CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

Lailatul Munirah bt Ibrahim


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

37 comments:

profhalim said...

ke mana menghilang ???

muny said...

salam prof..

muny86 said...

1 JUN 09
TEMPAT :JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN KOTA BHARU (PEJABAT PUSAT)

8.00pg
Saya melapor diri bagi latihan praktikal di JPPK dengan Pegawai Pengurusan iaitu Puan Zainora. Dalam masa yang sama terdapat 11 orang pelajar praktikal yang melapor diri di jabatan ini, antaranya adalah terdiri daripada 7 orang pelajar UUM termasuk saya, manakala 3 orang lagi adalah pelajar dari UNISEL dan seorang lagi merupakan pelajar daripada Kolej Professional Kuantan.

9.45pg
Bertemu dengan Penolong Pegawai Tadbir JPPK iaitu En.Zainal Abidin, dan beliau telah memberikan kami sedikit sebanyak taklimat yang berkaitan dengan penempatan baru kami ke Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ) yang berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing. Pada masa yang sama juga beliau menerangkan serba sedikit tentang objektif JPPK, tujuan dan juga bahagian-bahagian dalam organisasi jabatan. Dan kami diminta oleh beliau untuk memperkenalkan diri masing-masing.

Selepas selesai taklimat yang diberikan oleh En.Zainal Abidin kami diminta untuk mengambil memobagi pertukaran kami ke PPJ mengikut daerah masing-masing.

muny said...

2 JUN 09
TEMPAT :PEJABAT PEMBANGUNAN JAJAHAN TANAH MERAH (PPJ)

8.00pg
Melapor diri di PPJ Tanah Merah dengan menyerahkan surat penempatan baru dari JPPK Kota Bharu (Pejabat Pusat)kepada Ketua Pembantu Tadbir iaitu Puan Hasnah Bt Hamat ( Kak Nah ).

8.30pg
Bertemu dengan Pegawai Pembangunan Jajahan Tanah Merah selaku majikan organisasi iaitu En.Arif Bin Atan, dan saya memberikan sedikit maklumat tentang tujuan kehadiran saya ke PPJ untuk menjalani latihan praktikum selama 4 bulan mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak UIL UUM. Kemudian saya telah diperkenalkan kepada semua staff yang terlibat secara langsung dengan PPJ Tanah Merah.

10.30pg
Saya diminta untuk pergi ke kawasan yang terlibat dengan projek Pembasmian Kemiskinan bagi jajahan Tanah Merah,DUN Gual Ipoh bersama En.Arif dan 2 orang staff yang lain iaitu Kak Nah dan En.Azmi ( Juruteknik ).Pada masa yang sama, En.Arif memberi serba sedikit penerangan tentang projek tersebut yang disebut sebagai Projek Quick Win, yang mana ini ia bertujuan untuk membantu golongan miskin bagi menaikkan taraf hidup mereka. Projek ini juga telah melibatkan Penyelia Pembangunan Mukim ( PPM )secara langsung, dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan masyarakat yang berada dibawah kuasa mereka dalam menerima bantuan daripada projek ini.

3.00ptg
Pulang ke pejabat setelah selesai berjumpa dengan peserta yang terlibat dengan projek Quick Win untuk mendapatkan kepastian daripada peserta.

muny86 said...

3 JUN 09

8.00pg
Masuk pejabat dengan menggunakan sistem punch kad sepertimana yang menjadi kebiasaan staff lain.

10.30pg
En.Arif memberi sedikit point berkenaan dengan karenah staff semasa waktu bekerja antaranya ialah:

1)Beliau mengingatkan saya supaya sentiasa mengambil sikap positif apabila menghadapi masalah sewaktu bekerja.
2)Selain itu, beliau juga menasihatkan kepada saya supaya tidak terlibat dengan isu-isu negatif seperti menuduh antara satu sama lain apabila menghadapi sebarang kesulitan, menyebarkan cerita daripada hal personal kepada umum, ini kerana beliau bimbang akan menjatuhkan air muka pihak lain.
3)Selain itu, beliau juga memperingati saya supaya tidak menyebarkan keburukan dan rahsia organisasi kepada pihak luar.Dan sebagai Pegawai Atasan di jabatan ini memang tidak dinafikan bahawa beliau terpaksa menerima bebanan daripada karenah masyarakat.

2.30ptg
Bincang dengan Kak Nah tentang pelaksanaan projek Quick Win, dan saya minta tunjuk ajar daripada Kak Nah berkenaan dengan projek tersebut.

muny said...

4 JUN 09

8.30pg
Semua staff PPJ Tanah Merah dikehendaki melibatkan diri dalam mesyuarat Bincang Pagi untuk membincangkan tentang program KUMTIS (Kumpulan Tindakan Sivik) yang akan dijalankan pada keesokan harinya iaitu 5hb Jun 2009 di Sek. Men. Keb. Tanah Merah 1 yang akan berlangsung pada pukul 9.00pg-5.00ptg.

Selain itu, En.Arif juga memberi sedikit makluman dan peringatan dalam banyak hal,yang mana beliau ingin semua staff sentiasa berada dalam keadaan aman dan selesa dalam menjalani tugas waktu pejabat. Disini juga beliau menegaskan kepada staff PPJ Tanah Merah supaya:
1)Hal pejabat tidak disebarkan kepada pengetahuan umum.
2)Tidak menceritakan hal-hal yang berlaku dalam jabatan kepada pihak luar.
3)Mewujudkan masa yang berkualiti antara pegawai di bahagian pengurusan dan bahagian teknikal,yang mana kedua-dua bahagian ini mempunyai perbezaan dalam kes kedatangan harian staff.

muny86 said...

