hafiz said...

11 JUN 2009

- Hujung minggu yang amat sibuk. Pelanggan yang datang ke bahagian Pengurusan Tanah begitu ramai untuk urusan masing-masing seperti membayar hasil, membuat cabutan hakmilik dan sebagainya.

- saya turut membantu di unit hasil dan unit lain di bahagian pengurusan tanah.

- Banyak perkara baru yang dapat dipelajari dalam bahagian pengurusan tanah.

hafiz said...

14 JUN 2009

- Bertugas dalam bilik fail seperti mengemaskini susunan fail.

-Menjadi pemerhati dalam perbicaraan antara pegawai dan pelanggan yang menuntut hak tanah yang terlibat.

-

hafiz said...

15 JUN 2009

-Bertugas di kaunter pertanyaan. Melayan pelanggan yang mempunyai urusan dan masalah dalam hal tanah

-Selain itu, bertugas seperti biasa di kaunter unit pendaftaran iaitu kaunter cabutan. Menguruskan cabutan hak milik pelanggan yang ingin membuat urusan bagi tanah mereka.

hafiz said...

16 JUN 2009

-Bertugas di kaunter cabutan hak milik seperti biasa. Pelanggan yang ramai datang membuat cabutan dan keadaan semakin sibuk.. Terdapat juga pelanggan yang datang membuat urusan geran baru dan tukar milik tanah.

-Membantu Pegawai Eksekutuf membuat salinan laporan tentangpungutan cukai tanah, kemajuan permohonan milik tanah, pungutan cukai taliair, laporan bahan batuan. Terdapat perkara baru dapat dipelajari daripada laporan tersebut.

hafiz said...

17 JUN 2009

-Tazkirah pagi.

-Menguruskan carian rasmi dan menyusun geran baru.

hafiz said...

18 JUN 2009

-Membantu staf di bahagian kaunter untuk melayan pelanggan yang berurusan mengenai pindahmilik tanah. Sebelum membuat pindah milik tanah,pelanggan dinasihatkan supaya membeli cabutan hakmilik terlebih dahulu.

-Selain itu, saya juga turut membantu staf di dalam bilik kebal untuk menyusun geran baru yang telah siap disemak untuk dimasukkan dalam fail geran yang baru.

hafiz said...

21 JUN 2009

-Bertugas di bahagian fail geran. Mengendalikan borang permohonan untuk penukaran geran lama kepada geran baru. Menyemak borang permohonan penukaran geran yang diserahkan oleh pelanggan untuk didaftarkan dalam sistem komputer.

-Selain itu, membantu staf menyusun geran baru yang telah siap dan untuk diserahkan kepada pelanggan. Geran tersebut diletakkan dalam fail geran baru dan disimpan di atas rak fail geran di unit pendaftaran.

-Saya juga turut menjalankan tugas di bahagian kaunter cabutan hakmilik. Ini merupakan tugas harian yang perlu dilaksanakan.

hafiz said...

22 JUN 2009

-Menyusun borang pendaftaran 14A iaitu borang permohonn pindahmilik tanah dalam bilik operasi di unit pendaftaran. Borang ini akan dijual kepada pelanggan yang ingin membuat permohonan pindahmilik tanah.

-Selain itu, saya menjalankan tugas yang diarahkan oleh penyelia majikan untuk mengedarkan dan mengumpul borang soal selidik kajian stres kepada staf-staf di unit pendaftaran.

hafiz said...
This comment has been removed by the author.
hafiz said...

23 JUN 2009

-Bertugas dibahagian kaunter cabutan hakmilik seperti biasa untuk mengendalikan pelanggan yang datang berurusan di kaunter.

-Selain itu, turut membantu staf menyusun geran baru ke dalam fail mengikut mukim yang telah ditetapkan.

hafiz said...

24 JUN 2009

-Bertugas di bahagian kaunter untuk membuat carian rasmi dan permohonan tukar geran lama kepada geran baru.

-Selain itu, menyusun geran-geran yang telah siap ke dalam fail sebelum di serahkan kepada pelanggan.

hafiz said...

25 JUN 2009

-Bertugas dalam bilik kebal untuk membantu staf menyusun fail dan dokumen-dokumen pemilikan tanah yang telah dikeluarkan dari fail dan dimasukkan semula ke dalam fail setelah siap digunakan.

-Saya juga turut membantu staf mencari geran baru dalam fail untuk diserahkan kepada pelanggan yang datang mengambil geran baru tersebut.

hafiz said...

28 JUN 2009

-Menyusun geran lama yang akan diproses untuk mengeluarkan geran baru. Geran-geran yang lama yang telah diambil maklumat dan data akan dimusnahkan dah geran baru akan dikeluarkan.

