CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

Haslinda Binti Mohd Sannah


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

87 comments:

Anonymous said...

askum prof, saya telah melaporkan diri pada 2 jun 2009 di Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Sepatutnya saya perlu laporkan diri pada 1 jun 2009 namun pada hari tersebut negeri Sabah cuti sempena Hari Gawai.

Saya telah melaporkan diri kepada Puan Maria selaku Penolong Pegawai Tadbir 1 di organisasi tersebut. beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai MPT dan peraturan.peraturan yang perlu dipatuhi di organisasi tersebut. itu sahaja yang ingin saya laporkan kepada prof

Anonymous said...

3 jun 2009 (8.30 pagi)
- Puan Maria telah menempatkan saya di Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan dan saya telah diperkenalkan oleh kakitangan di jabatan tersebut. melalui maklumat yang diberikan seramai 14 orang sahaja dalam jabatan tersebut yang terdiri daripada 5 orang arkitek, 6 orang di unit setinggan dan 3 orang di OAC.

9.00 pagi
saya telah diminta untuk menyusun minit mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Pelan2 Pembangunan. mesyuarat ini akan dijalankan pada 21 Jun 2009 di Bilik Gerakan MPT. Dalam minit mesyuarat tersebut, mereka akan membincangkan mengenai cadangan pelan2 bangunan untuk membina 8 unit kedai komersial dengan 3 buah apartment dan 20 unit kedai komersial dengan 2 buah apartment di Mile 4 Jalan Bunga Raya Tawau. Tapak tersebut mempunyai kawasan tanah (land area) iaitu 4.94 acs dan terletak di zon Residential Area.

dalam minit mesyuarat itu juga terdapat maklumbalas atau ulasan daripada Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa di mana mereka tidak membenarkan MPT untuk meluluskan cadangan tersebut kerana bilangan kegunaan komersial yang dicadangkan tidak dapat dibenarkan di dalam zon perumahan R(B) dan tidak menyediakan setback yang mencukupi.

11.30 pagi
saya telah berjumpa dengan Encik Majied Haji Patola selaku penolong pegawai tadbir di jabatan tersebut. beliau telah menerangkan serba sedikit tugas dan fungsi yang dijalankan oleh jabatan tersebut. menurut beliu, jabatan ini bertanggungjawab dalam memproses permohonan perancangan pelan-pelan bangunan dan pelan pembangunan. selain itu, mereka turut membuat pemeriksaan terhadap dokumen2 yang diperlukan dalam permohonan tersebut seperti plan2, form b , apendix 1, land title yang telah disahkan oleh badan2 berdaftar. mereka turut meminta ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti jkr, jabatan air, jabatan bomba dan sebagainya. selepas itu mereka akan melakukan mesyuarat yang diketuai oleh presiden MPT untuk membincangkan perkara tersebut. mereka juga akan mengeluarkan sijil layak menduduki kepada pemohon selepas semua syarat-syarat dipatuhi.

2.00 p.m
saya telah merekod fail-fail yang keluar dan masuk di dalam jabatan tersebut. antara contoh fail yang terlibat ialah cadangan fuel station yang akan dibina di KM74 jalan tawau-kunak Highway tawau yang dimohon oleh Encik Mohd Alwi Umar dan seorang pemilik lain. pemohon telah menyertakan pelan lokasi di mana di dalam pelan tersebut perlu dinyatakan skala yang bersesuaian, kemudahan-kemudahan asas sanitari seperti tandas, kedudukan arahan jalan keluar dan masuk, jenis terapan jalan masuk dan keluar serta tempat letak kereta (TLK), dimensi TLK, keluasan hak milik tanah dinyatakan jika hak milik tanah lebih satu ekar kawasan lapang seluas 10%.

ini sahaja yang saya dapat laporkan kepada prof.

Anonymous said...

4 JUN 2009
8.15 pagi -seksyen Kawalan pembangunan & bangunan
aktiviti - merekod minit mesyuarat jawatankuasa perancang bandar dan pelan2 bangunan yang telah dilakukan.

9.10 pagi -seksyen Kawalan pembangunan & bangunan
aktiviti - melihat float fail yang mengandungi balasan2 surat oleh MPT kepada pihak2 berkenaan yang meliputi surat struktur dan letrik (M&E). Selain itu, balasan surat tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa pihak majlis telah meluluskan permohonan pelan2 bangunan yang telah dipohon. kelulusan tersebut hanya sah untuk setahun sahaja. ia juga bertujuan untuk memaklumkan bahawa Sijil Menduduki Bangunan (OC) telah dikeluarkan oleh pihak majlis.

Anonymous said...

5 jun 2009
8.00 pagi (seksyen kawalan pembangunan & bangunan)
aktiviti: salah seorang jurutera di bhgn ini telah meminta saya utk meneliti manual prosuder kerja di bhgn pembangunan & kejuruteraan. di bhgn ini didapati terdapat beberapa seksyen dan unit sokongan seperti seksyen kawalan pembangunan & bangunan, seksyen penyelenggaraan bangunan2 majlis, lampu2 jln raya dan sistem lalulintas, seksyen pembangunan luar bandar dan penghiasan bandar, seksyen penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur, unit pentadbiran am dan unit lukis pelan. setiap seksyen dan unit sokongan tersebut mempunyai tugas2 dan tanggungjawab masing2.

dalam manual prosuder kerja tersebut ia juga turut menunjukkan bagaimana peranan jurutera, pembantu tadbir dan presiden dalam melulus dan memproses permohonan seperti pelan pembangunan (pelan tatatur/pembangunan/pembahagian), pelan kerja tanah, melaksana dan meyelenggara projek2 majlis, pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan dan sebagainya.

profhalim said...

Ok bagus,teruskan menulis

Anonymous said...

8 JUN 2009
8.15 pagi(seksyen kawalan pembangunan & bangunan)
aktiviti: meneliti bagaimana mesyuarat penuh majlis diadakan. Mesyuarat tersebut perlu dihadiri oleh presiden, timbalan presiden, dan 24 orang kaunselor di mana kalangan mereka ini adalah pembuat keputusan apa-apa perkara yang dibincangkan. selain itu, ia turut dihadiri oleh pegawai2 penasihat iaitu seramai 27 orang yang terdiri daripada Ketua polis daerah, jurutera daerah JKR, jabatan perancang bandar dan wilah dan sebagainya. pegawai MPT seramai 26 orang turut hadir seperti setiausaha bandar, pegawai tadbir kanan dan sebaginya.

masa: 2.15 petang
aktiviti: melihat fail yang mengandungi kertas kerja dan minit mesyuarat perancang dan pelan2 bangunan. meneliti bagaimana kertas kerja tersebut disusun mengikut kod-kod tertentu. sebagai contoh DP3/2009, BP4/2009. DP (Development Plan) & BP (Building Plan).

Anonymous said...

9 Jun 2009
aktiviti: mendraf balasan surat untuk disemak oleh jurutera 1. Balasan surat tersebut perlu nyatakan alamat pemohon, cadangan yang dimohon, nama pemilik dan nombor pelan sebagai rujukan. balasan tersebut bertujuan memaklumkan bahawa pihak majlis telah mempertimbangkan atau menolak permohonan mereka setelah syarat2 yang ditetapkan telah dipenuhi.

Anonymous said...

10 jun 2009
8.15 pagi
aktiviti: membuat surat balasan kepada pihak pemohon. ia bertujuan untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa pihak majlis meluluskan atau menolak permohonan mereka atas sebab-sebab tertentu. surat balasan tersebut perlu nyatakan cadangan pembangunan, siapa pemiliknya, nombor plan mereka.