5 JUN 09

9.00pg
Berada di kawasan Sek.Men.Keb.Tanah Merah 1 untuk menghadiri program KUMTIS (Kumpulan Tindakan Sivik )program ini merupakan anjuran JPP dengan kerjasama Jabatan Penerangan.Selain itu, terdapat agensi-agensi lain yang terlibat seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK),JPJ,Agro Bank, Bank Islam, Batalion Rejimen Sempadan Kem Batu 11,Jabatan Kesihatan.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat setempat dengan pelbagai agensi kerajaan, dengan kerjasama Jabatan Penerangan serta DUN Bukit Panau yang mempengerusikan En.Baharuddin Yusoff, disertakan dengan pelbagai pameran dari agensi-agensi yang terlibat.

10.00pg
Pelbagai aktiviti sukaneka yang berlangsung dalam program ini dan ia melibatkan orang ramai yang terdiri daripada penduduk Tanah Merah. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis pertandingan yang berlangsung seperti nasyid,wau,gubahan, kuiz uji minda dan pelbagai acara yang menarik.

3.30ptg
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi peserta yang mendapat tempat dalam pertandingan. Dan pada masa yamg sama juga, En.Baharuddin dan En.Arif dijemput untuk memberikan ucapan mereka berkenaan dengan majlis ini. Yang mana, menurut En.Baharuddin diharapkan agar majlis seumpama ini dapat memberikan maklumatyang berguna kepada masyarakat setempat serta melihat sendiri pameran berkenaan secara dekat dan berkomunikasi dengan pihak-pihak terbabit secara bersemuka.

5.30ptg
Acara majlis tamat dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh En.Arif dari JPP Tanah Merah.

muny86 said...

6 JUN 09 (SABTU)
CUTI


7 JUN 09 (AHAD)
CUTI GANTI HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG

muny said...

8 JUN 09

8.30pg
Membantu Puan Nik Hasian Bt Nik Hussin (Kak Nik) sebagai Pembantu Tadbir dalam menyiapkan kerja beliau seperti memasukkan dokumen-dokumen yang disuratkan ke dalam buku yang dikhaskan untuk mencatatkan surat yang diterima daripada mana-mana agensi yang terlibat dengan JPP.Selain itu, membantu En.Arif membuat draf bagi projek Quick Win dengan membincangkan tentang anggaran yang diperlukan dalam projek tersebut bersama dengan En.Azmi.

Sebelah petang saya hanya membantu staff lain dengan membuat kerja-kerja ringan sahaja.

muny86 said...

9 JUN 2009

9.30pg
En.Arif mengarahkan saya supaya pergi ke kawasan Bukit Panau dan Kemahang untuk memastikan dan mendapatkan maklumat bagi projek Quick Win di kawasan tersebut.

2.30ptg
Bertolak ke Bukit Panau, Tanah Merah dengan En.Azmi untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada peserta yang terpilih dalam senarai e-Kasih bagi memenuhi kehendak dan objektif projek Quick Win ini untuk membantu dalam meningkatkan ekonomi ataupun pendapatan mereka yang benar-benar layak.

3.30 ptg
Sampai ke destinasi yang dituju,sebelum itu kami berjumpa dengan PPM bagi kawasan mukim Bukit Mas DUN Kemahang untuk meminta pertolongan daripada beliau bagi mendapatkan maklumat peserta.


10 JUN 09

9.30pg
-Pergi ke DUN Bukit Panau untuk mendapatkan maklumat daripada peserta yang lain kerana pada 9hb Jun kami tidak dapat mengumpul maklumat sepenuhnya kerana kesuntukan masa.
-Hanya lima buah peserta yang kami dapat hadiri untuk mendapatkan maklumat bagi projek Quick Win ini, ini kerana En.Arif ingin segerakan maklumat yang lengkap untuk dihantar kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan iaitu Datuk Shukry Bin Hj.Salleh dari Jabatan Perdana Menteri.

12.00tghri
Bersama En.Arif ke rumah peserta yang selebihnya kami tidak hadiri,ini kerana beliau baru saja selesai mesyuarat dengan Pegawai Jabatan KEMAS Daerah T/Merah di PPD T/Merah. Dalam mencari maklumat tersebut ada seorang ibu tunggal yang bernama Meriam Bt Idris yang mempunyai 7orang anak,dan anak beliau yang sulung dan kedua adalah perempuan yang berumur 20an. Apabila En.Arif bertanya ibu tunggal tersebut apakah kemahiran yang beliau ada samada memasak,membuat kuih ataupun kemahiran lain, ini adalah maklumat yang kami perlu tahu untuk mengeluarkan bantuan modal mengikut kemahuan dan kemahiran peserta. Namun begitu,beliau enggan menerima sebarang bentuk bantuan, padahal anak-anaknya mampu untuk membantunya dalam membentuk satu perniagaan. Disini saya dapat membuat kesimpulan bahawa golongan miskin ini bukan mudah untuk dibentuk kerana mereka tidak mepunyai kesedaran untuk meningkatkan taraf hidup dan pen pendapatan mereka.

muny86 said...

11 JUN 09

8.30pg
Saya mendapat memo daripada En.Arif supaya hari ini turun lagi ke kawasan projek di sekitar DUN Bukit Panau di mukim Bechah Peleting, Banggol Jenereh dan Batu Hitam, ini kerana masih ada baki dalam peruntukan projek Quick Win sebanyak RM17,530 dan jumlah sebenar adalah berjumlah RM50,000.

