CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

Maisarah Binti Ab Manan


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

108 comments:

Anonymous said...

Askum prof halim,

Saya Maisarah Bt Ab Manan,101643 telah melopar diri di Pejabat Risda Kulim. Pada pukul 8.00 pagi. saya telah bibawa berjumpa dengan En Shafie b Abd Rahman selaku ketua pentadbir segala urusan borang lapor diri telah diuruskan oleh En Shafie. kemudian saya di bawa berjumpa dengan En Noor Azmi B Mokhtar Pegawai Tadbir dan Kewangan, En Noor azmi telah menerangkan tugas dan operasi Pejabat Risda,Risda lebih tertumpu kepada getah dan kelapa sawit. Pada pukul 2.00 petang saya di bawa berjumpa dengan Pegawai Pejabat Risda iaitu Cik Syuhaida b Shukor dan telah menerangkan peraturan dan tugas di Pejabat Risda dan saya telah di tempatkan dibahagian tanam semula. Pada hari pertama saya telah mempelajari perbezaan borang permohonan getah dan kelapa sawit.

Anonymous said...

Askum Prof Halim,

Pada 2 Jun saya telah mengikuti taklimat tentang penggunaan sistem eGDW yang di gunakan oleh Risda pada pukul 10.00 sehingga 12.00 tengahari.Dalam taklimat tersebut Pn.Noraini menerangkan kawasan-kawasan di bawah Risda. Penggunaan sistem ini adalah untuk membantu pekebun kecil untuk menyalurkan bantuan.Pada sebelah petang saya telah mempelajari proses-proses tanam semula.Pn Alawiyah telah menerangkan tentang penggunaan "Fund A" dalam proses tanam semula.

profhalim said...

teruskan menulis,bagus

Anonymous said...

askum prof...
Pada 3 Jun seperti biasa saya melapor diri. Pada 9.00 pagi saya melakukan kerja dengan memasukkan data bagi menyemak borang permohonan yang telah diproses dengan maklumat yang lengkap.Maklumat dari pemohon boleh dipos atau dihantar sendiri oleh pemohon. Penyemakan borang permohonan terdapat 2 kategori borang iaitu borang permohonan untuk tanaman getah dan borang permohonan bagi tanaman kelapa sawit.Penyemakan borang ini di klasifikasikan mengikut kawasan. Bagi borang permohonan getah ialah TSGGI manakala kelapa sawit dan lain-lain TSGL. Terdapat beberapa borang dalam penyemakan proses borang permohonan iaitu TS 11,12,16 dan apabila kelulusan dikeluarkan borang TS 27 dikeluarkan

Anonymous said...

Askum prof halim....
Pada 4 Jun 8.30 pagi saya menyemak borang permohonan. setelah kelulusan dikeluarkan bantuan akan disalurkan mengikut jenis tanaman. Bagi tanaman getah kepada getah terdapat 6 peringkat dilakukan mengikut kategori manakala bagi tanaman getah kepada tanaman lain 4 peringkat dilakukan. Pada sebelah petang saya di beri jadual mengikut unit bermula pada 1Jun sehingga 30 Jun kepada 7 unit iaitu unit pentadbiran, unit perancangan,uint tanam semula, unit stesen, unit bekalan,unit kewangan dan unit pengembangan. Pada 1 Jun sehingga 15 Jun saya di tempatkan di unit pentadbiran

Anonymous said...

Askum prof halim...
Hari jumaat dan sabtu ialah hari cuti. Pada hari sabtu merupakan Hari Keputeraan Yang Dipertua Agong

Anonymous said...

Askum prof halim....

Pada 7 Jun seperti biasa saya melapor diri. Pada pagi ini tepat pukul 8.00 pagi semua staf yang beragama islam di Pejabat Risda Kulim menghadiri ceramah agama. Ceramah agama ini disampaikan oleh Ustaz Abd Halim pada setiap minggu hanya pada hari ahad sahaja. Di sini saya dapat lihat staf di pejabat risda bukan sahaja melaksanakan tugas yang di beri tetapi pendidikan ilmu agama juga diberi. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan staf di antara satu sama lain. Pada hari ini saya mempelajari cara proses pembayaran bantuan ansuran semasa dilakukan. Dalam proses pembayaran bantuan ansuran semasa diberi setelah menerima pemberitahuan tanah siap disediakan untuk pemeriksaan bantuan pertama. Kemudian akan di cetak satu salinan dan akan di catat didalam buku pengedaran laporan pemeriksaan kebun. Saya mempelajari cara menyediakan kad rekod bayaran bantuan tanam semula . Sekian

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 8 Jun pukul 7.30 pagi saya telah melapor diri seperti biasa. Pada pukul 8.20 pagi saya menaip surat menurat untuk diserahkan kepada bank.saya menaip surat pengesahan tanaman semula berkelompok bagi kampung Bukit Buluh bagi mmengikut jenis tanaman. Pada pukul 11.00 pagi saya telah diterangkan bagaimana proses kelulusan permohonan bantuan tanam semula diterima dipusat tanggungjawab mengikut lokasi
Pada pukul 2.15 saya ke unit pentadbiran berjumpa dengan Puan Jamilah untuk menguruskan surat menyurat. Puan Jamilah menerangkan bagaimana surat di proses. apabila surat sampai akan dicop dengan tarikh yang diterima setelah itu surat akan diulas oleh PRD sebelumdiserahkan mengikut penerima surat

Anonymous said...

Askum Prof......
Pada 9 Jun saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya mempelajari permohonan cuti.Segala permasalahan cuti akan diuruskan oleh Puan Zunaizar. Puan Zunaizar merupakan staf yang akan menguruskan segala permohonan cuti. Dari hasil penerangan Puan Zunaizar kelayak cuti haruslah mengikut peruntukan daripada Risda. Peruntukan cuti mengikut pekeliling Bilangan 14 tahun 2008 kadar cuti rehat tahunan bagi pegawai perkhidmatan awam mengikut gred dan jumlah perkhidmatan. Bagi perkhidmatan kurang daripad 10 tahun bagi gred1-20 selama 20 hari, bagi gred21-30 selama 25 hari,gred 31-54 selama 25 hari dan pengurusan tertinggi selama 25 hari. Bagi perkhidmatan yang genap 10 tahun dan ke atas bagi gred 1-20 sehingga pengurusan tertinggi selama 25 hari. setiap staf mempunyai fail untuk permohonan cuti. Puan zunaizar menrang dengan terperinci di dalam buku log harian saya telah lampiran borang-borang permohonan cuti, Sekian

Anonymous said...

askum prof.............