-Membantu staf di bahagian kaunter untuk melayan pelanggan yang datan berurusan di kaunter.

hafiz said...

29 JUN 2009

-Bertugas di bahagian kaunter seperti biasa untuk melayani pelanggan yang membuat cabutan hakmilik dan carian rasmi.

-Selain itu, membantu pelanggan yang mempunyai masalah geran tanah dengan menyemak maklumat mereka dalam sistem server.

hafiz said...

30 JUN 2009

-Menyusun geran baru yang telah siap disemak mengikut mukim yang telah ditetapkan.

-Menyusun surat gadaian dn perserahan ke dalam fail.

hafiz said...

1 JULAI 2009

-Menguruskan cabutan hakmilik di bahagian kauter Unit Pendaftaran PTJKB.

-Membantu staf di bahagian kaunter melayani pelanggan yang berurusan di kaunter.

hafiz said...

2 JULAI 2009

-Menyusun geran baru ke dalam fail yang telah ditetapkan dan memusnahkan geran lama yang telah dikeluarkan geran baru.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

5 JULAI 2009

-Menyusun dan mengemaskini fail fail geran yang telah siap digunakan. Fail tersebut disusun mengikut nombor lot dan mukim.

- Selain itu, saya juga turut menyusun geran ke dalm fail JOPA dalam bilik fail.

Unknown said...

6 JULAI 2009

- Membantu staf di bahagian pendaftaran mencari geran lama dalam bilik kebal untuk dibuat semakan.

- Menjalankan tugas dalam bilik kebal seperti menyusun geran hakmilik dalam fail JOPA.

Unknown said...

7 JULAI 2009

- Melayani pelanggan yang datang berurusan di kaunter pendaftaran seperti membuat cabutan hakmilik dan penukaran geran baru.

- Selain itu, saya juga turut membantu pelanggan yang mempunyai masalah dalam membeli cabutan hakmilik dn pengisian borang 14A untuk pindahmilik tanah.

Unknown said...

8 JULAI 2009

-Seperti hari sebelumnya, bertugas di bahagian kaunter pendaftaran untuk melayani pelanggan membuat cabutan hakmilik tanah.

- Pelanggan yang mempunyai masalah dengan nombor geran akan dirujuk kepada buku geran lama yang terdapat dalam bilik kebal. Maklumat ini penting untuk urusan cabutan hakmilik.

Unknown said...

9 JULAI 2009

- Menyusun geran-geran baru yang telah siap dan dikeluarkan dari bilik pegawai untuk disusun ke dalam fail geran baru. Setelah geraan baru dikeluarkan, geran lama akan dimusnahkan untuk mengelakkan pengeluaran geran baru berulang.

- Geran-geran baru ini adalah untuk diserahkan kepada pelanggan yang memohon.

Unknown said...

12 JULAI 2009

- Menyemak geran baru yang diambil dari bilik pegawai untuk disemak dan kemudian disusun ke dalam fail geran baru.

- Selain itu, turut membantu pelanggan dalam membuat permohonan penukaran geran baru. Membantu pelanggan mengisi borang dan menyemak borang tersebut.

Unknown said...

13 JULAI 2009

- Mencari geran tanah dalam bilik kebal mengikut senarai mukim yang telah diberikan. Geran ini akan diserahkan kepada staf di unit pendaftaran untuk membuat pendaftaran kemasukan hakmilik geran kekal.

Unknown said...

14 JULAI 2009

- CUTI UMUM (PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI)

Unknown said...

15 JULAI 2009

- Membuat salinan borang gadaian tanah dan surat-surat perjanjian gadaian untuk diserahkan kepada pegawai di unit pendaftaran.

- Selain itu, borang gadaian tanah dan surat-surat perjanjian yang telah siap dibuat salinan akan disimpan ke dalam fail utama dalam bilik kebal.

Unknown said...

16 JULAI 2009

- Membantu staf di unit pendaftaran membuat pendaftaran kemasukan hakmilik geran kekal.

- Menyusun geran dan pelan lot tanah yang telah siap dicetak dan disusun ke dalam fail untuk diserahkan kepada Penolong Ketua Jajahan untuk semakan.

Unknown said...

19 JULAI 2009

- Menyusun geran baru yang telah siap disemak dan ditandatangani oleh pegawai. Geran tersebut disusun mengikut nombor lot dan mukim yang telah ditetapkan.

hafiz said...

20 JULAI 2009

-Membantu staf menyusun geran baru dan geran lama mengikut nombor geran dan mukim.

-Selain itu, selepas geran tersebut disusun, proses kemasukan pendaftaran akan dibuat mengikut fail perserahan yang ada.

hafiz said...

21 JULAI 2009

-Menyimpan buku geran lama yang telah siap digunakan sebagai rujukan untuk mengeluarkan geran baru.