9.30pg
Pergi ke kawasan tersebut untuk mencari lebihan peserta yang terdapat dalam senarai e-Kasih dan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak JPP. Dan hasil daripada itu kami dapat menebual 5 orang peserta untuk mendapatkan maklumat.

2.00ptg
Pulang ke pejabat setelah selesai tugas kami di sekitar DUN Bukit Panau .

3.00ptg
Mengemaskinikan maklumat peserta yang kami temubual hari ini.



12 JUN 09

9.30pg
Bincang dengan En.Arif dan En.Azmi tentang projek Quick Win berdasarkan maklumat yang kami dapat, dan membuat anggaran untuk memenuhi peruntukan yang diberikan oleh Pejabat Pusat ( JPP Kota Bharu ) untuk menjayakan projek pembasmian kemiskinan di kawasan Tanah Merah.

11.00pg
Selesai perbincangan tersebut, saya ditugaskan untuk menyiapkan kertas kerja tentang projek Quick Win, ini ekoran daripada laporan maklumat mengenai kekuatan, pasaran, analisis kewangan, analisis risiko projek ini untuk dihantar kepada Datuk Shukry. Dalam masa yang sama, En.Arif juga banyak bekerjasama dalam menyiapkan kertas kerja tersebut, begitu juga dengan staff yang lain.

4.30ptg
Bersiap untuk pulang ke rumah.

muny86 said...

maaf ada sikit pembetulan prof tentang tarikh 12hb Jun ditukarkan kepada 14 JUN 09 (AHAD)

muny86 said...

15 JUN 09

Menyerahkan kertas kerja projek Quick Win kepada En.Arif untuk disemak dan kemudian beliau akan membuat pembetulan tentang laporan tersebut dan minta saya membuat jadual bagi senarai nama peserta yang terpilih dalam projek tersebut bagi simpanan jabatan.

10.30pg
Menyemak borang soal selidik Sosio Ekonomi Kampung ( Kajian Pelan Induk Kampung Tradisional & Penempatan Tersusun di dalam kawasan PBT ),borang ini perlu diisi oleh PPM mengikut DUN masing-masing. Borang ini perlu diisi bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan penduduk yang sebenar, pendapatan penduduk,kegiatan ekonomi penduduk dan status sosial di kalangan penduduk Tanah Merah mengikut DUN.

12.00tghri
Membantu Kak Nik menghubungi PPM supaya mereka hadir ke pejabat JPP T/Merah untuk mengambil borang Penyertaan Anugerah Desa Cemerlang ( ADC ) Tanah 2009, dan tempoh penyertaan itu adalah singkat. Dengan ini mereka perlu segera mengisi borang tersebut.

4.30ptg
Bersiap untuk pulang.



16 JUN 09

9.00pg
Membantu Kak Nik menyemak borang soal selidik yang baru dihantar oleh PPM dari DUN Kemahang dan BUKIT Panau. Di dalam borang tersebut banyak yang tidak lengkap, ini kerana terdapat sesetengah PPM yang mengisi borang tersebut dengan sambil lewa. Selain itu, mereka juga memberi pelbagai alasan seperti susah untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk, kesuntukan masa kerana banyak menghadiri undangan majlis kenduri semasa cuti sekolah dan banyak lagi mereka. Sikap ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati staff jabatan ini.

muny86 said...

17 JUN 2009

9.00pg
Berbincang dengan En. Arif tentang sebutharga yang terdapat daripada jenis-jenis projek ekoran daripada penyertaan peserta yang dipilih dalam senarai e-Kasih seperti projek yang menngunakan mesin berenjin dan berelektronik antaranya ialah mesin santan, mesin jahit, mesin rumput, mesin menebang pokok dan mesin pembancuh kuih. Kemudian kami dimaklumkan supaya mendapatkan senarai sebutharga mesin-mesin tersebut daripada pelbagai syarikat
-Untuk mendapatkan senarai sebutharga daripada pelbagai syarikat, Kak Nik memberi kerjasama yang baik.

2.00ptg
-Menghubungi syarikat-syarikat yang berkaitan untuk mendapatkan senarai sebutharga bagi barangan yang kami cadangkan, kemudian minta mereka faxkan ke pejabat kami.

muny86 said...

18 JUN 2009

9.30pg
En. Arif meminta saya untuk menyelaraskan senarai nama daripada profil Miskin Tegar Produktif Bagi Jajahan Tanah Merah yang diberikan oleh Pejabat Tanah Jajahan Tanah Merah supaya diselaraskan dengan senarai e-Kasih daripada JPP untuk melihat dan selaraskan pertindihan yang wujud dalam senarai tersebut.


2.00ptg
Selepas rehat, saya menyambung semula tugas penyelarasan senarai yang disebutkan tadi.


21 JUN 2009

8.30pg - 12.30tghri
Menyiapkan kertas kerja beserta dengan lampiran yang berkaitan dengan projek Quick Win seperti senarai sebutharga yang dikemaskini dan senarai peserta yang terpilih untuk menjalankan projek yang merekan mahukan dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka.
-Dan lampiran tersebut dimasukkan dalam fail dan disampulkan untuk dihantar kepada pejabat pusat JPP Kota Bharu.

2.40ptg
Membuat tugas-tugas yang biasa seperti fotostat dokumen yang berkaitan dengan projek Quick Win bagi simpanan pejabat PPJ Tanah Merah.

muny86 said...