Hari ini merupakan hari yang kelapan di Pejabat Risda Kulim ,pada 10 Jun saya mempelajari bagaimana proses bekalan baja bantuan ansuran semasa dilakukan. urusan bekalan baja bersama RFSD jika diterima oleh peserta ia akan mendapatkan tandatangan penerima pada SPS40 dan 1 salinan diserahkan kepada penerima bekalan jika tidak di terima oleh pemohon urusan pegembalian stok mengikut prosedur pegembalian stok yang diluluskan dalam SMB. Tarikh bekalan baja dan proses senarai SPS40 yang perlu dibekalkan mengikut tarikh dalam SPS42. Kemudian pekebun kecil akan dihubungi untuk memaklumkan tarikh bekalan. Apabila terima SPS 40 dan SPS 42 input tarikh bekalan dalam SMB Modul Bekalan akan dimasukkan di dalam fail kemajuan tanam semula dan kad TS32 ke unti taman Semula untuk failkan SPS40 dan disimpan

Anonymous said...

askum Prof............
Pada 11 Jun saya melapor diri seperti yang dikehendaki di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya mempelajari proses bayaran ansuran berturut. Dalam proses bayaran bantuan ansuran berturut lot-lot akan diperiksa dan disertakan dengan senarai lot-lot yang akan diperiksa dan permohonan untuk 2 bulan akan datang. TS 18A dicetak mengikut tarikh atau secara individu dan akan dihantar melalui TS18F. Terima TS 18A dan di cetak di stesen dan akui terimaan ke PT melalui TS 18F dan rekod TS 18A di dalam TS 13. Lawatan kebun dan laporan disediakan kepada ketua stesen dalam sehari. TS13 di stesen dan semak laporan melalui lawatan pengesahan sebelum meluluskan bantuan dan ditangani. Apabila diluluskan akan dihantar TS18 A. Kemudian semakan status permohonan dilakukan jika ada perubahan butiran permohonan pada kad TS32. Proses TS18A stok dan bayaran akan wujud dan semakan butiran diluluskan dan di cetak.

Anonymous said...

Askum prof......

Pada 14 Jun seperti biasa saya melapor diri di pejabat risda.Pada sebelah pagi ini saya mempelajari berkenaan kos-kos perubatan. Puan zunaizar menceritakan bahawa setiap seorang staf di pejabat risda mempunyai kos perubatan. Kos perubatan bagi seorang kakitangan risd bagi setahun ialah Rm750.00. Bagi baki yang lebih akan dibawa kedepan. Puan Zunaizar juga menerangkan berkenaan dengan klim-klim yang boleh dipohon ketika menjalani rawatan. Pada sebelah petang saya menaip surat untuk membuat kepada pemohon. Surat-surat tersebut tersebut akan diserahkan kepada pemohon.

Anonymous said...

Askum Prof Halim............

Pada 15 Jun saya melapor diri seperti biasa di pejabat risda. Pada hari ini saya mencari fail yang diperlukan untuk melakukan pembayaran. Sistem fail ini mengikut mukim dan terdapat kod-kod yang telah ditetapakan. Segala pencarian tentang fail-fail diRisda Kulim akan diuruskan oleh En Nazri dan En Zukifli. Hal ini kerana setiap permohonan akan disimpan didalam bilik fail tersebut kerana permohonan yang terdahulu disimpan dan akan digunakan semula untuk proses tanam semula setelah 15 tahun atau 20 tahun kemudian.
Pada pukul 2 petang saya di bahagian pentadbiran Puan Zunaizar menerangkan fingsi punch kad. Kad punch ini akan dipastikan tidak di punch oleh kakitangan Risda yang lain. Jika staf datang lewat staf tersebut mestilah mengisi barang untuk menyatakan sebab dan staf tidak bolh datang lewat lebih daripada 3 kali sebulan. Jika lebih kad akan ditukar kepada warna hijau dan jika terlewat akan ditukar kepada warna merah.

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 16 Jun saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya ditempatkan dibahagian perancangan sehingga 26 Jun ini.Pada pukul 8.30 pagi saya melihat laporan program pembangunan pada bulan Mei 2009. En Mohd Noor merupakan selaku Ketua di Unit Perancangan dan saya menyemak penyata kemajuan permohonan semula mengikutjenis tanaman. Dalam laporan ini penyata kemajuan adalah untuk memproses permohonan mengikut tanaman pada setiap bulan yang disediakan oleh unit perancangan. Laporan ini merangkumi permohonan yang diterima melalui borang pemeriksaan permulaan yang dikeluarkan,pemeriksaan permulaan ,permohonan,borang pemeriksaan bayaran pertama pemeriksaan bayaran pertama TSK,peratus di bayar dan permohonan yang ditolak

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada pukul 7.30 pagi saya telah melapor diri seperti biasa dan saya masih di unit perancangan. Pada pukul 8.45 pagi saya mengikuti lawatan ke Koperasi Risda Kulim yang terletak di Keladi Kulim. Koperasi Risda ini berfungsi sebagai tempat bagi pekebun-pekebun kecil. Saya dibawa oleh En Mior Ghazali,pekebun-pekebun kecil ini menubuhkan koperasi bagi memberi perkhidmatan. koperasi risda ini juga merupakan satu tempat penempatan baja-baja untuk diberikan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil. Pada pukul 10.00 pagi saya dibawa ke Kejai iaitu kawasan tapak semaian anak pokok getah. Dikawasan Kejai terdapat banyak kawasan menyediakan perkhidmatan tapak semaian bagi sepokok anak semaian getah yang berharga RM2.00. Pada pukul 12.45 tengahari saya balik ke pejabat semula. Pada sebelah petang pada pukul 2.00 petang saya diajar cara penggunaan litosheet.

Anonymous said...

Askum Prof Halim...........
pada 18Jun seperti biasa saya melapor diri. Pada pukul 8.30 pagi saya menyemak borang permohonan mengikut kawasan .Setiap borang permohonan saya dikehendaki menyemak nombor permohonan,nombor lot tanah,nombor sheet kemudian dimasukkan ke dalam buku log mengikut mukim.
PAda sebelah petang pada pukul 2.30 petang setelah menyemak dan memasukkan maluman ke dalam buku log mengikut mukim. Saya perlu mengeluarkan litosheet. Litosheet merupakan satu peta kawasan megikut mukim.Litosheet ini disusun mengikut nombor sheet yang terdapat di dalam geran. Peta ini haruslah ditanda mengikut nombor siri dan nombor permohonan. dengan penyemakan melalui pemetaan ia dapat mengesan samada tanaman semula ataupun tidak.

Anonymous said...

Askum Prof Halim....

Pada 21 Jun saya seperti biasa saya melapor diri seperti biasa. saya menanda loy-lot yang dipohon untuk menjalankan penanaman semula setelah permohonan yang telah diluluskan. Litosheet merupakan aset yang penting untuk mengesan samada lot-lot tersebut pernah menjalankan aktiviti penanaman getah atau kelapa sawit. saya menanda lot-lot tersebut tersebut melalui ppermohonan yang telah diluluskan pegawai sebanyak 30 permohonan. sebelum menandakan lot-lot tersebut di litosheet nombor siri permohonan,nombor lot,nombor geran dan nombor sheet dimasukkan ke dalam buku log pemetaan.
Pada sebelah petang selepas tamat waktu rehat 2.45 petang setelah selesai mengisi lot-lot dan menanda pada litosheet saya memasukkan maklumat ke dalam faharasat lot mengikut mukim.

