CATATKAN MESEJ DI SINI

Monday, May 25, 2009

BAGAIMANA MENULIS LAPORAN PRAKTIKUM ?

Apakah bentuk laporan praktikum ?

Anda perlu menjalankan penyelidikan bersifat Kajian Kes. Metodologi yang digunakan ialah participation observation. Kajian kes bermaksud kajian yang mendalam mengenai sesuatu lokasi, isu, tema atau persoalan kajian yang khusus. Participation observation bermaksud pengkaji berada bersama dengan subjek kajian dan merekodkan semua data tertentu dalam sesuatu tempoh.

Apakah yang hendak dikaji ?

Tema kajian anda ialah KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN. Anda perlu melihat bagaimanakah pihak pengurusan organisasi melaksanakan urusan pentadbiran dan pengurusan secara kreatif dan inovatif untuk menambahkan kecekapan pengurusan untuk memberikan kepuasan yang tinggi kepada pengguna atau pelanggan dan seterusnya meningkatkan keuntungan organisasi.

Bagaimana hendak memulakan kajian ini ?

Anda perlu melaksanakan kajian ini berasaskan masa iaitu dalam masa 3 bulan, anda telah melakukan perkara-perkara berikut;

Bulan Pertama : 1. Menulis latarbelakang syarikat. 2. Menulis tentang latarbelakang jabatan anda ditempatkan.

Bulan Kedua : Menulis mengenai operasi pengurusan dan pentadbiran jabatan anda .Contohnya anda ditempatkan di Bahagian Urusan Tanah di sebuah Pejabat Daerah, maka catatkanlah proses permohonan tanah, proses pertukaran hakmilik tanah dsbnya. Jika anda ditempatkan di Marketing Department, maka tulislah apakah strategi marketing, sasaran pelanggan dan cara-cara untuk urusan periklanan dsbnya.

Bulan Ketiga : Membuat analisa anda mengenai masalah, cadangan, komen sejauhmanakah berkesannya operasi pengurusan dan pentadbiran. Juga anda menjalankan temuduga dengan pegawai dan pelanggan tentang masalah dan ketidakpuasan hati mengenai syarikat. Berikanlah cadangan anda untuk menambahbaikkan proses dan urusan pentadbiran syarikat.Apa yang anda perlu lakukan setiap bulan ?

Setiap hujung bulan anda perlu emailkan saya tulisan anda. Bulan pertama iaitu 30hbJun anda telahpun menulis mengenai latarbelakang syarikat dan menghantar kepada saya untuk disemak. Bahagian ini anda boleh memecahkan menjadi 2 bab iaitu latarbelakang syarikat dan latarbelakang department tempat anda ditempatkan. Terpulang kepada kreativiti anda untuk mencipta setiap bab dengan topik yang menarik.

JANGAN tulis laporan praktikum di akhir bulan ketiga atau keempat.

PASTIKAN setiap bulan anda telahpun siap menulis setiap bahagian yang dinyatakan tadi.

Sebarkan maklumat ini kepada rakan yang lain.

Terimakasih.

1 comment:

hafiz said...

Salam prof..
adakah dalam laporan ini perlu buat mengenai ulasan karya? berapa bab perlu buat dalam laporan ini?