22 JUN 2009

8.30pg
Menyusun fail-fail yang berkaitan dengan projek Quick Win supaya ia dapat disemak, ini untuk mengelakkan daripada berlakunya keadaan yang kelam-kabut apabila timbulnya sedikit kesilapan pada masa hadapan semasa perlaksanaan projek tersebut.

9.39pg
Mengemaskinikan borang soal selidik kemudian meminta En. Hafizol B. Daud( Abg Zol )untuk fotostat kesemua borang soal selidik bagi simpanan pejabat.

2.00ptg
Menyemak semula serta mengemaskini senarai nama peserta e-Kasih yang bertindih dengan senarai nama peserta daripada Pejabat Tanah Jajahan Tanah Merah untuk diselaraskan.

muny said...

24 JUN 2009


12.30tghri
Berbincang dengan En.Arif untuk menyediakan tentatif program pada 25 Jun 2009 iaitu pada hari esok, bagi Majlis Penyampaian Bantuan kepada peserta Program Bantuan Rumah ( PBR )oleh pihak ICU, JPM Parlimen Tanah Merah, ia akan dijalankan di Kg. Bendang Nyior, Kemahang pada pukul 2.30ptg.

2.30ptg
Saya berusaha untuk menyiapkan tentatif program tersebut mengikut format yang dikehendaki oleh En.Arif.

muny said...

25 JUN 209

8.30pg
Bersama dengan staff yang lain dalam menyediakan persiapan untuk majlis penyampaian pada hari ini antara aktiviti yang dapat saya bantu mereka ialah mengikat reben pada replika kunci, ini sebagai simbol penyerahan kunci kepada peserta projek bina rumah baru daripada pihak JPP dan membantu dalam persiapan makanan bagi jamuan kepada ahli majlis setelah selesai majlis.
- Dan pada masa yang sama, kami mengadakan perbincangan dengan En. Arif untuk melaksanakan majlis pada hari ini.

11.30tghri
Bersiap-siap untuk ke tapak program iaitu di perkarangan rumah Pn. Khamisah Bt Abdullah di Kg. Bendang Nyior, Kemahang, Tanah Merah dan program ini akan dilaksanakan pada pukul 2.30ptg. Dan majlis penyampaian ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPP Negeri Kelantan iaitu Ybhg.Tn Hj. Che Othman B. Che Mat.

12.30tghri
-Sampai ke tapak program.
-Membantu Kak Nah dan Kak Nik dalam membuat persiapan makanan untuk ahli-ahli majlis.

2.30ptg
-Majlis bermula dengan ketibaan orang ramai ke majlis ini.
-Mendengar ucapan alu-aluan daripada Pegawai Pembangunan Jajahan Tanah Merah iaitu En.Arif B. Atan, kemudian ucapan perasmian oleh Ybhg Timbalan Pengarah JPPNK.
-Membantu staff lain dalam menyerahkan replika kunci dan hamper kepada Ybhg Timbalan Pengarah JPP untuk disampaikan kepada peserta projek bina rumah baru yang melibatkan peserta yang seramai 35 orang.

5.00ptg
Majlis tersebut berakhir dengan jamuan makanan kepada semua ahli majlis.

muny said...

30 JUN 2009
TEMPAT : DEWAN KESIHATAN TANAH MERAH

9.00pg
Membantu En.Firdaus ( Bob )dan Cik Habibah ( Biey )menjaga kaunter pendaftaran kontraktor untuk pengundian mendapatkan projek Penyelenggaraan Infrastuktur Awam ( PIA ) dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas ( PIAS )bagi tahun 2009.

10.00pg
-Perasmian majlis pengundian oleh En. Azmi.
-Masa untuk cabut undi daripada kontraktor- kontraktor untuk mendapatkan nombor projek.
-Terdapat 4 projek PIA dan 16 projek PIAS bagi tahun ini.
-Melihat Perbincangan antara antara juruteknik En.Azmi dan En. Firdaus dengan kontraktor yang mendapat projek setelah mendapat nombor dalam undian.

Anonymous said...

1 JULAI 2009

9.00pg
-Mesyuarat bagi semua staff PPJ Tanah Merah (Bincang Pagi).
-En.Arif menekankan tentang pelaksanaan projek Program Bantuan Rumah (PBR) bagi parlimen Tanah Merah.
-Dalam melaksanakan projek dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan, En.Arif juga mengingatkan kepadansemua staff supaya mengenepikan fahaman politik bagi memastikan peserta dalam senarai e-kasih mendapat bantuan daripada kerajaan dan staff juga diingatkan supaya berfikiran secara matang dalam melaksanakan tindakan. Kemudian hal-hal keceriaan juga ditekankan supaya keadaan pejabat sentiasa kelihatan kemas.

11.00pg
Membantu Kak Nik mengemaskinikan senarai nama ketua-ketua setiap jabatan yang berada di Jajahan Tanah Merah, ini kerana pegawai di setiap jabatan sentiasa bertukar nama, selain itunia juga akan memudahkan pihak ppj t/m apabila ingin berhubung dengan jabatan-jabatan tertentu ketika ada urusan yang melibatkan jabatan tersebut.


2 JULAI 2009

9.00pg
Membantu Bie mengemaskinikan fail minit dengan mengambil nombor rujukan fail daripada bahagian pengurusan organisasi, dan membuka fail mengikut perkara yang diarahkan, ini adalah untuk merekod pergerakan fail di dalam jabatan.


5 JULAI 2009

9.00pg
Membantu En.Arif menyelaraskan senarai nama peserta e-kasih bagi status Mudah Miskin di kawasan Gual Ipoh dan diasingkan mengikut Mukim bagi memudahkan proses temubual dan mencari tempat tinggal peserta.