Masa- 2.00pm
aktiviti: melihat bagaimana surat daripada MPT kepada Juruperunding Swasta diproses. Pejabat Am Kejuruteraan MPT akan mengeluarkan surat draf dan akan disemak oleh Jurutera 1. Selepas itu, dikembalikan kepada Pejabat Am untuk ditaip. Kemudian Ketua Jurutera untuk membuat semakan dan ditandatangan. Selepas itu, diserahkan kepada Presiden untuk ditandatangan dan akan dihantar kepada Juruperunding swasta.

Selain itu, melihat bagaimana pelan-pelan pembangunan dan bangunan yang dikemukan oleh Juruperunding swasta kepada MPT diproses. Juruperunding akan mengemukakan pelan-pelan pembangunan dan bangunan ke Pejabat Am Kejuruteraan MPT kemudian diserahkan kepada Jurutera (1) untuk disemak. Jurutera 1 akan membuat semakan dan diserahkan kepada Jurutera untuk disemak. Akhir sekali, diserahkan kepada pejabat untuk Pejabat Penasihat Teknikal.

Anonymous said...

11 jun 2009
tempat: seksyen kawalan pembangunan & bangunan
aktiviti: melihat pelan bangunan dan pelan pembangunan. pelan tersebut menunjukkan kedudukan kawasan yang dicadangkan, jalan keluar masuk dan sistem saliran.

Jabatan Perancang Bandar dan wilayah telah menetapkan syarat2 seperti setiap pembinaan mesti di dalam lot atau tanah sendiri dan tidak boleh memasuki lot/tanah bersebelahan. pelu mematuhi anjak undur hadapan dan belakang bangunan yang mana masing2 min 26 kaki. selain itu, kedalaman bangunan maksimum 40 kaki mematuhi kehendak nisbah plot maksimum 60%.

Anonymous said...

12 jun 2009
aktiviti: melihat Laporan penilaian sebutharga bagi menaiktaraf tandas awam. tender ini adalah jenis tender terbuka hanya untuk kontraktor2 yang berdaftar dengan PKK kelas E dengan I subkepala 1 dan kepala II subkepala 1,2(a). skop kerja adalah meliputi kehendak permulaan dan syarat am, penyambungan bangunan untuk surau dan kaunter bayaran, memperbaiki sistem saliran najis, kerja2 penyelenggaraan menaiktaraf tandas awam selama 14 minggu. antara kriteria penilaian yang diambilkira ialah harga tawaran berpatutan, tiada kesilapan kiraan, kecekapan modal, pengalaman kerja dan tempoh siap kerja tersebut.

kontraktor2 yang perlu menghantar borang dan menyatakan harga yang mereka tawarkan dan tempoh masa yang boleh menyiapkan projek itu. kontraktor2 yang memohon juga perlu mengemukakan profail syarikat mereka dan pengalaman2 mereka menyiapkan projek2 lepas. melalui maklumat tersebut, pihak Majlis dapat membuat analisa tawaran harga yang ditawarkan oleh kontraktor yang mana lebih berpatutan dan memilih kontraktor yang layak menyiapkan projek tersebut. Pihak Jawatankuasa Penilaian Sebutharga Majlis Perbandaran Tawau yang akan membuat keputusan dalam pemilihan kontraktor yang layak menyiapkan projek tersebut.

Anonymous said...

15 jun 2009
masa 8.00 pagi
aktiviti: membuat balasan surat yang perlu diserahkan kepada pemohon-pemohon.

menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang awam bagi mendapatkan kelulusan daripada Jurutera 1 iaitu Encik Robert Chin.

Anonymous said...

16 jun 2009
masa 8.00 pagi
aktiviti:membuat balasan surat yang perlu diberikan kepada pemohon

merekod fail yang telah masuk ke jabatan. fail tersebut meliputi permohonan cadangan pelan pembangunan (development plan) dan cadangan pelan bangunan (building plan).

Anonymous said...

17 jun 2009
masa: 8.00 pagi
aktiviti: membuat draf balasan surat yang akan disemak oleh Jurutera 1.

menaip surat balasan yang telah disemak yang perlu diserahkan kepada pemohon.

Anonymous said...

18 jun 2009
masa: 8.00 pagi
aktiviti: membuat balasan surat yang perlu diberikan kepada pemohon.

menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang awam bagi mendapatkan kelulusan.

Anonymous said...

19 jun 2009
masa: 8:00 pagi
tempat: seksyen kawalan pembangunan & bangunan
aktiviti: membuat balasan-balasan surat yang perlu dihantar kepada pemohon-pemohon

menaip balasan-balasan surat yang telah disemak oleh Jurutera III iaitu Mr. Robert Chin

Anonymous said...

22 jun 2009
masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: menaip balasan-balasan surat yang telah disemak oleh Encik Robert Chin. Balasan-balasan surat tersebut akan diberi kepada pihak pemohon bagi memaklumkan bahawa permohonan mereka diluluskan atau ditolak oleh pihak majlis.

menerima permohonan lesen daripada orang awam. Permohonan tersebut akan diserahkan kepada Jurutera 1 iaitu Encik Robert Chin bagi mendapatkan ulasan atau komen beliau bagi permohonan perniagaan oleh orang awam.

Anonymous said...

23 jun 2009
masa:8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: merekod fail-fail yang telah masuk ke bahagian ini. Fail-fail yang berkaitan adalah fail building plan (BP) dan fail Development Plan (DP).

Mendraf minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan. Draf minit mesyuarat tersebut akan disemak oleh Jurutera 1 iaitu Encik Robert Chin. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan akan diadakan pada 1 Julai 2009. Mesyuarat tersebut akan membincangkan segala cadangan pelan-pelan bangunan dan pembangunan.

Anonymous said...

24 jun 2009
masa: 8.00 pagi -5.00 petang
tempat:seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: menaip minit-minit mesyuarat yang telah disemak. mesyuarat tersbut akan membincangkan segala cadangan pembangunan dan bangunan.

menerima permohonan lesen daripada orang awam. selain itu mendraf balasan-balasan surat yang disemak oleh jurutera 1.

Anonymous said...

25 jun 2009
masa: 8.00 pagi -5.00 petang
tempat:seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: mendraf balasan-balasan surat. selepas itu menaip balasan surat tersebut dan mencetaknya sebanyak 4 helai. setiap helaian surat tersebut akan dimasukkan ke dalam fail yang berasingan. fail-fail yang terlibat ialah float fail, fail cadangan dan 1 salinan akan diberikan kepada pihak pemohon.

antara balasan surat yang berkaitan ialah cadangan pelan bangunan yang berkaitan degna showroom di lot 16A CL.105508754 di Perdana Square, Batu 3 1/2 Jalan Apas Tawau. Balasan surat tersebut adalah untuk memberitahu bahawa cadangan pelan bangunan yang mereka pohon adalah diluluskan oleh pihak majlis selama setahun shaja. selain itu, pengawasan dan penyelesaian bangunan adalah di bawah tanggungjawab Juru perunding sepenuhnya. mereka juga perlu melaporkan kepada pihak majlis jika terdapat sebarang pengubahsuaian bangunan bagi tujuan pemeriksaan dan pengeluaran sijil menduduki bangunan.

Anonymous said...

26 jun 2009
masa: 8.00 pagi -5.00 petang
tempat:seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: diminta untuk menghantar fail cadangan cukai pintu ke Bahagian Pentadbiran. Bahagian ini perlu berurusan dengan Puan Sadiah.