-Buku geran lama akan disusun mengikut mukim dan kod buku seperti EMR, NE, H.S.M dan GM.

hafiz said...

22 JULAI 2009

-Melayan pelanggan yang datang membuat permohonan cabutan hakmilik dan carian rasmi.

-Selain itu, turut membantu pelanggan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan nombor geran.

hafiz said...

23 JULAI 2009

- Menyusun geran baru yang telah dikeluarkan oleh Penolong Ketua Jajahan dan memusnahkan geran lama setelah geran baru siap dikeluarkan.

-Geran-geran baru disusun ke dalam fail geran baru yang terletak di rak bahagian pendaftaran.

hafiz said...

26 JULAI 2009

-Bertugas di bahagian kaunter 3 unit pendaftaran iaitu untuk menguruskan cabutan hakmilik dan carian rasmi.

-Bertugas di bahagian ini memerlukan perhatian dan kepekaan untuk melayani pelanggan yang datang berurusan.

hafiz said...

27 JULAI 2009

-Melayani pelanggan yang datang untuk mengambil geran baru. Geran tersebut dicari dalam fail geran baru yang terdapat di bahagian pendaftaran.

-Selain itu, turut membantu staf di bahagian kaunter cabutan hakmilik.

hafiz said...

28 JULAI 2009

-Bertugas di bahagian kauter cabutan hakmilik. Seperti kebiasaannya, pelanggan yang datang untuk berurusan di kaunter cabutan perlu menunggu giliran untuk membuat permohonan cabutan hakmilik.

-Selain itu, turut membantu pelanggan yang mempunyai masalah dengan nombor geran. Masalah ini di rujuk dalam buku geran lama yang terdapat dalam bilik kebal.

hafiz said...

29 JULAI 2009

-Mencari geran lama mengikut kod yang lama. Geran lama akan dirujuk apabila terdapat masalah yang terdapat dalam geran baru.

-Geran lama mengandungi semua maklumat urusniaga dan pindahmilik yang telah dijalankan. Oleh itu, geran lama akan disimpan kerana berguna pada masa akan datang.

hafiz said...

30 JULAI 2009

-Membantu staf di bahagian pendaftaran untuk mencari geran baru untuk diserahkan kepada pelanggan.

-Selain itu, saya juga turut membantu menyusun geran baru yang dikeluarkan dari bilik Penolong Ketua Jajahan untuk disimpan dalam fail geran baru.

hafiz said...

2 OGOS 2009

-Diberi tugasan mengecop borang 14A. Borang yang telah siap akan diletakkan di bahagian kaunter pendaftaran untuk dijual kepada pelanggan.

hafiz said...

3 OGOS 2009

- Menguruskan bahagian kaunter cabutan hakmilik di kaunter 3. Kaunter 3 menguruskan pelanggan yang ingin membuat carian rasmi, cabutan hakmilik dan yang berkaitan.

- Selain itu, saya juga turut membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalh berkaitan dengan nombor geran.

hafiz said...

- pada sebelah petang pula, membantu staf di bahagian pembangunan tanah untuk membuat surat ulangan bayaran premium tambahan kepada pelanggan.

hafiz said...

4 OGOS 2009

- Pada sebelah pagi, membantu staf di bahagian kaunter untuk mencari geran baru di dalam fail untuk diserahkan kepada pelanggan yang datang mengambil geran tersebut.

hafiz said...

5 OGOS 2009

- Bertugas di bahagian pembangunan tanah untuk menguruskan fail permohonan ubah syarat kegunaan tanah bagi mukim kota bharu,

- Antara tugas yang dilakukan ialah menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan perlu disertakan dalam fail berkenaan.

hafiz said...

6 OGOS 2009

- Membantu staf di bahagian pendaftaran membuat persiapan untuk majlis pengurnian D'Raja.

hafiz said...

9 OGOS 2009

- Menyambung menguruskan persiapan majlis Pengurnian D'Raja dan bantuan kepada penduduk jajahan kota bharu.

- Menyusun barang-barang dan keperluan yang akan digunakan pada majlis tersebut.

hafiz said...

pada sebelah petang pula, menyusun geran-geran ke dalam fail JOPA yang di simpan dalam bilik kebal.

hafiz said...

10 OGOS 2009

- Menguruskan kaunter 3 untuk melayani pelanggan yang dtang berurusan di bahagian kaunter.

- Turut membantu staf di bahagian kaunter pembangunan tanah untuk melayan pelanggan yang ingin mengisi borang.

hafiz said...

11 OGOS 2009

- Menyusun geran dan pelan tanah ke dalam fail JOPA. Geran dan Fail di susun mengikut nombor lot dan mukim yang telah ditetapkan.