6 JULAI 2009

9.00pg
Menyemak borang tawaran perlanjutan tempoh perkhidmatan Penyelia Pembangunan Persekutuan Mukim (PPM) Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

2.00ptg
Membantu En.Arif untuk menyediakan senarai nama peserta e-kasih yang berada dalam parlimen Tanah Merah mengikut DUN Kemahang, Gual Ipoh dan Bukit Panau.

Anonymous said...

8 JULAI 2009

9.00pg
Mesyuarat semua staff PPJ Tanah Merah, yang mana dalam mesyuarat tersebut En.Arif menegaskan tentang banyak perkara dalam melaksanakan projek jabatan iaitu Program Bantuan Rumah (PBR)seperti:-
-Memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan tanpa mengambil kira fahaman politik.
-Segala maklumat yang bertulis PPJ Tanah Merah perlu mendapat persetujuan En.Arif terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak luar.
-En.Arif juga menegaskan agar semua staff sentiasa mengamalkan komunikasi yang bertempat iaitu sesuai dengan situasi bekerja.
-Hal-hal lain pula berkaitan dengan semakan kerja hendaklah dilakukan secara terperinci supaya tidak timbul banyak masalah.

12.00thgr
Membantu staff lain dalam menguruskan dokumen-dokumen pejabat.


9 JULAI 2009

9.00pg
-Membantu Bob menyediakan proses tawaran kerja sama ada melalui inden kerja atau pesanan tempatan, pengundian dan bayaran projek.
-Inden kerja perlu dibuat dengan menyatakan nama syarikat yang berjaya mendapat projek, kemudian dinyatakan anggaran peruntukan setiap projek.


12 JULAI 2009

8.30pg
-Membantu Kak Nik untuk menghubungi setiap jabatan yang berada di dalam jajahan Tanah Merah. Ini bertujuan untuk mengemaskinikan senarai nama ketua-ketua jabatan di jajahan Tanah Merah, beserta nombor fax pejabat mereka untuk memudahkan perhubungan atas urusan antara agensi apabila memerlukan.
-Setelah selesai mendapatkan senarai baru hasil daripada usaha saya menghubungi mereka, saya perlu menyediakan senarai baru yang bertulis untuk simpanan pejabat.
-Terdapat juga jabatan yang tidak dapat saya hubungi.

muny said...

13 JULAI 2009

8.30pg
Membantu Bie menyediakan senarai nama peserta e-kasih Non Produktif yang belum terima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Parlimen Tanah Merah.

3.00ptg
Meminta pendapat dan sedikit ulasan tentang En.Arif tentang operasi pengurusan dan pentadbiran di dalam di dalam Pejabat Pembangunan Jajahan Tanah Merah sebagai penyelaras dan pemantau bagi pelaksanaan projek dan program kerajaan persekutuan.
-Menurut beliau PPJ Tanah Merah mempunyai dua skop kerja iaitu bahagian teknikal dan pengurusan.


14 JULAI 2009

CUTI PERISTIWA
-PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI.


21 JULAI 2009

9.00pg
Membantu Bob menampal gambar projek yang dikendalikan oleh beliau untuk claim. Menurut beliau , projek yang dikendalikan perlu claim dengan pihak jabatan mengikut modal yang dikeluarkan oleh kontraktor yang memegang projek tersebut dan ia akan disertakan dengan lampiran gambar sebelum, semasa dan selepas projek itu dikendalikan.

muny said...

23 JULAI 2009

8.30pg
En. Arif meminta saya untuk menyemak senarai nama bagi peserta e-kasih bagi DUN Gual Iph, Kemahang, dan Bukit Panau mengikut kategori Miskin Tegar (MT), ini kerana senarai nama tersebut bertindih di dalam jabatan-jabatan tertentu seperti senarai nama yang bertindih dengan jabatan KEMAS, jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Pejabat Tanah Jajahan Tanah Merah.

2.30ptg
Mengikut Bie dan En.Arif ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi menghadiri mesyuarat Program Anugerah Desa Cemerlang (ADC)tahun 2009 di Parlimen Tanah Merah, program ini akan dijalankan pada bulan Ogos depan.


26 JULAI 2009

2.30ptg
Mengikut Bie dan En.Arif ke Pejabat Pelajaran Daerah bagi menghadiri mesyuarat Program Anugerah Desa Cemerlang (ADC) di Parlimen Tanah Merah tahun 2009, dan program akan dilaksanakan pada Ogos depan. Program ini diwakili oleh Penyelia Pembangunan Mukim (PPM)yang mempunyai potensi cemerlang dalam menjalankan mereka sebagai ketua kepada seluruh mukim yang berada dibawah tanggungjawab mereka.

muny said...

27 JULAI 2009

9.00pg
Membantu Bob untuk membuat surat tawaran kerja projek Program Bantuan Rumah (PBR), dan surat tawaran tersebut akan diserahkan kepada kontraktor yang benar-benar layak untuk mengendalikan projek tersebut.

3.00ptg
Membantu Bie merekod kertas minit di dalam fail, antaranya ialah kertas minit bagi fail Penyelenggaraan Infrastruktur Awam Kementerian Kewangan (PIA), Dana Khas DKKP (PSM) Tanah Merah dan fail minit berkenaan dengan fail Kenderaan Rasmi Jabatan.