Anonymous said...

Pada 22 Jun seperti biasa saya melapor diri di pejabat Risda. saya masih ditempatkan dibahagian perancangan sehingga 26 Jun ini. Pada hari ini saya memasukkan maklumat-maklumat permohonan ke dalam buku pemetaan. setelah selesai nombor lot bagi permohonan dan bilangan ke dalam buku log pemetaan di masukkan ke dalam litosheet. Litosheet bagi kawasan yang menanam getah kawasan lot di litosheet tersebut akan dilorekkan dengan warna merah manakala bagi kelapa sawit akan dilorek dan diwarnakan dengan warna hijau.
Pada sebelah petang berlaku permasalahan iaitu lot yang terdapat pada permohonan tersebut pernah melakukan penanaman getah tetapi kad yang dibuat berlabel TS1. Kepentingan litosheet amat penting untuk mengesan kesalahan dan mmengenalpasti samada lot tersebut pernah melakukan penanaman sebelum ini ataupun tidak dan dapat mengetahui jenis tanaman yang pernah ditanam samada getah ataupun kelapa sawit

Anonymous said...

Askum Prof Halim....
pada 23 Jun seperti biasa saya melapor diri di pejabat Risda Kulim seperti biasa.Pada hari ini saya menyambung semula kerja dengan membuat faharasat lot. Penggunaan litosheet ini memberi input yang baru kepada saya iaitu saya diajar cara melihat geran tanah dengan mencari nombor sheet yang terdapat didalam geran. selain itu saya di ajar tekni-teknik pencarian kawasan lot-lot tertentu yang telah dimohon melalui permohonan. Hal ini kerana setiap permohonan haruslah disertakan geran tanah, salinan akaun bank, borang Ts27,TS14, penyemakan geran tanah,laporan pemeriksaan permulaan. borang permohonan bantuan tanam semula dan salinan kad pengenalan. Disini saya dapat mengetahui bagi satu-satu permohonan banyak penggunaan maklumat yang diperlukan bagi mendapat bantuan yang diperlukan oleh pekebun kecil. Pada bulan Jun pejabat Risda menerima banyak permohonan untuk proses penanaman semula.

Anonymous said...

Askum Prof Halim........

Pada 24 Jun saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Di unit Perancangan Laporan Pembangunan dan Pengurusan 2009 Risda Daerah Kulim Bandar Baharu yang merangkumi proses disetiap unit di Risda daerah. Laporan ini digunakan untuk Mesyuarat 2P (Pembangunan dan pengurusan) di daerah dan di negeri setiap sebulan sekali. Mesyuarat inin untuk mengetahui perkembangan dan prestasi pencapaian pusat tanggungjawab. Di unit Perancangan ini melaksanakan tugas dengan mendapatkan jumlah bilangan pekebun kecil mengikut bulan di daerah Kulim Bandar Baharu. Pendapatan miskin tegar RM450 sekeluarga. Di unit Perancangan ini juga membuat analisa prestasi pengesahan kawasan getah dan kelapa sawit yang melebihi 20 tahun.

Anonymous said...

Askum Prof halim....
pada 25 Jun seperti biasa saya melapor diri di Pjabat Risda Kulim Kedah. Pada hari ini saya berada di unit Perancangan dan saya telah diberi penerangan oleh Puan Sarina Bt Abd Karim tugas di unit Perancangan melakukan sistem Pemantuan projek 2(SPP 11) yang dibuat setiap bulan yang merangkumi AET, Pengembangan, Tuisyen Desa, PPG,PMPK(Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil), Prasarana,TSGI,TSGL,Bantuan Berturut mengenai peruntukan tahunan melalui perbelanjaan pada setiap bulan dan dijelaskan dengan tarikh waran diterima oleh pelaksana iaitu pusat tanggungjawab termasuk menyatakan jumlah penerima faedah daripada peruntukan pemantauan projek.

Anonymous said...

Askum Prof Halim

Pada 26 dan 27 Jun merupakan hari cuti.

Anonymous said...

Askum Prof Halim........

Pada 28 Jun saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada pagi ini saya ditempatkan di Unit Tanam Semula dibawah seliaan Puan Hajah Alawiyah Bt Ab Kadir dan saya diterangkan fungsi unit tanam semula . Unit tanam semula ini bertanggungjawab dalam memproses permohonan tanam semula serta menginput data-data asas dan data lawatan bayaran. Pada 28 Jun sebelah petang saya melakukan kerja-kerja seperti membuat kad bagi permohonan yang telah disemak. Butir-butir yang diperlukan untuk membuat kad ialah nama pemohon,lot yang telah diluluskan untuk menjalankan penanaman semula dan jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut kelauasan tanah dan jenis tanaman.

Anonymous said...

Askum Prof Halim......

Pada 29 Jun saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya masih ditempatkan di Unit Tanam Semula dengan melakukan kerja-kerja yang dilakukan di Unit Tanam Semula . Unit TAnam Semula merupakan penggerak utama yang penting bagi Risda. setiap permohonan dilakukan di Unit Tanam Semula berperanan menyemak dan mengemaskini maklumat dan mengira jumlah pembayaran yang akan dilakukan.
Pada sebelah petang di Unit Tanam Semula saya melakukan kerja memasukkan data mengikut prestasi bagi unit tanam semula bagi bulan Mei 2009. Jadual prestasi bulanan ini adalah untuk melihat prestasi melalui permohonan yang telah ditetapkan iaitu 300 permohonan bagi setiap tahun.

Anonymous said...

Askum Prof Halim.....

Pada 30 Jun saya seperti biasa melapor diri seperti biasa melapor diri dan masih ditempatkan di Unit Tanam Semula. Pada hari ini saya melakukan kerja -kerja di Unit Tanam Semula dengan membuat kad bagi permohonan tanam semula, mencari fail mengikut faharasat lot. Kemudian saya diajar membuat laporan 18 A berdasarkan maklumat yang terdapat pada permohonan tersebut. Setiap permohonan yang telah lengkap maklumat akan diproses dengan menyediakan kad TS32 dan kemudian laporan TS18A dikelauarkan melalui sistem.

Anonymous said...

Askum Prof Halim.........

