CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

SITI ZAHIAH BINTI AHMAD @ MUHAMMAD


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

70 comments:

profhalim said...

ke mana menghilang ?

ct said...

salam prof

siti zahiah said...

1 JUN 2009
8.00 pg-Saya melaporkan diri di Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan tingkat 3 di bahagian pengurusan di Kota Bharu. Dalam masa yang sama saya telah menyerahkan borang lapor diri kepada Pn. Zainora untuk disemak. Seramai 11 orang pelajar praktikal yang melapor diri di JPPK. 7 orang dari UUM, 3 orang dari UNISEL dan 1 orang dari Kolej Professional Kuantan.

9.30 pg-Pn.Zainora telah memperkenalkan kepada kami Encik Zainal Abidin bin Mohd selaku Penolong Pegawai Tadbir. Beliau telah memberi taklimat yang menyentuh tentang objektif JPPK, tujuan dan juga bahagian-bahagian dalam organisasi. Kami telah diminta oleh Encik Zainal untuk memperkenalkan diri masing-masing. Beliau telah mencadangkan kepada kami untuk ditempatkan di PPJ yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Selepas selesai bertemu dengan Encik Zainal kami diminta menunggu untuk mengambil memo bagi pertukaran ke PPJ masing-masing.

2 JUN 2009
8.00 pg-Saya telah menyerahkan sekali lagi borang lapor diri di PPJ Machang kepada Ketua Pembantu Tadbir iaitu En. Mohamed bin Mat Nor. Dalam masa yang sama juga beliau telah memberi sedikit nasihat kepada saya untuk dijadikan panduan.

8.30 pg-Berjumpa dengan Pegawai Pembangunan Jajahan Tanah Merah iaitu En. Arif bin Atan.

9.30 pg-Saya telah dibawa oleh staf di sini untuk pergi melihat tapak projek yang belum siap sepenuhnya iaitu Klinik Desa Kerilla sebgai projek penyelenggaraan struktur awam ( PIA )yang dianggarkan sebanyak RM80,000.

10.00 pg-Meninjau projek membuat longkang yang telah siap sepanjang 90 meter anggaran sebanyak RM18,000 yang dikenali sebagai Projek Dana Khas ( fizikal ).

10.30 pg-Meninjau projek keagamaan iaitu Musalla Kampung Pek yang memakan belanja sebanyak RM19,000.

11.00 pg-Meninjau projek PIA fasa 3 ( KBK ) iaitu Tadika Kubang Belut.

11.30-Meninjau projek keagamaan iaitu Musalla Telaga Tujuh anggaran penyelenggaraan sebanyak RM15,000.

12.00 pg-Meninjau projek kecil persekutuan di Kampung Pangkal Jertas untuk dibuat tar.

12.30 pg-Meninjau projek keagamaan iaitu Musalla di Kampung Lubuk Mak Udang Pulai Chondong.

1.00 tgh-Balik ke PPJ Machang.

ct said...

3-4 JUN 2009
Saya telah ditugaskan untuk membuka fail-fail pengurusan dan menyemaknya serta menyusunnya mengikut tarikh yang terdahulu bagi memudahkan pencarian oleh staf di sini membuat surat. Antara fail yang yang saya buka ialah fail mesyuarat jawatankuasa kerja tindakan jajahan ( JKTJ ) parlimen Machang. Di dalam fail tersebut terdapat borang kehadiran ke mesyuarat, lembaran faksimili ( memo borang kehadiran ) dan sebagainya. Seterusnya, fail projek jalan kampung ( PJK ) Machang. Saya diminta untuk menandakan borang yang dalam jajahan Machang dengan mengecopnya warna biru dan juga bagi luar jajahan Machang dengan warna merah. Kemudian saya dikehendaki untuk membuat no. minit.

Dalam fail tersebut terdapat senarai perolehan projek jalan kampung ( PJK ) dibawah pakej rangsangan ekonomi tahun 2009, selain itu, ia meminta untuk disediakan senarai nama-nama kontraktor-kontraktor yang berwibawa dan menepati syarat-syarat serta diperakui oleh pemimpin tempatan kepada Unit Ukur Bahan bagi tujuan perolehan projek.

5 JUN 2009
Saya telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Penerangan bagi jajahan Tanah Merah yang bertempat di padang Sekolah Menengah Tanah Merah ( I ). Di sana, saya lihat banyak agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Saya juga mendapat banyak pengalaman yang tidak pernah saya perolehi sebelum ini apabila mengikuti program seperti ini yang mana telah diadakan acara-acara untuk menarik ramai pengunjung bagi memeriahkan lagi program itu. Program tersebut selesai pada sebelah petang dengan majlis penutup.