Membuat semakan dan mencatat fail-fail BP dan DP yang masuk ke Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan. catatan tersbut perlu mencatat tarikh dan nombor DP dan BP yang telah masuk.

Encik Majied Hj Patola telah menunjukkan cara pengiraan pelan. pengiraan tersebut perlu mengambilkira keluasan lot.

Anonymous said...

27 Jun 2009
masa: 9.00 pagi
Tempat:Dewan Masyarakat Tawau
Aktiviti: Menghadiri raptai sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah. Saya telah ditugaskan sebagai penyambut tetamu sempena majlis tersebut.

Masa: 7.00 malam
Tempat:Dewan Masyarakat Tawau
Aktiviti: Menghadiri Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Bin Abdullah dan isteri iaitu Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajjah Dayang Masuyah Binti Awang Japar.

Anonymous said...

29 Jun 2009
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Merekod dan memasukkan balasan-balasan surat surat ke dalam fail yang berkaitan seperti Float Fail yang mengandungi balasan surat berbentuk struktur.

Masa: 2.15 petang
Aktiviti: Membuat 15 salinan mengenai mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kecil Penganjur Ping Pong Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah (SKTS) Ke-8 2009. Mesyuarat ini akan dijalankan pada 2 Julai 2009 yang akan membincangkan persediaan untuk acara kejohanan ping-pong.

Menghantar balasan surat melalui fax kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Balasan surat tersbut bertujuan untuk memaklumkan kepada mereka bahawa satu mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan akan diadakan pada 1 Julai 2009 bagi membincangkan cadangan-cadangan pelan pembangunan dan pelan bangunan yang telah dipohon dan mereka yang berkaitan diminta untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Anonymous said...

30 Jun 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Membuat 30 salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan. Mesyuarat ini akan diadakan pada 1 Julai 2009.

Selepas itu, menyusun minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan kepada 30 set.

Menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang awam. Permohonan tersebut perlu diserahkan kepada Encik Robert Chin bagi mendapatkan ulasan mengenai kesesuaian jenis perniagaan dengan lokasi yang dipilih. Sekiranya perniagaan yang dipohon terletak di kawasan kampung, pemohon perlu meminta suarat kebenaran daripada ketua kampung di kawasan mereka. Selain itu, pemohon perlu kemukakan geran tanah, surat perjanjian antara pemohon dengan pemilik tanah atau bangunan sekiranya tanah tersebut bukan milik pemohon, kada pengenalan diri dan pelan lokasi perniagaan.

Anonymous said...

1 Julai 2009
Masa: 8:15 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
Aktiviti: Menyusun minit-minit mesyuarat di dalam Bilik Gerakan. Mesyuarat tersebut ialah Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan yang akan diadakan pada pukul 9.00 pagi yang akan dipengerusikan oleh Presiden MPT.

Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang awam. Selepas itu, merekod dan memasukkan balasan-balasan surat ke dalam fail yang berkenaan seperti float fail.

Anonymous said...

2 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: seksyen Kawalan pembangunan & bangunan
Aktiviti: Mendraf balasan-balasan surat untuk disemak oleh Jurutera 1iaitu Encik Robert Chin.

Menaip balsan-balasan surat yang telah disemak. Balasan-balasan tersbut bertujuan untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan cadangan Pelan Bangunan dan Pelan Pembangunan diluluskan atau ditolak oleh pihak majlis disebabkan oleh beberapa perkara.

menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang ramai. Permohonan tersebut perlu diserahkan kepada Encik Robert Chin bagi mendapatkan ulasan mengenai kesesuaian jenis perniagaan dengan lokasi yang dipilih.

Anonymous said...

3 Julai 2009
masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: menerima borang permohonan lesen perniagaan daripada orang ramai. permohonan lesen perniagaan tersebut meliputi permohonan lesen perniagaan yang baru dan permohonan untuk pertukaran tempat perniagaan. bagi permohonan lesen perniagaan yang baru pemohon perlu mengisi borang berwarna merah jambu. Manakala bagi permohonan pertukaran tempat perniagaan pemohon perlu mengisi borang berwarna hijau.

Diarahkan untuk membuat salinan mengenai Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan. Selain itu, membuat salinan sebanyak 5 set mengenai projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Kalabakan Tawau.

Anonymous said...

6 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: Mendraf balasan surat mengenai PBP8/2009 iaitu permohonan mengenai kelulusan jeti rangsangan ekonomi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kampung Tanjung Batu Keramat Tawau yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Tawau. Tujuan surat tersebut adalah untuk memaklumkan kepada mereka bahawa pihak majlis telah mempertimbangkan permohonan tersebut dan perlu membuat pembaharuan kelulusan dari tahun ke tahun.

Selain itu, mendraf balasan surat mengenai BP44/2009 mengenai cadangan membina sebuah stesen radar yang mengandungi bangunan radar setingkat menara radar dan pondok pengawal di atas sebahagian lot lapangan terbang Tawau yang dikemukakan oleh Allen Konsultant untuk Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Anonymous said...

7 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
Aktiviti: Merekod dan memasukkan balasan surat yang telah ditandatangani oleh Presiden ke dalam float fail. Float fail tersebut merupakan fail yang mengandungi balasan surat yang berbentuk struktur dan M&E.

Menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang awam. Permohonan tersebut akan diserahkan kepada Jurutera 1 iaitu Encik Robert Chin bagi mengulas kedudukan lokasi perniagaan yang dipohon adalah bersesuain dengan jenis perniagaan yang dipohon.

Anonymous said...

8 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: Dewan Masyarakat Tawau
aktiviti: Mengikuti Puan Bahriah bersama dengan ahli Jawatankuasa Teknikal yang lain untuk membuat tinjauan di Dewan Masyarakat Tawau untuk melihat persiapan dan memeriksa peralatan yang kurang sempena Sukan Kerajaan Tempatan Sabah Ke-8 (SKTS8.

Anonymous said...

9 JULAI 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: Dewan Masyarakat Tawau
aktiviti: Bertugas sebagai ahli Jawatankuasa Teknikal sempena SKTS 2009 menyiap dan menyusun meja dan kerusi di Dewan Masyarakat untuk digunakan pada mesyuarat antara pihak pengurus setiap zon yang berlangsung pada pukul 8.00 malam ini.

Menyiapkan papan pemarkahan bagi SKTS 2009. Selain itu, melawat setiap tempat pertandingan bagi memastikan segala peralatan mencukupi dan persiapan perlawanan berjalan dengan lancar. Antara tempat pertandingan yang terlibat ialah Padang Perbandaran Tawau, Kompleks Sukan Tawau, Kompleks Bola Jaring dan Dewan Masyarakat Tawau.

Anonymous said...

10 Julai 2009
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
tempat: Dewan Masyarakat Tawau
Aktiviti: Mengikuti Encik Majied dan Puan Bahriah bagi meninjau keadaan di Dewan Masyarakat Tawau. Pada masa tersbut satu perlawanan bola takraw telah diadakan di antara zon 1 dan zon 2. Zon 1 mewakili Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan zon 2 mewakili Majlis Perbandaran Sandakan. Selain itu, mengedar Borang Bantahan tersebut bertujuan untuk mengemukakan sebarang ketidakpuasan setiap peserta atau atlet mengenai pelaksanaan SKTS 2009.

Anonymous said...