Pada 1 Julai saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada 8.37 pagi saya dibawa keluar untuk melihat permohonan yang akan diluluskan.Saya ke stesen Risda Serdang oleh Puan Noorsiah Bt Kamaruzzaman iaitu Penolong Pegawai Pertanian Risda .Pada pukul 9.10 pagi saya tiba di stesen Serdang kemudian saya ditempatkan dan diperkenalkan dengan staf-staf di stesen Risda serdang. Kemudian saya dan Puan Noorsiah dibawa ke kawasan PPR Encik Sofi di Relau. Kami dibawa berjumpa dengan pemohon untuk menjalankan penanaman semula dilot tanah beliau.Sebelum bantuan disalurkan untuk proses penanaman semula pemeriksaan kebun dilakukan bagi memastikan lot tersebut telah dibersihkan. Kawasan lot tersebut berada di kaki bukit. Selepas memastikan permohonan untuk tanam semula diluluskan.

Anonymous said...

Askum Prof Halim......
Pada 2 Julai saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim dan saya masih ditempatkan di Unit Tanam Semula. Sekali lagi saya dibawa keluar oleh Puan Noorsian Bt Kamarazzaman untuk memeriksa dan meluluskan projek prasarana untuk bantuan pertanian Risda.Kami ke Selarong Panjang bersama Encik Azmi dari unit pengembangan melawat ke kawasan projek prasarana untuk melihat jambatan konkrit yang bernilai RM80 ribu sebelum diluluskan untuk membuat pembayaran. Jambatan diperuntukan didalam Projek TSK,TSB dan Mini Estet. Dari hasil penerangan Puan Noorsiah bagi sungai-sungai dalam pengawasan JPS dimana pembinaan pembentungan adalah dilarang sama sekali. Setiap permohonan untuk projek prasarana mempunyai format iaitu permohonan individu dan permohonan berkelompok bagi permohonan individu BPP10 dan BPP20 manakala bagi permohonan berkelompok/ berkumpulan BPP11/BPP21

Anonymous said...

Askum Prof Halim........

Pada 3 dan 4 Julai merupakan hari bercuti.

Anonymous said...

Askum Prof Halim....

Pada 7.30 pagi saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Paada 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi saya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Radi Bin Latif bersama staf-staf Risda yang lain bertajuk iman dengan kualiti produktiviti. Saya di Unit Tanam Semula saya melakukan kerja di bahagian tanam semula seperti biasa. Pada pagi ini saya ke Pejabat Juruukr dan Pemetaan Kulim bersama seorang lagi pelajat praktikal dan seorang staf iaitu Tuan Haji Mior Ghazali Bin Mior Saai untuk membeli litosheet 166-D untuk mengetahui lot-lot tanah boleh dibeli diPejabat Juruukur dan pemetaan yang berharga RM6. Semasa menunggu salinan litosheet yang diperlukan kami diberi penerangan oleh Puan Latifah cara-cara lot-lot tanah diperolehi dengan penggunaan sistem metafile

Anonymous said...

Askum Prof Halim...

Pada 6 Julai saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya di tempatkan di unit tanam semula.Saya melakukan kerja di unit tanam semula dengan membuat kad permohonan bagi setiap permohonan bagi setiap permohonan yang baru masuk.Kemudian saya memasukkan nombor permohonan ke dalam buku faharasat lot mengikut mukim.

Pada sebelah petang saya melakukan penyemakan nombor siri permohonan bagi faharasat lot. Kemudian saya ke bilik fail penyimpanan fail-fail permohonan untuk di buat penyemakan samada permohonan tersebut TS1,TS2 ataupun TS3.

Anonymous said...

Askum Prof Halim.........

Pada 7 Julai saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim seeprti biasa dengan punch kad. Pada 9.00 pagi semua staf di minta menghadiri mesyuarat iaitu Mesyuarat Kesurida. Mesyuarat ini di adakan untuk melantik AJK Kesurida yang baru.Selain itu Cik Syuhaida berucap dan menyatakan pencapaian yang telah di capai oleh Pejabat Risda Kulim melalui kualiti perkhidmatan kerja dan juga dalam penglibatan sukan. Kemudian sedikit jamuan makan diadakan.

Pada sebelah petang saya melakukan kerja dengan menyemak lot dengan menggunakan litosheet di unit pemetaan di bawah seliaan Tuan Haji Mior Ghazali. Litosheet-litosheet tersebut haruslah disusun mengikut nombor sheet yang terdapat di atas litosheet.

Anonymous said...

Askum Prof Halim....

Pada 8 Julai saya melapor diri di Pejabat Risda dengan punch kad. Saya di unit tanam semula dan menyambung kerja dengan menanda lot-lot dilitisheet.Setiap lot haruslah ditanda bagi memastikan lot tersebut pernah melakukan aktiviti tanam semula. Penandaan lot adalah penting bagi memastikan sama da lot tersebut pernah melakukan aktiviti tanam semula . Proses untuk penanaman semula haruslah melebihi 20 tahun.

Pada sebelah petang saya melakukan kerja dengan mengelaskan fail-fail dan menanda lot pada litosheet.

Anonymous said...

Askum Prof Halim....

Pada 9 Julai saya mealpor diri di Pejabat Risda seperti biasa.Pada hari ini saya di bawa ke perjumpaan antara Pengerusi melalui sistem EGDW di Sri Impiana In.Sebanyak 17 buah Kampung terlibat dlam perjumpaan ini bagi kawasan Bandar BAharu.Dalam perjumpaan ini kampung-kampung yang terlibat dalam Gerakan Daya Wawasan untuk mencapai matlamat ke arah kampung yang mempunyai kemudahan dan berpotensi dalam pelbagai bidang. KAwasan bagi kampung induk Bandar BAharu ialah Bagan Samak,Kuala Selama,Relau,Serdang dan Sungai ABtu dan setiap kampung induk tersebut mempunyai kampung rangkaian. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Noraini daripada Pejabat Risda Alor Star termasuklah dalam penyediaan profail kampung di bawah Risda dibawah AET(Aktiviti Ekonomi Tambahan).

Anonymous said...

Askum Prof Halim...

10 dan 11 Julai hari bercuti

Anonymous said...

Askum Prof Halim....

Pada 12 Julai seperti biasa saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim.Pada 9.00 pagi saya di bawa ke Taklimat EGDW sekali lagi bagi kawasan Sidam Kanan. Bagi taklimat EGDW ini di selaraskan oleh Tuan Haji Hood Bin Othman sebagai penyelaras peningkatan ekonomi. Puan Fauziah Bt Ismail dan Encik Azhar bin Zakaria turut serta dan sesi taklimat EGDW di Sidam Kanan, Padang Serai. Taklimat yang disampaikan kepada ahli AJK bagi 7 buah kampung rangkaian Sidam Kanan iaitu Kg Ekor Kucing, KgTelok Sera, Kg Sentosa. Kg Ujung PAdag, Kg Guar Lobak,Kg Terat Batu dan Kg Paya Ketiau. Taklimat ini di sampaikan oleh Puan Noraini bertempat di Dewan Serbaguna di Kampung Terat Batu

Anonymous said...

prof

Anonymous said...