8-9 JUN 2009
Saya telah ditugaskan untuk membuka fail-fail serta menyemaknya mengikut tarikh yang terdahulu dengan mengecopnya mengikut jajahan Machang dan juga luar jajahan Machang. Antara fail yang telah saya buka ialah fail program perparitan dan pencegahan banjir berskala kecil luar bandar.

Seterusnya, membuka fail program bantuan rumah ( PBR ) yang mana bagaimana ia membuat permohonan rumah dibawah skim PPRT untuk orang miskin. Selepas itu, saya membuka pula fail e-merah Machang dengan membersihkan data-data agar memasukkan data-data terbaru dan dikemaskinikan di jajahan masing-masing.

Pada hari berikutnya, saya telah membuka fail mesyuarat agong kelab kebajikan dan sukan ( ICU ). Di dalamnya menyatakan tentang pembubaran jawatankuasa kerja kelab kebajikan dan sukan tahun 2007/2008, dan juga pelantikan jawatankuasa kerja kelab kebajikan dan sukan tahun 2008/2009. Seterusnya, mesyuarat 'focus group' yang memfokuskan program pembasmian kemiskinan.

ct said...

10 JUN 2009
Pada hari ini saya telah ditugaskan untuk membuka fail serta menyemaknya mengikut tarikh yang terdahulu dengan mengecopnya bagi dalam dan juga luar jajahan Machang untuk di buat surat seperti mana pada hari-hari sebelumnya.

Antara fail tersebut ialah peruntukan program pembangunan komuniti yang mana melibatkan surat-surat kuasa JPPK dibawah arahan pelaksanaan program tahun 2009 dan juga membuka fail PIA Machang 2008 yang melibatkan senarai kelulusan projek infrastruktur awam ( PIA )fasa IV dan V, 2009 dan projek infrastruktur asas ( PIAS ) fasa IV.

Di sini, saya dapat mengetahui bagaimana fail-fail tersebut digunakan untuk membuat surat.

ct said...

14 JUN 2009
Sya telah ditugaskan untuk membuka dan menyemak fail yang berkaitan laporan kemajuan bulanan projek kecil jajahan Machang 2009. Kemudian saya telah belajar fax surat daripada Pn. Nik untuk difax kepada pelanggan. Hanya ini sahaja yang dapat saya ceritakan pada hari ini.

ct said...

15 JUN 2009
Saya telah menyambung tugas dengan membuat pembetulan tentang laporan kemajuan bulanan projek kecil bagi jajahan Machang 2009. Selepas itu, saya diminta untuk menampal nama projek dimuka depan fail dokumen bagi parlimen Machang tahun 2009. Seterusnya, saya menyusun dan menyimpannya di dalam kotak. Hanya ini sahaja tugas yang diberikan.

ct said...

16 JUN 2009
Pada hari ini saya diminta oleh kak zah supaya menampal gambar serta dikepilkan sekali dengan surat untuk dihantar ke Kota Bharu, bagi projek fizikal iaitu untuk memohon bantuan dana khas bagi membina tandas serta tempat mengambil wudhuk madrasah Ibrahim Kepang, surat peruntukan bagi membina jalan konkrit bertulang 120 cm x10 cm x 500 meter panjang antara Kepang-Cherang Hangus, dan juga surat pohon baik pulih jalan masjid Lama Kampung Pemanok sepanjang 100 meter dan bina baru kalbok 3 kaki x 3. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk mengisi dan mengemaskini borang kaji selidik sosio ekonomi kampung bagi Dun Kemuning dengan memasukkan nama responden, jawatan, nombor telefon, peratus dan sebagainya. Antara contoh surat bagi projek fizikal ialah seperti berikut:

Dlm JKKPM Kepang 13.06.2009
Tarikh 16.06.2009

Yang Berusaha,
Pegawai Pembangunan Jajahan Machang,
Pejabat Pembangunan Zon 3,
Bangunan Tabung Haji,
Jalan Hospital Tanah Merah,
Kelantan.


Tuan,

POHON BANTUAN DANA KHAS BAGI MEMBINAN TANDAS SERTA TEMPAT MENGAMBIL WUDHUK MADRASAH IBRAHIM KEPANG.

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Dimaklumkan setelah selasai kerja-kerja baik pulih madrasah ini dengan peruntukan sebanyak RM18,000 pihak kami jawatankuasa dimaklumkan ianya tidak mencukupi bagi membina tandas baru serta baik pulih tempat mengambil wudhuk.

3. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa memutuskan supaya diajukan satu permohonan baru bagi tujuan tersebut. Kami jawatankuasa berharap benar supaya permohonan ini diberi keutamaan. Di atas usaha dan bentuk kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,


( CHE OTHMAN BIN YAACOB )
Penyelia Pembangunan Mukim Kepang,
18500 Machang,
Kelantan.

ct said...