13 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: Menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang awam. Borang Permohonan tersebut perlu diserahkan kepada Encik Robert Chin bagi mendapatkan ulasan atau komen mengenai kesesuaian jenis perniagaan dengan lokasi.

Selain itu, merekod fail yang telah keluar dari bilik Encik Robert Chin. Fail-fail tersebut telah disemak dan telah diberikan komen-komen untuk tindakan. Antara fail-fail yang terlibat ialah BP100/2007, DP62/2005 dan BP59/2009.

Diminta mengambil fail-fail pelan bagunan dan pelan pembagunan di bilik Presiden. fail-fail tersebut telah ditandatangani bagi mendapat kelulusan pelan-pelan pembangunan dan bangunan. selepas itu, pelan-pelan tersebut direkod tarikh keluar daripada bilik presiden di dalam buku. surat-surat balasan yang telah ditandatangani oleh presiden telah diasingkan kepada 4 bahagian iaitu satu salinan surat balasan tersebut akan diserahkan kepada pemohon, satu salinan dimasukkan ke dalam float fail, salinan seterusnya akan dimasukkan ke dalam fail BP atau DP yang berkenaan.

Anonymous said...

14 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: mendraf surat balasan mengenai keputusan pihak majlis mengenai permohonan cadangan pembangunan sama ada pelan pembangunan (DP) dan pelan bangunan (BP). Surat balasan tersebut akan diserahkan kepada pemohon bagi menyatakan permohonan tersebut mendapat kelulusan atau sebaliknya.

selepas itu, draf surat tersebut akan diserahkan kepada Encik Robert Chin untuk disemak bagi memastikan surat tersebut tiada sebarang kesilapan.

Anonymous said...

15 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang awam. permohonan tersebut adalah permohonan lesen perniagaan yang baru. setiap permohonan, pemohon perlu mengemukakan kad pengenalan, geran tanah, surat kebenaran daripada ketua kampung sekiranya lokasi perniagaan terletak di kawasan kampung. bagi permohonan lesen perniagaan bagi penukaran lokasi perniagaan, pemohon perlulah mengisi borang berwarna hijau.

Selepas itu, permohonan tersebut akan diserahkan kepada Encik Robert Chin bagi mendapatkan ulasan beliau mengenai kesesuaian lokasi perniagaan dengan jenis perniagaan yang dipohon.

Anonymous said...

16 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: mendaftarkan pelan-pelan ke dalam Buku Pendaftaran Pelan Pembangunan. Pelan-pelan yang didaftarkan adalah Pelan Bangunan (BP) dan Pelan Pembangunan (DP). selepas pelan-pelan didaftarkan, segala dokumen yang dikemukakan oleh pemohon dimasukkan ke dalam fail yang baru. Di dalam Buku Pendaftaran Pelan Pembangunan maklumat yang perlu dinyatakan ialah nombor pelan, tarikh pelan dihantar, lokasi cadangan pembangunan, nama pemohon dan tujuan pembangunan dijalankan.

Sebelum pelan-pelan tersebut didaftarkan, Unit Pusat Setempat (OSC) akan memastikan segala dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap. Selepas itu, saya telah menomborkan setiap helaian dokumen yang dikemukakan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan rujukan yang dibuat.

Anonymous said...

17 julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: Merekod fail-fail yang telah disemak oleh Encik Robert Chin ke dalam buku catatan. Ia bertujuan untuk memudahkan semakan dibuat ke atas fail-fail berkenaan.

Selepas itu, merekod ulasan-ulasan yang diterima daripada Jabatan Teknikal ke dalam buku BP dan DP. Jabatan Teknikal yang terlibat ialah Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Salairan, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah dan sebagainya. Ulasan-ulasan yang dibuat oleh Jabatan-jabatan Teknikal berkenaan adalah bertujuan untuk memberi respon terhadap cadangan pembangunan yang dipohon sama ada menepati atau memenuhi syarat-syarat setiap Jabatan Teknikal.

Anonymous said...

20 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
aktiviti: mengambil fail-fail yang telah ditandatangani oleh presiden di Bilik Presiden. Kemudian, fail-fail yang telah ditandatangani tersebut direkod ke dalam buku.

Masa: 9.00 pagi
Aktiviti: Mengikuti Encik Majied dan 2 orang staf dari Unit Setinggan untuk membuat pemeriksaan di Batu 4 1/2 mengenai aduan oleh pemilik tanah di mana tanahnya telah dimasuki air kumbahan daripada rumah setinggan di kawasan tersebut.. Hal ini disebabkan rumah setinggan di kawasan tersebut tidak mempunyai sistem saliran dan pembentungan yang baik.

Tinjauan yang kami buat adalah bagi memastikan penduduk setinggan tersebut telah mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis telah dipatuhi iaitu membuat sistem saliran yang baik selepas notis selam seminggu diberikan. Kami dapati penduduk tersebut masih belum mematuhi arahan tersebut.

Pihak Majlis telah memberikan amaran terakhir kepada penduduk tersebut supaya mematuhi arahan tersebut. Sekiranya penduduk tersebut masih tidak mematuhi arahan tersbut pihak majlis akan merobohkan rumah mereka.

Masa: 2.00 petang
Aktiviti: Menuju ke Jalan Kuhara untuk memeriksa sama ada penduduk setinggan di kawasan tersebut telah berpindah dari kawasan tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kami mendapati masih terdapat segelintir penduduk yang masih belum berpindah dari kawasan tersebut.

Anonymous said...

21 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
Aktiviti: Menghantar surat melalui fax kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah mengenai permohonan senarai projek yang dijalankan di kawasan lereng bukit cerun kelas III.

Selain itu, mendraf balasan surat mengenai cadangan pelan pembangunan yang dipohon. Surat tersebut dibuat bagi memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan cadangan pembangunan yang dipohon adalah diluluskan atau ditolak oleh pihak Majlis. Selepas draf dibuat,ia akan disemak oleh Encik Robert Chin sebelum ditaip. Ia bertujuan bagi memastikan tiada kesilapan dalam surat balasan tersebut.

Anonymous said...

22 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
tempat: seksyen kawalan pembangunan dan bangunan
Aktiviti: Merekod ulasan-ulasan yang diterima daripada Jabatan Teknikal ke dalam buku DP dan BP. Ulasan-ulasan daripada Jabatan Teknikal adalah bertujuan untuk memastikan bahawa cadangan pembangunan yang dipohon adalah mematuhi keperluan-keperluan jabatan yang berkenaan.

Menghantar salinan Sijil Menduduki kepada setiap bahagian seperti Bahagian Perlesenan, Bahagian Bendahari, Setiausaha Perbandaran dan Timbalan Setiausaha (Operasi). Salinan OC diserahkan kepada setiap bahagian bertujuan untuk memaklumkan kepada bahagian tersebut OC telah dikeluarkan ke atas premis berkenaan.

Anonymous said...

23 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mendaftar pelan bangunan (BP) dan pelan pembangunan (DP). Pelan DP yang berkaitan ialah DP25/2009 berkenaan dengan 'Cadangan Pembangunan Perumahan di Taman Semarak Tawau. BP dan DP tersebut didaftarkan ke dalam Buku Pendaftaran Pelan Pembangunan. Butir-butir yang perlu dinyatakan ialah tarikh pelan tersebut dihantar, nama pemohon, lokasi cadangan pembangunan dan tujuan cadangan pembangunan tersebut dilakukan.

Selepas itu, pelan-pelan tersebut dimasukkan ke dalam fail yang baru dan diserahkan kepada Jurutera 1 untuk mendapatkan ulasan berkenaan pelan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Anonymous said...