Askum Prof Halim....
Pada 13 Julai saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim.Saya melakukan kerja-kerja di Unit tanam semula dan terdapat banyak proses yang terlibat dalam sesuatu permohonan tanam semula. Setiap permohonan tanam semula haruslah menepati prosedur iaitu pemohon tersebut haruslah memiliki jumlah tanah kurang daripada 40.4686 hektar. Status pekebun kecil juga haruslah membawa geran tanah asal. Setiap permohonan yang telah lengkap dengan butir-butir maklumat kad permohonan baru akan dibuat dengan memasukkan kelausan kebun yang telah diluluskan dan maklumat peribadi pemohon termasuklah nombor akaun bank.
Pada sebelah petang saya menolonga Puan Azmah membuat kad bagi permohonan yang baru diterima.

Anonymous said...

Askum Prof Halim...

Pada 14 Julai saya melapor diri di Pejabat Risda seperti biasa. Pada hari ini saya melakukan kerja-kerja di unit tanam semula dengan menyusun fail-fail mengikut bulan. Selain itu saya menulis nombor bagi setiap permohonan ke dalam faharasat lot mengikut mukim.
PAda sebelah petang saya mencari lot yang terdapat didalam permohonan untuk menyemak nombor yang terdapat didalam faharasat lot.

Anonymous said...

Askum Prof Halim............

Pada 15 Julai 2009 pada hari Rabu saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya melakukan kerja di uNit Tanam semula. Saya membantu Puan Azmah memasukkan maklumat ke dalm sistem MAklumat Bersepadu apabila maklumat telah lengkap laporan tersebut akan di cetak.Sistem maklumat Bersepadu ini dipecahkan kepada 3 kegunaan iaitu tanam semula,kewangan dan bekalan. BAgi kegunaan tanam semula dalam SMB ini dipecahkan kepada 2 iaitu GI dan GM. GI bermaksud Getah Integrasi manakala GM bagi lain-lain jenis tanaman lain.

Anonymous said...

Askum Prof Halim......

Pada 16 Julai saya melapor diri di Pejabat Risda seperti biasa dan saya menyambung melakukan kerja-kerja semalam.

Anonymous said...

Askum Prof Halim.....

17 dan 18 Julai merupakan hari cuti Jumaat dan Sabtu.

Anonymous said...

Askum Prof Halim....

Pada 19 Julai 2009 saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim.Pada 19 sehingga 1/8/09saya ditempatkan di Stesen Kulim.Pada 8.30 pagi saya berjumpa dengan Encik Mohamad Omar selaku Ketua Unit Stesen Kulim. PAda 9.00 pagi saya dibawa keluar oleh Puan Fazilah ke Kampung Kuala Tawar untuk melihat tapak bengkel jahitan yang diberi oleh Risda kepada peserta yang berstatus pekebun kecil untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar. Kemudian kami ke kampung Paya Kemuning untuk memberi bantuan bumbung bagi bengkel perabut milik Puan Hasimah

Anonymous said...

Askum Prof Halim.....

Pada 20 Julai saya bercuti sempena sambutan Israk dan Mikraj

Anonymous said...

Askum Prof Halim........

Pada 21 Julai saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya diterang oleh Puan Fazilah mengenai permohonan individu. borang BPP 10 yang dipohon oleh Ketua Stesen iaitu Borang individu akan diisi oleh Ketua Stesen iaitu Borang BPP20 kemudian unit kejuruteraan membantu membuat pemeriksaan tapak dan menyediakan anggaran kos yang diperolehi.

Anonymous said...

Askum Prof Halim....

Pada 21 Julai saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim.Saya ditempatkan di Unit Stesen Kulim bandar Baharu.Pada hari ini saya memasukkan nombor-nombor permohonan ke dalam faharasat lot.

Pada sebelah petang saya melakukan kerja-kerja hapus kira dan pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

Askum Prof Halim..

Pada 23 Julai saya seperti biasa melapor diri pejabat Risda Kulim. saya melakukan kerja dengan menaip surat hapus kira sebelum dihantar kepada pekebun kecil.

Anonymous said...

Askum Prof.......

Pada 24 dan 25 Julai merupakan hari bercuti Jumaat dan Sabtu

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 26 Julai saya seperti biasa melapor diri Di Pejabat Risda Kulim. PAda pagi ini saya bersama sama staf Risda yang lain menghadiri majlis mingguan yang dilakukan pada setiap hari Ahad iaitu ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Halim Bin abdullah pada pukul 8.30 pagi sehingga pada pukul 9.30 pagi. Kemudian setelah majlis agama selesai saya melakukan kerja-kerja dengan menaip surat-surat dan kad TS32.

Anonymous said...

Askum Prof .....

Pada 27 Julai saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya diberi penerangan oleh Encik Azmi mengenai tentang baja. Bagi setiap proses penanaman setiap lubang perlukan baja. terdapat 2 jenis baja iaitu baja biasa dan baja lubang. Kemudian saya melakukan kerja-kerja seperti biasa dengan menaip surat dan kad bagi proses penanaman semula.

Anonymous said...

Askum Prof..........

Pada 28 Julai saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya melakukan kerja-kerja dibahagian tanam semula seperti biasa.

Anonymous said...

Askum Prof........

Pada 29 Julai saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim.Pada hari ini saya melakukan saya melakukan kerja-kerja dibahagian tanam semula kerana terdapat banyak permohonan tanam semula diterima.

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 30 Julai saya seeprti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya diberi penerangan mengenai baja. Bagi baja RISDA 1 adalah untuk tanaman getah bagi ansuran pertama sehingga ke empat. bagi baja RISDA 4 bagi tanaman getah bagi ansuran ke 5 dan ke 6. Bagi tanaman kelapa sawit RP & 5S adalah untuk bantuan pertama sahaja. Bagi baja RISDA 6S adallah untuk baja bantuan kelapa sawit kedua hingga keempat. Kandungan bagi baja RISDA 1 ialah 10.7,16.6,9.5 dan 2.4 bagi jumlah seguni bagi 25kg.

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 30 dan 31 Julai maerupakn hari cuti Jumaat dan Sabtu.

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 2 Ogos saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim seperti biasa. Saya ditempatkan di Unit Bekalan sehingga 12/08/09.Unit Bekalan diketuai oleh Encik Mohamad Nor Bin Hasan. Di Unit Bekalan saya diberi penerangan oleh Puan Suraya Bt Abd Rahim. Di unit Bekalan ini terdiri daripada 3 orang staf iaitu Encik Mohamad Nor Bin Hasan, Suraya Bin abd Rahim dan Azizon Bt Md Saad. Unit bekalan berfungsi sebagai pembekal yang menguruskan baja dan anak semaian yang kan diberikan kepada pekebun kecil.

