CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

NG SOO WEI


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

26 comments:

Ng Soo Wei said...

Good evening, Prof. Madya Dr Abdul Halim. Pada hari ini adalah hari pertama saya melaporkan diri di syarikat Aman Kekal Hidup Sdn. Bhd. di Kulim Kedah. Syarikat tersebut merupakan sebagai pemaju perumahan.Hari ini saya telah diberi tugas untuk menyiapkan resit-resit perbelanjaan di syarikat tersebut bagi bulan dua, tiga, empat dan bulan lima. Resit-resit tersebut hendaklah disusun mengikut tarikh-tarikh tertentu supaya memudahkan untuk membuat akaun pada masa akan datang. Selepas menyiapkan resit-resit ini, resit tersebut perlu difailkan mengikut bulan tertentu. Di samping itu, saya juga dibelajari memasukkan data-data seperti nama, alamat dan sebagainya ke dalam User Business System(UBS) Accounting dengan menggunakan komputer. Setakat untuk hari ini. Sekian terima kasih.

Ng Soo Wei said...

Selamat Sejahtera Prof. Pada hari in saya juga menyambungkan tugas yang diberikan sebelum itu. Iaitu memasukkan data-data dalam UBS Accounting dengan menggunakan komputer. Selepas itu saya telah diberikan tugas yang lain iaitu untuk menolong seorang pelukis pelan di syarikat ini unutk mewarnakan pelan-pelan rumah yang telah dilukis dan print keluar dari fotocopy machine yang akan dihantar kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah untuk mendapat kelulusan. Berikut merupakan maklumat tentang pelan rumah yang dicadangkan oleh syarikat AMan Kekal Hidup Sdn Bhd dan akan dibangunkan pada masa akan datang.

Cadangan Sekim Perumahan di atas lot 2779 Mukim Kulim Kedah Darul Aman.
I) 1 unit Rumah Berkembar Setingkat Jenis A (PLOT 20) 30' X 50'
II) 6 unit Rumah Berkembar Setingkat Jenis A1 (PLOT 1-16) 26' X 50'
III) 13 unit Rumah Berkembar Setingkat Jenis B (PLOT 7-19) 26' X 50'

Dengan itu, saya telah dibelajari jenis warna yang ditentukan untuk mewarnakan pelan rumah tersebut. Di mana warna itu adalah ditentukan oleh MPKK. Dari segi bahagian pandangan atas dalam pelan itu, simen atau lantai perlu mewarnakan warna hijau, mozek dan dinding ialah warna merah, pintu kayu ialah warna coklat, dan pintu PVC pula ialah warna biru. Setakat untuk hari ini. Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya juga diberikan tugas untuk mewarnakan pelan-pelan rumah bagi bahagian pandangan hadapan, belakang dan pandangan sisi kanan dan kiri. Warna yang ditentukan adalah sedikit berbeza dengan dengan warna yang berada dalam pelan rumah pandangan atas/ pelan lantai.
Di bawah merupakan warna yang ditentukan untuk mewarnakan pelan rumah bahagian hadapan, belakang dan sisi.

Dinding - kuning
Tingkat - biru
Bumbung - merah
Pintu kayu - coklat
G.I Flashing - merah
Paip perudaraan UPVC/ PVC - biru
Kerangka bumbung kayu - coklat

Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Pada hari ini saya juga meneruskan kerja yang sebelum itu. Ini adalah disebabkan set pelan rumah yang perlu diwarnakan adalah banyak iaitu 72 set pelan rumah yang bersaiz A1.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Selepas menghabiskan kerja-kerja mewarnakan pelan-pelan rumah itu. Saya telah dibelajari bagaimana untuk melipat pelan-pelan itu. Pelan-pelan rumah yang bersaiz A1 bukanlah boleh melipat secara sesuka hati. Cara melipat pelan itu mempunyai teknik-tekniknya. Pada akhirnya pelan-pelan ini akan dihantar kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah untuk mendapat kelulusan.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah dibelajari cara untuk menaip surat amaran peguam iaitu 'letter of notice of demand'. Surat ini ialah surat pemberitahuan kepada penyewa premis yang telah gagal membayar sewa premis pada masa yang ditetapkan. Surat ini dikeluarkan sebagai pihak peguam yang memberi amaran bagi pihak pemilik premis (Aman Hidup Kekal Sdn Bhd) kepada penyewa premis. Kebanyakan penyewa telah gagal untuk membayar sewa dalam tiga bulan adanya pula enam bulan. Sekiranya penyewa gagal menjelaskan jumlah sewa yang hutang dalam masa 14 hari bermula pada tarikh surat amaran peguam yang diberi, maka pemilik premis akan memulakan prosedur di mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini.
Sekian Terima Kasih.

profhalim said...