24 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar surat melalui fax. Selepas itu, mengecop setiap salinan pelan-pelan bangunan dan pembangunan dan melengkapkan segala butiran pada ruang yang telah dicop seperti nombor pelan, bayaran pelan, nombor resit pembayaran, tarikh pelan dihantar dan bayaran kelulusan. Tujuan butiran tersebut dilengkapkan adalah bertujuan untuk memudahkan sebarang rujukan dibuat ke atas pelan tersbut.

Selepas itu, merekod tarikh pelan-pelan yang dihantar ke bilik Presiden. Pelan-pelan yang dihantar kepada presiden adalah untuk mendapatkan tandatangan beliau dan sebanyak 3 buah fail yang saya hantar kepada presiden.

Anonymous said...

27 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima borang permohonan baru untuk lesen perniagaan daripada orang awam. Borang tersebut perlu mendapatkan ulasan bahagian pembangunan dan kejuruteraan mengenai kesesuaian lokasi perniagaan pemohon.

Syarat-syarat bagi permohonan lesen perniagaan yang baru ialah premis di mana perniagaan beroperasi mestilah tidak mempunyai tunggakan Cukai Pintu, mengemukakan salinan kad pengenalan yang telah disahkan, salinan pas kerja yang disahkan jika pemohon bukan rakyat Negeri Sabah, salinan borang 49, Borang 24, Borang 9, memorandum dan artikel serta berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan, seorang rakan kongsi Sabahan jika pemohon bukan rakyat Negeri Sabah dan bagi syarikat berdaftar, surat perlantikan jawatan diperlukan jika nama rakan kongsi tidak terdapat di dalam syarikat berkenaan.

Selain itu, salinan Surat Perjanjian Pemilikan/Penyewaan Bangunan/Premis di mana pemohon hendak beroperasi. Salainan geran tanah yang disahkan bagi pemohon yang menggunakan premis di kawasan luar bandar, kelulusan pelan bangunan atau pelan ubahsuai bangunan jika diperlukan oleh pihak Jurutera Majlis Perbandaran Tawau dan salinan dokumen-dokumen lain, permit, sijil yang disahkan bagi jenis perniagaan yang berkaitan.

Anonymous said...

28 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menaip balasan surat yang telah disemak oleh Encik Robert Chin. Balasan surat tersebut akan diserahkan kepada pemohon bertujuan untuk memaklumkan bahawa pihak majlis telah meluluskan permohonan mereka dengan syarat segala keperluan yang ditetapkan oleh pihak Majlis perlu dipatuhi. Selepas surat tersebut ditaip, balasan surat tersebut akan dihantar ke bilik Presiden untuk mendapatkan tandatangannya.

Anonymous said...

29 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mengambil fail-fail di bilik Presiden. Fail-fail yang berkenaan ialah BP131/2008, BP109/2008, BP115/2008, DP26/2008 dan BP57/2009. Fail-fail tersebut adalah berkaitan dengan kelulusan pelan-pelan bangunan dan pembangunan, permohonan Sijil Menduduki Bangunan (OC) dan pengeluaran OC.

Selepas itu, fail-fail tersebut direkod tarikh keluar dari bilik Presiden dan menyusun surat-surat yang telah ditandatangan ke dalam fail BP dan DP dan float fail. Surat-surat yang telah ditandatangan adalah sebanyak 4 salinan di mana satu salinan akan diserahkan kepada pemohon.

lien said...

30 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima permohonan lesen perniagaan yang baru daripada orang ramai. Selepas itu, permohonan tersebut diserahkan kepada Jurutera 1 untuk mendapatkan ulasan mengenai kesesuaian lokasi perniagaan dengan jenis perniagaan yang dipohon.

Mendraf surat berkenaan cadangan pembangunan dan draf tersebut akan disemak oleh Jurutera 1 dan akan ditaip serta perlu mendapatkan tandatangan daripada presiden. Surat berkenaan adalah untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa pihak Majlis telah meluluskan permohonan mereka.

Selain itu, diminta untuk menghantar fail-fail seperti BP101/2007 dan BP166/2009 ke bilik presiden. Fail-fail berkenaan adalah berkaitan dengan permohonan OC.

lien said...

31 Julai 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Merekod ulasan-ulasan yang diterima daripada Jabatan Teknikal ke dalam buku DP dan BP. Ulasan-ulasan daripada Jabatan Teknikal adalah bertujuan untuk memastikan bahawa cadangan pembangunan yang dipohon adalah mematuhi keperluan-keperluan jabatan yang berkenaan.

Mengambil fail-fail seperti BP100/2008, BP101/2007 dan BP166/2009 berkaitan dengan permohonan OC dan pengeluaran OC. Selepas itu, merekod tarikh fail-fail berkenaan dikeluarkan dari bilik presiden dan menyusun surat-surat yang telah ditandatangani ke dalam fail berkenaan.

lien said...

3 Ogos 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Merekod ulasan-ulasan yang diterima dari Jabatan Teknikal ke dalam buku DP dan BP. Selepas itu, membuat salinan sebanyak 3 set mengenai Pelan Susunatur berkenaan Projek Menaiktaraf Lampu-lampu Jalan Raya Sepanjang Jalan Bahagia, Jalan Kuhara, Jalan Chester dan Jalan Habib Husein.

Merekod fail-fail yang telah keluar daripada bilik Jurutera 1. Antara fail yang terlibat ialah BP51/2009.

lien said...

4 Ogos 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mengecop setiap salinan pelan dan melengkapkan setiap butiran pada pelan yang telah dicop seperti nombor pelan, bayaran pelan, nombor resit, tarikh dihantar ke MPT dan bayaran kelulusan. Selepas itu, pelan-pelan ini akan diserahkan kepada presiden untuk proses kelulusan. Pelan yang terlibat ialah BP18/2009, DP17/2008 dan BP101/2007.

Membuat salinan sebanyak 2 set mengenai Pembayaran Projek-projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 (PRE2) di mana saluran peruntukan berkenaan melalui Electronic Fund Transfer (EFT).

Mendaftarkan Pelan Bangunan ke dalam Buku Pendaftaran Pelan Bangunan. Pelan yang didaftarkan ialah BP89/2009 mengenai Cadangan Bangunan Flat 41/2 tingkat di Taman New Asia, Batu 3 Jalan Hot Spring Tawau.

lien said...

5 Ogos 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mendaftarkan Pelan Bangunan (BP) dan Pelan Pembangunan (DP) ke dalam Buku Pendaftaran Pelan Bangunan. Pelan berkenaan ialah BP91/2009 mengenai 'Proposed as Built Drawing for Unisex Saloon On Portion of Existing Ground Floor Shop Jalan Chester Tawau. Manakala DP yang didaftarkan ialah DP27/2009 berkenaan 'Proposed Developments Plan for 10 units 2 storey Shophouse dan 4 units 11/2 Industrial Building' di Jalan Apas Tawau.

Selepas itu, pelan-pelan tersebut dimasukkan ke dalam fail yang baru. Sebelum pelan-pelan tersebut didaftarkan, One Stop Centre (OSC) akan membuat semakan ke atas dokumen yang diserahkan oleh pemohon.

lien said...