18 JUN 2008
Saya diminta oleh kak zah untuk menyusun surat kuasa UPP bil: SKD044 dalam fail peruntukan menteri ( OG )Machang 2008. Selepas itu, saya mengemaskini semula fail dan dokumen yang berkenaan. Kak zah juga telah menerangkan kepada saya serba sedikit tentang surat kuasa. Pada hari ini juga saya telah belajar bagaimana menggunakan mesin fotostat untuk menfotostat dokumen. Setelah semua kerja selesai saya mula melayari internet untuk mencari tentang latar belakang syarikat ini.

ct said...

19-20 JUN 2009
Cuti

ct said...

21 JUN 2009
Pada hari ini saya diminta oleh pihak pejabat untuk membuka fail e-kasih yang mana fail ini berkaitan dengan bantuan yang diberikan kepada orang miskin bagi jajahan Machang contohnya membaiki rumah agar dapat memperbaiki kehidupannya agar lebih terjamin. Saya juga meminta abang Syam ( PAR ) untuk menerangkan tentang fail e-kasih. Terdapat senarai permohonan baru miskin yang telah dimasukkan data dalam sistem e-kasih. Saya memasukkan dokumen-dokumen yang berkaitan ke dalam fail bagi e-kasih Pulai Chondong yang mana nama pelapornya ialah Abdul Aziz Husin manakala bagi Temangan pula ialah Ahmad bin Abu Bakar. Selain itu, saya membuat sticker untuk tajuk bagi senarai nama e-kasih parlimen Machang. Seterusnya, saya telah mengemas dokumen-dokumen dalam kotak supaya berada dalam keadaan yang rapi dan kemas. Pada sebelah petang pula, saya ditugaskan untuk menulis nombor projek dan juga jumlah peruntukan bagi parlimen Machang yang terdapat dalam surat kuasa untuk dicop oleh pihak pejabat dan akan dibawa kepada Pegawai Pembangunan Jajahan Machang iaitu Encik Wan Muzani bin Wan Idris untuk ditandatangan.

ct said...

22 JUN 2009
Pagi ini seperti biasa saya masuk ke pejabat pukul 8.00 pagi. Pada pukul 9.00 pagi saya telah diajak oleh Ketua Pembantu Tadbir iaitu Encik Mohamed bin Mat Nor untuk pergi membuat bancian terhadap orang miskin dikawasan Temangan, Machang. Kami telah dibawa oleh pemandu bagi jajahan Machang iaitu abang Lan ke kampung-kampung yang berkenaan. Kampung yang mula-mula kami tuju ialah Kampung Kerilla. Hanya dua buah rumah sahaja yang dapat kami temui iaitu rumah ibu tunggal. Saya dan Encik Mad telah menemubual mak cik tersebut untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang latar belakangnya. Apa yang saya perhatikan di sini, kebanyakkan mereka yang menerima bantuan ini adalah mempunyai ramai anak. Seterusnya, kami menuju pula ke Kampung Pauh yang mana terdapat dua buah rumah yang tersenarai di dalam e-kasih untuk menerima bantuan. Perjalanan untuk pergi ke rumah mereka sangat jauh. Dengan mengikuti Encik Mad saya telah mendapat pengalaman untuk membanci isi rumah di Malaysia bagi jajahan Machang. Bancian ini berakhir pada jam 4.00 petang.

ct said...

23 JUN 2009
Pada hari ini saya telah menjalankan tugas dengan menyusun surat akuan penerimaan dan juga dokumen-dokumen yang berkaitan mengikut mukim Kemuning, Temangan dan juga Pulai Chondong. Surat yang dimaksudkan di sini ialah surat pembayaran gaji dan juga penerimaan tawaran pelanjutan tempoh perkhidmatan jawatan ketua penyelia pembangunan mukim ( KPPM ). Selain itu, saya juga diminta oleh pihak pejabat untuk menaip bagi tajuk mukim untuk dijadikan sticker dengan menggunakan komputer dan print untuk ditampal di atas fail berkenaan bagi setiap mukim.

ct said...

24 JUN 2009
Pagi ini saya telah diberitahu bahawa Pegawai Pembangunan Jajahan Machang iaitu Encik Wan Muzani bin Wan Idris akan datang ke pejabat ini untuk mengadakan mesyuarat dengan penggawa dan penghulu kampung bagi membincangkan tentang projek 'Quick Win' dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Saya telah menolong pihak pejabat mengemas bilik mesyuarat tersebut. Pada pukul 11.30 pagi Pegawai jajahan Machang dan juga penggawa serta penghulu kampung telah tiba di pejabat ini dan terus masuk ke bilik mesyuarat untuk berbincang tentang projek tersebut. Setelah mesyuarat selesai saya telah meminta Encik Wan Muzani bin Wan Idris untuk menandatangani buku laporan praktikal. Manakala pada sebelah petang pula, saya diminta oleh pihak pejabat untuk menyemak borang kaji selidik bagi Dun Temangan dan Kemuning.

ct said...