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 2 Ogos saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim seperti biasa. Saya ditempatkan di Unit Bekalan sehingga 12/08/09.Unit Bekalan diketuai oleh Encik Mohamad Nor Bin Hasan. Di Unit Bekalan saya diberi penerangan oleh Puan Suraya Bt Abd Rahim. Di unit Bekalan ini terdiri daripada 3 orang staf iaitu Encik Mohamad Nor Bin Hasan, Suraya Bin abd Rahim dan Azizon Bt Md Saad. Unit bekalan berfungsi sebagai pembekal yang menguruskan baja dan anak semaian yang kan diberikan kepada pekebun kecil.

Anonymous said...

Askum Prof.........

Pada 3 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim.Pada sebelah pagi saya menaip surat kepada BIRAS untuk memohon peruntukan bagi majlis menyambut bulan Ramadhan
Pada sebelah Petang pada pukul 2.00 petang saya menaip surat-surat hapus kira, kemudian surat tersebut akan dibuat sebanyak 4 salinan dan 2 salinan akan diserahakan kepada pekebun kecil dan terdapat 2 salinan lagi akan dimasukkan bagi jaket bagi setiap pekebun kecil tersebut.

Anonymous said...

Askum Prof......

Pada 4 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Di Unit Bekalan ini juga mengeluarkan baja,mata benda iaitu benih dan baja. Unit bekalan juga berperanan memenuhi keperluan baja yang dikelompokan mengikut daerah.Stor baja di Kulim ditempatkan di Koperasi Risda Kulim. Peruntukan Baja dihantar pada bulan Julai dan September.Baja-baja yang diberikan oleh RISDA kepada pekebun kecil adalah kelauran daripada RISDA iaitu di Klang,Selangor dan PAsir Gudang,Johor Bahru.

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 5 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat RISDA Kulim. Pada pagi ini saya melakukan persiapan yang akan diadakan pada esok hari iaitu pada 6/08/09 Program EGDW.Saya melakukan kerja-kerja untuk penyertaan pekebun kecil seramai 135 orang di Sri Impiana Inn. Setiap peserta akan diberi beg Risda yang mengandungi majalah Risda.
PAda sebelah aetang saya membantu Puan Fauziah memasukkan elaun kepada pekebun kecil yang menghadiri program EGDW sebanyak RM35 kepada seorang pekebun kecil yang hadir

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 6 Ogos saya seperti biasa di Pejabat Risda Kulim. Pada pukul 9.30 pagi saya bertolak ke Sri Impiana Inn. Aturcara majlis program EGDW ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Saya dipertanggungjawab di bahagian pendaftaran sebelum majlis bermula. Pada pukul 10.30 pagi majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang peserta. Kemudian ucapan pembukaan taklimat EGDW ini disampaikan oleh Timbalan Pegawai Risda Kulim iaitu Puan Noorsiah kemudian Puan Noraini selaku penyampai bagi taklimat EGDW. Majlis ini tamat pada pukul 2.15 petang.

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 7 dan 8 Ogos hari cuti Jumaat dan Sabtu

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 9 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada 9 Ogos saya menaip kertas kerja bagi aktiviti RISDA Kulim sempena majlis sambutan bulan Ramadhan Al Mubarak. Kertas kerja ini akan diberikan kepada BIRAS untuk memohon peruntukan yang kan dijalankkan pada bulan Ramadhan.

Anonymous said...

Askum Prof........

Pada 10 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat RISDA Kulim. Pada hari ini saya diberi penerangan bagaimana baja dilakukan kemudian kelulusan dibeerikan. Selepas ini kelulusan diberikan pesanan baja akan dihantar ke NARSCO dan benih akan dihantar ke Semaian Landskap Risda. Setelah penerimaan maklumat akan dimasukkan ke dalam sistem. Kemudian penerimaan barang di stor mengikut jumlah pesanan yang dibuat.Apabila penerimaan barangan persampelan akan dibuat dan dibungkus dan dihantar melalui pos ke ERAS.Pembayaran bil akan dihantar kepada bahagian kewangan untuk dibuat bayaran.

Anonymous said...

Askum Prof...

Pada 11 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya menaip Borang untuk elaun perpindahan rumah. Borang elaun perpindahan rumah ini bertujuan pemberian elaun bagi setiap staf yang ditukarkan ke kawasan lain. Borang elaun perpindahan ini akan di uruskan oleh Puan Zunaizar.
Pada sebelah petang setelah tamat waktu rehat pada pukul 2.00 petang saya membantu Puan Rofidah membuat TS32 bagi permohonan yang baru diterima bagi kawasan Terap Kulim.

Anonymous said...

Askum Prof ......

Pada 12 ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. apda hari ini saya diberi penerangan dan melakukan kerja-kerja di bahagian unit bekalan. apabila dibahagian bekalan saya diterangkan pula proses di unit bekalan iaitu selepas dikelompokan mengikut daerah kelulusan diberi dan kemudian SPS42 dan SPS40 dicetak sebelum di hantar ke bahagian kewangan mengunakan sistem Q40. Risda Flip merupakan bahagian pembekalan baja dan benih. setelah dibekal ia kan dipulangkan kepada bahagian bekalan. Kemudian bahagian bekalan akan menginput data ke dalam sistem dan posting kad TS32 dilakukan. Akhir sekali SPS40 difailkan ke dlam fail individu.

Anonymous said...

Askum Prof....
Pada 13 Ogos saya seeprti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya mengikut Puan Suraya dan Puan Azizon ke stor baja di Keladi Kulim. Sebanyak 1560 kampit baja getah telah sampai manakala 440 kampit baja kelapa sawit.Puan Suraya mengambil persampelan baja yang telah sampai untuk dihantar ke makmal ERAS untuk pengesahan kualiti baja. Persampelan ini hanya dilakukan oleh Puan Suraya kerana memilki sijil untuk melakukan persampelan.Manakala Puan Azizon melakukan pengiraan jumlah baja yang telah sampai kemudian laporan akan dihantar.

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 14 dan 15 Ogos hari bercuti Jumaat Dan Sabtu

Anonymous said...

Askum Prof......

Pada 16 Ogos saya melapor diri di pejabat Risda Kulim seperti biasa. Papda 16 Ogos ini Pejabat Risda daerah mengadaakn Majlis Sambutan Ambang Ramadhan. PAda pukul 8.30pagi aturcara majlis dimulakan dengan ceranah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Halim Bin abdullah sehingga pada pukul 10.30 pagi bertempat di Bilik gerakan Pejabat Risda Kulim yang dihadiri oleh staf Risda kULIm Bandar Baharu. Pada pukul 10.30 pagi bacaan Yasin secara beramai-ramai sempena menyambut ambang Ramadhan. kemudian setelah majlis bacaan Yasin selesai sedikit jamuan makan diadakan oleh sallah seorang staf Risda.
Pada sebelah petang di Unit kewangan saya membantu Puan Norzaini membuat tuntutan elaun perjalanan bulan Julai bagi tahun 2009 menggunakan model kewangan melalui pembayaran dengan menggunakan baucer kewangan 10 dalam sistem Local Order Bill.