6 Ogos 2009
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bukit Queen
Aktiviti: Membuat pemeriksaan tapak di Bukit Queen, Batu 15 Apas Balung untuk melihat kerja-kerja membina tampungan air konkrit bertetulang besi dan membekal serta memasang paip poly di kawasan tersebut. Pemerhatian yang dibuat didapati tadahan air di kawasan tersebut adalah kecil. Hal ini menyebabkan air tersebut melimpah keluar dari takungan yag sedia ada. Selain itu, menurut wakil Anak Negeri di kawasan tersebut terdapat 8 buah rumah yang tidak mendapat bekalan air. Oleh itu, pembinaan tampungan air yang lebih besar perlu dibina bagi mengatasi masalah tersebut.

Masa: 10:30 pagi
Tempat: Batu 24, Balung
Aktiviti; Membuat pemeriksaan di kawasan tersebut untuk meninjau keadaan sistem perparitan. Didapati bahawa sebahagian kawasan sahaja yang mempunyai sistem perparitan yang baik.

Masa: 11:00 pagi
Tempat: Ranggu, Tawau
Aktiviti: Meninjau keadaan jambatan gantung di Kampung Padang, Ranggu. Tinjauan yang dibuat mendapati jambatan gantung tersebut mengalami kerosakan dan perlu dibaikpulih semula.

Selepas itu, meninjau kawasan perkuburan Islam di kawasan tersebut. Aduan telah dibuat oleh orang ramai di mana kawasan perkuburan tersebut mempunyai pagar yang agak usang dan perlu diganti. Pemeriksaan yang dibuat bertujuan untuk mengetahui keluasan kawasan perkuburan kawasan tersebut dan mengetahui anggaran panjang dan lebar pagar yang perlu dibuat.

Masa: 12:00 tengahari
Tempat: Batu 4, Jalan Apas.
Aktiviti: Meninjau dan memeriksa jambatan di kawasan tersebut. Kami telah membuat ukuran lebar dan panjang jambatan tersebut. Pada asalnya, jambatan tersebut dibina menggunakan kayu ia akan ditukar dengan menggunakan simen. Hal ini kerana jambatan tersebut digunakan oleh penduduk di kawasan tersebut sebagai laluan utama di mana segala jenis kenderaan turut menggunakannya. Melalui perbincangan oleh Jurutera Perbandaran (III) dengan Ketua Kampung di kawasan tersebut, amatlah sesuai sekiranya jambatan kayu itu ditukar dengan menggunakan simen.

lien said...

7 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima borang permohonan lesen perniagaan yang baru daripada orang ramai. Borang tersebut akan diserahkan kepada Encik Robert Chin bagi mendapatkan ulasan samada lokasi perniagaan tersebut adalh bersesuaian.

lien said...

10 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menyusun surat-surat kelulusan cadangan pembangunan yang telah ditandatangani oleh Presiden ke dalam fail yang berkenaan. Surat kelulusan tersebut sebanyak 4 salinan di mana satu salinan tersebut akan diserahkan kepada pemohon berserta pelan-pelan, salinan seterusnya akan dimasukkan ke dalam fail BP dan DP yang berkenaan dan salinan seterusnya dimasukkan ke dalam float fail.

lien said...

11 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Merekod fail-fail yang telah keluar dari bilik Encik Robert Chin. Menyemak dan melihat komen-komen beliau mengenai pelan pembangunan yang berkenaan. Antara ulasan beliau, pelan pembangunan tersebut perlu mendapatkan ulasan daripada Jabatan-jabatan Teknikal. Oleh itu, satu surat perlu dihantar kepada Jabatan Teknikal bagi mendapatkan ulasan berkenaan cadangan pembangunan tersebut. Selain itu, ulasan Jurutera 1 juga adalah perlu melakukan pemeriksaan ke atas tapak cadangan pembangunan tersebut.

Selain itu, membuat draf balasan surat berkenaan cadangan pembangunan. Tujuan balasan surat tersebut dibuat adalah untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa pihak Majlis telah mepertimbangkan permohonan mereka dengan syarat perlu mematuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.

Mengambil salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan di bilik Ketua Kerani sebanyak 30 set setiap BP dan DP. Selepas itu, menyusun minit-minit tersebut.

lien said...

12 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Merekod fail-fail yang telah keluar dari bilik Presiden. Selepas itu, surat-surat tersebut disusun ke dalam fail berkenaan. Satu salinan surat akan dihantar kepada pemohon.

Mengahantar Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan ke dalam bilik Gerakan dan menyusun minit-minit tersebut di atas meja. Pada hari ini, Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan akan diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan yang telah dipohon.

lien said...

13 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima permohonan lesen perniagaan yang baru dan permohonan pertukaran tempat perniagaan daripada orang ramai. Permohonan tersebut akan diserahkan kepada Encik Robert untuk mendapatkan ulasan beliau mengenai kesesuaian jenis perniagaan dengan lokasi yang dipilih.

Merekod ulasan-ulasan yang telah diterima daripada Jabatan Teknikal ke dalam buku BP dan DP. Ulasan-ulasan yang diterima adalah bertujuan memberi komne-komen terhadap cadangan pembangunan yang dipohon. Selain itu, ulasan-ulasan yang diberikan adalah untuk memaklumkan keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi oleh pemohon.

lien said...

17 Ogos 2009
Masa: 7:00 pagi
Tempat: Perkarangan MPT
Aktiviti: Menghadiri Majlis Pelancaran Penyerahan Bendera Sempena Bulan Kemerdekaan Kali Ke 52 Tahun. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Penyerahan bendera telah diberikan kepada setiap jabatan seperti polis, RELA, sekolah-sekolah dan sebagainya. Selain itu, bendera tersebut turut diagihkan kepada orang ramai.

Masa: 8:00 pagi
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mengambil fail-fail di bilik Presiden. Fail-fail yang berkaitan ialah BP8/2009, BP95/2009, BP 96/2009 dan BP48/2009. Fail-fail berkenaan berkaitan dengan kelulusan pelan, permohonan OC dan pengeluaran OC.

Selain itu, menerima permohonan lesen perniagaan yang baru dan permohonan pertukaran tempat perniagaan daripada orang ramai. Permohonan tersebut akan diserahkan kepada Encik Robert Chin untuk mendapatkan ulasan beliau

LIEN said...

14 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Membuat cop di setiap salinan pelan dan melengkapkan butir-butir pada ruang yang telah dicop. selepas itu pelan-pelan tersebut dihantar ke bilik presiden bagi mendapatkan kelulusannya.

Menyusun balasan-balasan surat yang telah ditandatangan oleh presiden ke dalam fail BP dan DP. Satu salinan berserta pelan akan diserahkan kepada pemohon untuk tindakan mereka selanjutnya satu salinan surat balasan tersebut dimasukkan ke dalam float fail dan fail DP dan BP yang berkenaan.

lien said...

18 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mencari fail BP7/2009 di dalam kabinet. BP7/2009 berkenaan dengan 'Cadangan Pengubahsuian Pusar Refleksologi di TB541 (Tingkat Satu) dan TB541 (Tingkat 2) di Pusat Komersial Hap Foh, Jalan Haji Karim Tawau.

Menghantar salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan ke Pejabat Am untuk difotostat sebanyak 30 set. Pada masa ini berurusan dengan Puan Minah selaku Ketua Kerani.

Mengambil salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan yang telah difotostat. Kemudian minit-minit tersebut disusun kepada 30 set. Selepas itu, menghantar fail-fail ke bilik Presiden. Fail-fail tersebut berkenaan dengan permohonan OC.

lien said...