25 JUN 2009
Pada hari ini saya menyambung tugas dengan menyemak borang kaji selidik tersebut agar memudahkan pihak pejabat membuat penilaian terhadap orang miskin di sesebuah kampung berkenaan supaya dapat diberikan bantuan yang sewajar dengannya. Setelah selesai membuat penyemakan ke atas borang kaji selidik tersebut, saya telah diminta oleh pihak pejabat sekali lagi untuk menyemak senarai nama bagi permohonan di bawah program bantuan rumah ( PBR ) 2009 bagi parlimen Machang negeri Kelantan bagi kategori miskin, miskin tegar dan dan juga PGK ( panduan garis kemiskinan ). Apa yang saya faham bagi contoh kategori miskin pendapatan perkapita adalah RM400, miskin tegar RM300 dan juga PGK tidak layak untuk menerima bantuan. Tetapi, pendapatan perkapita ini boleh berubah mengikut masa dan keadaan.

ct said...

26-27 JUN 2009
Cuti hari jumaat dan sabtu.

ct said...

28 JUN 2009
Pada hari ini saya hanya mengemas fail-fail projek untuk dikemaskinikan oleh pihak pejabat. Setelah selesai semua kerja tersebut saya mencari maklumat tentang operasi pengurusan dan pentadbiran jabatan ini. Hanya ini sahaja yang saya lakukan sampai ke petang.

ct said...

29 JUN 2009
Pada pagi ini saya diminta oleh pihak pejabat untuk mengemas dan menyusun fail pengurusan dan juga projek dalam kotak yang telah disediakan oleh pihak pejabat bagi kawasan parlimen Machang 2008/2009. Selain itu, saya dikehendaki membuka fail projek mengikut perkara yang telah dinyatakan. Selepas itu, saya membantu pihak pejabat membuat kerja-kerja yang sepatutnya contohnya mengemas bilik mesyuarat.

ct said...

30 JUN 2009
Hari ini saya diminta oleh pihak pejabat dari bahagian teknikal untuk memasukkan tajuk projek, nombor projek dan juga jumlah peruntukan dalam surat kuasa dengan menaip semula bagi membuat salinan baru dan print untuk diedarkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya mendapatkan projek membuat jalan dan juga membuat bangunan dalam pembancian yang akan berlangsung pada hari khamis 2hb Julai 2009.

ct said...

1 JULAI 2009
Pada pagi ini saya dikehendaki untuk membuka fail projek untuk dimasukkan surat kuasa dengan menulis nama projek, nombor projek dan juga jumlah peruntukan yang telah dinyatakan. Setelah selesai membuka fail projek tersebut saya telah menyusun fail-fail itu dalam kotak yang telah disediakan. Hanya ini sahaja yang saya lakukan pada hari ini.

ct said...

2 JULAI 2009
Hari ini saya menyusun surat kuasa bermula dari tarikh yang terdahulu untuk memudahkan pihak pejabat menjalankan kerjanya. Pada hari ini juga, saya telah menyaksikan proses pengundian projek untuk kerja-kerja awam bagi kontraktor-kontraktor kelas F yang terlibat. Antara projek-projek tersebut ialah projek infrastruktur awam ( PIA )contohnya mengetar jalan dan sebagainya. Manakala projek infrastruktur asas ( PIAS) pula ialah seperti menyelenggara bangunan dan lain-lain. Projek yang diundi bagi PIAS sebanyak lima ( 5 ) buah projek bangunan dan PIA pula sembilan ( 9 ) projek jalan. Hanya kontraktor yang berjaya mendapat projek sahaja dibenarkan untuk melaksanakannya dengan mengisi surat setuju terima dan surat tawaran.

ct said...

5 JULAI 2009
Pada hari ini saya menyambung tugas dengan menyemak kembali senarai nama bagi e-kasih Dun Temangan dan Kemuning kategori miskin tegar kerana nama-nama yang tersenarai itu bertindih antara jabatan-jabatan tertentu contohnya Jabatan Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan sebagainya.

ct said...

6 JULAI 2009
Pada hari ini saya dikehendaki untuk memasukkan data dalam komputer bagi Projek Infrastruktur Awam ( PIA ), Projek Infrastruktur Asas ( PIAS ) dan juga Projek Dana Khas ( Fizikal ). Selain itu, saya menyambung kembali tugas menyemak senarai nama e-kasih bagi Dun Pulai Chondong pula untuk kategori miskin tegar.

ct said...

7 JULAI 2009
Hari ini saya dikehendaki menjaga kaunter di bahagian pengurusan dengan melayan pelanggan yang datang atas urusan-urusan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan bagi menyerahkan borang akaun siap kerja kepada kontraktor yang berkenaan.

ct said...