28 JULAI 2009

9.00pg
Menyambung kerja mengemaskinikan fail minit pejabat iaitu fail yang berkaitan dengan Kerosakan Harta Benda Awam Akibat Banjir, Laporan Prestasi Kemajuan Bulanan Parlimen Tanah Merah, Tuntutan Perjalanan 2009 dan fail minit tentang Dana Khas DKKP (F) Tanah Merah 2009.

11.00pg
Membantu Kak Nah unutk memasukkan atau mengedit gambar bagi senarai cadangan penerima cadangan Program Bantuan Rumah (PBR) tahun 2009 bagi Parlimen Tanah Merah. Di bawah program ini terdapat 2 jenis bantuan iaitu iaitu Bina Baru (BB) dan Baikpulih (BP), peruntukan BB disediakan sebanyak RM 33,000.00 dan BP pula diperuntukan sebanyak RM 11,000.00.

muny said...

29 JULAU 2009

9.00pg
-Membantu Kak La dan Kak Nah untuk menyediakan surat kuasa ke dalam sampul untuk dihantar ke jabatan-jabatan yang terlibat dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Jajahan (JKTJ III) Parlimen Tanah Merah. Antara jabatan yang terlibat ialah FELCRA,Pejabat Pelajaran Daerah, Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah, KEMAS,Jabatan Kerja Raya, Kesedar, Risda, KPPM Bukit Panau dan Veterinar, dan mesyuarat ini akan berlangsung pada 3 Ogos 2009 pada pukul 3.00ptg di bilik mesyuarat PPD Tanah Merah.
-Kemudian saya ditugaskan untuk memasukkan surat agenda mesyuarat ke dalam fail yang telah disediakan oleh Kak La.


30 JULAI 2009

9.00pg
Mengemaskinikan fail minit untuk merekod pergerakan pejabat iaitu kertas minit yang berkaitan dengan DKKP Minoriti (MR) Tanah Merah, Projek Kelulusan dan Projek Infrastruktur Asas DI Kawasan Luar Bandar(PIAS)

2.00ptg
Menyambung untuk membuat fail minit yang berkenaan dengan:-
-Projek Agama Tanah Merah.
-Bekalan Air Luar Bandar
Parlimen Tanah Merah.
-Mesyuarat Jawatankuasa Projek
Khas (OutRight Grant)
-Senarai Cadangan Projek Lampu
Jalan Kampung (LJK)fasa v.

muny86 said...

2 Ogos 2009

9.00pg
Membantu En.Arif untuk membuat senarai cadangan pemohon bagi Bantuan Program Pembansmian Kemiskinan Bandar di Parlimen Tanah Merah.

3.00ptg
Diminta oleh En.Arif untuk membuat tentatif program bagi majlis Penyerahan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah Daftar E-Kasih bagi Parlimen Tanah Merah tahun 2009, yang akan dilakssanakan pada 12 Ogos depan di pusat Latihan Kesihatan Tanah Merah, Kelantan.


3 Ogos 2009

9.00pg
- Mengikut Cik Bie dan En.Arif ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Jajahan (JKTJ III) Parlimen Tanah Merah bagi tahun 2009.
- Pada masa yang sama, saya diarahkan untuk mengambil minit mesyuarat yang akan dibentangkan oleh ahlidewan yang terdiri daripada agensi-agensi yang terlibat dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Antaranta ialah KESEDAR,FELCRA,JKM,KEMAS,Jabatan Kesihatan Daerah,IPD Tanah Merah,Pejabat Pelajaran Daerah,VETERINAR,JKR,dan KPPM.

3.00ptg
Menyerahkan draf minit mesyuarat JKTJ III kepada En.Arif.

muny said...

5 Ogos 2009

9.00pg
- Membantu En.Arif untuk menyelaraskan senarai Bantuan Isi Rumah Miskin yang tiada respond mengikut DUN yang berada di Parlimen Tanah Merah, yang mana bilangan peserta yang tiada respond di Bukit Panau adalah seramai 184 orang, Gual Ipoh pula seramai 68 orang, dan di Kemahang pula adalah sebanyak 89 orang.
- Kemudian mengasingkan dengan senarai BIRM tersebut yang tiada respond di luar Parlimen Tanah Merah pula seramai 36 orang yang terdiri daripada Parlimen Jeli, Gua Musang, Pasir Mas dan Rantau Panjang.
- Keseluruhan senarai BIRM yang tiada respond ini adalah sebanyak 377 orang.


9 Ogos 2009

12.00tghri
- Kak Nah minta saya menyediakan senarai pemohon Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)Tahun 2009, yang mana ia disenaraikan seramai 27 orang pemohon.
- Menurut Kak Nah, senarai pemohon tersebut perlu disediakan kepada En.Arif dan akan diserahkan ke jabatan Kota Bharu untuk mendapatkan kelulusan untuk program PPKB.

muny said...

11 Ogos 2009

11.00pg
Menyediakan senarai pemohon bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dari E-Kasih yang mempunyai 7orang pemohon dan terdapat 2orang pemohon yang tidak layak untuk menerima bantuan daripada PPKB ini, kerana mereka telah mendapat bantuan daripada JKM dan KESEDAR. Dan terdapat 5orang yang layak untuk menerima bantuan PPKB dari senarai e-Kasih.

12 Ogos 2009

8.30pg
- Bersiap untuk ke tapak program PPKB di Pusat Latihan Kesihatan Tanah Merah.
- Membantu Cik Bie dan Kak La di bahagian pendaftaran peserta ke majlis ini, kemudian saya mengiringi peserta ke tempat duduk mengikut nombor giliran.