Anonymous said...

Askum Prof.......

Pada 17 ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda kuli. Di Unit Kewangan terdapat 3 orang yang ditempatkan dibahagian ini di bawah seliaan Encik Noor azmi bin Mokhtar.3 oran staf yang terdiri di unit kewangan ini ialah Madam Kong Chong Yak,Puan Norzaini dan Encik Manaf. Bagi barangan yang dibuat dengan menggunakan pesanan memerlukan surat permintaan yang akn diserahkan kepada kakitangan yang bertanggungjawab atas pengurusan peruntukan Pusat Tangungjawab. Setelah baki disahkan peruntukan daripada modul diluluskan dimodul kewangan dengan satu cetakan satu salinan pesanan dari modul kewangan dan pesanan akan dihanar kepada pembekal.

Anonymous said...

Askum Prof.......

Pada 18 Ogos saya seperti biasa melapor diri diPejabat Risda Kulim.Di Unit Kewangan saya diberi penerangan mengenai daftar bil dilakukan. daftar bil dilakukan bagi pembayaran perbelanjaan secara langsung yang tidak dikemaskini dalam buku vot terlebih dahulu.daftar bil wjud bagi menguruskan jenis bayaran yang serupa ataupun diatas nama penerima mengikut tarikh daftar bil hendaklah diedit mengikut tarikh invois. setelah invois diterima daripada pembekal dan dicopkan tarikh terimaan kemudian semakan tuntutan bayaran ditentukan bahawa peraturan yang ditetapkan telah dipatuhi. Butiran dikemaskini berkenaan nvois dalam modul kewangan. Kemudian baucer bayaran kewangan -10 dalam modul kewangan dengan no kewangan -10 dicatatkan dalam invois tuntutan.

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 19 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya di unit kewangan mempelajari cara terimaan wang dengan pengelauran resit. Terimaan wang dengan pengelauran resit bagi resit yang teratur akan ditandatangani dan 1 salnan akan diserahakan kepada pembayar. Bagi nput butiran resit dalam modul kewangan 20 resit disediakan dan jika resit tidak teratur 1 salinan kewangan 20 resit akan dicetak dan difailkan bersama 2 salinan resit berkaitan untuk pengauditan.

Anonymous said...

Askum Prof......

Pada 20 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada pukul 8.00 pagi saya bertolak ke Alor Star bersama staf ke pejabat Risda Negeri Kedah bagi menghadiri MAjlis Ihyak RAmadhan. MAjlis ini dihadiri oleh staf-staf Risda seramai 20 orang bagi satu daerah. Terdapat daerah Kota Star/Pendang/ LAngkawi, Daerah Sik,Daerah baling, Daerah Kula Muda/Yan, daerah Kulim/Bandar Baharu dan Daerah PAdang Terap.

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 21 dan 22 Ogos hari bercuti Jumaat dan Sabtu

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 21 dan 22 Ogos hari bercuti Jumaat dan Sabtu

Anonymous said...

Askum Prof...........

PAda 23 Ogos Saya seperti biasa melapor diri diPejabat Risda Kulim. Pada ari ni saya masih ditempatkan dibahagian unit kewangan.Saya diberi penerangan tentang pembayaran bantuan tanam semula setelah Risda luluskan permohonan fail ditentukan mengikut senarai laporan kerana kakitangan yang meluluskan RISDA7 dan menjalankan tanggngjawab. Proses cek dalam modul kewangan akan mencetak 1 salinan kewangan 10 dn kewangan 101 dan 4 salinan arahan mengkredit bagi kewangan 10. Tarikh cek akan dikemaskini dalam Ts32 berpandukan senarai RISDA 7 bagi kewangan 10.Apabila 2 salinan telah dikreditkan dan disahkan akan diterima balik daripada bank 2 salinan akan difailkan bersama salinan 3 dalam fail audit bagi ujuan audit.

Anonymous said...

Askum Prof........

Pada 24 Ogos saya seperti bisa melaor diri dipejabat risda Kulim Kedah. Pada hari ini saya diberi penerangan dan melihat bagaimana terimaan wang dengan pengeluaran resit.Proses terimaan wang dengan menandatangani 1 resit jika teratur. 1salinan resit akan diserahkan kepada pembaya. setelah menginput butiran resit ke dalm modul kewangan baucer terimaan disediakan dengan kewangan 20 resit setelah disahkan dan diluluskan kewangan 20 resit akan dimasukkan ke kewangan jika teratur dan 1 salinan cetakan kewangan 20 resit dikeluarkan dan difailkan akan dimasukkan bersam-sama 2 resit berkaitan untuk pengauditan

Anonymous said...

Askum Prof ..........

Pada 25 Oos saya seperti biasa melapo dori diPejabat Risda Kulim. apda hai ini saya membantu Puan Zunaizar mengemaskini bil perubatan staf Risda melalui sistem.
Pada sebelah petang saya diunit kewangan mengemaskini nama senarai pemohon untuk pembayaran kelapa sawit

Anonymous said...

Askum Prof.......

Pada 26 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya menyambung kerja-kerja mengemaskini senarai pemohon kelapa sawit pada tahun 2008

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 27 Ogos saya seperti biasa melapor diri diPejabat Risda Kulim. Saya membantu Puan Zunaizar menyimpan bil-bil perubatan ke dalam fail-fail setiap seorang staf Risda dan saya mengemaskini rekod perubatan melalui sistem semidik

Anonymous said...

Askum Prof........

Pada 28 dan 29 merupakan hari bercuti Jumaat dan Sabtu

Anonymous said...

Askum Prof.........

Pada 30 Ogos saya seperti biasa saya melapor diri di Pejabat Risda Kulim. PAda ahri ini saya mengikut staf Risda ke unit Stesen Risda di serdang. Di Unit Ini saya diberi penerangan oleh Cik Maizatul Isma mengenai bantuan bagi program AET dengan menunjukkan bantuan bagi meningkatkan perniagaan mereka.

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 31 Ogos saya seperti biasa melapor diri di Peabat Risda Kulim.Pada hari ini saya menyambung kerja-kerja mengemaskini senarai pemohon kelapa sawit pada tahun 2008

Anonymous said...

Askum Prof.........

Pada 1 September saya seperti biasa melapor diri dipejabat Risda Kulim. PAda hari ini saya dibawa keluar ke Stor Baja Risda yang menempatkan baja-baja. Puan Suraya menguruskan bekalan baja untuk disalurkan kepada pekebun kecil yang menjalankan aktiviti tanam semula kelapa sawit dan getah. Puan Suraya mengambil sample bagi baja yang baru unuk sampai dan dihanta kemakmal untuk mengkaji sama da baja yang sampai adalah baja yang berkualiti sebelum diberi kepada pekebun.