8 JULAI 2009
Pada pagi ini saya diajak oleh pihak pejabat untuk pergi melihat projek bagi kerja Pembaikan Madrasah Taman Jambu Lawar Batu 10 di Temangan, bagi membincangkan perjalanan projek supaya berjalan dengan lancar. Setelah perbincangan selesai kami terus balik ke pejabat. Apabila sampai di pejabat saya meneruskan kerja dengan menyemak senarai nama e-kasih bagi Dun Temangan kategori mudah miskin.

ct said...

9 JULAI 2009
Pada pagi ini saya diajak oleh pihak pejabat bahagian teknikal untuk pergi meninjau kerja-kerja mengetar semula jalan Kampung Jelutong ke Kampung Kelubi Pauh Lima Dun Pulai Chondong. Di sini, saya dapat mengetahui bagaimana juruteknik menjalankan tugas berkaitan dengan jalan iaitu mengukur terlebih dahulu panjangnya untuk dibuat tar. Kemudiannya pula, saya dibawa untuk pergi meninjau kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih Madrasah Taman Seri Makmur, Padang Selising bagi Dun Kemuning.

ct said...

12 JULAI 2009
Hari ini saya diminta oleh pihak pejabat menulis catatan tentang mesyuarat dipapan kenyataan iaitu mesyuarat jawatankuasa pengurusan aset yang akan diadakan pada 16 Julai 2009 pukul 9.00 pagi dibilik gerakan tingkat 14, JPPK, mesyuarat pengurusan JPPK pukul 12.00 tengahari yang bertarikh 16 Julai 2009 bertempat dibilik gerakan tingkat 14, JPPK serta mesyuarat jawatankuasa keutuhan dan pengurusan jabatan pukul 12.30 tengahari bertempat dibilik gerakan tingkat 14, JPPK. Selepas itu, saya menyambung kembali tugas menyemak senarai nama e-kasih bagi kategori mudah miskin Dun Temanagn. Saya juga dikehendaki untuk menfotostat surat sambung kontrak penghulu bagi Dun Pulai Chondong. Pada sebelah petang pula, saya telah dibawa oleh juruteknik untuk pergi melihat kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih Madrasah Taman Seri Makmur, Padang Selising Dun Kemuning.

ct said...

13 JUALI 2009
Pada hari ini pula, saya dikehendaki untuk menulis tarikh bagi surat sambung kontrak penghulu yang mana penghulu tersebut terlupa untuk menulisnya. Kemudian saya menfotostat surat sambung kontrak penghulu untuk dijadikan salinan pejabat. Selepas itu, saya menyambung kembali dengan menyemak senarai nama e-kasih bagi semua Dun iaitu Kemuning, Pulai Chondong dan Temangan bagi kategori mudah miskin. Saya juga dikehendaki untuk memasukkan surat sambung kontrak penghulu ke dalam fail yang telah disediakan bagi Dun Kemuning, Temangan dan juga Pulai Chondong.

ct said...

14 JULAI 2009
Cuti Umum ( cuti peristiwa )sempena pilihanraya kecil Manek Urai.

ct said...

15 JULAI 2009
Pada hari ini saya ditugaskan untuk mencari fail projek yang mana fail tersebut akan digunakan oleh pihak pejabat membuat bayaran balik kepada penghulu dan juga pihak PIBG sekolah.

ct said...

16 JULAI 2009
Pada hari ini saya diminta supaya menulis nama projek, nombor projek dan juga anggarannya bagi program Ameniti sosial dan juga Projek Infrastruktur Asas ( PIAS ) tahun 2009.

ct said...

17-18 JULAI 2009
Cuti Jumaat dan Sabtu.

ct said...

19 JULAI 2009
Pada hari ini saya menyambung kembali tugas dengan menulis nama projek, nombor projek dan juga anggarannya bagi program Ameniti sosial dan Projek Infrastruktur Asas ( PIAS )tahun 2009 untuk dijadikan salinan bagi proses pengundian projek.

ct said...

20 JULAI 2009
Pada hari ini saya membantu pihak pejabat menyemak senarai nama e-kasih bagi kategori miskin tegar untuk semua dun yang terlibat iaitu Kemuning, Temangan dan juga Pulai Chondong.

ct said...

Tarikh : 21 JULAI 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : Menyemak senarai nama e-kasih, memasukkan surat kuasa ke dalam fail, mengecop surat akuan terima daripada JPPK Kota Bharu.

Catatan : Saya menyambung tugas dengan menyemak senarai nama e-kasih kategori miskin tegar bagi dun Temangan. Kemudian, saya memasukkan surat kuasa yang telah difotostat ke dalam fail untuk ditandatangani oleh Pegawai Pembangunan Jajahan Machang iaitu Encik Wan Muzani bin Wan Idris untuk disahkan. Selepas itu pula, saya diminta untuk mengecop surat akuan terima daripada JPPK Kota Bharu untuk diluluskan.

ct said...

Tarikh : 22 JUN 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : Memasukkan surat kuasa ke dalam fail.