19 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima ulasan daripada Jabatan Bomba berkenaan dengan DP22/2009 iaitu Cadangan Pembangunan Perumahan di Jalan Bunga Raya Tawau. Jabatan Bomba telah mengendos pelan yang telah dikemukakan. Selain itu, ulasan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran turut diteriam yang menyatakan bahawa pelan saliran (drainage plan) yang dikemukakan oleh pihak pemaju adalah tidak lengkap mengikut garis panduan jabatan tersebut. Selepas itu, ulasan-ulasan tersebut dimasukkan ke dalam fail DP berkenaan untuk dijadikan rujukan serta merekod ke dalam buku DP.

Mengambil fail pelan bangunan iaitu BP101/2007 dan BP166/2006 di bilik Presiden. Pelan bangunan tersebut berkenaan dengan pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan (OC).

lien said...

20 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mengambil fail BP182/2004 di Bilik Presiden. Presiden telah menandatangani fail tersebut untuk pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan.

Merekod fail-fail yang keluar dari bilik Jurutera (1). Fail-fail yang terlibat ialah BP139/2006, BP56/2004, BP8/2009, BP115/2008 dan BP182/2004 berkenaan dengan permohonan oc.

lien said...

21 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima borang permohonan lesen perniagaan yang baru daripada orang ramai. Borang permohonan trsebut akan diserahkan kepada Encik Robert Chin.

Menghantar fail-fail ke bilik Presiden. Fail-fail yang terlibat ialah BP45/2009 dan BP35/2009 berkenaan dengan permohonan OC.

Selain itu, menerima ulasan daripada Jabatan Bomba berkenaan dengan DP23/2009, DP16/2009, BP85/2009, BP86/2009 dan DP22/2009.

lien said...

24 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti:Menghantar fail-fail seperti BP8/2009, BP562004 dan BP115/2008 ke bilik Presiden. Fail-fail yang berkenaan adalah permohonan OC.

Menerima borang permohonan lesen perniagaan daripada orang ramai. Selepas itu, permohonan tersebut diserahkan kepada Encik RObert Chin untuk membuat ulasan mengenai kesesuaian lokasi perniagaan.

lien said...

25 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan kepada Puan Minah untuk tujuan fotostat. Sebanyak 120 set yang perlu difotokopi.

Mengambil surat-surat dan fail-fail di bilik presiden. Surat tersebut ditujukan kepada Encik Robert Chin berkenaan dengan 'Perlaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar'. Manakala fail-fail yang terlibat ialah BP45/2009, BP35/2009, BP8/2009 dan BP139/2006 berkenaan dengan permohonan OC.

lien said...

26 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima ulasan daripada Jabatan Bombamengenai cadangan pembangunan. Selepas itu, ulasan-ulasan yang diterima direkod di dalam buku BPdan DP serta ulasan tersebut dimasukkan ke dalam fail BP dan DP yang berkenaan. Selepas itu, fail-fail yang berkenaan diserahkan kepada Encik Robert untuk tujuan mendapatkan ulasan selanjutnya.

Mendaftar pelan-pelan pembangunan iaitu Pelan Bangunan dan Pelan Pembangunan sebanyak 3 buah BP dan sebuah DP. Selepas BP dan DP didaftar saya memasukkan setiap pelan ke dalam fail dan mencatat nombor pelan dan tajuk cadangan.

lien said...

27 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar fail-fail pelan pembangunan ke bilik presiden. Fail-fail tersebut berkenaan dengan permohonan OC dan kelulusan pelan.

Mengambil salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan di Pejabat Am yang telah difotostat sebanyak 120 set. Kemudian salinan minit tersebut saya susun. Selepas itu, minit-minit mesyuarat tersebut dihantar ke bilik Urusetia dan diserahkan kepada Puan Rosnah.

lien said...

28 Ogos 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar fail-fail pelan pembangunan ke bilik presiden.

Mengikuti staf dari One Stop Center (OSC) untuk melihat cara mengukur ketebalan jalan di Pasir Putih. Tinjauan yang dibuat adalah bagi memastikan pihak kontraktor yang terlibat telah mematuhi ukuran ketebalan jalan yang ditetapkan oleh pihak Majlis. Ukuran yang dibuat adalah di kedua-dua bahagian tepi jalan dan tengah jalan.

lien said...

1 September 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menomborkan setiap helaian dokumen yang ada di dalam pelan-pelan pembangunan yang baru didaftarkan.

Menghantar fail-fail pelan pembangunan ke bilik presiden . Fail-fail tersebut berkaitan dengan permohonan OC dan kelulusan pelan.

lien said...

2 September 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Memasukkan ulasan-ulasan yang telah diterima daripada jabatan-jabatan teknikal seperti JKR, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perancang Bandar ke dalam setiap fail yang berkenaan.

Menghantar fail-fail BP dan DP ke bilik Presiden. Fail-fail berkenaan adalah berkaitan dengan permohonan OC dan kelulusan pelan.

Membuat salinan sebanyak 15 set mengenai Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan dan Pengesahan Minit mesyuarat tersebut. Selepas itu, memasukkan keratan-keratan minit mesyuarat tersebut ke dalam fail BP dan DP yang telah dibawa ke mesyuarat yang lalu.

lien said...

3 September 2009
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar dan mengambil fail-fail BP dan DP ke bilik Timbalan Presiden untuk tujuan menandatangani surat-surat balasan yang telah dilampirkan. Selepas itu, saya telah mengasingkan surat-surat balasan tersebut kepada 4 bahagian. salinan pertama akan diberikan kepada konsultant atau arkitek. Salinan seterusnya akan dimasukkan ke dalam fail BP dan DP yang berkenaan. Seterusnya akan dimasukkan ke dalam float fail untuk tujuan rujukan staf dan akhir sekali satu salinan akan diberikan kepada Pejabat Am. Surat balasan tersebut adalah untuk memaklumkan kepada arkitek atau pemohon bahawa permohonan mereka telah dipertimbangkan atau ditolak di atas sebab-sebab tertentu. Bagi permohonan yang dipertimbangkan pihak pemohon akan diminta untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Diminta untuk melengkapkan setiap butiran pada pelan yang telah dikemukakan. Butiran-butiran tersebut adalah seperti nombor pelan, bayaran pelan, nombor resit, tarikh dihantar ke MPT dan bayaran kelulusan. Selepas itu, saya diminta untuk menghantar BP dan DP ke bilik Presiden.

Mencari fail-fail di kabinet dan di dalam stor. Fail-fail tersebut adalah seperti BP50/2002, BP55/2005 dan DP26/2008.

lien said...

4.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar fail-fail ke bilik Presiden untuk ditandatangan. Fail-fail berkenaan adalah berkaitan dengan pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan (OC), kelulusan pelan dan balasan surat.

Mengecop setiap salinan pelan-pelan dan melengkapkan setiap butiran seperti nombor pelan, bayaran pelan, nombor resit pembayaran, tarikh dihantar ke MPT dan bayaran kelulusan.

Meneliti Buku Pendaftaran Pelan Bangunan dan merekod jumlah pelan yang telah didaftarkan, diluluskan dan pelan yang telah dikeluarkan Sijil Layak Mendudki Bangunan pada tahun 2009.

lien said...

7.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mengambil fail-fail yang telah ditandatangan oleh Presiden di bilik Presiden. Fail-fail berkenaan berkaitan dengan pengeluaran OC dan balasan surat. Selepas itu, balasan surat yang telah ditandatangan diasingkan kepada 4 bahagian. Satu salinan diserahkan kepada pemohon untuk makluman, satu salinan dimasukkan ke dalam fail BP dan DP berkenaan, satu salinan lagi dimasukkan ke dalam float fail dan salinan seterusnya diberikan kepada Pejabat Am.