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 2 september saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda kuli. Pada pukul 8.30 pagi saya mengalami kenyataan bayaran pakej bantuan tambahan kepada pekebun kecil untuk mendapatkan sejmlah wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun pekebun kecil bagi pekebun yang menambah kelausan tanah

Anonymous said...

Askum prof......

Pada 3 September saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya membantu Puan Zunaizar mengemaskini bil perubatan staf Risda.
Pada sebelah petang saya melakukan kerja-kerja mrmasukkan surat cutu bagi setiap fail-fail setiap staf.

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 4 dan 5 September saya bercuti jumaat dan sabtu

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 6 September saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda dan melakukan kerja-kerja dibahagian tanam semula. saya membantu Puan Rofidah membuat TS32 bagi permohonan baru.
PAda sebelah petang saya menolong Cik azilawani mencari lot pada litosheet

Anonymous said...

Askum Prof.......

Pada 7 September saya sepeti biasa melapor diri diPejabat Risda Kulim.Pada hari ini saya diunit Pengembangan berjumpa dengan Encik azmi.Encik Azmi menerangan fungsi-fungsi bahagian pengembangan. Unit pengembangan memberi bantuan prasarana dan merupakan pusat pengumpulan hasil dan berhubungan dengan koperasi. Selain itu unit pengembangan turut mengadakan kelas tambahan Desa.

Anonymous said...

Askum Prof........

Pada 8 September saya seeprti biasa melapor diri di pejabat Risda Kulim. Pada hari ini saya melaku kerja-kerja dengan mengemaskini kemajuan proses bayaran mengikut pendekatan pelaksanaan yang terdapat pada penyata kewangan.

Anonymous said...

Askum Prof.....

Pada 9 september saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim.Pada hari ini saya membantu Puan Rokiah membuat TS32.
Pada sebelah petang saya membantu Tuan Haji Mioar menyemak lot-lot pada litosheet.

Anonymous said...

Askum Prof......

Pada 10 September saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kuli.Pada hari ini saya membantu Puan Alawiyah melakukan kerrja-kerja di unit tanam Semula

Pada sebelah petang saya membantu Cik Azilawani melakukan kerja-kerja mengemaskini fail-fail bagi permohonan mengikut bulan.Saya menolong staf risda membuat persiapan bagi majlis berbuka puasa di Pejabat

Anonymous said...

Askum Prof......

PAda 11 dan 12 merupakan hari bercuti

Anonymous said...

Askum Prof.

Pada 13 September saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda.Saya menyampul sura-surat kepada ibu pejabat iaitu surat klim bagi bulan Ogos dan jadual September yang akan dihantar kepada Pengarah Risda negeri. PAda sebelah petang saya menbuat bil perubatan staf Risda

Anonymous said...

Askum Prof........

Pada 14 September saya seperti biasa melapor diri di Pejabat Risda. Pada ahri ini saya melakukan kerja-kerja di unit pentadbiran dengan menyampul surat-surat ke dalam sampul untuk dihantar kepada pekebun kecil bertujuan untuk memberitahu kepada pekebun kecil bahawa duit pekebun kecil akan dimasukkan ke dalam akaun pekebun kecil.

Anonymous said...

Askum Prof...........
pada 15 september saya seperti biasa melapor diri di pejabat risda .pada hari ini saya menaip surat pemohonan akan dihantar kepada ibu pejabat risda alor setar.jamuan raya yang akan diadakan pada 5 oktober.
pada sebelah petang saya mengemaskini bil perubatan staf risda.

Anonymous said...

askum prof.......pada 16 september saya melapor diri seperti biasa di pejabat risda kulim.pada hari ini saya seperti biasa melakukan kerja-kerja di unit tanam semula.

Anonymous said...

askum...prof.......pada 17 september saya seperti biasa melapor diri di pejabat risda kulim .pada hari ini saya melakukan kerja-kerja di unit tanam semula.

Anonymous said...

cuti raya.....

Anonymous said...

cuti raya.......

Anonymous said...

pada 22 september pada hari ini saya seperti biasa melapor diri di pejabat risda kulim,hari ini merupakan hari raya ke-3,seramai 3 orang staf sahaja yang bermula tugas pada hari raya ke-3.Saya menunggu di bahagian kaunter bagi membantu pelanggan yang datang untuk melakukan urusan.

Anonymous said...

pada 23 september saya seperti biasa melapor diri di pejabat risda kulim.saya seperti biasa menunggu di bahagian kaunter bagi urusan pelanggan yang melakukan urusan.pada hari ini kebanyakkan kakitangan masih bercuti raya.

Anonymous said...

Askum Prof...........

Pada 24 September saya seperti biasa melapor diri diPejabat Risda Kulim.Pada hari ini saya mengisi boran bagi keterangan milk tanah bagi 122 permohonan. Dalam borang ni maklumat pemohon iaitu nama,nombor kad pengenalan,nombor lot dan luas kebun.

Anonymous said...

Askum Pof......

PAda 25 dan 26 september bercuti

Anonymous said...

Askum Prof......

Pada 27 spetember saya seperti biasa melapor diri diPejabat Risda. Pada hari ini saya menyambung semula melakukan kerja-kerja mengisi borang keterangan milik tanah

Anonymous said...

Askum Prof....

Pada 28 September saya seeprti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Saya menyambung melakukan kerja-kerja mengisi borang milik tanah. Kerja-kerja mengisi milik tanah adalah dibawah FELDA.

Anonymous said...

Askum Prof.......

Pada hari ini 29 September saya sepeti biasa melapor diri di Pejabat Risda Kulim. Pda hari ini saya membuat semakan dan mengemaskini laporan produktiviti tanam semula berkelompok bagi bulan Ogos 2009. Laporan produktiviti tanam semula berkelompok ini mengikut kawasan iaitu Sg Merbuk dan Sg Tengas

Anonymous said...

Askum Prof........

Pada 30 September merupakan hari terakhir saya disini. Hari ini saya membuat faharasat lot.
Pada petang ini saya bersalam salaman dan pihak Risda mengadakan sedikit jamuan pada hari ini selama 4 bulan saya di Pejabat Risda Kulim Bandar Baharu.

Anonymous said...

[url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/ganardinero.jpg[/img][/url]
[b]La mejor web sobre ganar dinero[/b]
Nosotros hemos hallado la mejor pagina web en internet de como ganar dinero desde casa. Como nos ha sido de interes para nosotros, tambien les puede ser de interes para ustedes. No son unicamente formas de ganar dinero con su pagina web, hay todo tipo de formas para ganar dinero en internet...
[b][url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/dinero.jpg[/img][/url]Te recomendamos entrar a [url=http://www.ganar-dinero-ya.com/]Ganar-dinero-ya.com[/url][url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/dinero.jpg[/img][/url][/b]

Anonymous said...

You got great points there, that's why I always check your blog, it seems that you are an expert in this field. keep up the fantastic work, My friend recommends your site.

My blog:
credit immo www.rachatdecredit.net