Catatan : Saya diminta oleh pihak pejabat untuk memasukkan surat kuasa ke dalam fail serta mengecopnya bagi dalam dan juga luar jajahan Machang untuk memudahkan kerja pihak pejabat membuat surat.

ct said...

Tarikh : 23 JULAI 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : Membuat tentatif program, pembayaran untuk program yang diadakan.

Catatan : Saya diminta untuk menulis tentatif program dan membuat resit pembayaran kepada pelanggan dan juga membuat pengesahan oleh Pegawai Pembangunan Jajahan Machang.

ct said...

Tarikh : 26 JULAI 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : Menyiapkan senarai projek.

Catatan : Saya diminta oleh Encik Zainusan untuk menulis nama projek, nombor projek dan juga anggarannya bagi projek Ameniti sosial yang belum membuat pembayaran untuk dihantar ke Kota Bharu untuk diluluskan.

ct said...

Tarikh : 27 JULAI 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya diminta oleh Encik Zainusan untuk mengefax senarai kontraktor kelas F kepala - : IV sub kepada 3B bagi Parlimen Machang untuk dihantar ke Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Machang. Selepas itu pula, saya ditugaskan untuk mencari alamat bagi permohonan sambungan bantuan program pembasmian kemiskinan bandar ( PPKB ) tahun 2009 untuk memudahkan Encik Mohamed membuat penyemakan semula ke atas mereka yang telah disenaraikan di dalam PPKB. Kemudian, saya diminta oleh Puan Nor Azizah untuk memasukkan surat perlantikan panel penilai bagi anugerah desa cemerlang peringkat negeri dan daerah tahun 2009 untuk dihantar kepada mereka yang terlibat. Saya juga telah mengecop surat terima untuk disahkan oleh Pegawai Pembangunan Jajahan Machang iaitu Encik Wan Muzani bin Wan Idris.

ct said...

Tarikh : 29 JULAI 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya telah memasukkan surat kuasa ke dalam sampul untuk dihantar ke jabatan-jabatan FELCRA, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pertanian, Pejabat Kesihatan Daerah, KEMAS, Jabatan Kerja Raya ( JKR ), KPP Kemuning, KPP Temangan, KPP Pulai Chondong, Ibu Pejabat Polis Daerah dan banyak lagi untuk dipanggil menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja tindakan jajahan ( JKTJ II ) Parlimen Machang bilangan 4/2009 yang akan diadakan pada 3 Ogos 2009 pada pukul 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Kelantan, Wilayah Machang, Jalan Tok Chanor, Machang. Saya juga telah memasukkan surat agenda mesyuarat ke dalam fail yang telah disediakan serta menyemak senarai jabatan yang terlibat. Antara agenda tersebut telah saya lampirkan : 1. Perutusan daripada Y.Bhg. Tuan Pengerusi. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Jajahan ( JKTJ II ) Jajahan Bil. 3/2009. 3. Laporan Maklum Balas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Jajahan ( JKTJ II ) Jajahan Bil. 2/2009. 4. Pembentangan Kertas Laporan / Taklimat
i ) Kertas Bil. 2/4/2009
Pembentangan Kertas Taklimat oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR ) bertajuk : - " Status Pelaksanaan Projek RMK-9 ".

ii ) Kertas Bil. 3/4/2009
Pembentangan Kertas Taklimat oleh RISDA Daerah bertajuk : - " Status Pelaksanaan Projek Pembasmian Kemiskinan Jajahan Machang ".

iii ) Kertas Bil. 4/4/2009
Pembentangan Kertas Taklimat oleh Pejabat Belia Daerah bertajuk : - " Program dan aktiviti peningkatan Belia Jajahan Machang ".

5 ) Hal-hal lain.
6 ) Penutup.

ct said...

Tarikh : 30 JULAI 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya menulis resit tuntutan pembayaran daripada pembekal. Kemudian fotostat untuk salinan pejabat serta cop untuk pengesahan pegawai. Selepas itu, saya menulis catatan untuk ke mesyuarat pemantauan pelaksanaan projek Ameniti sosial bagi Negeri Terengganu pada 6/8/2009 di papan kenyataan.

ct said...

Tarikh : 2 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya memasukkan surat kuasa ke dalam fail serta fotostat untuk salinan pejabat.

ct said...

Tarikh : 3 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya diminta untuk menulis senarai projek untuk pengundian Parlimen Machang bagi projek Ameniti sosial 2009. Antara projek yang akan dibuat undian ialah : 1. Kalbot di Kg. Padang Pak Yam - Ameniti sosial 1 - Peruntukan RM6000.
2. Kalbot di Kg. Pangkal Durian - Ameniti sosial 2 - Peruntukan RM7000.
3. Kalbot di Kg. Kok Kiak, Baka - Ameniti sosial 3 - Peruntukan RM6000.
4. Wakaf di Kg. Padang Raja, Kg. Belukar - Ameniti 4 - Peruntukan RM6000.
5. Wakaf di Baru 25 1/2 - Ameniti sosial 5 - Peruntukan RM6000.
6. Wakaf di Simpang jalan masuk Kg. Bunut - Ameniti 6 - Peruntukan RM6000.