Menaip balasan surat yang telah disemak oleh Encik Robert. Balasan surat tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa pihak Majlis telah mempertimbangkan permohonan mereka dan perlu mematuhi segala keperluan seperti yang dinyatakan.

lien said...

8.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mencari fail-fail pelan pembangunan di dalam kabinet. Kemudian memasukkan ulasan-ulasan yang diterima daripada Jabatan Kerja Raya ke dalam fail tersebut.

Membuat fotokopi Sijil Layak Menduduki Bangunan (OC) sebanyak satu salinan setiap satu sijil. Kemudian mengasingkan OC tersebut dan diagihkan kepada setiap bahagian seperti Bahagian Perlesenan, Bahagian Bendahari, Bahagian Setiausaha (Operasi) dan Jurutera Perbandaran (1). Selepas itu, mengisi Borang Senarai Semak Pendaftaran Cukai Pintu.

lien said...

9.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menyusun dan mengasingkan balasan-balasan surat yang telah ditandatangani oleh Presiden kepada 4 bahagian. Satu salinan surat bersama beberapa pelan susunatur akan diberikan kepada pemohon, satu salinan lagi akan dimasukkan ke dalam fail pelan pembangunan yang berkaitan, satu salinan akan dimasukkan ke dalam Float Fail dan salinan seterusnya untuk simpanan Pejabat Am.

Merekod fail-fail yang ingin dimasukkan ke dalam bilik Encik Robert Chin. Fail-fail berkenaan berkaitan dengan draf balasan surat yang perlu disemak.

lien said...

10.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar fail-fail pelan pembangunan ke bilik Presiden dan Timbalan Presiden. Fail-fail tersebut mengandungi balasan-balasan surat yang perlu ditandatangan sebelum diserahkan kepada pemohon.

Memasukkan balasan-balasan surat yang telah ditandatangan ke dalam fail-fail yang berkaitan. Satu salinan surat akan diberikan kepada pemohon untuk tujuan memberi maklumbalas mengenai permohonan mereka.

Mencari fail ‘Building Plan’ dan memasukkan surat-surat yang diterima daripada Juruperunding ke dalam fail berkenaan. Kemudian fail yang berkenaan dimasukkan ke dalam bilik Encik Robert bagi tujuan ulasan.

lien said...

11.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang ramai. Kemudian borang permohonan tersebut diserahkan kepada Encik Robert Chin untuk tujuan semakan dan mendapatkan kelulusannya.

Mengambil fail-fail pelan pembangunan di bilik Timbalan Presiden. Fail-fail tersebut mengandungi balasan-balasan surat yang telah ditandatangan kemudian surat-surat tersebut diasingkan.

Mencari fail-fail pelan pembangunan dan memasukkan ulasan-ulasan yang diterima daripada JKR ke dalam fail tersebut.

lien said...

14.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mengambil fail-fail pelan pembangunan di bilik Timbalan Presiden yang telah disemak dan diberi komen.

Menghantar fail-fail ke bilik Presiden untuk ditandatangan. Fail-fail berkenaan berkaitan dengan pemohonan OC dan kelulusan pelan.

Menghantar surat melalui fax kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

lien said...

15.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menfotostat kertas kerja berkenaan dengan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan sebanyak 30 set. Selepas itu, menyusun kertas kerja tersebut.

Menghantar surat-surat kepada Timbalan Presiden. Surat-surat tersebut berkenaan dengan surat balasan yang perlu ditandatangan sebelum dihantar kepada pemohon.

lien said...

16.9.2009
CUTI SEMPENA ULANG TAHUN TYT & KEMASUKAN SABAH KE MALAYSIA

lien said...

17.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Merekod fail-fail yang dihantar ke bilik presiden. Fail-fail berkenaan dengan permohonan OC dan kelulusan pelan.

Mencari fail dan memasukkan ulasan-ulasan yang diterima daripada Jabatan Bomba. Ulasan tersebut berkenaan dengan maklumbalas jabatan tersebut dengan cadangan pembangunan yang dipohon.

lien said...

18.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar fail ke bilik Presiden untuk proses kelulusan dan tandatangan dokumen dalam fail tersebut. Fail-fail berkenaan dengan permohonan OC, kelulusan pelan dan pengeluaran OC.

Menghantar salinan OC kepada setiap bahagian seperti Bahagian Bendahari, Bahagian Perlesenan dan Bahagian Penilaian.

lien said...

21.9.2009 & 22.9.2009
CUTI SEMEPENA HARI RAYA AIDILFITRI

lien said...

23.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Memfotostat kertas kerja bagi mensyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan sebanyak 30 set bagi pelan pembangunan. Kemudian kertas kerja tersebut disusun mengikut urutan.

Mencari fail berkenaan dengan pelan bangunan (Building Plan) di dalam kabinet. Kemudian memasukkan ulasan yang diterima daripada JKR ke dalam fail tersebut.

Merekod fail-fail yang keluar dari bilik Encik Robert Chin. Fail-fail tersebut berkenaan dengan pelan bangunan yang telah disemak dan diberi komen untuk tindakan selanjutnya.

lien said...

24.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar fail-fail ke bilik Timbalan Presiden untuk tujuan semakan dan ulasan terhadap pelan tersebut.

Menerima permohonan lesen perniagaan daripada orang ramai. Kemudian borang tersebut dimasukkan ke dalam fail dan diserahkan kepada Encik Robert Chin untuk ulasan selanjutnya.

lien said...

25.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mencari fail pelan bangunan di dalam kabinet dan bilik stor. Kemudian memasukkan surat-surat yang diterima daripada konsultant ke dalam fail berkenaan dan diserahkan kepada Encik Robert Chin untuk ulasan selanjutnya.

Merekod fail-fail yang telah keluar dari bilik Encik Robert Chin. Fail-fail tersebut berkenaan dengan draf surat bagi BP dan DP serta draf permohonan OC.

Mengecop setiap salinan pelan-pelan dan melengkapkan setiap butiran seperti nombor pelan, bayaran pelan, nombor resit pembayaran, tarikh dihantar ke MPT dan bayaran kelulusan

lien said...

28.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mengambil fail di bilik Timbalan Presiden. Menyusun fail-fail Pelan Bangunan dan Pelan Pembangunan mengikut urutan nombor BP dan DP. Fail-fail tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan. Kemudian menyusun kertas kerja berkenaan mesyuarat tersebut di bilik Gerakan.

Mencari fail Pelan Pembangunan di kabinet, kemudian memasukkan ulasan yang diterima daripada Jabatan Bomba.

lien said...

29.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Mencari fail-fail Pelan Pembangunan (DP) di dalam kabinet. Mendaftar PBP di dalam Buku Pendaftaran Pelan-pelan Bangunan. Kemudian memasukkan dokumen-dokumen yang diterima daripada pemohon ke dalam fail baru dan mencatatkan tarikh pendaftaran dan nombor PBP tersebut.

Memfaks surat kepada konsultant. Surat tersebut berkenaan dengan surat makluman kepada pemohon supaya mematuhi syarat-syarat pihak Majlis berkenaan cadangan Pelan Pembangunan yang dipohon.

lien said...

30.9.2009
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Seksyen Kawalan Pembangunan dan Bangunan
Aktiviti: Menghantar surat melalui faks kepada konsultant yang berada di Kota Kinabalu. Mencari fail-fail Pelan Bangunan di kabinet kemudian memasukkan resit pembayaran di dalam fail berkenaan.