OK bagus, teruskan menulis catatan sebegini

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah diberi tugas untuk menyiapkan resit bil cukai tanah, parit dan taliair yang dibayar oleh syarikat Aman Kekal Hidup Sdn Bhd kepada Kerajaan Kedah Darul Aman. Bayaran cukai tersebut merupakan sebuah projek yang sedang dijalankan di Kulim Kedah. Nama untuk projek ini ialah Bandar Seri Mahkota.Setiap plot rumah hendaklah dibayar. Jumlah bayaran cukai tanah untuk sebuah rumah ialah sebanyak RM 86. Sebelum menyiapkam ke dalam fail bil-bil tersebut perlu fotostat untuk salinan yang kedua supaya untuk memudahkan akauntan untuk membuat akaun pada masa akan datang. Tugas saya adalah menyusun bil-bil tersebut mengikut plot no yang telah ditetapkan dan kemudian menyiapkan ke dalam file tertentu.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah dibelajari untuk mengemaskini resit-resit bayaran yang dibayar oleh pelanggan yang membeli rumah yang sedang dibina oleh Aman Hidup Kekal Sdn Bhd. Projek ini adalah bernama Bandar Seri Mahkota. Tugas saya adalah mengisi maklumat-maklumat seperti berikut:
- harga hartanah yang dibeli
- jumlah pinjaman yang dipinjam oleh pelanggan dari pihak bank
- bayaran pendahuluan
- kontrak perjanjian peguam, kewangan peguam
- jumlah bayaran yang dibayar pada peringkat tertentu
- tarikh bayaran
- resit no
- jumlah hutang yang belum dibayar dan lain-lain

Maklumat-maklumat tersebut perlu dikemaskini ke dalam 'payment record' mengikut peringkat pembinaan projek tersebut dan bayaran yang dibayar oleh pelanggan. Manakala pelanggan hendaklah membayar jumlah bayaran yang hendak dibayar mengikut proses dalam peringkat pembinaan yang telah dibina siap. Peringkat-peringkat yang telah ditentu di dalam kontraktor pembinaan mesti diikuti.
Sskian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah diberi tugas untuk menwarnakan pelan rumah di bawah projek cadangan Sekim Perumahan di atas lot 2779 Mukim Kedah Darul Aman.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah diberi tugas untuk mewarnakan pelan rumah. Pelan rumah ini merupakan projek cadangan dan akan dibangunkan pada masa akan datang. Berikut merupakan maklumat-maklumat cadangan projek tersebut.

Cadangan Sekim Perumahan di atas lot 356
Bandar Lunas
Bandar Kulim

I) 1 unit Rumah Teres Setingkat Jenis A Plot 16 (30'x 50)
II)1 unit Rumah Teres Setingkat Jenis A1 Plot 9 (27'x50')
III) 6 unit Rumah Teres Setingkat Jenis A2 Plot 10-15 (22 x 50')
IV) 3 unit Rumah Berkembar Setinggkat Jenis A Plot 4, 5, & 8 (30'x 50')
V) 5 unit Rumah Berkembar Setingkat Jenis A1 Plot 1, 2,3, 6 & 7 (27'x 50')

Sebanyak 7 set yang bersaiz A1 dan 35 set yang bersaiz A4 perlu diwarnakan dan perlu dihantar kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah untuk diluluskan projek cadangan tersebut.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Pada 13hb saya juga meneruskan tugas yang sebelum itu.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah dibelajari bagaimana untuk merekodkan invois dalam komputer di mana invois tersebut mesti direkod diikuti pada tarikh. Ini adalah memudahkan kerja umtuk membuat akaun mengikut bulan tertentu.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari saya juga meneruskan tugas untuk merekodkan invois-invois bagi bulan enam dalam komputer mengikut tarikhnya.
Selepas merekodkan invois tersebut perlu manambahkan jumlah amount yang telah dibelanja,
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya juga meneruskan tugas yang sama iaitu mewarnakan pelan-pelan rumah.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Tugas-tugas yang dibuat pada hari ini masih sama dengan sebelum itu. Iaitu mewarnakan pelan-pelan rumah dengan menggunakan water color dan color pencil.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah diberi tugas untuk merekodkan invois-invois dalam komputer di mana invois tersebut perlu direkod mengikut tarikh-tarikh tertentu dan mengikut bulan yang sama.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya diberi tugas untuk merekodkan alamat bagi senarai rumah kos rendah. Di mana projek ini adalah sedang dibangunkan dan nama tempat tersebut adalah Bandar Seri Mahkota.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah diberi tugas untuk mengemaskinikan resit-resit byaran yang dibayar oleh pelanggan yang membeli rumah yang dibina oleh Aman Hidup Kekal Sdn Bhd. Tugas saya adalah untuk mengisi maklumat-maklumat seperti berikut:
- harga hartanah yang dibeli
- jumlah pinjaman yang dipinjam
- bayaran pendahuluan
- kontrak perjanjian peguam, kewangan peguam
- resit no.
- tarikh bayaran
- jumlah hutang yang belum dibayar dan lain-lain