Hari ini juga, berlangsungnaya mesyuarat JKTJ di Machang. Hanya tiga orang sahaja wakil yang pergi untuk mendengartaklimat tersebut.

ct said...

Tarikh : 4 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya membuat resit untuk pembayaran daripada pembekal. Selepas itu, saya telah menyemak borang kaji selidik bagi dun Kemuning untuk dihantar ke Kota Bharu. Sebelum dihantar saya telah menfotostat borang tersebut terlebih dahulu untuk dibuat salinan pejabat. Saya juga, telah menyusun surat mengikut tarikh yang terdahulu bagi memudahkan pihak pejabat membuat surat yang baru. Hari ini juga, saya diminta oleh Puan Nor Azizah untuk mengefax surat ke Pejabat Pembangunan Jajahan Jeli.

ct said...

Tarikh : 5 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Hari ini telah diadakan mesyuarat tergempar di antara kakitangan Pejabat Pembangunan Jajahan Machang dengan Pejabat Pembangunan Jajahan Tanah Merah bagi membincangkan tentang kualiti perkhidmatan kakitangan dalam organisasi tersebut. Selepas itu pula, saya diminta oleh pihak pejabat untuk menulis tuntutan pembayaran daripada pembekal untuk program perkongsian cahaya baru dan ramah-mesra penduduk Kampung Jenereh Bongkok Pulai Chondong, Machang yang bertarikh 27/6/2009 ( Sabtu ) pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di perkarangan Madrasah Kampung Jenereh Bongkok yang mana perasmian penutup oleh YBhg Tuan Haji Ahmad Jazlan bin Haji Yaacob iaitu pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan. Kemudian saya menulis tuntutan pembayaran daripada pembekal untuk program perkongsian cahaya baru dan ramah-mesra penduduk Kampung Hutan Rebana Kemuning, Machang yang bertarikh 27/6/2009 ( Sabtu ) pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di perkarangan Madrasah Kampung Hutan Rebana. Manakala, saya menulis pula tuntutan pembayaran daripada pembekal untuk program perkongsian cahaya barudan ramah-mesra penduduk Kampung Bukit Besi, Temangan Machang yang bertarikh 20/6/2009 ( Sabtu ) pada pukul 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam di perkarangan Madrasah Kampung Bukit Besi.

ct said...

Tarikh : 9 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya diminta oleh pihak pejabat untuk menulis tuntutan pembayaran daripada pembekal. Selain itu, saya telah memasukkan surat kuasa ke dalam fail pengurusan. Sebelum memasukkan surat kuasa tersebut ke dalam fail terlebih dahulu saya dikehendaki untuk fotostat surat tersebut sebagai salinan pejabat.

ct said...

Tarikh : 10 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya telah menyambung tugas dengan memasukkan surat kuasa ke dalam fail pengurusan. Sebelum memasukkan surat kuasa tersebut ke dalam fail terlebih dahulu saya dikehendaki untuk fotostat surat tersebut sebagai salinan pejabat. Saya juga diminta untuk membuka fail baru mengikut perkara yang diarahkan. Selepas itu, saya dikehendaki untuk memasukkan surat sambung kontrak penghulu ke dalam fail bagi Kemuning dan juga Pulai Chondong. Daftar masuk dan keluar surat-surat bagi jajahan Machang dengan menggunakan cop yang telah disediakan oleh pihak pejabat.

ct said...

Tarikh : 11 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya diminta oleh pihak pejabat untuk menyemak borang cuti sakit kakitangan. Saya juga dikehendaki untuk menulis senarai nama miskin bandar bagi semua dun iaitu Kemuning, Temangan dan juga Pulai Chondong. Ini kerana sebagai proses kemaskini semula untuk diberikan bantuan kepada mereka yang tersenarai.

ct said...

Tarikh : 12 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Menyambung tugas dengan menyemak semula senarai nama bagi miskin bandar untuk dikemaskini. Saya juga ditugaskan untuk menjaga Pejabat Pembangunan Jajahan Tanah Merah kerana semua kakitangannya menghadiri program penyerahan bantuan kepada orang miskin.

ct said...

Tarikh : 13 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Sekali lagi saya dikehendaki untuk menyambung tugas dengan menyemak senarai nama miskin bandar yang telah diberikan oleh penggawa. Saya juga dikehendaki untuk memasukkan kertas minit dan rekod pergerakan fail.

ct said...