10.00pg
- Upacara majlis berlangsung dengan sebaiknya dimulai dengan ceramah yang bertajuk "Peningkatan Kualiti Insan" yang disampaikan oleh Tuan Haji Che Mat Bin Che Kob.
- Kemudian mendengar ucapan alu-aluan oleh En.Arif selaku Pegawai Pembangunan Jajahan Tanah Merah.
Dan penyerahan sumbangan bantuan kepada peserta.

2.00ptg
Membantu Kak Nik, Kak Nah, Kak La dam semua staff untuk persiapan pulang ke pejabat.

muny said...

13 Ogos 2009

9.00pg
- Berbincang dengan En.Arif untuk menyediakan tentatif program bagi majlis penyerahan bantuanProjek Quick Win kepada peserta Program Kemiskinan E-Kasih bagi jajahan Tanah Merah, ini akan dilaksanakan pada 18 Ogos 2009.
- Pada masa yang sama, beliau memberitahu tentang isu semasa berkaitan dengan isu bahasa melayu sebangai bahasa kebanggaan negara.
-Dan menurut beliau lagi, dalam sesebuah organisasi akan timbul pelbagai konflik antara pekerja dan majikan dan beliau juga berkata lebih baik menjadi seorang majikan yang bertindak sebagai pegawai yang tidak popular berbanding pegawai yang popular supaya tidak timbul masalah yang merumitkan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.


17 Ogos 2009

8.30pg
- syuarat pagi untuk membincangkan tentang program penyerahan bantuan projek Quick Win kepada peserta E-Kasih pada 18 sept 2009.
- Selain itu, benbincang tentang bidang tugas masing-masing untuk memastikan kelancaran majlis tersebut.
- Kak Nik bentangkan tentang perkembangan peralatan yang telah selesai untuk disediakan dalam majlis esok, dan peralatan tersebut akan diserahkan kepada peserta.

muny said...

18 Ogos 2009

8.40pg
- Bersiap untuk ke majlis bantuan projek Quick Win di Pusat Latihan Kesihatan.
- Membantu Kak La dan Cik Bie di kaunter pendaftaran peserta.

10.00pg
- Upacara majlis berlangsung dengan cerama h yang bertajuk "Memupuk Nilai Berterusan Dalam Berdikari" yang disampaikan oleh En. Azuar dari Bahagian Pemantauan dan Penilaian, JPPK.
- Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada En.Arif.
Dan penyerahan Bantuan Projek Quick Win kepada peserta yang terlibat.
- Matlamat projek ini adalah untuk menambah pendapatan keluarga dalam jangka masa enam bulan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

2.30ptg
Membantu semua staff untuk persiapan pulang ke pejabat.


23 Ogos 2009

9.00pg
Membantu Bob menyediakan soft copy tentang senarai nama kontraktor yang berdaftar dengan pemimpin tempatan di Parlimen Tanah Merah, yang mana kontraktor yang berdaftar adalah sebanyak 179 kontraktor, dan terdapat 117 kontraktor yang berdaftar dengan UMNO Bahagian ini adalah yang mempunyai kepala lesen dan selebihnya tidak mempunyai kepala lesen.

muny said...

24 Ogos 2009

9.00pg
Menyelesaikan senarai kontraktor ya g berdaftar dengan pemimpin tempatan di Parlimen Tanah Merah.

2.30ptg
Membantu Kak Nah untuk menyediakan senarai nama peserta Quick Win yang menerima sumbangan dari JPPK tahun 2009 Parlimen Tanah Merah iaitu seramai 18orang, yang mana peruntukan yang disediakan bagi projek Quick Win ini adalah sebanyak RM50,000.00.

26 Ogos 2009

9.00pg
Membantu Kak Nah untuk membuat surat yang bertajuk Permohonan Kelulusan Peruntukan Projek Di Bawah Program Ameniti Sosial (PAMS)Negeri Kelantan tahun 2009, ini akan dihantar ke pejabat pusat di Kota Bharu.

4.00ptg
Membantu Kak Nik untuk membuat resit bil kepada pembekal mesin menebang pokok ( Chain Saw Steel)model 170 yang berjumlah RM1,200.00 iaitu daripada Syarikat Hasfine Agricultural Machinery Sdn.Bhd.

muny said...

27 Ogos 2009

- Mengemaskinikan fail minit yang berkaitan dengan:-
-surat kuasa
-senarai kontraktor

- Menyambut kedatangan penyelia pelawat ke pejabat untuk mengetahui perkembangan kami di PPJ TM.

- Membantu Kak Nik membuat surat permohonan daripada PPM Batang Merbau yang bertajuk Memohon Peruntukan Bagi Mengadakan Majlis Bebuka Puasa Di Madrasah Kg. Air Machang, Kemahang, Tanah Merah.



30 Ogos 2009

-Fotostat surat kuasa diserahkan kepada Kak Nik.
-Memasukkan kertas minit dan kandungan surat serta dokumen lampiran yang disusun mengikut tarikh yang direkodkan.
-Merekod setiap pergerakan fail bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.
-Mengecop surat keluar dan masuk dari pejabat ke jabatan lain.

muny said...

1 Sept 2009

Membantu Kak Nik membuat surat untuk memohon peruntukan Majlis Berbuka puasa dan Majlis Hari Raya iaitu:

1)Surat Memohon Peruntukan Bagi Mengada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg. Air Machang oleh AJK Madrasah Kg.Air Machang, Mohd Nordin B. Abdul Rahman.
2)Majlis Hari Raya Untuk Penduduk Mukim Jerangau Serta Pemberian Hamper Kepada Ibu Tunggal dan Orang-orang Miskin.
3)Memohon Majlis Hari Raya Untuk Penduduk Mukim Jerangau, Kg Mengat dan Kg. Bukit Tar Tujuh oleh PPM Mukim Jerangau, Mohd Hassan B. Mat Ali.