Maklumat-maklumat tersebut perlu dikemaskinikan ke dalam 'payment record' mengikut peringkat pembinaan projek tersebut dan bayaran yang dibayar oleh pelanggan.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya juga diberi tugas untuk merekodkan invois-invois dalam komputer mengikut tarikh-tarikh tertentu.Invois-invois tertentu perlu disusun mengikut tarikh pada hari yang sama dan menjumlahkan semua perbelanjaannya.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah diberi tugas untuk merekodkan harga-harga rumah kos rendah ke dalam komputer dengan mengikut plot-plot rumah tertentu. Projek tersebut adalah bernama Bandar Seri Mahkota.Projek tersebut untuk rumah kos rendah mempunyai kuota, iaitu plot-plot tertentu adalah khas untuk Bumiputra sahaja. Manakala yang lain adalah untuk orang Cina dan India.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah dibelajari cara untuk menaip surat rayuan iaitu Surat Rayuan dikecualikan bayaran cukai pintu kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Dalam kandungan surat rayuan itu, dengan menyatakan:

1. Ini adalah kerana sehingga sekarang premis-premis tersebut masih tidak dapat dijual atau disewakan kepada mana-mana pihak semenjak Sijil Kelayakan Menduduki diperolehi.

2. Begitu juga dengan kos penyelenggaraan lain seperti kerosakan, kecurian dan lain-lain, yang terpaksa ditanggung oleh pihak kami.

3. Di sini kami sertakan lampiran premis-premis belum diduduki.

4. Oleh yang demikian kami memohon jasa baik pihak tuan agar mempertimbangkan permohonan pengecualian cukai pintu.

Selain daripada surat rayuan itu, pihak pemaju juga perlu mengisikan borang lapor kosong (Bangunan tidak diduduki) kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Dalam borang tersebut terdapat maklumat-maklumat tertentu yang perlu diisi iaitu; alamat syarikat pemaju, telefon, rujukan cukai taksiran, alamat premis kosong dan no akaun.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Pada hari ini, seperti yang biasa saya juga meneruskan kerja-kerja yang diberikan semalam iaitu menaip surat rayuan pengecualian bayaran cukai pintu.
Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

Tugas yang diberi pada hari ini ialah merekodkan nama pemohon yang memohon untuk membeli rumah kos rendah. Permohonan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Borang permohonan untuk membeli rumah kos rendah hendaklah beli dari Pejabat Daerah yang berharga RM 2.00.
Berikut merupakan pra-syarat permohonan:
1. warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. pemohon yang belum memiliki rumah kos rendah sahaja layak memohon.
pendapatan isirumah tidak melebihi RM 2,500 sebulan kecuali untuk Negeri Johor tidak melebihi RM 3, 000 sebulan.

Sekian Terima Kasih.

Ng Soo Wei said...

4th July
Hari ini saya telah menghubungi pelanggan-pelanggan penyewa rumah kedai Aman Hidup Kekal Sdn. Bhd. ynag belum membayar sewa untuk beberapa bulan. Tugas saya adalah mengingatkan meraka supaya membayar hutang tersebut.


23rd July
Hari ini saya telah dibelajari bagaimana untuk mengira faedah kelewatan yang dikenakan kepada pihak pelanggan. Faedah kelewatan ini dikenakan disebabkan bank lewat memasukkan wang yang perlu dibayar kepada pihak pemaju. Di mana faedah bayaran yang hendak dibayar adalah mengikut peringkat pembinaan rumah yang telah siap dibina. Faedah kelewatan ini dikira bersam berapa hari ayng lewat bayar. Merujuk kepada formula dibawah:
Faedah kelewatan =
berapa hari yang lewat/ 365 hari X jumlah yang perlu dibayar X 10%


24th July
Membuka resit untuk pelanggan yang hendak membayar cukai tanah, cukai pintu, deposit elektrik dan deposit air.

Ng Soo Wei said...

Hari ini saya telah melayan pelanggan-pelanggan yang datang untuk mengambil kunci rumah. Sebelum menyerahkan kunci rumah saya perlu memastikan pelanggan tersebut tidak mengenakan faedah kelewatan. Di mana maklumat tersebut adalah merujuk kepada fail pelanggan tersebut. Sekiranya pelanggan telah mengenakan faedah kelewatan maka mereka perlu membayar faedah tersebut dahulu sebelum mengambil kunci rumah.
Sekian Terima Kasih.