Tarikh : 16 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Saya diminta untuk menulis catatan bagi senarai nama miskin bandar bagi kategori-kategori tersebut dan print untuk rujukan pihak pejabat. Selepas itu, saya telah memasukkan kertas minit dan rekod pergerakan fail.

ct said...

Tarikh : 19-20 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Memasukkan kertas minit dan merekod pergerakan fail. Selepas itu, mengecop surat terima dan keluar bagi jajahan Machang dengan menggunakan cop yang telah disediakan oleh pihak pejabat.

ct said...

Tarikh : 24 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Memasukkan surat kuasa ke dalam fail. Sebelum memasukkan surat kuasa tersebut ke dalam fail terlebih dahulu saya dikehendaki untuk fotostat surat tersebut sebagai salinan pejabat.

ct said...

Tarikh : 26 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Membuka fail baru mengikut perkara yang diarahkan. Selepas itu, daftar masuk dan keluar surat-surat bagi jajahan Machang dengan menggunakan cop yang telah disediakan oleh pihak pejabat.

ct said...

Tarikh : 27 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : -Fotostat surat kuasa dan masukkan ke dalam fail baru.
-Memasukkan kertas minit dan kandungan surat dan dokumen lampiran di susun mengikut tarikh yang terdahulu. -Merekod pergerakan fail bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.

ct said...

Tarikh : 30 OGOS 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Menyambung tugas dengan memasukkan kertas minit dan kandungan surat dan dokumen lampiran disusun mengikut tarikh yang terdahulu.

ct said...

Tarikh : 1 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : Menyambung tugas dengan memasukkan kertas minit dan kandungan surat dan dokumen lampiran disusun mengikut tarikh yang terdahulu.

ct said...

Tarikh : 2 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : -Memasukkan kertas minit dan kandungan surat dan dokemen lampiran disusun mengikut tarikh yang terdahulu. -Merekod pergerakan fail bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.
-Mencatat minit pendek di atas kertas minit.

ct said...

Tarikh : 3 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : -Fotostat surat kuasa dan masukkan ke dalam fail baru.
-Mendaftar masuk dan keluar surat-surat bagi jajahan Machang dengan menggunakan cop yang telah disediakan oleh pihak pejabat.

ct said...

Tarikh : 6 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Catatan : -Membuka fail baru.
-Mendaftar masuk dan keluar surat-surat bagi jajahan Machang dengan menggunakan cop yang telah disediakan oleh pihak pejabat.
-Fotostat surat kuasa dan masukkan ke dalam fail baru, serta fotostat resit untuk dijadikan salinan pejabat. -Staff PPJ Machang pergi mesyuarat ke KB untuk membincangkan tentang majlis sembahyang Isyak dan teraweh bersama YAB Perdana Menteri dan YABHG Datin Paduka Sri Rosmah Bt Mansor yang akan hadir pada keesokan hari.

ct said...

Tarikh : 7 SEPTEMBER 2009

CUTI NUZUL AL-QURAN.

ct said...

Tarikh : 8-9 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : Memasukkan kertas minit dan kandungan suratserta dokumen lampiran disusun mengikut tarikh yang terdahulu.

ct said...

Tarikh : 19 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : -Mengecop surat tuntutan pembayaran daripada pembekal untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai jajahan Machang.
-Memasukkan kertas minit ke dalam fail yang berkenaan.

ct said...

Tarikh : 13 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : Mengecop surat masuk dan keluar bagi jajahan Machang.

ct said...

Tarikh : 14 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : -Mendaftar surat-surat masuk dan keluar bagi jajahan Machang. -Memasukkan surat kontrak perlanjutan penghulu ke dalam fail Temangan dan Pulai Chondong. -Menyusun surat untuk pengesahan Pegawai Jajahan Machang.

ct said...

Tarikh : 15 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : -Mendaftar surat-surat Machang. -Memasukkan surat kontrak perlanjutan penghulu ke dalam fail Pulai Chondong.

ct said...

Tarikh : 16 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : -Menfotostat surat masuk bagi jajahan Machang.
-Menulis kandungan surat dalam buku descpatch/Lo dan inden kerja. -Menaip surat untuk program Ihya'ramadhan bagi dun Kemuning.

ct said...

Tarikh : 20-21 SEPTEMBER 2009

Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri

ct said...

Tarikh : 27-28 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : Memasukkan kertas minit dan kandungan surat serta dokumen lampiran disusun mengikut tarikh yang terdahulu.

ct said...

Tarikh : 29-30 SEPTEMBER 2009

Tempat : Pejabat Pembangunan Jajahan Machang

Aktiviti : -Menfotostat senarai semak projek-projek khas untuk salinan pejabat.
-Mencari fail projek yang bertindih serta menyusunnya bagi memudahkan pihak pejabat melaksanakan tugas apabila berurusan dengan pelanggan.
-Menulis resit tuntutan pembayaran daripada pembekal.