2 Sept 2009

Mesyuarat pagi yang melibatkan semua staff PPJ TM, antara perkara-perkara yang berbangkit adalah:

1)Taklimat tentang "Puasa & Merdeka:Kaitannya Dengan Perkhidmatan Awam"
2)Laporan "Status Pelaksanaan Projek Infrastruktur Awam(PIA), Program Ameniti Sosial (PAMS) dab Program Bantuan Rumah".
3)Laporan "Penambahbaikan Pelaksanaan Program"
4)Laporan "Prestasi Pelaksanaan & Kewangan sehingga 2 Sept 2009"

muny said...

6 Sept 2009

-Membantu Kak Nik menyediakan senarai cadangan Bekalan Air Luar Bandar ( BALB) Sitem Alternatif DUN Bukit Panau di Mukim Bechah Peleting, Batu Hitam serta kawasan Tanpa Mukim DUN Bukit Panau.


7 Sept 2009

-Saya dimint untuk menyediakan senarai cadangan projek Bekalan Air Luar Bandar ( BALB ) Sistem Alternatif mengikut DUN Gual Ipoh di Mukim Bukit Durian, Bechah Laut, Bukit Pauh, Peralla, Ulu Kusial, Jerangau, Ipoh, Kuala Paku, Pasir Senor dan Gobek.

- Dan menyediakan senarai cadangan projek Bekalan Air Luar Bandar ( BALB ) Sistem Alternatif mengikut DUN Kemahang di mukim Kuala Kepok, Batang Merbau, Chita Jaya dan Bendang Nyior.


8 Sept 2009

- Memasukkan surat kuasa ke dalam fail, sebelum itu saya dimaklumkan supaya memasukkan surat kuasa tersebut ke dalam fail terlebih dahulu dan dikehendaki untuk fotostat surat tersebut sebagai salinan untuk simpanan pejabat.


9 Sept 2009

-Memasukkan kertas minit, kandungan surat dan dokumen lampiran disusun mengikut tarikh yang direkodkan.
-Mengecop kertas minit (keluar&masuk) yang dikemaskan oleh pihak pejabat berkenaan dengan pengawalan dan perjalanan pejabat sepanjang tahun ini.

muny said...

13 Sept 2009

-Membantu Amir untuk mengisi invois bagi projek Program Bantuan Rumah ( PBR),ICU,JPM kepada Saamah Bin Salleh yang diperuntukkan sebanyak RM11,000.00. Dan mengisi borang senarai semak projek khas/Dana/PIAS/PBR/AMS/PJK.
-Dan dokumen tersebut diselesaikan, ia akan dihantar ke bahagian ibu pejabat untuk di claim.


14 Sept 2009

-Amir meminta saya untuk mengisi invois bagi projek Program Bantuan Rumah ( PBR ),ICU, JPM kepada :
1) Mat Ariffin B. Jusoh
2) Ismail B. Che Min.

-Yang mana, projek ini memerlukan kos sebanyak RM11,000.00.

-Kemudian saya diarahkan supaya mengisi borang senarai semak projek khas/Dana/PIAS/AMS/PJK.


16 Sept 2009

-Mengisi dokumen-dokumen yang difailkan dalam Projek Bantuan Rumah (PBR) bagi projek Bina Baru (BB) yang memerlukan kos yang berjumlah RM33,000.00. Antara peserta yang mendapat bantuan ini adalah :-
1)Mohd Asri B. Sulaiman
2)Mohd Zulkifli B. Ali
3)Muhammad B. Mat Jusoh
4)Muhammad Norhazipa B. Mat Zaid.

-Ini adalah fail inden yang disetakan oleh Amir pada hari ini untuk diselesaikan, yang mana saya perlu mengisi invois bagi projek ini.

muny said...

20&21 Sept 2009

CUTI SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDLIFITRI.



28 Sept 2009

Membantu Kak Nik menyediakan senarai ketua-ketua jabatan/agensi persekutuan dan agensi negeri yang berada di sekitar jajahan Tanah Merah. Ia bertujuan untuk mengemaskinikan senarai nama ketua jabatan, nombor fax, alamta jabatan tersebut untuk direkodkan untuk simpanan PPJ TM.



29 Sept 2009

Membantu Kak Nik untuk menyediakan surat permohonan daripada AJK Madrasah Bechah Laut iaitu Hanafi B. Mamat berkenaan dengan Tuntutan Bayaran Balik Perbelajaan Bagi Program Ihya Ramadhan di Masjid Bechah Laut, Tanah Merah pada 12 Sept 2009.

Dan membuat surat permohonan daripada AJK Madrasah Batu 7 1/2 Mukim Batang Merbau yang berkaitan dengan Tuntutan Bayarab Balik Program Ihya Ramadhan di Madrasah Batu 7 1/2 Chita Jaya, Kemahang pada 14 Sept 2009.

muny said...

30 Sept 2009

12.00tghri
-Membantu Amir menampal gambar gambar sebagai lampiran dalam fail inden bagi projek Program Bantuan Rumah (PBR)-Bina Baru- yang memerlukan kos peruntukkan sejumlah RM33,000.00 kepada Che Hussin B. Jusoh.
-Dan dalam inden tersebut saya perlu mengisi borang senarai semak projek khas/Dana/PIAS/AMS/PJK dan borang invois.